Tuesday, July 21, 2015

Nota Buat Cempaka

Tajuk : Nota Buat Cempaka  
Penulis : Sophilea
Harga : RM26.00
ISBN : 9789675289323

Sinopsis
“MANA mungkin Doktor Luqman Harith jatuh cinta pada Staff Nurse Cempaka Elina?”

NAMUN mereka bertunang juga. Berbulan bertunang, Luqman senyap. Tiba-tiba sahaja, mereka satu hospital, satu wad. Cempaka kalut. Tunang dinginnya yang kayu ini dekat sangat dengan dirinya. Hati masih libang-libung, tapi keluarga Luqman ajukan mereka dinikahkan cepat. Nikah gantunglah mereka, bak kata orang-orang tua.

“Saya tak nak jadi perampas. Lebih baik doktor bagitahu family doktor yang kita batalkan majlis kita. Kita berpisah.” Cempaka berterus terang.

“Perampas? Rampas dari siapa? Atau sebab Mathew?”

Cempaka menjeling. “Mathew tak ada kena mengena dengan hal saya dan doktor.”

“Bila dia ada kaitan dengan Cempaka sudah tentu dia ada kena mengena dengan saya. Cempaka isteri saya, tak ingat? Memanglah tak ingat sebab gelang nikah pun tak pernah pakai. Cincin tunang pun kejap pakai kejap tak. Takut sangat agaknya saham jatuh.”

“Di hospital, memanglah tak boleh pakai.” Cempaka menjawab.

“Luar hospital, pernah pakai?”

Cempaka gigit bibir.

“Kenapa gigit bibir? Nak saya gigitkan?”

Merah menyala wajah Cempaka apabila Luqman cakap macam itu. Ya Allah rasa nak menyorok dah ini. Luqman pula tayang muka selamba. Tersenyum gatal pula dia. Eiii… Teruknya dia.

SAAT Cempaka mengulit bahagia dengan cara tersendiri versi Doktor Luqman… Dia dikejutkan dengan bicara suaminya di malam majlis persandingan mereka…

“Kenapa? Kenapa mesti ada ikatan antara saya dan awak andai hati awak untuk yang lain, Luqman? Kenapa perlu dirantai saya kalau saya bukan sesiapa, Luqman?” – Cempaka

APABILA sudah serumah, sebilik, sekatil…

“Cempaka Elina… Tiada istilah kesilapan bila abang terima Cempaka sebagai tunang, sebagai isteri abang yang sah. Tiada ungkapan silap atau salah bila kita dijab kabulkan. Semua ini ketentuan dari Allah, Cempaka.– Luqman Harith

MENYEDARI dirinya pilihan kedua Luqman, calon kehendak keluarga… Ke mana harus dia pergi namun jiwa Cempaka terubat dengan nota-nota misteri yang sentiasa mendatanginya… Dan, siapa pula Fikri, Dyja dan Mathew yang mencelah dalam hubungan mereka?


Monday, July 20, 2015

Ketupat Cinta (Musim Kedua)

Tajuk : Ketupat Cinta (Musim Kedua)
Penulis : Faisal Tehrani
Harga : RM19.00
ISBN : 978-967-362-224-5
Mukasurat : 298 
Berat : 

Sinopsis
Baginda Parameswara hilang isteri. Tiada ia ingat mentadbir negeri. Daging celeng kembali dinikmati. Negeri dilanda hingus babi.

"Wahai Pujangga. bolehkah siput babi itu dimakan?"
"Ampun tuanku beribu ampun. Menurut ilmuan binatang, adapun siput babi ini haiwan hermafrodit atau khunsa, tuanku. Tiada kita terfikir tuanku tergamak mahu makan haiwan pondan."

Faisal Tehrani kembali dengan satira purba yang penuh kontroversi. Dengan gaya yang bersahaja dan kelakar, Faisal Tehrani mmelontar drama kehidupan manusia yang merentasi zaman.

Novel ini merupakan buku kedua dalam siri Ketupat Cinta. 

