Saturday, December 31, 2016

Projek Seram : Kerusi

Tajuk : Projek Seram : Kerusi
Penulis : Fitri Hussin, Ebriza Aminnudin, Resmanshah
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-446-292-5
Mukasurat : 416

Sinopsis
Sekali Melangkah, Kau Milikku...

Jasmin ditemui mati ketika Zahurin dan Syahir bertengkar besar. Beberapa bulan kemudian, keluarga Sufian berpindah ke rumah keluarga Syahir itu. Sejak Aliana menyusun semula kerusi di ruang keluarga, satu demi satu kejadian yang pernah berlaku kepada keluarga Syahir dialami pula oleh keluarga Sufian. Apakah sebenarnya yang berlaku?
MEREKA ADA, MEREKA LICIK / BELA

Iman Lutfi telah membawa keluarganya ke sebuah banglo berbentuk istana untuk menilai barang-barang antik yang terdapat di sana. Tanpa diduga, suatu kejadian yang tidak disangka-sangka telah berlaku apabila seorang demi seorang anaknya didapati hilang.
SEKALI MELANGKAH, KAU MILIKKU / ANTIK

Kehidupan Amrun berubah sejak dia membeli sebuah kerusi terpakai berwarna merah darah. Daripada seorang penulis novel seram yang tidak glamor, nama Amrun mendadak menjadi penulis novel seram nombor satu Malaysia. Novelnya mendapat sambutan yang sungguh luar biasa. Namun, hidupnya terganggu apabila dia sering dihantui oleh satu roh lelaki yang mati terbakar. ADAKALANYA, IMPIAN MENGHANCURKAN KEHIDUPAN / KERUSI MERAH BERDARAH

Sumpah Sundal Sutinah

Tajuk : Sumpah Sundal Sutinah
Penulis : Dhieya Adlynna
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-446-293-2
Mukasurat : 432

Sinopsis
Setiap warga Hospital Prima tahu sebaris nama ini. Kisahnya, sentiasa diceritakan dari satu mulut ke mulut lain. Kononnya Sutinah sudah menghantui Hospital Prima sejak 20 tahun dulu. Sehinggalah mereka semua dikejutkan dengan kejadian pelik. Seorang demi seorang dijumpai mati dalam keadaan mengerikan. Lebih mencurigakan, apabila pihak pentadbiran menyembunyikan punca sebenar kejadian itu sehingga mencetuskan rasa takut di kalangan warga Hospital Prima. Nabila seorang jururawat di hospital itu mula merungkai kejadian ngeri di sebalik gangguan Sutinah.

Apa sebenarnya sedang berlaku? Benarkah ia ada kaitan dengan Sutinah? Ataupun, mungkin juga Hospital Prima sudah terkena sumpah sundal Sutinah.

"Kau beruntung, sebab tak perlu nampak benda tak sepatutnya." ~ Bunga

"Tapi... tetap nampak kerusi malas yang tiba-tiba sahaja bergerak sendiri. Saya rasa... itu lagi seram..." ~ Nabila

"Aku bukan apa Bella. Aku takut... aku takut! Kalau-kalau nanti aku pula yang akan menjadi mangsa seterusnya..." ~ Tina

Friday, December 30, 2016

Tempur

Tajuk : Tempur
Penulis : Ahmad Erhan
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-446-284-0
Mukasurat : 432

Sinopsis
CAMELIA - Gadis yang telah berjaya menggemparkan negara dengan siri-siri pembunuhan yang berprofil tinggi. Para mangsanya tidak akan pernah tahu bila dan bagaimana gadis ini akan bertindak. Dia kejam, lincah serta tangkas bermain senjata. Motif tindakannya masih kekal misteri di mata pihak berkuasa. Majunya tidak terhalang. Kejamnya tidak tersangka. Geraknya membawa petaka.

HAKIM - Egonya sebagai pengawal peribadi berpengalaman telah dicabar. Dendam akibat diperdaya Camelia menjadi motivasi untuknya memburu gadis itu sehingga ke lubang cacing sekalipun. Sekali gus menamatkan riwayat hidup Camelia. Baginya, tiada sekelumit ruang kemaafan yang boleh dibuka untuk gadis itu. Darah hutangnya darah.

DATO’ SYUKOR - Mantan pengarah sebuah perkhidmatan rahsia kerajaan. Si tua yang masih berbisa. Kemahirannya dalam selok-belok penyiasatan ditagih pihak berkuasa untuk membantu mereka menghalang petaka yang dibawa Camelia. Dia ialah sang tua yang berbahaya. Apabila matlamatnya sudah ditetapkan, kemaraannya bagaikan helang yang tidak terhalang.

Perhitungan antara mereka akan pasti memakan korban. Dengan ini, setiap daripada mereka akan mengeluarkan segala yang ada untuk memenangi pertempuran ini. Kalah mati. Menang hidup!

“Membunuh orang bukan satu pekerjaan yang semua orang boleh lakukan. Tak semestinya kau jahat, naluri kau boleh membunuh. Tak semestinya kau baik, kau tidak akan membunuh. Kerana kau belum tiba di garisan pemisah di antara kewarasan dan kegilaan. Pada ketika itu, baru kau kenal siapa diri kau yang sebenarnya.”- Elias Yunus

Wednesday, December 28, 2016

Jiwangnya, Mat Rock!

Tajuk : Jiwangnya, Mat Rock!
Penulis : Akira Dorayaki
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0907-47-5
Mukasurat :

Sinopsis
Rambut berketaq bagai penyanyi rock zaman 80-an memang gaya lelaki sejati buat Uwais Qarni a.k.a. Mat Rock. Bertemu pula ‘Ummi Si Mulut Celopar’, lagilah bertambah haru dibuatnya!

