Friday, February 20, 2015

Rona-Rona Cinta Damascus


Tajuk : Rona-Rona Cinta Damascus
Penulis : Sheila Wani
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-5102-42-4

Sinopsis
Mengisahkan kehidupan pelajar Malaysia di bumi Damascus, Syria. Konflik hidup dan ujian sebagai perantau terpaksa diharungi mereka demi sebuah perjuangan. Tekanan Amerika Syarikat terhadap Syria telah mengakibatkan mereka turut sama merasai bahang kekejamannya. Novel ini juga menceritakan kisah percintaan seorang gadis yang bernama Manal Husna. Dia tidak pernah menginginkan perjalanan cinta yang tidak seindah angannya. Walaupun begitu dia tetap bersyukur kerana terlepas daripada cinta-cinta palsu dan reda dengan suratan takdir dalam hidupnya. Percintaan yang dibina atas dasar pilihan orang tua dan kasihan, semuanya ternoktah dengan seribu penyelesaian. Dugaan dan cabaran di bumi Damascus silih berganti hadir mengiringi ketentuan hidup pelajar di sana. Mampukah mereka meninggalkan bumi Syria dengan segulung ijazah. Berjayakah Manal Husna mengecapi cinta sebenar setelah meniti onak ranjau yang terpaksa ditempuhinya? Penulis akan membawa anda ke dunia seram, suspen, menyayat hati, konflik dan ketenangan.


Lorong Kematian

Tajuk : Lorong Kematian  
Penulis : Geidurrahman El-Mishry
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-5102-62-2

Sinopsis
Mereka hanya inginkan perapian cinta yang meluruhkan jiwa dan memusnahkan gejolak nafsu. Kini Farisi telah bergabung dalam barisan untuk melingkar para sufi itu. Awalnya dia ikut berkeliling melingkar, tapi kemudian ia memberanikan diri untuk maju ke tengah lingkaran. Berdiri di tengah kerumunan para sufi itu. “Saudara-saudara! Nasib kita sama. Di syurga ini, kita terperangkap!“ Teriaknya memancing perhatian mereka. “Benar! Kita sedang terperangkap!“ Sahut seorang sufi. “Lalu, kita mau apa? Ini sudah suratan takdir!“ “Kita tak boleh menyerah! Mari kita tuntut hak kita! Tak ada kebahagiaan di syurga ini. Tak ada keceriaan, hanya kegelisahan!“ “Ya, betul! Kita harus meminta semesta yang lain, bukan seperti syurga ini! 


Sesejuk Maaf Di Kalbu

Tajuk : Sesejuk Maaf Di Kalbu 
Penulis : Atiqah Ghazali
Harga : RM17.00
ISBN : 978-967-5102-58-5

Sinopsis
Kisah ini menceritakan tiga orang sahabat yang memulakan persahabatan di tadika kemudian persahabatan itu berterusan ke sekolah rendah. Apabila bersekolah menengah, pelbagai cabaran yang ditempuhi membuatkan mereka terpaksa memilih haluan masing-masing. Ketiga-tiga remaja ini mempunyai masalah keluarga tersendiri. Fazli, ibu bapanya sentiasa sibuk. Bapanya seorang pakar motivasi, ibunya pula sibuk dengan persatuan. Manakala Amirul, ibu bapanya berpisah. Bapanya berkahwin lain. Ibunya pula sakit mental. Dia dan adiknya disara oleh kakaknya dengan duit haram. Shukri pula, ibu bapanya juga berpisah. Dia tiga beradik dipelihara oleh ibunya. Ibunya sanggup berkorban apa sahaja demi kejayaannya. Namun dalam arus globalisasi ini, apabila remaja terdedah dengan banyak perkara, ketiga-tiga remaja ini tidak terkecuali. Mereka tergelincir dalam memilih haluan. Dalam kekalutan hidup itu, Amirul tidak habis-habis menyalahkan bapanya. Fazli juga meletakkan kesalahan ke bahu ibu bapanya. Manakala Shukri, kecewa dengan ayahnya namun perasaannya terbelai dengan ketabahan ibunya. 

Mampukah ketiga-tiga remaja ini bangun daripada kemelut hidup yang melanda? Mampukah ketiga-tiga remaja ini menyejukkan dendamnya dengan sebuah kemaafan? Ikuti pelbagai onak dan duri yang ditempuhi dalam menghayati peranan sebuah persahabatan dalam mencari jalan kebahagiaan.

Syabab Musafir Kasih

Tajuk : Syabab Musafir Kasih 
Penulis : Fatimah Syarha Mohd. Noordin
Harga : RM22.90
ISBN : 978-983-5102-03-5

Sinopsis
Novel ini mengisahkan seorang pemuda yang malang pada awal kehidupannya. Beliau bukan sahaja anak yatim, tetapi juga sering dipandang hina dan tidak berharga di mata penduduk kampung. Namun begitu, berkat keyakinannya terhadap Islam yang dianutinya serta ilmu yang dipelajarinya, Syabab bangkit dari kesusahan hidup dan berusaha untuk memperbaiki taraf kehidupannya sehingga beliau berjaya mengetuai pemuda-pemuda di kampungnya berubah menjadi orang yang berguna kepada masyarakat. Malah, mereka yang membencinya juga kini mengasihinya. 

Tautan Hati

Tajuk : Tautan Hati
Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin
Harga : RM29.90
ISBN : 978-983-3494-69-9

Sinopsis
Puas kurayu, puas kuseru, jawapanmu tetap yang dulu. Oh sukarnyamengajakmu! Namun, kasihku padamu cukup padu. Lantaran itu,Akukan terus menyerumu. Pada yang Satu. Ku-genggam kukuh suatu azimat, "Kita hanya penyeru, bukan penghukum."


Melodi Hati

Tajuk : Melodi Hati 
Penulis : Iwan Reaz
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-5102-67-7

Sinopsis
Iwan yang merupakan seorang pelajar kolej terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran setelah dia dan adiknya Syahmi, kehilangan ibu bapa. Bukan mudah baginya untuk menjadi seorang abang dan menggalas tanggungjawab menggantikan ibu bapanya, kerana beliau juga mempunyai komitmen lain sebagai seorang penggubah lagu dan penulis lirik. Beliau semakin mendapat perhatian melalui lagu 'Itulah Impianku'. Syahmi bagaimanapun, masih terlalu muda dan nakal. Iwan sering menjadi usikan beliau sehinggalah istilah cinta disalah tafsirkan oleh Ziera. Keadaan bertambah tegang dengan kehadiran rakan lama Iwan iaitu Farah. Sejauh manakah 'Sekaya, Seindah, Setinggi' yang diimpikan Iwan melalui lagu itu akan menjadi satu kenyataan?

Denyut Kasih Medik

Tajuk : Denyut Kasih Medik 
Penulis : Dr Farhan Hadi
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-5102-76-9

Sinopsis
DENYUT KASIH MEDIK merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh _qh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik.


Cinta Granada

Tajuk : Cinta Granada 
Penulis : Rawdha Ashour
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-5102-52-3

Sinopsis
Mariama dan Hassan, satu-satunya keluarga yang masih tinggal di rumah peninggalan Abu Jaafar. Mereka hanya ditemani Ali; cucu daripada anak lelakinya yang bergabung dengan pasukan pemberontak. Dalam diam Hassan mengajar Bahasa Arab pada Ali.