Travelog Seorang Da’i

Tajuk : Travelog Seorang Da’i 
Penulis : Ustaz Abd. Rahman Mohamed
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-5102-31-8

Sinopsis
Aku persembahkan buku ini untuk berkongsi pengalaman dengan para pembaca di kalangan kaum Muslimin dan Muslimat. Padanya aku coretkan segala pahit manis hidupku sejak kecil, alam persekolahan, menyertai kumpulan samseng sehingga aku mendapatkan hidayah, bertugas di masjid, difitnah berkefahaman Wahabi hingga terpaksa dibawa ke mahkamah, jatuh bangun sebagai peniaga dan akhirnya dapat berdiri teguh dengan inayah Allah SWT.

“Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.”

Biar kita susah dahulu agar kita mendapat kesenangan di kemudian hari. Aku harapkan dengan coretan ini agar segala pengalamanku dijadikan perbandingan dan pengajaran. Aku mahu jelaskan kepada sekalian pembaca adalah dan percayalah, kesusahan hidup bukan hukuman, sebaliknya ia adalah ujian untuk mendapatkan yang terbaik. Firman Allah: “Sesungguhnya berserta kesusahan itu ada kesenangan.” 

Sunday, July 19, 2015

Oh! Mudahnya Jahit Skirt & Palazo

Tajuk : Oh! Mudahnya Jahit Skirt & Palazo
Penulis : Rozilawati Abdullah
Harga : RM20.00
ISBN : 978-983-124-982-6

Sinopsis
Skirt dan Palazo adalah antara fesyen terkini yang semakin mendapat tempat dihati masyarkat. Dengan rekaan terkini, ia mampu membuatkan si pemakai tampil lebih elegan. Rekaan yang dihasilkan dengan penggunaan fabric yang bermutu menepati cita rasa dan sesuai untuk semua golongan. Di samping itu, harga untuk memiliki pakaian ini juga tidak terlalu mahal dan berpatutan.

Oh! Mudahnya Jahit Blaus

Tajuk : Oh! Mudahnya Jahit Blaus
Penulis : Asfarena
Harga : RM21.90
ISBN : 978-967-86-0498-7

Sinopsis
Pelajari menjahit 9 rekaan balus moden yang mudah untuk persalinan seharian, ke pejabat dan bersantai. Semuanya dipaparkan dengan keterangan terperinci dan gambar yang jelas. Disertakan juga pola asas untuk memudahkan anda belajar menjahit blaus sendiri. 

Tuesday, July 14, 2015

Maaf Dari Sorga

Tajuk : Maaf Dari Sorga
Penulis : Faisal Tehrani
Harga : RM16.00
ISBN : 978-983-399-187-7

Sinopsis
Rumah nombor 33 menyimpan pelbagai misteri dan dianggap berhantu. Penyewanya silih berganti dan kebanyakan mereka menemui kecelakaan.
    
Penyewa terbaharu, Hakiki, seorang pegawai bank berfikiran liberal bersama isterinya yang mualaf, turut diganggu peristiwa aneh dan menakutkan. Rumah tangga yang aman mulai keruh dan si isteri kembali ke negera asal, kemudian terperangkap dalam taufan ganas yang mengancam jiwa dan kandungannya.
    
Mungkinkah gangguan-gangguan itu disebabkan oleh dosa-dosa Hakiki yang disembunyikan sekian lama? Apakah ada kemaafan dari sorga buat mereka?