“Awak, tolong ikatkan sikit rambut awak tu bagi kemas, boleh tak? Jangan biarkan dia melambai-lambai macam rumpai air. Nanti nak potong rumput susah.” – Ummi Nadzirah.

“Apa kaitan potong rumput dengan rambut saya pulak? Apa Cik Ummi fikir yang rambut saya ni boleh tersangkut dalam mesin rumput ke? Hei, tak terjejaslah mesin rumput Cik Ummi ni!” – Uwais Qarni.

Bukanlah Uwais Qarni namanya jika mudah berputus asa. Walaupun ditolak seribu kali dan terpaksa menyamar sebagai tukang kebun di Taska Harapan Ummi, dia sanggup. Tetap berusaha memenangi hati gadis yang pernah menjadi teman kecilnya dahulu. Alamatnya, bunga ros merah jugalah yang menjadi mangsa.

“Cis, saya pantang betul bila dapat bunga! Inilah teknik mengurat yang paling klise dan yang paling saya menyampah sekali. Sikit-sikit bagi bunga. Sikit-sikit bagi bunga! Bukannya boleh makan pun.” – Ummi Nadzirah.

“Ummi… Ummi… suatu hari nanti kau akan jadi isteri aku jugak.” – Uwais Qarni.

Namun, semua itu bukanlah masalah besar bagi mereka. Ternyata, menjadi ‘Encik Ketua Keluarga’ dan ‘Puan Penasihat Keluarga’ lebih sukar. Pelbagai halangan terpaksa mereka tempuhi sehingga tiba satu tahap, Ummi diuji dengan dugaan hidup yang mencabar diri.

Bagi Ummi, ini semua kesilapan Uwais. Si Mat Rock itu yang bersalah! Mampukah Ummi memujuk hati Encik Ketua Keluarga saat semua kebenaran terbongkar? Apakah wujud lagi cinta antara mereka setelah Uwais merajuk jauh membawa hati yang terluka?

Gila! Aku Suka Dia?

Tajuk : Gila! Aku Suka Dia?
Penulis : Fatrim Syah
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0907-46-8
Mukasurat :

Sinopsis
3 sahabat.
3 persamaan.
3 bujang terlajak!

Lalan, Bob dan Joe, umur sudah 30-an tapi payah sangat nak cari jodoh. Usaha tu dah usaha, tapi kalau belum sampai seru, payah juga kan? Apabila terjumpa yang berkenan, tapi mulut pula berat macam besi! Masalahnya bukan tak mencari, bukan juga tak berwajah suci-murni-kacak. Cumanya mulut takut nak cakap... ‘aku suka kau’. Mulanya mereka tak kisah, tapi apabila diterjah dengan soalan kahwin di kiri, kanan, depan dan belakang, siapa yang tahan telinga?

Lalan bertemu semula dengan Najwa, budak gemuk yang pernah dibulinya semasa kecil, tapi apabila dah besar ni, jadi cantik rupawan pula.
Manakala Joe, menerima pelajar praktikal di firma guaman miliknya. Junior undang-undang yang pernah Joe layan teruk untuk mendapatkan tandatangannya.
Bob? Dia bukanlah memilih. Dari kecil dia memang suka dengan Amani, seorang gadis tomboi di kampungnya.
Tapi!

Semua rancangan kahwin hancur, kemudian buat plan baru. Janji mereka sebelum Hari Raya tahun depan semua mesti kahwin. Ikhtiar dijalankan, semua cara dan strategi memancing jodoh diperkasa. Agensi cari jodoh, mandi bunga bawah jambatan malam Jumaat, jumpa pakar jodoh, tip buku cinta memikat kekasih, waima produk aura jodoh pun berkotak-kotak dibeli!

Semua pun tak menjadi!

Tiga-tiga pasrah, jodoh masih tak tersangkut lagi. Sebenarnya jodoh yang dicari ada dekat mana? Ke sebenarnya jodoh tu terlepas pandang kiri kanan aje? 

Tuesday, December 27, 2016

Oh, Boy!

Tajuk : Oh, Boy!
Penulis : Dekna Lee
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0907-44-4
Mukasurat :

Sinopsis
Hero, seperti namanya tentulah dia seorang ‘hero’. Nakalnya tak terampun. Asyik keluar masuk jel. Sedang diangkut trak polis pun dia masih boleh mengurat anak dara orang. Dengan tangan yang masih bergari pula tu!

“Isy! Gatal betul mamat ni. Tak sedar ke yang dia kena angkut dengan trak polis?” - Fatiha

Fatiha rasa tak selesa dengan gangguan psikologi oleh banduan di atas trak polis di hadapannya. Ingatkan di situlah tempat terakhir mereka akan bertemu. Sewaktu hendak mengikat jamin abangnya, mereka bertemu lagi. Kali ini Hero berani ambil kesempatan ke atasnya. Di hadapan ayah tiri lelaki itu pula tu! Memang gila!!!

“Minta maaf sekarang!” – Inspektor Ismail

“Minta maaflah sebab dah tercium kat tempat yang salah. Next time, tepat dekat sini.” - Hero

Fatiha geram. Siapa sangka, rupanya Hero itu rakan abangnya, Izzul yang telah lama terpisah. Apa lagi, semakin keraplah mereka bertemu. Izzul dan Hero membuat keputusan untuk mengubah cara hidup mereka dengan mencari kerja.

Walaupun dilayan acuh tak acuh oleh Fatiha, Hero tetap gigih mendekati gadis idamannya dengan pelbagai cara. Tak kisahlah kalau Fatiha mahu menjelingnya sampai bila-bila. Dia suka jelingan gadis itu. 

“Abang sebenarnya dapat nampak masa depan kita sebagai suami isteri. Ti’ah pilih barang, abang tolak troli. How sweet…” – Hero

Fatiha naik menyampah dengan angan-angan Hero itu.

