Tajuk: 30 Hari Sahaja
Penulis: Syamnuriezmil
Harga: RM15.00
Sinopsis
Sebulan, bersamaan 30 hari. 30 hari bersamaan dengan Ramadan. Sempena bulan Ramadan ini, Maya Elina telah berjanji akan berusaha untuk mendidik nafsu. Dia mahu merubahkan Ramadannya yang sebelum ini, dengan pengisian Ramadan yang lebih baik pada tahun ini. Termasuklah mengawal dirinya daripada mencari gaduh dengan Rizal Asyraf.
“Fine...”
“Fine apa?”
“Untuk 30 hari ini saja, aku akan cuba kawal emosi. Aku tak akan biarkan Rizal Asyraf buat aku berasap. Aku akan buat dia sebagai dinding.”
Rizal Asyraf merupakan anak tok imam, anak jiran yang duduk berdepan dengan rumahnya. Setiap kali Ramadan, Rizal Asyraf akan balik dari Manchester dan berpuasa di Malaysia. Tanpa Maya Elina tahu, Rizal Asyraf sudah mula jatuh hati sejak pertama kali dia berjumpa dengan Maya Elina pada bulan Ramadan. Dia memberikan Maya Elina, masa selama 30 hari untuk buat keputusan tentang hati.
“Kalau nak suruh saya appreciate perasaan Tisha pada saya, awak kena appreciate perasaan saya pada awak dulu. Barulah betul, yayang. Bagi peluang, bagi muka... give us a try! 30 hari saja, tak lebih!” Rizal mengangkat keningnya.
Masalahnya Tisha, kawan baik Maya Elina juga suka pada Rizal Asyraf.
“Tisha kawan baik saya. Susah senang saya, dia selalu ada dengan saya. FYI, dia tu, ada hati dekat awak. FYR, dia tu, dah suka awak, dah dekat tiga tahun, masuk tahun ni. So, saya tak nak, jadi pagar yang menghalang awak dan Tisha. So, FYA, it’s your job to appreciate apa saja perasaan dia pada awak, bukan mengurat kawan baik dia. Faham?”
Pelbagai cara Tisha buat, Rizal Asyraf tidak pernah jatuh suka kepada Tisha. Sehinggalah Maya Elina balik ke kampung, bercuti selama seminggu untuk beri peluang antara Tisha dan Rizal Asyraf. Tetapi, lain pula jadinya. Maya Elina menerima dua pinangan. Satu daripada Soleh Usyair, teman lelaki lamanya dan satu lagi daripada bosnya sendiri, Tuan Malique. Oleh sebab Maya Elina tak tahu bagaimana hendak memilih, dia membuat satu ilham...
Pukul sembilan malam ini, WhatsApp warna baju raya masing-masing. Orang yang memilih baju raya warna yang sama degan saya, dia miliki hati saya! – Maya
Siapakah yang berjaya mendapatkan hati Maya Elina? Sempat ke Maya Elina memberi jawapan selepas 30 hari itu? Atau... dia sudah terlewat?
Mencintai itu, bukan memilih kesempurnaan. Tetapi, memilih untuk melengkapi, bahagian pada diri yang tidak sempurna.
No comments:
Post a Comment