Saturday, July 4, 2015

Sajian Keraian, Perancangan, Penyelidikan & Resipi

Tajuk : Sajian Keraian, Perancangan, Penyelidikan & Resipi 
Penulis : Noraini Sidek
Harga : RM49.90
ISBN : 978-967-611-507-2


Roti, Kek & Pastri

Tajuk : Roti, Kek & Pastri 
Penulis : Noraini Sidek
Harga : RM46.50
ISBN : 978-967-610-752-7

Masakan Tradisi Johor

Tajuk : Masakan Tradisi Johor 
Penulis : Halimah Shuib
Harga : RM39.00
ISBN : 978-967-611-686-4

Sinopsis
Masakan tradisi lazimnya dikaitkan dengan penggunaan pelbagai rempah-ratus. Ia mementingkan keaslian rasa dan rupa masakan sekali gus memberikan nilai dan khasiat pemakanan tersendiri untuk para penggemarnya.Kombinasi rempah-ratus seperti jintan manis; ditambah dnegan ulam-ulaman dan hasil semula jadi hutan terdiri daripada daun, bunga dan buah biasanya menjadi bahan utama dalam masakan tradisi. Ia bukan hanya membangkitkan aroma makanan bahkan turut memberi nilai pemakanan yang terbaik. Melalui buku ini penulis berkongsi pengalaman memasak tradisi negeri Johor seperti Ayam Kurma Merlong, Ayam Merah Johor, Daging Serai Menanti, Ikan Pindang Jawa, Ikan Pais Menawar, Jelatah Nanas, Nasi Beriani Gam Batu Pahat, Nasi  Bohari dan Mi Bandung.

Kek Lapis Sarawak (Jilid 2)

Tajuk : Kek Lapis Sarawak (Jilid 2)
Penulis : Rabiah Amit
Harga : RM34.00
ISBN : 978-967-611-670-3

Sinopsis
Penyediaan kek lapis sarawak pasti menjadi mudah dan senang  dengan mengetahui cara membuatnya. Dengan memiliki buku ini,dapat membantu anda menyediakan kek lapis yang enak untuk hidangan keluarga dan sahabat handai. Disajikan dengan 40 jenis kek lapis yang pelbagai corak dan enak pasti dapat menambah koleksi resipi kek lapis anda.

Biskut & Kek Singapura (2)

Tajuk : Biskut & Kek Singapura (2)
Penulis : Aini Salim
Harga : RM33.00

Sinopsis
Memuatkan resipi biskut dan kek yang enak untuk dicuba. Ia disediakan oleh pakar masak dari Singapura yang berpengalaman. Beliau bukan saja aktif memasak tetapi juga aktif mengajar pelbagai jenis masakan sama ada di Singapura, Malaysia dan juga Brunei. Beliau mengharapkan buku ini dapat memberikan ruang kepada beliau untuk berkongsi pengalaman dengan masyarakat pembaca dan juga dapat membantu suri rumah menyediakan biskut dan kek yang enak.

Pelbagai resipi popular dipilih dan dikumpulkan dalam buku ini. Cara membuat dan memasak diterangkan dengan terperinci dan mudah dilakukan. Berserta dengan gambar berwarna, kompilasi resipi ini sesuai untuk mereka yang ingin menyediakan biskut dan kek yang enak dan berkhasiat, sama ada untuk diri sendiri dan keluarga atau sekadar sebagai hidangan harian, musim perayaan atau majlis keraian. Ia bukan sahaja enak untuk dinikmati tetapi lebih menjimatkan.

Kek Lapis Sarawak

Tajuk : Kek Lapis Sarawak  
Penulis : Rabiah Amit
Harga : RM28.80
ISBN : 978-967-611-440-2

Sinopsis
Buku ini menghimpunkan 40 jenis kek lapis yang enak dan pelbagai corak. Kreativiti pembuatannya diilhamkan oleh pakar kek lapis di Sarawak. Dalam buku ini beliau berkongsi resipinya dengan mereka yang berminat untuk belajar membuat kek dengan cara yang mudah dan enak khusus untuk hidangan keluarga dan sahabat handai

1 Hari 1 Resipi : 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza

Tajuk : 1 Hari 1 Resipi : 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza
Penulis : Chef Hanieliza
Harga : RM39.90
ISBN : 978-967-5564-84-0
Mukasurat : 396

Sinopsis
Buku 1 Hari 1 Resipi 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza adalah keluaran khas yang menampilkan 365 resipi hasil kreativiti CHef Hanieliza yang boleh dicuba setiap hari. Antara resipi istimewa yang terkandung di dalam buku ini ialah aneka masakan berasaskan ayam, daging, kambing, kerabu dan salad, makanan barat, makanan laut, mihun dan mi, nasi, sambal dan sos, sayur, tauhu dan telur, puding dan desert, ikan, kuih kukus serta kuih muih minum petang.