Sebaliknya Hero pula serius dengan kata-katanya. Dia berusaha untuk mengubah hidup demi masa depannya dengan Fatiha. Namun satu demi satu masalah menimpa, menyebabkan semua orang yang dia sayang meragui kemampuannya untuk berubah.

Satu kejadian hitam telah berlaku menyebabkan Hero dipulaukan oleh semua orang, termasuk Fatiha sendiri. Hero yang terlalu kecewa bertindak untuk pergi demi kebaikan semua orang. Saat itu, barulah Fatiha tahu menghargai. Hero tidak pulang lagi... 

Makmum Yang Paling Aku Cinta

Tajuk : Makmum Yang Paling Aku Cinta
Penulis : Aii Fariza
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0907-45-1
Mukasurat :

Sinopsis
Dalam Tahajud Nailufar merintih hiba. Sesungguhnya dia keliru menghadapi lamaran Dato’ Syed Qassim. Seorang lelaki yang telah beristeri lebih daripada seorang. Malah lelaki berumur itu sudi melunaskan hutang keluarganya dengan syarat dia menerima pinangan tersebut.

Nailufar tersepit. Bibirnya berat mengungkap persetujuan tetapi ringan untuk berdoa. Lantas sekudus doa bergema pada sepertiga malam. Memohon Tuhan Yang Esa melorongkan sebatang jalan agar dia mampu berlari ke arah itu.

Kerana manusia bernafsu binatang, satu tragedi berlaku. Mujur tindakan pantas seorang pemuda misteri berjaya menyelamatkannya. Hanya sekejap rasa syukur dirasakan sebelum Nailufar terpalit fitnah lebih dahsyat.

Sekali lagi pemuda misteri itu menyelamatkan keadaan. Melamar demi memayungi maruahnya. Begitu mudah lelaki bernama Syed Amru menyatakan hasrat, apatah lagi menerima dirinya yang banyak kekurangan. 

Nailufar panar. Namun dia melihat lamaran itu sebagai jalan keluar. Tepatkah tindakannya berlari ke sisi Syed Amru? Adakah itu jawapan Tuhan dalam tahajudnya? Jika menolak bermakna dia harus mendepani lamaran Dato’ Syed Qassim!

“Voiceless or not, it doesn’t matter. My feelings for you won’t ever change. Please have faith in me, little one.”  ~ Kata salah seorang Syed!

Jangan Cintai Aku

Tajuk : Jangan Cintai Aku
Penulis : Eyla Hime
Harga : RM29.00
ISBN : 978-967-0907-43-7
Mukasurat :

Sinopsis
Mendepani dosa silamnya bukan sesuatu yang mudah untuk Durrah lakukan.

Empat tahun lamanya wanita yang kini berusia 34 tahun itu mengambil masa untuk keluar dari balik tirai dan mendekati Tariq. Hasratnya ketika itu tidak lain tidak bukan cuma satu, untuk membantu Tariq mengejar cita-citanya, dan mengakui kesalahan diri serta memohon keampunan daripada pemuda berusia 22 tahun itu, sebaik dia benar-benar bersedia. Namun, lain jadinya.

“Macam mana kalau Tariq cakap Tariq dah jatuh hati pada Kak Durrah?” - Tariq

Tariq tiba-tiba meluahkan rasa, tatkala hubungan mereka menjadi semakin rapat.

“Kalaupun Tariq berdegil untuk terus sukakan Kak Durrah, Kak Durrah tetap takkan mampu untuk membalas semula perasaan tu sampai bila-bila.” - Durrah

Mana mungkin untuk Durrah membalas rasa itu tatkala dia melihat Tariq sebagai satu tanggungjawab yang perlu dia pikul atas dosa silamnya. Dan mana mungkin juga untuk dia menyambut huluran kasih yang diberikan, sedangkan usia mereka begitu jauh berbeza.

Bagaimanapun, kesediaan Tariq untuk menerima apa juga celanya, menyentuh jiwa Durrah. Kesungguhan pemuda itu yang tidak putus asa mendekati, mengusik hati kecilnya. Dan Durrah… semakin hari semakin hanyut, terbuai dengan perasaan yang kian memekar dalam diri.

Durrah cuba untuk menafikan. Tidak! Seorang pendosa yang penuh lumpur seperti dia tidak layak untuk mencintai. Apatah lagi dicintai. Saat luka dan emosi bersatu, mampukah Durrah mengatasinya?

H.I.M

Tajuk : H.I.M
Penulis : Fazlin Ridz
Harga : RM29.00
ISBN : 978-967-0907-42-0
Mukasurat :

Sinopsis
NURUL AFYRA... Bercinta dengan orang lain, kahwin dengan orang lain.

Takdir mendatang apabila tunangnya Naquib memutuskan ikatan pertunangan sehari sebelum nikah. Tidak cukup itu, penghinaan diberikan kepada keluarganya.Dihantar seorang lelaki asing sebagai galang ganti.

Dalam keadaan genting, Afyra bersetuju demi maruah diri dan keluarganya. Permulaan hidup bersama itu memang aneh. Lelaki itu tidak dikenali. Namun sedikit rasa dalam hati mengesan, ada kelainan pada keperibadian lelaki itu walaupun si suami berahsia entah kenapa.

AHMAD FAKHRI RIZAL... Adik kepada Naquib. Fakhri rela menikahi Afyra demi beribu sebab. Cantik, datang dari keluarga kaya dan alim, itu antara sebabnya. Siapa kata hidup mereka tidak dilanda masalah pada permulaannya, namun ujian kecil itu tidak mampu menjadi kudis kepada mereka. Mereka semakin teguh membina ikatan cinta bersama.

