Thursday, April 20, 2017

Di Taman Larangan


Tajuk: Di Taman Larangan
Penulis: Ana Sofiya
Harga: RM25.00

Sinopsis
Menyimpan perasaan kepada wanita yang sudah bergelar isteri orang bukan mudah. Pada Hud Hulaif, tiada apa yang bisa menghalang cintanya itu darida terus mekar walaupun telah ditentang oleh ibunya. Katanya, cinta tak semestinya memiliki. Namun, melihat kepada keadaan wanita itu yang sentiasa diintipnnya dalam diam, dia mengharap.
Ayuni, walaupun perkenalannya dengan Zuhayr masih baru, namun dia tidak teragak-agak untuk terus mengahwini lelaki itu. Padanya, cukup dengan kata-kata cinta yang ditabur oleh Zuhayr dalam melayari alam rumah tangga kelak.
Cinta yang disangka manis dan indah pada mulanya bertukar pahit apabila usia perkahwinannya dengan Zuhayr mula goyah sewaktu memasuki usia lapan tahun. Ayuni semakin pelik dengan perubahan sikap suaminya. Tidak disangka Zuhayr main kayu tiga di belakangnya.
"Saya tak akan tinggalkan abang. Nak tahu kenapa? Sebab saya tak ada niat nak jadi janda. Faham?" - AYUNI
"Abang dah tak ada hati dengan perkahwinan kita ni." - ZUHAYR
"Jangan buat keputusan yang salah, bang. Jangan runtuhkan rumah tangga kita semata-mata sebab abang nak kahwin lain." - AYUNI
Kemelut yang melanda dalam rumah tangga mereka kian parah apabila Zuhayr mendapat tahu bahawa Hud Hulaif menyimpan perasaan kepada Ayuni. Pada Zuhayr, Hud dianggap musuhnya dari dulu kerana dia dianggap pesaing kepada lelaki itu.
Zuhayr telah merancang sesuatu untuk berpisah dengan Ayuni dengan menebus talak atau khuluk ke atas isterinya itu atas alasan Ayuni telah curang kepadanya agar dia tidak dipersalahkan atas penceraian yang berlaku.
“Aku nak kau beli Ayuni daripada aku. Aku nak beritahu mahkamah yang aku nak bercerai sebab Ayuni dah tak nak dekat aku. Sebab Ayuni minta bantuan kau, kekasih gelap dia untuk bayar aku duit tebus talak.” - ZUHAYR
“Kau tak boleh cemarkan nama baik Ayuni. Itu fitnah namanya.” - HUD HULAIF
Pada Hud, dia perlu selamatkan cinta hatinya. Ayuni tidak bersalah dan dia harus keluarkan Ayuni dari kemelut rumah tangga itu. Bermacam cara dia lakukan agar Ayuni bebas daripada fitnah yang dilemparkan oleh Zuhayr .
Apakah reaksi Ayuni apabila mendapat tahu bahawa suaminya telah menfailkan penceraian terhadap dirinya sedangkan dia tidak mahukan perkara tersebut berlaku? Tegarkah Hud menyimpan perasaannya kepada Ayuni yang masih di taman larangan?

No comments:

Post a Comment