Biografi Agung Salahuddin Al-Ayyub

Tajuk : Biografi Agung Salahuddin Al-Ayyubi
Penulis : Syed Alwi Alatas
Harga : RM32.50
ISBN : 978-967-86-0446-8
Mukasurat : 464
Berat : 835g

Sinopsis
Salahuddin al-Ayyubi bukan nama asing kepada orang Islam, malah sosok hebat ini disanjung orang bukan Islam. Sejarah keperwiraan tokoh Muslim ini menjadi bahan tulisan sama ada buku atau tesis di seluruh dunia. Ia juga mendapat perhatian karyawan seni untuk difilemkan.Dalam lambakan bahan-bahan mengenai Salahuddin menyebabkan pembaca keliru antara fakta dan fiksyen mengenai perwira ini.Begitu juga sebahagian menilainya daripada sejarah gemilang yang diciptanya tanpa mengambil pengajaran daripadanya.

Sebaliknya buku ini tidak membahaskan fakta sejarah semata-mata. Lebih penting ia mengkaji masalah dan cabaran yang ada pada zaman itu yang memiliki banyak persamaan dengan yang dihadapi oleh kaum Muslimin pada zaman sekarang. Kaum Muslimin pada masa Nuruddin dan Salahuddin telah melewati masalah itu dan mereka mampu merespons cabaran dengan sangat baik.Ini adalah pelajaran yang berharga bagi kita yang hidup pada hari ini. Jika kita memahami dengan baik apa yang telah terjadi pada masa itu – kemunduran kaum Muslimin, penguasaan al-Quds oleh musuh, serta konflik Sunni-Syi’ah – dan kita dapat menggunakan contoh-contoh sebagai model untuk diterapkan pada masa sekarang ini, maka ia dapat menyelesaikan sebahagian besar masalah umat yang ada pada hari ini sebagaimana kejayaan yang dicapai oleh Salahuddin pada masa itu.

Friday, July 3, 2015

Biografi Agung Imam Syafi'i

Tajuk : Biografi Agung Imam Syafi'i
Penulis : Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid
Harga : RM31.00
ISBN : 978-967-86-0449-9
Mukasurat : 304
Berat : 580g

Sinopsis
“Saya tidak pernah melihat orang seperti Syafi’i. Apabila beliau datang ke Mesir, orang memberitahu ada seorang Quraisy datang ke sini.Sewaktu kami pergi menemuinya beliau sedang bersolat.Saya tidak pernahmelihat solat yang lebih baik daripada solatnya.Saya juga tidak pernah melihat wajah yang lebih cantik daripadanya.Apabila beliau bercakap kami merasakan tidak pernah mendengar percakapan yang lebih baik dari percakapannya itu. Lalu kami sangat tertarik kepadanya.” – HARUN BIN SA’ID AL-AIL.

Biografi Agung Dr Yusuf Al-Qaradawi

Tajuk : Biografi Agung Dr Yusuf Al-Qaradawi
Penulis : Prof Madya Dr Mohamed Kamil Abdul Majid
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-86-0593-9
Mukasurat : 312
Berat : 470g

Sinopsis
Al-Qaradawi amat kritikal kepada mereka yang mendakwa diri mereka sebagai para sufi. Sedangkan mereka sebenarnya adalah aties dan zindiq. Ini dipersetujui oleh al-Sarraj al-Tusi (m. 378H) sejak abad keempat hijrah lagi. Mereka adalah pembohong dan penzalim yang seharusnya diberi perhatian.