Sebaliknya, abang kandung dan ibu tiri, teman-teman yang disangka sahabat... mereka semua itulah yang menjadi barah dalam kehidupan Fakhri dan Afyra. Fakhri hampir terjatuh dalam hidupnya, namun ada seorang wanita yang setia di sisi. Itulah isterinya. Memberi semangat, menjadi penawar dan penglipur lara Fakhri.
Fakri tidak pernah berputus asa. Dia seorang lelaki yang cekal. Dia dikurniakan Allah kepandaian. Kebijakan Fakhri mula mendapat perhatian. Dia mula bangkit semula sehingga membuka mata setiap orang yang merendah-rendahkannya.

Hero In A Million!

Dialah seorang lelaki istimewa di mata mentuanya. Hero kepada isteri dan anak-anaknya. Seorang sahabat kesayangan kepada sahabatnya. Juga seorang anak yang pemaaf kepada bapanya. Dia tidak sempurna. Namun lelaki seperti dia hanya ada satu dalam sejuta!

Ejen LEO

Tajuk : Ejen LEO
Penulis : Leo Adi Putra
Harga : RM45.00
ISBN : 978-967-13771-1-6
Mukasurat :

Sinopsis
Buku Ejen Leo bakal mendedahkan Rahsia Membina Sistem Ejen yang efektif membantu para usahawan yang buntu dalam mencari ejen yang betul dan setia dengan produk mereka.

Teknik-teknik yang dikongsikan di dalam buku ini akan membongkarkan rahsiarahsia pembinaan sistem ejen dari awal sehingga bagaimana untuk mengekalkan mereka di dalam sistem yang dibina. Apa yang bakal didedahkan? Antaranya, anda akan ketahui :

Bagaimana Sistem Ejen 3 Peringkat membantu ejen bergerak secara sistematik dan memberi pulangan yang maksimum?

Ilmu Kuasa Dalaman yang memberikan kekuatan spiritual kepada ejen-ejen untuk kebal menghadapi sebarang rintangan dan kesusahan

Bagaimana Memprogram Minda Ejen daripada minda negatif bertukar ke positif dengan membuat deklarasi diri, membentuk tenaga dalam yang power dan memanipulasi minda anda

Anda difahamkan tentang pentingnya mentoring daripada MENTOR yang betul dan proven dalam bisnesnya

Leo Adi Putra turut berkongsi pengalamannya di dalam dunia perniagaan serta bagaimana mengendalikan masalah yang dihadapi oleh ejen-ejen dan cara mengatasinya.

Buku ini bukan sekadar menceritakan tentang teknik tetapi juga motivasi diri yang perlu diketahui oleh semua usahawan.

Namaku Bedah

Tajuk : Namaku Bedah
Penulis : Mohd Shahremy Ikmal
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-365-289-1
Mukasurat :

Sinopsis
Namaku Bedah binti Bedul. Nama indah pemberian ibu dan arwah bapa adalah hasil gabungan nama mereka berdua iaitu Bedul dan Hamidah.

Berkali-kali aku meminta daripada ibu supaya dia benarkan penukaran nama. Namun, katanya namaku itu tanda cinta dia dan arwah bapa. Oleh itu, aku tidak dibenarkan sama sekali menukarnya. Boleh ke aku lalui kehidupan aku dengan nama Bedah? Aduh, malunya… Hanya Tuhan saja yang tahu.

“Saya nak gunakan nama Puteri Anis!”
“Puteri Anis? Awak bukannya keturunan raja. Kenapa nak letak perkataan Puteri di pangkal nama awak?”
“Saya ingin gunakan nama Puteri Anis. Keputusan saya muktamad!”

Boleh tak aku nak tukar nama… nama yang glamor lagi? Bolehlah… Bolehlah…

“Terima kasih juga kerana berurusan dengan pihak kami. Semoga Cik Puteri Anis akan gembira nanti.”

Nama Bedah akan lenyap dan biarlah hanya bersemadi dalam diriku. Aku juga akan memberitahu emaknya suatu hari nanti tentang perubahan namaku dan harapaku agar emak juga akan menerima dengan hati yang terbuka. Namun, langit tidak selalu cerah. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya aku yang jatuh ke tanah juga.

Hakikatnya, sampai bila-bila pun tetap NAMAKU BEDAH!

Monday, December 5, 2016

Rebut Hati Encik Duda

Tajuk : Rebut Hati Encik Duda
Penulis : Ezdiani Abd Rahman
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-365-286-0
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Majlis perkahwinan dibatalkan?

Humaira buat gila bila batalkan majlis perkahwinannya dengan Sharnaaz yang bakal berlangsung lagi sebulan. Tak kuasa bersuamikan lelaki curang. Dia rela dapat malu daripada merosakkan masa depannya.

Bila keluarganya kecoh, barulah Humaira terfikir mahu cari pengganti pengantin lelaki. Tapi, siapa yang mahu digantikan? Takkan Pak Mat si duda tua kerepot yang tergila-gilakannya? Bila hati dah runsing, dia lamar sahaja Ziyad si duda anak satu yang baru dikenali.

“Saya nak awak jadi suami saya. Saya nak kahwin dengan awak.”

Terpaku Ziyad bila dirinya dilamar. Bukannya dia tidak kenal si dara pingitan itu. Walaupun dia tegas melayan Humaira, tapi si gadis tidak pernah kisah. Paras rupa Humaira mengingatkan Ziyad kepada arwah isterinya. Dalam detak hati ada satu lagi perasaan yang buatkan pintu hatinya berdetak. Namun, Ziyad menafikan dan dia pilih untuk terus setia kepada Zurin.

Buah bidara dalam perahu,
Aira nak ucap I LOVE YOU.

