Wednesday, April 27, 2016

Malayonesia : Kerdipan Bintang Melayu Di Langit Melayu

Tajuk : Malayonesia : Kerdipan Bintang Melayu Di Langit Melayu
Penulis : Mat Rofa Ismail
Harga : RM54.00
ISBN : 978-967-86-0658-5
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
"Bangsa yang tidak mempelajari Sejarah, lalu Sejarah akan Mengajarnya Kembali!"

Malayonesia merujuk kepada keseluruhan alam kepulauan Melayu. Buku ini membawa pembaca sekalian menghayati masa lampau Alam Melayu menerusi aspek geografi, penduduk, iklim, pembukaan, pentadbiran, penjajahan dan pembebasannya, perjuangan dan suka duka umatnya yang berkongsi latar belakang sejarah tabii yang sama. Isi kandungan diolah pengarangnya menerusi pelbagai sumber klasik nadir, yang dibedah, diolah dan dipersembahkan dalam bentuk yang menginsafkan bagi para pembaca yang mempunyai jiwa yang hidup. Sumber klasik diadun pula dengan sumber mutakhir agar menyediakan hidangan minda yang segar dan bertenaga dalam pembinaan peradaban umat yang diidamkan pada masa hadapan.

Perbincangan buku ini didasarkan kepada catatan Yang Berbahagia Salih Affandi Jaudat menerusi bukunya dalam bahasa Arab yang bertajuk Ummat al-Malayu. Buku ini dicetak di Mesir pada tahun 1908. Pengarangnya ialah pegawai undang-undang Mesir yang perihatin terhadap masyarakat Islam di Timur Jauh. Beliau telah menyusun buku tersebut sebagai panduan masyarakat Arab Mesir bagi mengenali geografi kemanusiaan bagi rantau tersebut.

Manuskrip Tarikh Fathani lengkap ditransliterasi juga digunakan sebagai kajian sokongan dalam buku ini. Tulisan pengkaji seperti William Roff dan Peter Ridell serta beberapa orang tokoh lain turut diperturunkan sebagai pelengkap perbincangan tentang Malayonesia.

Warisan ini diharapkan akan menambahkan satu lagi maklumat tentang bumi tercinta ini yang merekodkan peristiwa masyarakat Melayu sebelum dan menjelang penjajahannya oleh kolonialisme Barat.


No comments:

Post a Comment