Al-Qaradawi berfikiran objektif. Karya-karya beliau dalam bidang keislaman boleh dianggap sebuah ensiklopedia lengkap, seperti al-Ghazzali adalah tokoh ensiklopedia pada zamannya. Oleh sebab itulah, ada peminat dan murid-muridnya yang memberikan gelaran“al-Imam” pada Yusuf al-Qaradawi, dengan panggilan Imam Yusuf al-Qaradawi.

Kelahiran seorang tokoh besar seperti al-Qaradawi yang dianugerahkan Allah dengan ingatan yang kuat, akal yang pintar, hati yang bersih serta dibantu pula dengan senarai guru-guru yang hebat. Dialah Dr Yusuf al-Qaradawi sang murabbizaman yang sentiasa dinantikan pandangannya dalam semua aspek permasalahan.

Biografi Agung Abu Al-Hasan Ali Al-Nadwi

Tajuk : Biografi Agung Abu Al-Hasan Ali Al-Nadwi
Penulis : Prof Madya Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-86-0592-2
Mukasurat : 296
Berat : 550g

Sinopsis
Al-Nadwi memiliki akidah, dakwah dan risalah, sebagai seorang pengkritik terhadap peradaban Barat, sebagai seorang penyeru kepada kemuliaan Islam dan kepimpinan Muslim, sebagai seorang yang paling kuat menentang ideology dan materialisme Barat, sebagai penyeru terbesar kepada kedamaian manusia dan universalisme Islam. Beliau merupakan tokoh membangkitkan dan menimbulkan maruah dan harga diri umat Islam daripada merasa naïf di hadapan Barat. Malah al-Nadwi sering melaungkan bahawa Barat perlu belajar lebih banyak dari pada umat Islam. Beliau menggambarkan Barat sebagai:

“kamu mampu untuk terbang di udara seperti burung dan berenang di dalam lautan seperti ikan tetapi kamu tidak mampu berjalan di atas muka bumi ini seperti manusia.”

Apabila orang yang berkuasa adalah manusia yang menyembah kebendaan dan mementingkan kelazatan yang dapat dirasa sahaja, tidak percaya selain dari perkara dalam kehidupan ini dan tidak pula mempercayai apa yang sebalik alam ini, maka kebendaan itulah yang membentuk tabiatnya dan mempengaruhi perasaan hatinya. Maka sempurnalah rintihan kemanusiaan yang akan diiringi oleh rintihan-rintihan lain yang lebih hebat lagi.

Biografi Agung Syeikh Arsyad Al-Banjari

Tajuk : Biografi Agung Syeikh Arsyad Al-Banjari
Penulis : Abdul Rahman Hj. Abdullah
Harga : RM59.00
ISBN : 978-967-86-0594-6
Mukasurat : 1016
Berat : 1.44kg

Sinopsis
Buku ini di tulis bagi meninjau dan menghargai sejarah dan pemikiran Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari (1710-1812) dan ulama keturunannya di Indonesia dan di Malaysia. Namun sebagai latar belakang sejarah, perlu di tinjau sekadarnya tentang proses pengislaman di Nusantara, serta aliran pemikiran Islam tradisional di Asia Barat umumnya dan di Nusantara khususnya. Hanya dengan pengetahuan latarini, baru dapat di fahami dengan jelas.

Kesinambungannya melalui peranan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dan tokoh-tokoh lain selepasnya. Khusus tentang Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, beliau mencipta nama sebagai tokoh ulama yang sangat aktif berdakwah (melalui lisan, tulisan dari lisanul-hal) dalam masa yang lama ketika usia sudah lanjut (65 tahun), setelah lama (35 tahun) menuntut ilmu di Tanah suci Makkah dan Madinah (Haramain). Melalui prinsip kerjasama ulama dengan umara, beliau menjadi penasihat kesultanan Banjar serta meninggalkan warisan ilmu yang kaya sebagai pengarang kitab yang produktif.

