Tuesday, January 20, 2015

Cinta Ain Naqilah

Tajuk : Cinta Ain Naqilah
Penulis : Athirah Taha
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-5102-41-7

Sinopsis
Kesetiaannya selama ini tidak pernah dihargai seorang lelaki yang bergelar tunangan. Fariz curang padanya. Sudahlah perasaan Ain Naqilah tidak dipedulikan malah Fariz sama sekali tidak pernah mahu berterus–terang dengannya. Julia Anis meleraikan segalanya. Dia datang bagai menyerah diri kepada Ain Naqilah. Kecewanya Ain Naqilah hanya Tuhan yang tahu. Baru dia sedar yang cinta Fariz bukan lagi untuk dirinya. Perasaan Ain Naqilah terguris. Ain Naqilah tidak mahu silap membuat perhitungan lagi. Biarlah Fariz dengan hidupnya sendiri. Setelah persetujuan dicapai, hati Fariz mula bergolak. Seakan menyesal mengecewakan Ain Naqilah. Fariz mahu mengutip kembali sisa kenangan ketika mereka bersama. Namun Fariz terpaksa akur. Ain Naqilah tidak mungkin lagi menjadi miliknya. Fariz belajar menerima takdir itu. Fokusnya beralih pada Julia Anis. Namun Julia Anis pula yang seperti tidak tegar bersamanya kerana merasa bersalah pada Ain Naqilah. Apabila kesetiaannya tidak dihargai, ke manakah Ain Naqilah mahu membawa cintanya? 

Adakah menutup ruang hatinya buat seketika atau pun kehadiran Azri berjaya meyakinkan Ain Naqilah bahawa cinta akan enemaninya ke suatu destinasi yang indah? Apakah kesudahannya? Cinta Ain Naqilah merungkai segalanya.


Isabella

Tajuk : Isabella
Penulis : Maulana Muhammad Saeed Dehlvi
Harga : RM16.00
ISBN : 9789675999024
Mukasurat : 272
Berat :

Sinopsis
Kiblat hidup Isabella adalah kebenaran dan itulah yang menjadi buruannya.Menjadi puteri kepada ketua paderi besar Cordoba tidak menumpulkan kepekaannya untuk menangkap “signal-signal” kebenaran hakiki.

Ikuti kisah hidupnya, dilimpahi hidayah dan bertemu Islam sebagai suatu cara hidup yang mengisi puas akal dan jiwa manusianya. Dia peruntukkan hidup dan matinya demi keyakinannya. Suatu hadiah berharga untuk pencinta Islam dan kedamaian.

Sebuah novel klasik yang pernah tampil buat pertama kalinya di khalayak pembaca di Malaysia lebih 20 tahun lalu. Kini tampil semula menemui generasi baru, anak-anak kepada ibu-ibu dan bapa-bapa yang pernah mendapat suntikan inspirasi daripada kisah perjuangan Isabella mencari dan mendakap erat kebenaran Islam

Seperti Mencintaimu... Ain

Tajuk : Seperti Mencintaimu... Ain
Penulis : Noor Suraya
Harga : RM35.00
ISBN : 9789670757100
Mukasurat : 
Berat :

Sinopsis
Kalau mencintaimu membawa hukuman mati, Ain, aku telah lama mati. - Adam

Ain Najwa Mansor Aidil gadis piatu yang bekerja sebagai editor di Baki Publishing. Di bukan sahaja tidak disenangi Haris Fadillah, malah dimusuhi terus menerus oleh anak majikannya itu. Haris tidak menyukai gadis yang disayangi Pak Umar Baki itu. Sejak Nurlaila meninggalkan Haris, dia bagai tidak menyukai dan percaya pada mana-mana perempuan. Namun dia terpaksa mengakui, kehadiran Ain telah mengubah persprktifnya tentang perempuan.

Kenapa ya perempuan sering sahaja dibebankan dengan rasa yang begini? Kenapa perempuan itu sentiasa rasa bersalah pada perkara yang bukan-bukan? Begitulah yang Ain rasa apabila dia tidak mahu memilih Haris yang lebih matang dan yang lebih memerlukan kehadirannya, berbanding dengan mengharap kehadiran Adam si buah hati rahsianya yang tidak pernah pasti.