Bila hati dah suka dan terpikat Humaira terus dengan misinya. Biar keras hati Ziyad, dia akan terus kikis ruang demi ruang untuk masuk ke dasar hati si pemuja hati. Ada sahaja yang dilakukannya untuk buat Ziyad terpikat dengannya. Dan, kalau dah jodoh tak ke mana juga. Bersama dan bersatu akhirnya.

Apakah Ziyad akan akur dan mengaku kalah membiarkan Humaira merebut hatinya? Adakah cinta mereka berdua boleh bersatu seperti yang diinginkan Humaira?


Mohon Jatuh Cinta

Tajuk : Mohon Jatuh Cinta
Penulis : Fatiah Zohar
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-365-284-6
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Seorang si singa, seorang si keras kepala. Bekerja di bawah satu bumbung, tidak pernah mereka berdua sekepala. Si bos dengan lagaknya, si pekerja dengan pendiriannya.

“Nak tercabut skru kepala aku ni layan perangai singa dia tu, tahu?” - Aimin Humairah
“Habis, saya ni tak pecah kepala layan perangai badut awak?” – Dani Isyraf

Tapi, kata orang benci lama-lama boleh jadi cinta. Sifat bersahaja Aimin Humairah itu membuatkan hati Dani Isyraf semakin jatuh cinta. Namun, hati Aimin Humairah yang sekeras kerikil bukan mudah untuk dilembutkan. Dalam penantian rasa, Dani Isyraf akur dan meluahkan rasa hatinya.

“Dalam marahnya saya, sentiasa rindu. Dalam marahnya saya, terbit rasa cinta. Saya betul-betul cintakan awak, Aimin Humairah dan saya ingin memperisterikan awak.” - Dani Isyraf
“Tapi saya tak pernah cintakan awak! Kalau dapat saya putarkan masa, saya berharap untuk kita tak pernah kenal dan berjumpa. Mengenali awak adalah penyesalan besar dalam hidup saya, Encik Dani Isyraf.” – Aimin Humairah

Setelah hati jatuh cinta, akankah lagi ada bahagia?

Wahai hati, mohon jatuh cinta!


Suka Benci Cinta Kita

Tajuk : Suka Benci Cinta Kita
Penulis : Mayesa Iman
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-365-285-3
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“I nak you kahwin dengan Dya ya. Please...”

Kerana cinta Farish Haiqal buat Nia Suraya, Dya Zara dijadikan isteri. Namun, tanpa pengetahuan Farish Haiqal, Dya Zara telah lama mencintai lelaki itu. Dan, Nia Suraya juga tahu akan itu.

Mula-mula memang susah nak bermesra. Tapi, dah nama pun suami isteri kan. Pusing kanan, pusing kiri berjumpa saja. Sudahnya Farish Haiqal ajak Nia Suraya belajar bercinta. Mula-mula memanglah terkejut, tapi akhirnya...

“Tak rugi abang belajar bercinta dengan Dya.”
“Terima kasih bang.”

Namun, bahagia berdua bersama hanya sementara. Hari ini suka, esok pula benci. Hari ini sayang, esok kena hina. Cemburu Farish Haiqal semakin hari semakin menebal. Dya Zara tidak tahu apakah puncanya. Itu bukanlah kesalahannya. Dia difitnah!

Apakah kebenaran akan muncul? Mungkinkah kegembiraan dan kebahagiaan bakal menjadi milik Dya Zara kembali? Dan, selepas semua terjadi mampukah Farish Haiqal merebut kembali hati isterinya?

“Sayang, cinta tidak hanya pada kesempurnaan. Semua orang ada persepsi sendiri. Bagi abang, cinta adalah ketika sayang menerima buruk dan baik abang. Dan abang pun menerima sayang dengan seadanya. Kita dapat mengisi keburukan kebaikan bersama. Apa yang kurang pada abang, insya-Allah ada pada Dya. Dan sebaliknya.”

Rule Untuk Calon Isteri


Tajuk : Rule Untuk Calon Isteri
Penulis : Azwin Zulkapli
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0718-70-5
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Impian untuk hidup bahagia bersama Zuhri musnah apabila lelaki itu berubah menjadi manusia kejam. Tidak tahan dengan penderitaan sebagai seorang isteri, Maira lari membawa diri. Di situ, dia bertemu kembali dengan Abang Qimiee, seseorang yang telah lama dia kenal dan telah dia anggap sebagai abang. Keprihatinan Abang Qimiee buatkan Maira serba-salah sehingga dia merasakan setiap langkahnya penuh dengan dosa kerana Zuhri masih lagi suaminya. “Selagi Maira ada depan mata abang, selagi itu abang akan bersusah untuk Maira.” – Abang Qiemiee Terlerainya ikatan antara dia dan Zuhri, Maira cuba bukakan hati untuk Abang Qimiee. Menerima lelaki itu seadanya. “Kita dah nak kahwin, jangan ada rahsia antara kita. Sayang kena bagi tahu segala-galanya. Jangan ada yang sayang sorokkan.” – Abang Qiemee “Ni rule dari mana?” - Maira “Rule dari seorang bakal suami untuk calon isteri.” – Abang Qiemee Tapi, apabila segalanya sudah dirancang, ada pula yang tidak senang hati. Baginya, Maira sengaja mahu membalas dendam. “Dalam ramai-ramai lelaki di dunia ni kenapa awak pilih dia?” - Saif Saat yang sama, Zuhri juga kembali untuk menebus silap lama. Meminta peluang kedua diberikan padanya. “Berikan abang peluang. Kita cuba sekali lagi dan hidup bahagia dengan anak kita.” – Zuhri Akan adakah peluang kedua untuk Zuhri? Dan siapa sebenarnya Saif antara Maira dan Abang Qiemiee? Siapa yang akan Maira pilih untuk mengisi sekeping hatinya yang hampir mati?


