Tajuk : Seperti Mencintaimu... Ain
Penulis : Noor Suraya
Harga : RM35.00
ISBN : 9789670757100
Mukasurat :
Berat :
Sinopsis
Kalau mencintaimu membawa hukuman mati, Ain, aku telah lama mati. - Adam
Ain Najwa Mansor Aidil gadis piatu yang bekerja sebagai editor di Baki Publishing. Di bukan sahaja tidak disenangi Haris Fadillah, malah dimusuhi terus menerus oleh anak majikannya itu. Haris tidak menyukai gadis yang disayangi Pak Umar Baki itu. Sejak Nurlaila meninggalkan Haris, dia bagai tidak menyukai dan percaya pada mana-mana perempuan. Namun dia terpaksa mengakui, kehadiran Ain telah mengubah persprktifnya tentang perempuan.
Kenapa ya perempuan sering sahaja dibebankan dengan rasa yang begini? Kenapa perempuan itu sentiasa rasa bersalah pada perkara yang bukan-bukan? Begitulah yang Ain rasa apabila dia tidak mahu memilih Haris yang lebih matang dan yang lebih memerlukan kehadirannya, berbanding dengan mengharap kehadiran Adam si buah hati rahsianya yang tidak pernah pasti.
Pohon sena cabangnya empat
Mari ditebang waktu pagi
Kalau kena dengan makrifat
Burung terbang menyerah diri
Lalu yang membuat Ain terus menunggu Adam ialah dia percaya kalau sudah tertulis dalam makrifat jodohnya tidak ke mana. Tetapi benarkah yang ditunggu akan datang menyerah diri senang-senang begitu sahaja?
Hati dia sentiasa ingkar pada kehendak tuannya: pernah disuruh melupakan si dia...Ia enggan, dipaksa agar membuang rasa itu ia tidak mahu. - Ain
No comments:
Post a Comment