Syarat Tempahan & Penghantaran

Syarat Tempahan

1. Tempahan hanya SAH setelah pihak pembeli telah menerima ID# daripada pihak Mohbely Novel Online.

2. Pihak Mohbely Novel Online hanya dapat mengesahkan bayaran daripada pembeli setelah pihak pembeli membuat bayaran mengikut SEBUTHARGA yang diterima.

3. Kegagalan pihak pembeli mematuhi syarat-syarat di atas akan menyebabkan tempahan ditolak tanpa notis daripada pihak Mohbely Novel Online

4. Tempahan akan TERBATAL dengan sendirinya tanpa notis sekiranya pihak Mohbely Novel Online tidak menerima sebarang pengesahan dan bayaran daripada pihak pembeli dalam tempoh 3 Hari Bekerja selepas membuat tempahan.

5. Pihak Mohbely Novel Online menganggap pembeli tidak berminat dengan sebut harga yang diberikan dan pihak kami tidak akan bertanggungjawab dengan pembatalan ini ekoran kelewatan pengesahan dan pembayaran daripada pihak pembeli sendiri.

6. Pihak Mohbely Novel Online berhak untuk membuat pembatalan tempahan walaupun tanpa persetujuan pihak pembeli berdasarkan alasan-alasan yang tertentu seperti buku kehabisan stok.

7. Pembeli yang mahu membatalkan tempahan akan dikenakan penalti sebanyak RM5 bagi setiap buku yang ditempah jika pembatalan dibuat selepas 12 JAM menerima email pengesahan pembayaran daripada pihak Mohbely Novel Online.


Syarat Penghantaran

Pihak Mohbely Novel Online menggunakan 3 jenis kaedah penghantaran buku iaitu :

a. Pos Laju (Berkotak)
b. Pos Laju Prabayar (Sampul & Berkotak)
c. Parcel Pos Malaysia (Berkotak)

Ketiga-tiga kaedah di atas adalah bergantung kepada lokasi dan pilihan pembeli. Penghantaran menggunakan Pos Laju Prabayar hanya aktif di Malaysia sahaja manakala Pos Laju dan Parcel Pos Malaysia digunakan di Malaysia dan seluruh negara yang mempunyai litupan Pos Malaysia.
Kos tambahan adalah merujuk kepada caj terkini yang dikenakan oleh pihak Pos Malaysia dan juga kos pembungkusan (kotak) yang kami gunakan. Pos Laju Prabayar tidak dikenakan sebarang caj tambahan. Bayaran yang dikenakan kepada semua pembeli adalah bergantung kepada bilangan dan berat buku. Kos ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak pembeli. Sila rujuk DI SINI.

Proses penghantaran buku akan dilakukan secara berjadual iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat setiap minggu. Tempahan buku akan diproses dalam masa 24 jam-72 jam Hari Bekerja sebaik sahaja menerima Bukti  Pembayaran daripada pembeli. Sila beri tempoh 1-7 Hari Bekerja mengikut jenis penghantaran untuk memastikan buku yang dihantar sampai ke destinasi (Malaysia Sahaja) dan 7-14 Hari Bekerja bagi pembeli luar dari Malaysia


Jaminan

Pihak Mohbely Novel Online juga memberi jaminan penggantian buku baru terhadap buku yang mengalami kerosakan teknikal berasal dari kilang pencetak seperti susunan mukasurat yang tidak teratur, bilangan muka surat yang tidak mencukupi serta perkara yang melibatkan masalah cetakan buku. Pembeli boleh maklumkan kepada kami untuk proses penggantian buku.

Masalah buku kemek atau terlipat semasa penghantaran tidak ada jaminan penggantian buku baru. Kes ini melibatkan penghantaran yang menggunakan Pos Laju Prabayar RM6 dan RM10 (Sampul). Risiko ini ditanggung sepenuhnya oleh pembeli. Namun begitu pembeli akan digantikan dengan buku baru sekiranya masalah ini berlaku juga kepada penghantaran yang menggunakan Pos Laju (Berkotak).

No comments:

Post a Comment