Lelaki Penuh Misteri

Tajuk : Lelaki Penuh Misteri
Penulis : Luna Bulan
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0718-71-2
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan menjadikan Nurul Fadhia trauma. Tapi bagus juga batal. Kalau tak, Fadhia tak tahu yang Zachary tu gay. Maknanya dia selamat sebelum menjadi mangsa. Cumanya, Fadhia jadi prejudis pada lelaki. Dan mangsa prejudisnya ialah Rezza Akif. Belum apa-apa kasut ballerina Fadhia sudah mendarat di muka lelaki itu. “Woi! Penyangak apa kejadahnya. Nak bunuh orang ke?” - Rezza “Sebelum aku yang kau bunuh, baik aku bunuh kau dulu.” - Fadhia Itu kisah pertemuan pertama. Tapi, ia tak berakhir di situ. Pertemuan seterusnya, Megan Fox merah milik Rezza tercium pokok gara-gara Fadhia. “Mata letak kat lutut ke? Meh sini aku siku bagi naik atas semula.” Rezza yang berkaca mata gelap dengan baju Melayu merah siap bersamping itu tak ubah macam red bull di mata Fadhia. “Siapa lelaki tu, Dhia?” “Entah! Lelaki misteri.” Tiada yang manis pun pada pertemuan mereka. Tapi, aturan Tuhan tu sangat indah. Walau tanpa yang manis-manis, Rezza tetap juga tertarik dengan Fadhia, Fadhia juga kata Rezza lagi menarik dari Zackhary. “Awak ada tali tak?”- Rezza “Tali apa?”- Fadhia “Tali untuk ikat hati awak kat hati saya ketat-ketat.”- Rezza “Kalau tali tu putus macam mana?”- Fadhia “Awak duduklah diam-diam. Pastikan bergerak seiring detak jantung saya.” - Rezza Apakah pengakhiran pertemuan mereka akan ada yang indah-indah? Atau lelaki misteri yang bernama Rezza Akif itu cuma mangsa dalam misi membalas sakit hati?

Friday, December 2, 2016

Isteriku Si Kalut

Tajuk : Isteriku Si Kalut
Penulis : Arin Arida
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-0874-40-1
Mukasurat : 504
Berat :

Sinopsis
Ammar Adwan, duda hot yang menjadi kegilaan ramai itu sebenarnya seorang ‘ayah ekspres’ tanpa perkahwinan! Dia rela menelan segala tuduhan dan cemuhan masyarakat demi sebuah amanah. Nasha Athierah, gadis manis yang naif dan cemerkap. Naifnya Nasha Athierah sering menggugat kesabaran Ammar Adwan. Tetapi kerana naif dan polosnya Nasha Athierah, hati Ammar Adwan terpaut dengan cinta.

Kemunculan Megat Adney yang berkawan rapat dengan Nasha Athierah, menggugat hati Ammar Adwan. Apa yang Ammar Adwan tidak tahu, Megat Adney sebenarnya pengintip upahan! Apakah status sebenar Erina Casandra, anak si duda hot itu? Mampukah Megat Adney melupakan kasih yang telah bertunas untuk Nasha Athierah setelah misinya sebagai pengintip upahan selesai? Berjayakah Ammar Adwan memiliki Nasha Athierah, si naif dan cemerkap itu? “Si dia yang kucari untuk melengkapi diri, ruparupanya ada di depan mata!”

Aku Bukan Cipan

Tajuk : Aku Bukan Cipan
Penulis : Harith Hakeem
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-0874-41-8
Mukasurat : 400
Berat :

Sinopsis
AKU BUKAN CIPAN memaparkan kisah hidup Amit yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Berlatarbelakangkan era lapan puluhan dan muzik rock masih bermaharajalela di bumi Malaysia. Dilahirkan sebagai anak kepada seorang yang dituduh sebagai penagih dadah, hidupnya dipulaukan setelah kematian ibu, dan ‘hilangnya’ seorang ayah. Amit terpaksa berdikari dan hidup sendiri seawal umurnya lima belas tahun.

Sepanjang hidupnya, pelbagai ragam manusia yang dijumpainya. Daripada sejahat-jahat Parjo dan Cikgu Hamidon, sehinggalah sesengal Jimi and the gang yang sentiasa membuatnya tidak kering gusi. Kisah cintanya dengan Shima juga penuh dramatik. Daripada kekecewaan akibat Shima dinikahkan dengan lelaki lain, mereka bertemu dalam situasi yang tak disangkasangka. Satu per satu rahsia hidup Amit terungkai selepas pertemuannya dengan Papa Rock. Apakah rahsia hidup Amit itu? Apa kaitan Papa Rock dengan Amit?

“Weh, aku ni siapa?!”.”

*P/S : Kalau nak rasa sakit perut gelak bergolek-golek, cubalah baca AKU BUKAN CIPAN. Kelakar habis tau!

Thursday, December 1, 2016

Manuskrip Cinta

Tajuk : Manuskrip Cinta 
Penulis : Syamnuriezmil
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0992-45-7
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Aku, Dian Aryani binti Aryan, berusia 30 tahun dan merupakan penulis sepenuh masa. Aku suka bereksperimen dengan manuskrip aku. Aku cuba untuk mencari kelainan dalam setiap manuskrip yang aku tulis.

Termasuklah manuskrip keempat ini. Tapi... Kak Adibah, editor aku tak suka pula. Dia kata, manuskrip aku yang terbaru tu rasa cinta antara watak protagonis tak sampai!

