Thursday, April 20, 2017

Berapa Rating Cintaku?


Tajuk: Berapa Rating Cintaku?
Penulis: Syamnuriezmil
Harga; RM20.00

Sinopsis
Intan Asyura ada banyak peraturan dalam bercinta. Peraturan ini sengaja dibuat bagi melindungi hati dan perasaannya daripada dilukai. Bukan kerana dia pernah ada pengalaman yang lalu, dia sendiri tidak pernah bercinta pun, cuma sebagai anak tengah, sifatnya begitu.

Namun, kisah Qaiser Adam, duda yang kematian isteri itu sangat menyentuh hati Intan Asyura. Kesetiaan Qaiser Adam menunggu berita tentang Siti Nur Asyura buat Intan Asyura tabik. Lebih-lebih lagi apabila Intan Asyura tahu tentang kecurangan isterinya. 

“Kalau mayat dia tidak dijumpai, siapa pula yang rentung dalam kereta yang meletup hari tu?”
“Boyfriend dia.”

Oleh sebab itu, Intan Asyura bercadang untuk menolong Qaiser Adam mencari Siti Nur Asyura. Pertolongannya itu adalah bagi mengelakkan dirinya daripada dicalonkan sebagai isteri Qaiser Adam kerana salah satu peraturan percintaan Intan Asyura ialah...

Sorry, I don’t date duda! – Intan Asyura

Intan Asyura ingat segalanya selesai setelah berjaya melarikan hatinya daripada Qaiser Adam. Tak sangka Megat Iskandar Daniel, bos di syarikatnya turut cuba memikat hati Intan Asyura. Megat Iskandar Daniel mempunyai rancangannya tersendiri. Bagi dia, plan always can change, but goal remain the same. Masalahnya, Intan Asyura juga...

Sorry... I don’t date bos sendiri! – Intan Asyura

Cinta itu bukan jalan yang boleh diukur atau air yang boleh disukat. Tapi, cinta itu ialah satu perasaan yang tidak mempunyai ukuran tetapi mempunyai pengorbanan. Tinggi pengorbanan, tinggilah rating cinta itu. 

Akhirnya, Intan Asyura berjaya simpulkan semua peraturan cintanya kepada satu peraturan sahaja...

Sorry... I only date, my future husband! – Intan Asyura

Tapi siapa?


No comments:

Post a Comment