Showing posts with label Syamnuriezmil. Show all posts
Showing posts with label Syamnuriezmil. Show all posts

Thursday, April 20, 2017

Berapa Rating Cintaku?


Tajuk: Berapa Rating Cintaku?
Penulis: Syamnuriezmil
Harga; RM20.00

Sinopsis
Intan Asyura ada banyak peraturan dalam bercinta. Peraturan ini sengaja dibuat bagi melindungi hati dan perasaannya daripada dilukai. Bukan kerana dia pernah ada pengalaman yang lalu, dia sendiri tidak pernah bercinta pun, cuma sebagai anak tengah, sifatnya begitu.

Namun, kisah Qaiser Adam, duda yang kematian isteri itu sangat menyentuh hati Intan Asyura. Kesetiaan Qaiser Adam menunggu berita tentang Siti Nur Asyura buat Intan Asyura tabik. Lebih-lebih lagi apabila Intan Asyura tahu tentang kecurangan isterinya. 

“Kalau mayat dia tidak dijumpai, siapa pula yang rentung dalam kereta yang meletup hari tu?”
“Boyfriend dia.”

Oleh sebab itu, Intan Asyura bercadang untuk menolong Qaiser Adam mencari Siti Nur Asyura. Pertolongannya itu adalah bagi mengelakkan dirinya daripada dicalonkan sebagai isteri Qaiser Adam kerana salah satu peraturan percintaan Intan Asyura ialah...

Sorry, I don’t date duda! – Intan Asyura

Intan Asyura ingat segalanya selesai setelah berjaya melarikan hatinya daripada Qaiser Adam. Tak sangka Megat Iskandar Daniel, bos di syarikatnya turut cuba memikat hati Intan Asyura. Megat Iskandar Daniel mempunyai rancangannya tersendiri. Bagi dia, plan always can change, but goal remain the same. Masalahnya, Intan Asyura juga...

Sorry... I don’t date bos sendiri! – Intan Asyura

Cinta itu bukan jalan yang boleh diukur atau air yang boleh disukat. Tapi, cinta itu ialah satu perasaan yang tidak mempunyai ukuran tetapi mempunyai pengorbanan. Tinggi pengorbanan, tinggilah rating cinta itu. 

Akhirnya, Intan Asyura berjaya simpulkan semua peraturan cintanya kepada satu peraturan sahaja...

Sorry... I only date, my future husband! – Intan Asyura

Tapi siapa?


30 Hari Sahaja


Tajuk: 30 Hari Sahaja
Penulis: Syamnuriezmil
Harga: RM15.00

Sinopsis
Sebulan, bersamaan 30 hari. 30 hari bersamaan dengan Ramadan. Sempena bulan Ramadan ini, Maya Elina telah berjanji akan berusaha untuk mendidik nafsu. Dia mahu merubahkan Ramadannya yang sebelum ini, dengan pengisian Ramadan yang lebih baik pada tahun ini. Termasuklah mengawal dirinya daripada mencari gaduh dengan Rizal Asyraf.

“Fine...”
“Fine apa?”
“Untuk 30 hari ini saja, aku akan cuba kawal emosi. Aku tak akan biarkan Rizal Asyraf buat aku berasap. Aku akan buat dia sebagai dinding.”

Rizal Asyraf merupakan anak tok imam, anak jiran yang duduk berdepan dengan rumahnya. Setiap kali Ramadan, Rizal Asyraf akan balik dari Manchester dan berpuasa di Malaysia. Tanpa Maya Elina tahu, Rizal Asyraf sudah mula jatuh hati sejak pertama kali dia berjumpa dengan Maya Elina pada bulan Ramadan. Dia memberikan Maya Elina, masa selama 30 hari untuk buat keputusan tentang hati.

“Kalau nak suruh saya appreciate perasaan Tisha pada saya, awak kena appreciate perasaan saya pada awak dulu. Barulah betul, yayang. Bagi peluang, bagi muka... give us a try! 30 hari saja, tak lebih!” Rizal mengangkat keningnya.

Masalahnya Tisha, kawan baik Maya Elina juga suka pada Rizal Asyraf.