“Nak tulis, kena tulis betul-betul. Kalau rasa tak boleh tulis cerita macam ni, jangan pandai-pandai tulis. Kalau nak cabar diri kau untuk tulis cerita macam ni... Kau kena cabar diri kau untuk jatuh cinta.” – KAK ADIBAH

Gara-gara Kak Adibah suruh aku bercinta, aku terpaksa cari boyfriend tikus putih untuk aku eksperimenkan cinta dalam manuskrip aku. Terpaksalah aku suruh kawan baik aku, Gee carikan. Tak sangka, lelaki yang bermulut loji yang aku jumpa dulu, adalah kawan baik kekasih Gee, Effan yang merupakan tikus putih itu. Jodoh atau bodoh?

“What a small world... Minah badan pendek!” – DR. IZAK ASHAAL

Dia, Dr. Izak Ashaal bin Dato Dr. Izam, berusia 36 tahun dan merupakan doktor pakar tulang,orthopedist. Masalah mula timbul setelah aku dapat tahu yang Izak ada agendanya tersendiri dengan Effan dan dia bukan seperti yang aku sangkakan. Kesilapan dia, membuatkan aku berpaling kepada watak asal yang aku ambil sebagai watak utama dalam manuskrip aku. Dia, Dr. Rian Akasyah bin Tan Sri Dr. Rasyid, berusia 36 tahun dan merupakan doktor pakar jantung, cardiologist. Dia telah dikecewakan oleh tunangnya sendiri dan aku menolongnyamembersihkan namanya.Dia baik, dia sweet dan dia selalu ada bila aku memerlukan dia.

“It’s okay. You can always talk to me about whatever you want to. And you can do it as long as you like.” – DR. RIAN AKASYAH

Daripada tak ada calon, sekarang calon sudah jadi dua. Namun hati tidak pernah ada simpang. Hati aku sudah ada pilihan, tetapi masih degil untuk main permainan hati yang akhirnya menjerat hati aku sendiri. Betul lah kata ibu, hati dan perasaan tak boleh dibuat eksperimen! Akhirnya... Manuskrip terjun gaung, hati jadi rentung!

“Kalau kak salah pilih pun, ada tiga pilihan yang akan muncul dalam hidup kak. Sama ada pilihan itu akan menilai, merosak ataupun menguatkan kak. Satu pesanan ayah kat kak, kalau muncul tiga pilihan ni, pilihlah yang menguatkan kak. Orang yang kuat, tak mudah mengalah dan putus asa. Itu baru anak ayah!” – AYAH

Hmmm... Apakah pilihan yang menguatkan aku? Tulang atau jantung? Tulislah macam mana bagus pun fiksyen tu, tulisan Allah S.W.T adalah tulisan yang paling baik!

Tiada Arah Jodoh Kita

Tajuk : Tiada Arah Jodoh Kita
Penulis : Ezza Mysara
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0992-46-4
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Bila ‘orang tersayang’ belajar overseas lepas tu curang. Itu klise sangat. Tapi bila ‘orang tersayang’ balik dari overseas lepas tu tiba-tiba pinangkan kita untuk orang lain, itu kategori apa ya?

“Pia... Kalau betul kau sayangkan aku dan percayakan aku, tolong terima untuk jadi isteri Wakeel. I’m begging you.” Fayyad Syakir.

“Lulz… Kau ingat hati ni macam duit dalam bank boleh buat transaksi ikut suka hati kau?” Afia Awliya

“Dia sakit. Hidup dia tak lama...” Fayyad Syakir

“Kenapa? Bila lelaki tu kahwin dengan aku, dia akan hidup selamanya ke?”  Afia Awliya

Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.

“Awak tahu dia sakit? Awak tetap nak kahwin dengan dia? Ke awak rancang nak bolot semua harta dia selepas awak bergelar ‘janda’ nanti?” Megat Aathif.

“Hah, baguslah kalau awak dah tahu. So, jagalah harta tu elok-elok sebab nanti kurang pula duit nak beli tiket  ke syurga, kan?” Afia Awliya

Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan Tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka.

“Janji dengan saya, Liya. Walau apa pun yang jadi, jangan pernah berhenti cari bahagia awak. Jangan.Berhenti.” Megat Wakeel

Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Aathif pula... Kenapa tiba-tiba dia boleh ada dalam kisah hidup Afia?

“I’m back! Saya akan gantikan bahagia awak yang hilang, Pia.” Fayyad Syakir.

“Saya akui saya tak pandai jaga hati orang. Tapi... saya nak jaga hati awak!” Megat Aathif.

Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi? Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?

Si Baju Kurung Kasut Kanvas

Tajuk : Si Baju Kurung Kasut Kanvas
Penulis : Umie Nadzimah
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-469-033-5 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Kata emaknya, Cik Pah, Suria Rihana tak pandai melawa, sebab itu tak ada lelaki mahu mendekat. Dia cuma tahu pakai baju kurung, baju kurung dan baju kurung. Mahu runtuh langit kalau dapat tengok dia pakai skirt labuh macam anak-anak dara zaman sekarang. Lagi satu,dia tak reti pakai kasut gegirl, yang dia tahu hanyalah kasut kanvas tapak rata tu. Pergilah mana pun, fesyen dia itu, itulah juga. Buruk sangatkah berpenampilan begitu? Emak dia dan sepupunya, merangkap anak saudara kesayangan Cik Pah a.k.a musuh ketatnya selalu menghina pemakaiannya. Emak mentua dan bakal suami tak jadinya pun sama. Malah calon-calon menantu pilihan emaknya juga memandang dia sebelah mata. Sebab itulah emak dia sering menyalahkan Suria. Emak susah dapat menantu sebab Suria tak pandai bergaya. Tiada lelaki yang berkenan! Pada suatu petang yang sedih, dia telah ditakdirkan berjumpa dengan seorang pak cik sado yang tinggi kualitinya. Zaman sekarang susah nak jumpa mamat-mamat yang boleh bergantung harap. Yang dia jumpa sebelum ini semuanya hampas-hampas belaka. Persoalannya, nak ke pak cik berkualiti tu pada dia?Ada ke lelaki yang tidak pandang rupa paras si bakal isteri? Dia tidak cantik, pakai pun sempoi giler...

