Showing posts with label Sejarah Islam. Show all posts
Showing posts with label Sejarah Islam. Show all posts

Thursday, October 6, 2016

Sirah Nabawiyah : Insan Teladan Sepanjang Zaman

Tajuk : Sirah Nabawiyah : Insan Teladan Sepanjang Zaman
Penulis : Nik Abdul Aziz Nik Mat
Harga : RM60.00
ISBN : 1465265037290
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan pada tahun 571 Masehi melalui perkahwinan Aminah dengan Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hashim. Baginda adalah keturunan Nabi Ismail A.S bin Ibrahim A.S. Nabi Muhammad S.A.W adalah insan termulia melebihi tingkat dan darjat dari seluruh nabi-nabi dan umat manusia, bahkan seluruh makhluk-makhluk Allah SWT. Sebab itu Rasulullah (Nabi Muhammad S.A.W) bergelar "Rahmatan Lil'Alamin" ertinya "Rahmat bagi seluruh alam".

Rasulullah S.A.W diberi kitab Al-Quran, diutus oleh Allah SWT untuk seluruh bangsa di dunia ini. Seperti nabi-nabi atau rasul-rasul Allah terdahulu, baginda pun mengajar dan menyeru manusia supaya menyembah Allah SWT. Nabi Muhammad S.A.W adalah penutup dari sekalian nabi dan rasul. Agama Allah yang diwahyukan semenjak Nabi Adam secara bertahap-tahap lagi teratur dilengkapi dan disempurnakan Allah pada kenabian Muhammad S.A.W. Sebab itu tidak akan ada lagi nabi dan wahyu sesudah Baginda.

Buku ini cuba mengupas sirah hayat Rasulullah S.A.W bermula dari pelantikan Baginda sebagai rasul, mukjizat-mukjizat yang membuktikan kerasulan baginda serta penentangan terhadap dakwah Rasulullah S.A.W yang bertali arus sehingga dapat menubuhkan sebuah negara Madinah yang mementingkan hak muslim dan bukan muslim dijamin dalam sebuah perlembagaan.

Monday, July 18, 2016

Sultan Abdul Hamid II


Tajuk : Sultan Abdul Hamid II
Penulis : Abdul Latip bin Talib
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-411-853-2
Mukasurat : 362
Berat :

Sinopsis
Kisah Sultan Abdul Hamid II yang cuba memulihkan kembali Empayar Uthamaniyyah, yang digelar orang Sakit Eropah. Pelbagai cabaran yang perlu baginda tempoh, Bukan sahaja cabarand aripada kuasa luar seperti British dan Rusia yang perlu baginda hadapi, malah, serangan dalaman dan pemberontakan juga perlu ditangani. Namun, segala-galanya sudah tersurat. Baginda jatuh juga, dan digantikan dengan seorang sultan boneka. Ini menjadikan baginda, Khalifah Terakhir Empayar Uthamaniyyah.

Wednesday, April 27, 2016

Malayonesia : Kerdipan Bintang Melayu Di Langit Melayu

Tajuk : Malayonesia : Kerdipan Bintang Melayu Di Langit Melayu
Penulis : Mat Rofa Ismail
Harga : RM54.00
ISBN : 978-967-86-0658-5
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
"Bangsa yang tidak mempelajari Sejarah, lalu Sejarah akan Mengajarnya Kembali!"

Malayonesia merujuk kepada keseluruhan alam kepulauan Melayu. Buku ini membawa pembaca sekalian menghayati masa lampau Alam Melayu menerusi aspek geografi, penduduk, iklim, pembukaan, pentadbiran, penjajahan dan pembebasannya, perjuangan dan suka duka umatnya yang berkongsi latar belakang sejarah tabii yang sama. Isi kandungan diolah pengarangnya menerusi pelbagai sumber klasik nadir, yang dibedah, diolah dan dipersembahkan dalam bentuk yang menginsafkan bagi para pembaca yang mempunyai jiwa yang hidup. Sumber klasik diadun pula dengan sumber mutakhir agar menyediakan hidangan minda yang segar dan bertenaga dalam pembinaan peradaban umat yang diidamkan pada masa hadapan.

Perbincangan buku ini didasarkan kepada catatan Yang Berbahagia Salih Affandi Jaudat menerusi bukunya dalam bahasa Arab yang bertajuk Ummat al-Malayu. Buku ini dicetak di Mesir pada tahun 1908. Pengarangnya ialah pegawai undang-undang Mesir yang perihatin terhadap masyarakat Islam di Timur Jauh. Beliau telah menyusun buku tersebut sebagai panduan masyarakat Arab Mesir bagi mengenali geografi kemanusiaan bagi rantau tersebut.

Manuskrip Tarikh Fathani lengkap ditransliterasi juga digunakan sebagai kajian sokongan dalam buku ini. Tulisan pengkaji seperti William Roff dan Peter Ridell serta beberapa orang tokoh lain turut diperturunkan sebagai pelengkap perbincangan tentang Malayonesia.

Warisan ini diharapkan akan menambahkan satu lagi maklumat tentang bumi tercinta ini yang merekodkan peristiwa masyarakat Melayu sebelum dan menjelang penjajahannya oleh kolonialisme Barat.