“Tisha kawan baik saya. Susah senang saya, dia selalu ada dengan saya. FYI, dia tu, ada hati dekat awak. FYR, dia tu, dah suka awak, dah dekat tiga tahun, masuk tahun ni. So, saya tak nak, jadi pagar yang menghalang awak dan Tisha. So, FYA, it’s your job to appreciate apa saja perasaan dia pada awak, bukan mengurat kawan baik dia. Faham?”

Pelbagai cara Tisha buat, Rizal Asyraf tidak pernah jatuh suka kepada Tisha. Sehinggalah Maya Elina balik ke kampung, bercuti selama seminggu untuk beri peluang antara Tisha dan Rizal Asyraf. Tetapi, lain pula jadinya. Maya Elina menerima dua pinangan. Satu daripada Soleh Usyair, teman lelaki lamanya dan satu lagi daripada bosnya sendiri, Tuan Malique. Oleh sebab Maya Elina tak tahu bagaimana hendak memilih, dia membuat satu ilham...

Pukul sembilan malam ini, WhatsApp warna baju raya masing-masing. Orang yang memilih baju raya warna yang sama degan saya, dia miliki hati saya! – Maya

Siapakah yang berjaya mendapatkan hati Maya Elina? Sempat ke Maya Elina memberi jawapan selepas 30 hari itu? Atau... dia sudah terlewat?

Mencintai itu, bukan memilih kesempurnaan. Tetapi, memilih untuk melengkapi, bahagian pada diri yang tidak sempurna.


Dia Bidadari Dari Syurga


Tajuk: Dia Bidadari Dari Syurga
Penulis: Syamnuerizmil
Harga: RM20.00

Sinopsis
Marissa Aisya seorang graduan dari Melbourne University, Australia tiba-tiba disuruh jadi tea lady oleh di syarikat abinya. Tanpa banyak soal Marissa ikutkan saja. Dia mahu jadi anak yang taat kepada abinya, kerana hanya abinya saja yang tinggal. Arwah umminya sudah lama meninggal dunia. Di pejabat, dia sering di buli oleh Naqib Zakuan, jurutera kekwat yang telah lama bekerja di syarikat abinya. 

“Ada apa-apa lagi Bos Zakuan?”
“Ada. Tolong buatkan saya nescafe panas, kurang susu, lebih nescafe dekat saya. Setiap pagi saya nak ada nescafe itu atas meja! Awal pagi. Saya tak nak lambat-lambat.”

Zakuan yang baru sudah putus cinta dengan Maisarah mengambil pendekatan, semua perempuan sama saja. Tetapi dia terlupa yang dia sudah berjanji dengan ibunya yang dia mahu membawa balik kekasihnya ke Sungai Petani minggu itu. Daripada nak sebut nama Maisarah, tersebut nama Marissa. Tak pasal, Marissa kena jadi kambing hitam. Terpaksalah Zakuan membuat rancangan untuk memerangkap Marissa mengikutnya ke Sungai Petani berjumpa dengan ibunya.

“Tapi ada satu syarat untuk menutup mulut saya daripada melaporkan hal ini pada Haji Aisy. Saya boleh reka alasan lain tapi... awak kena tolong saya satu hal.”
“Apa syaratnya? Nak tolong apa?”

Takut punya pasal, Marissa akhirnya bersetuju untuk menolong Zakuan dengan bersyarat.

“Tak boleh pegang, tak boleh sentuh-sentuh, jangan duduk rapat-rapat dan jangan... ehemm... jangan... hmmmm...”
“Jangannnn apa!!!”
“Jangan jatuh cinta dengan sayalah!”

Memanglah mula-mula, masing-masing menidakkan perasaan itu. Tapi, kalau dah pi balik pi balik, Bee Sayang, Sayang Bee... tak tercuit ke hati itu? Masalahnya, baru tujuh hari bekerja, Marrisa nak berhenti kerana mahu berkahwin dengan calon pilihan arwah umminya. Sekali lagi Zakuan patah hati.

“Ibu pun sudah terlanjur sayang. Aris tu baik sangat. Polos orangnya, mendengaq kata. Sayangnya... bidadari Zack itu milik orang, Naqib Zakuan. Tak payah hang nak seronok dengan milik orang. Pulangkan balik pada ayah dia.”
Berjayakah Zakuan melupakan Marissa yang sudah dia anggap bidadarinya? Atau, mengejar cintanya walaupun Marissa sudah mahu berkahwin?