“Nak buat apa lawa?” - Gary Rahman

Suria membulatkan mata. Lelaki ini lagi mau tanya nak buat apa lawa? Bukankah dia sendiri pun nak cari isteri yang cantik, bergaya, vouge?

“Kalau awak nak tahu kebanyakan isteri yang diceraikan suami-suami kat Malaysia ni lawa-lawa tau! Jadi, apa jaminannya lawa tu boleh buat orang bahagia?” - Gary Rahman

Suria mencebir. Banyaklah cakap! Sendiri pun hampir mereput tak kahwin-kahwin sebab nak pilih perempuan lawa-lawa. Kata tak perlu cantik, lawa, seksi bagai. Tapi yang hadiahkan orang kasut tinggi melangit dan gincu bibir warna merah jambu tu apa kes? Apa tujuannya?

Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta dan konflik kekeluargaan si gadis sempoi berbaju kurung berkasut kanvas yang berjiwa cekal ini? Bacalah naskhah ini dari muka surat pertama sehingga perkataan tamat untuk cari jawapannya...

Lelaki Khas Untuk Hanis

Tajuk : Lelaki Khas Untuk Hanis
Penulis : Aimy Haniya
Harga : RM30.00
ISBN : 978-967-469-034-2 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Bagi Hanis Aaliyah, kerja sebagai jurugambar untuk surat khabar yang tidak sepopular mana bukan satu masalah. Dia gemarkan cabaran. Tak gentar langsung sekiranya kerja miliknya itu terpaksa berdepan dengan kemalangan ngeri atau kena tengok darah sebaldi. Nak hairan apa? Itulah pekerjaan yang Hanis pilih… Mohd Qarin, seorang lelaki yang aneh dan misteri. Matanya, unik! Boleh nampak apa yang orang lain tak nampak. Roh dan sesuatu… Namun, kerana kelebihan yang ada pada Qarin, hidupnya semakin tidak tenang apabila Hanis mula menjadi rakannya. Setiap kali Hanis menjalankan tugas, setiap kali itu akan ada roh yang mengekorinya. Tiba pada satu kes… Kematian beberapa orang gadis yang mati dibunuh, mula membuatkan hidup Hanis dan Qarin kucar-kacir. Dan dalam diam, kerana keakraban mereka, Hanis merasakan yang dia sudah jatuh cinta. Tetapi, Qarin tidak mahu memilih Hanis. Cinta Hanis ditolak.

“Aku suka dekat kau.” - Hanis Aaliyah

“Aku tak suka dekat kau.” - Mohd Qarin

“Itu pun aku tahu. Jangan risau, aku tak paksa kau. Perkara macam ni memang ambil masa.” - Hanis Aaliyah

Kerana penolakan Qarin, Hanis kecewa. Tiba-tiba muncul seorang lelaki misteri yang sebenarnya telah lama menyimpan perasaan terhadap Hanis. Lelaki yang mampu membuatkan hidup Hanis berubah.

“I want to cherish every moment with you. Remember?”

“Let’s make a bigger memory.”

Hanis keliru. Mampukah dia membuat keputusan yang bakal merubah hidupnya? Atau Hanis perlu menunggu dengan harapan? Mengharapkan hati Qarin tersentuh sepanjang dia membantu lelaki itu merungkai misteri atau menerima lelaki misteri yang tiba-tiba muncul itu? Siapakah lelaki khas untuk Hanis?

Bernafas Tanpamu

Tajuk : Bernafas Tanpamu
Penulis : Xuanza
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0718-68-2
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Bijaknya Aidan Dzakirin mengambil kesempatan. Mengenali Nadine Saffiyah melalui keluarga si gadis, menjadikan dia mendapat sokongan penuh. Dan apabila lamaran dihulur, Nadine tidak berupaya untuk menolak. “Kenapa pilih Fi?" “Because you’re too precious to lose.” Aku pandang ke sebelah kanan. Dia tengah santai baring mengiring menghadap aku. “Tadi suruh Fi tidur. Ini apa kes nak main pandang-pandang pulak?” “Kumpul pahala pun tak nak?” Ceh! Balik-balik modal tu juga yang dia guna. Dah tak ada ayat lain nak jual agaknya. Ya! Mereka hidup bahagia walau masih berstatus pelajar di bumi asing. Sebab perkahwinan mereka atas dasar restu keluarga. Tapi, bila tahun berganti, bila kejayaan sudah di dalam genggaman, bila gelaran doktor sudah disandang, mereka diuji dengan segala sifat ketahanan. “I am starting to feel insecure. Fi takut kehilangan abang.” “Selama ni Fi okey je. Kenapa perlu ada rasa tak selamat tu?” Dan kerana naluri seorang isteri melebihi apa yang tidak terfikir oleh suami, maka Aidan yang tak bersedia hampir jatuh tersungkur menyembah bumi bila ujian yang diturunkan untuk mereka benar-benar buat Nadine tiba-tiba berubah 360 darjah. “Aidan Dzakirin, tolong ingat yang sesuatu perhubugan ni ibarat kaca. Kadang-kadang ada baiknya biarkan ia pecah dari menyakitkan diri sendiri untuk cuba mencantumnya kembali.” Itu kata Nadine, jadi apa pula kata Aidan? Mampukah Aidan melepaskan ‘ventilator’ hidupnya pergi? Mampukah Nadine bernafas tanpa ‘my king’nya di sisi?