Biografi 99 Ulama Dunia

Tajuk : Biografi 99 Ulama Dunia
Penulis : Mustafar Mohd Suki
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-86-0648-6
Mukasurat : 304
Berat : 500g

Sinopsis
BIOGRAFI 99 ULAMA DUNIA menyajikan latar belakang para ilmuan yang meliputi pendidikan, keperibadian, karya penulisan, sumbangan dan kepakaran-kepakaran mereka dalam ilmu agama. Mereka dikategorikan mengikut bidang ilmu masing-masing seperti ilmu Tafsir, Hadith, Fiqh dan Bahasa Arab.

Di samping memberi manfaat kepada masyarakat awam, naskhah ini boleh dijadikan rujukan khususnya kepada penuntut-penuntut ilmu dalam bidang agama. Buku ini dapat membantu dalam pengetahuan tentang kitab-kitab rujukan yang penting dan ulama-ulama moden yang hebat untuk diambil manfaat daripada mereka.

Adolf Hitler : Biografi Dan Sejarahnya

Tajuk : Adolf Hitler : Biografi Dan Sejarahnya
Penulis : Agus Nur Cahyo 
Harga : RM15.00
ISBN : 9789674480479
Mukasurat : 208
Berat :

Sinopsis
Siapa yang tidak mengenali adolf hitler? Tokoh kontroversi ini memang tidak pernah habis untuk dibincangkan, walaupun berpuluh-puluii tahun telah berlalu sejak kematiannya yang penuh misterl jika disentuh tentang peristiwa perang dunia pertama dan kedua, maka tidak ada tokoh dunia yang paling terkenal dan penuh kontroversi mela1nkan adolf hitler. Jika disebut ivianusia paling kejam di dunia, maka hitlerlah orangnya kerana dia dlkatakan telah menyerang jutaan bangsa yahudi, meskipun kebenarannya masih menjadi kontroversi bingga sekarang. Begitu juga jika disebut pemimpin diktator dunia, maka hitlerlah yang akan masuk barisan pertama. Bagi para pembaca yang ingin mengenali dengan lebih dekat lagi siapakah adolf hitler ini, maka buku inilah jawapannya!

Biografi Agung Nuruddin Zanki

Tajuk : Biografi Agung Nuruddin Zanki
Penulis : Syed Alwi Alatas
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-86-0559-5
Mukasurat :
Berat : 550g

Sinopsis
Setiap kejayaan gemilang seorang tokoh, pasti terdapat seorang tokoh lain yang hebat dan menjadi pencetus kecemerlangan itu... Dialah SULTAN NURUDDN ZANKI, mentor yang melahirkan seorang SALAHUDDIN AL-AYYUBI, Pembebas Jerusalem. 

Nuruddin Mahmud Zanki adalah seorang tokoh penting dalam sejarah Islam. Mungkin ramai yang tidak mengenali tokoh ini secara mendalam. Berbeza halnya dengan Salahuddin al-Ayyubi, yang begitu akrab di telinga kaum Muslimin pada hari ini. Sedangkan, Nuruddin Zanki adalah pendahulu Salahuddin. Dia juga adalah orang yang memulakan penyatuan serta Islamisasi Syria dan Palestin dalam menghadapi kekuatan tentera Salib. 

Menurut Carole Hillenbrand dalam bukunya, Perang Salib, menyatakan bahawa, selama berabad-abad sejak masa Perang Salib “adalah Nuruddin, dan bukannya Saladin, yang memiliki reputasi paling gemilang sebagai sosok mujahid sejati. Saladin ‘ditemukan kembali’ oleh umat Islam pada abad kesembilan belas dan kedua puluh.” Rupanya, bersamaan dengan ‘ditemukannya’ Salahuddin pada masa-masa yang belakangan, peranan Nuruddin Zanki menjadi pudar dari ingatan kaum Muslimin kontemporer. 

