Tajuk : Jiwangnya, Mat Rock!
Penulis : Akira Dorayaki
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0907-47-5
Mukasurat :
Sinopsis
Rambut berketaq bagai penyanyi rock zaman 80-an memang gaya lelaki sejati buat Uwais Qarni a.k.a. Mat Rock. Bertemu pula ‘Ummi Si Mulut Celopar’, lagilah bertambah haru dibuatnya!
“Awak, tolong ikatkan sikit rambut awak tu bagi kemas, boleh tak? Jangan biarkan dia melambai-lambai macam rumpai air. Nanti nak potong rumput susah.” – Ummi Nadzirah.
“Apa kaitan potong rumput dengan rambut saya pulak? Apa Cik Ummi fikir yang rambut saya ni boleh tersangkut dalam mesin rumput ke? Hei, tak terjejaslah mesin rumput Cik Ummi ni!” – Uwais Qarni.
Bukanlah Uwais Qarni namanya jika mudah berputus asa. Walaupun ditolak seribu kali dan terpaksa menyamar sebagai tukang kebun di Taska Harapan Ummi, dia sanggup. Tetap berusaha memenangi hati gadis yang pernah menjadi teman kecilnya dahulu. Alamatnya, bunga ros merah jugalah yang menjadi mangsa.
“Cis, saya pantang betul bila dapat bunga! Inilah teknik mengurat yang paling klise dan yang paling saya menyampah sekali. Sikit-sikit bagi bunga. Sikit-sikit bagi bunga! Bukannya boleh makan pun.” – Ummi Nadzirah.
“Ummi… Ummi… suatu hari nanti kau akan jadi isteri aku jugak.” – Uwais Qarni.
Namun, semua itu bukanlah masalah besar bagi mereka. Ternyata, menjadi ‘Encik Ketua Keluarga’ dan ‘Puan Penasihat Keluarga’ lebih sukar. Pelbagai halangan terpaksa mereka tempuhi sehingga tiba satu tahap, Ummi diuji dengan dugaan hidup yang mencabar diri.
Bagi Ummi, ini semua kesilapan Uwais. Si Mat Rock itu yang bersalah! Mampukah Ummi memujuk hati Encik Ketua Keluarga saat semua kebenaran terbongkar? Apakah wujud lagi cinta antara mereka setelah Uwais merajuk jauh membawa hati yang terluka?
No comments:
Post a Comment