Cinta itu hanya akan jadi milik kita apabila kita berjaya mengejarnya.

u/p novel ini beserta tandatangan penulisnya

My Next Mistake


Tajuk: My Next Mistake
Penulis: Syamnuerizmil
Harga: RM20.00

Sinopsis
Semua orang pernah buat silap dalam perhubungan, namapun manusia. Being a human, memang akan berjumpa dengan pelbagai kesilapan. Tak apa kalau silap itu hanya sekali dan kita perbaiki. Tapi, kalau kesilapan yang sama, kita ulangi? Itu namanya bukan silap. Itu namanya BODOH!

Zaraa Amani, seorang pensyarah sebuah kolej yang mengajar subjek pemasaran, sukar untuk memasarkan dirinya sendiri. Dia selalu saja membuat pilihan yang salah dan bercinta dengan orang yang salah. Tak tahu di mana silapnya, hubungan cintanya selalu berakhir dengan alasan dan dia tak serik untuk melalukan kesilapan itu sebanyak empat kali!

Pertemuan Zaraa Amani dengan seorang peguam, Aniq Hakimi sewaktu di majlis perkahwinan adiknya, Faraa Amani telah membuatkan Zaraa tertarik, namun Zaraa menjadi lebih berhati-hati untuk memilih dan cuba melawan arus. Apa yang peliknya, setelah dia berjumpa dengan Aniq, semua lelaki di dalam hubungannya yang silap itu muncul kembali dan menagih cintanya semula. Untuk menolak mereka, Zaraa terpaksa menggunakan nama Aniq. Sehinggalah... Zaraa kantoi!

“Berapa kali saya nak cakap, sampai kiamat pun saya tak akan terima awak balik Umar. Saya nak kahwin hujung tahun ni dengan...”
“Siapa?”
“Aniq Hakimi!”
“Sayalah tu...”

u/p novel ini beserta tandatangan penulisnya

Wednesday, April 19, 2017

Poskad Terakhir


Tajuk: Poskad Terakhir
Penulis: Syamnuriezmil
Harga: RM10.00

BLURB :

Selama 6 bulan, Fateha Ariani pindah masuk rumah baru, selama itulah dia menerima sekeping poskad setiap minggu. Dia ingatkan untuk penyewa sebelum dia. Tetapi, apabila dia kembalikan kepada Pak Cik Azam, Pak Cik Azam memulangkan semula poskad-poskad itu kepadanya.

“Pulak. Habis tu, untuk siapa?”
“Untuk hanglah agaknya.”
“Hish pak cik ni. Apa pulak untuk saya.”

Oleh kerana tak ada sesiapa yang menuntut, Fateha mula membaca poskad itu, mencari tahu, untuk siapa poskad itu dihantarkan. Tanpa Fateha sangka, poskad itu adalah untuk dirinya!

Untuk awak... hari ini hari pertama awak masuk rumah baru kan? Sorry, tak sempat nak tolong. Saya on the way ke Paris sewaktu awak masuk rumah baru. Ada hal sikit. Saya akan berada di sekitar Europe selama 6 bulan. Nanti saya tulis lagi. – Si Pemuja Rahsia.

Siapakah si pemuja rahsia yang menghantarkan poskad itu, ke rumahnya? Hanya dua orang saja yang muncul di dalam kepalanya waktu itu, anak Pak Cik Azam atau, jiran di depan rumah yang punya lesung pipit di pipi. Atau, bukan kedua-duanya?

Untuk awak... nak tak kita main satu permainan? Kita main teka sampai dapat. Kalau awak dah tahu saya siapa, awak balas poskad saya yang terakhir. Kalau betul tekaan awak, awak boleh denda saya. Tapi, kalau salah... awak pula kena denda. Macam mana? Awak mesti setuju sebab awak tu... pantang mengalah. – Si Pemuja Rahsia

Dapatkah Fateha meneka siapa si pemuja rahsia? Adakah dia menang dalam permainan itu? 

“Teha, aku tahu, macam mana nak perangkap mereka ni...”
“Macam mana?”