Pohon sena cabangnya empat
Mari ditebang waktu pagi
Kalau kena dengan makrifat
Burung terbang menyerah diri

Lalu yang membuat Ain terus menunggu Adam ialah dia percaya kalau sudah tertulis dalam makrifat jodohnya tidak ke mana. Tetapi benarkah yang ditunggu akan datang menyerah diri senang-senang begitu sahaja?

Hati dia sentiasa ingkar pada kehendak tuannya: pernah disuruh melupakan si dia...Ia enggan, dipaksa agar membuang rasa itu ia tidak mahu. - Ain

Monday, January 19, 2015

Variasi Mengait Untuk Si Comel

Tajuk : Variasi Mengait Untuk Si Comel
Penulis : Norhafizan Wan Pani
Harga : RM23.00
ISBN : 978-983-124-907-9

Sinopsis
Variasi Mengait Untuk Si Comel memaparkan bentuk-bentuk mengait barangan dan aksesori bayi dengan mudah. Terdapat se[puluh paten yang pembaca dapat pelajari dengan naskhah ini kerana mengandungi langkah demi langkah mengait pakaian dan aksesori untuk si comel. Terdapat paten yang menarik dan sesuai digayakan untuk si comel anda. 

Variasi Seni Asas Jahitan Beg

Tajuk : Variasi Seni Asas Jahitan Beg
Penulis : Norwahidah Sheriff
Harga : RM23.00
ISBN : 978-983-124-992-5

Sinopsis
Buku ini menampilkan tejnik asas menjahit beg dan membentuk beg mengikut paten anda sendiri. Bermula dengan membuat asas beg, poket, zip dan sebagainya. Setiap beg yang ditunjukkan diterangkan dengan lebih jelas dengan lakaran pola yang disediakan. Di samping itu, diselitkan juga dengan info mengenai fabrik, peralatan dan teknik yang tertenti dalam menghasilkan setiap jenis beg. Turut dilengkapi denga gambar yang jelas dan langkah demi langkah. 

Oh! Mudahnya Jahit Jubah

Tajuk : Oh! Mudahnya Jahit Jubah
Penulis : Yasalma
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-86-0553-3

Sinopsis
Yasalma memperkenalkan teknik mudah membuat jubah oiaitu tanpa menggunakan pola kertas. Formulasi mudah, cepat dan praktikal adalah tunggak utama untuk melahirkan lebih ramai lagi pembaca yang berjaya membuat pakaian sendiri, meskipun mereka tidak mempunyai asas dalam bidang jahitan. Teknik yang diperkenalkan oleh Yasalma ini pasti membuat ramai tertarik dalam bidang jahitan kerana ia membuktikan bahawa menjhait sangat mudah.

Variasi Jahitan Langsir 2

Tajuk : Variasi Jahitan Langsir 2
Penulis : Azlinda Debab
Harga : RM33.00
ISBN : 978-967-86-0633-2
Mukasurat : 216
Berat : 200g

Sinopsis
Naskhah ini memaparkan kaedah menghasilkan langsir eyelet dan pelmet. Terdapat pelbagai teknik yag berbeza dalam menghasilkan kedua-dua langsir tersebut. Idea-idea yang dikongsikan di dalam buku ini dapat membantu pembaca menghasilkan langsir dengan pelbagai rekaan. Turut dimuatkan dalam buku ini ialah cara pengiraan langsir eyelet dan pelmet. Di samping itu, diajar juga cara menghasilkan aksesori hiasan langsir seperti bunga rosset, bow dan sebagainya.

Variasi Jahitan Langsir 2 memberikan idea kreatif dalam menghasilkan langsir yang lebih menraik dan bergaya. Pasti kediaman anda lebih menyerl

Variasi Hiasan Bunga Felt

Tajuk : Variasi Hiasan Bunga Felt
Penulis : Norliza Samingon
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-86-0607-3
Mukasurat : 224
Berat : 200g

Sinopsis
Pelajari aneka bentuk bunga felt cantik dan menarik yang boleh dijadikan hiasan di rumah dan sebarang majlis keraian. Semuanya dipaparkan dengan mudah dan jelas di dalam naskhah Variasi Hiasan Bunga Felt. Anda pasti tidak akan kecewa.