Tulisan ini tidak bermaksud mengembalikan keadaan seperti sebelum abad kesembilan belas, iaitu agar Nuruddin Zanki menjadi tokoh mujahidin yang lebih terkenal dan lebih menonjol daripada Salahuddin. Walaupun buku ini secara khusus menulis tentang Nuruddin Zanki, dan tidak banyak membahas tentang Salahuddin, tapi saya berharap kedua-dua tokoh ini dikenali oleh kaum Muslimin serta diberi penghargaan secara seimbang dan semestinya. 

Biografi Syed Mokhtar Albukhary

Tajuk : Biografi Syed Mokhtar Albukhary
Penulis : Premilla Mohanlall
Harga : RM19.90
ISBN : 9789671157107

Sinopsis
Syed Mokhtar Albukhary merupakan antara hartawan yang terkenal di Malaysia. Namun, tidak banyak yang diketahui mengenai beliau. Biografi ini, yang berdasarkan temubual eksklusif dan penyelidikan penulis, memberi gambaran serba sedikit berkenaan kehidupan masa kecilnya dan keluarganya yang telah menerapkan nilai-nilai yang membentuk peribadinya hari ini.

Penerima manfaat Dasar Ekonomi Baru, satu program tindakan afirmatif, Syed Mokhtar telah mengambil peluang terhadap polisi yang memberi ruang kepada usahawan Bumiputera. Beliau enggan mengguna pendekatan "Ali Baba", melibatkan perniagaan dengan usahawan Cina berjaya yang hanya akan meletakkan beliau sebagai pelabur pasif dan sekadar makan hasil tanpa berusaha.

Sebaliknya, beliau berusaha mempelajari selok-belok dan terlibat sepenuhnya dalam perniagaan yang dimilikinya. Ini menjadikan beliau lebih tabah menghadapi cabaran dan sekaligus muncul antara nama terbesar dalam landskap korporat Malaysia masa kini.

Buku ini juga mengetengahkan hubungan baiknya dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, cabaran-cabaran yang dihadapinya ketika era Abdullah Ahmad Badawi serta kesukarannya berdepan liputan negatif media. Keterbukaan dan kejujuran yang ditampilkan dalam buku ini menjadikannya unik dalam konteks Malaysia, sama seperti individu yang dijadikan bahan penceritaannya. 

Wednesday, July 1, 2015

Variasi Jahitan Silang Pangkah Mudah & Menarik

Tajuk : Variasi Jahitan Silang Pangkah Mudah & Menarik
Penulis : Samantha Manonmani
Harga : RM21.00
ISBN : 978-967-86-0513-7

Sinopsis
Variasi Silang pangkah Mudah dan Menarik menyediakan paten-paten silang pangkah yang mudah yang boleh dijadikan hiasan pada rumah, aksesori dan pakaian anda. Samantah Manon telah menyediakan lebih 30 paten flora dan fauna yang boleh dijadikan pilihan. Dengan variasi paten dan warna yang menarik, hobi menjahit silang pangkah ini menjadi lebih menyeronokkan lagi. Tambahkan seri kediaman anda dengan hiasan jahitan silang pangkah yang anda jahit sendiri. Selamat mencuba dengan gembira. 

Oh! Mudahnya Jahit Kebaya

Tajuk : Oh! Mudahnya Jahit Kebaya
Penulis : Rahani Md Zain
Harga : RM17.00
ISBN : 978-983-124-5

Sinopsis
Naskhah terbaharu sudah pun terbit. Hasil daripada idea penulis baru kami, iaitu buku Oh!Mudahnya Jahit Kebaya dapat diterbitkan. Di dalamnya mengandungi langkah demi langkah menjahit baju Kebaya. Dipaparkan juga bagaimana untuk mengukur, memotong dan menjahit baju Kebaya. Setiap perincian baju Kebaya yang ditunjukkan mengandungi maklumat yang betul dan jelas untuk difahami. Tiga jenis baju Kebaya yang ditunjukkan di dalam buku ini mempunyai cara yang berlainan untuk dijahit dan masing-masing mempunyai cirri tertentu. Jadikan buku ini sebagai bahan rujukan kepada yang baru berjinak di dalam dunia jahitan. Selamat Mencuba.