Wednesday, April 29, 2015

Kimchi Untuk Awak!

Tajuk : Kimchi Untuk Awak! 
Penulis : Suri Ryana
Harga : RM29.00
ISBN : 978-967-0448-99-2

Sinopsis
Mati-mati Bella ingat dia dapat menghabiskan cuti semesternya dengan aman dan damai di Malaysia. Huru-hara hidup pelajar di salah sebuah universiti di Seoul, Korea Selatan itu terjadi semenjak di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon lagi. Insiden dia terlangar seorang lelaki kacukan Melayu Korea yang bernama Danial Lee Jae Hwan adalah permulaan kacau-bilau dalam hidupnya.

“Jang-nim!” - Danial Lee.

“Kalau aku buta, kau tu apa? Samseng?!” - Bella.
Tak cukup dengan insiden itu, kak long pula memaksa Bella membuat kimchi sempena majlis menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya bekerja ke Malaysia. Hatinya semakin tidak aman apabila mendapat tahu yang presiden tersebut adalah Danial Lee. Keadaan semakin berbelit apabila rupa-rupanya keluarga mereka saling mengenali dan mereka ingin menyatukan Bella dan Danial Lee.

Satu insiden yang berlaku di kampung membuatkan mereka terpaksa disatukan. Dan apabila cinta mula bercambah dalam hati kedua-duanya, Bella melarikan diri ke Seoul gara-gara tersalah sangka yang sengaja diadakan oleh Yoo Ri.
Akibat rasa rindu yang tidak tertanggung, Danial Lee menjejaki Bella di Seoul dan cinta mereka memekar semula di bumi Korea Selatan. Dalam keasyikan mereka melayari bahtera rumah tangga, Yoo Ri dan Zara sentiasa mengganggu perkahwinan mereka. Dapatkah Danial Lee dan Bella mempertahankan keagungan cinta mereka? Dapatkah Zara merampas Danial daripada Bella?

“Mampukah hubungan yang masam dan pedas seperti kimchi jadi semanis cotton candy?”

Chandelier

Tajuk : Chandelier
Penulis : Acik Lana
Harga : RM32.00
ISBN :  978-967-0874 -00-5

Sinopsis
Keisha Edlina digelar gold digger kerana berbekalkan wajah pan-Asia dan tubuh yang sempurna dia menggoda lelaki kaya dan peras harta mereka habis-habisan. Kemudian dia mencari lelaki lain yang jauh lebih kaya pula.

Hubungan selama dua tahun bersama Datuk Eusoff tidak menjadi, dan dia berpaling pula kepada Tan Sri Emran. Belum sempat mencapai angan-angan, satu insiden ngeri telah menimpa Keisha Edlina. Dia berputus asa untuk meneruskan hidup, namun kemunculan Kaef mengubah haluannya.

Aneh. Hatinya terpikat dengan keikhlasan lelaki itu walaupun Kaef tidak punya banyak harta atau kemewahan.

“Don’t touch me, please. I tak nak dituduh goda you pulak nanti.”

“Keisha....” Kaef mengeluh perlahan. Hati mula dilambung perasaan bersalah apabila memikirkan ‘hukuman’ yang diberikan kepada Keisha Edlina sepanjang hari ini. Sedangkan dia terlupa, dia juga turut bersalah. Kata orang tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi, jadi adilkah dia melayan Keisha Edlina sedingin tadi? Sudah tentu tak. Tapi, ego seorang lelaki telah menyebabkan hati gadis ini terluka dan terdera sekali lagi.

“I ambil MC hari ni and please jangan cari I. I perlukan ruang untuk diri sendiri.”

“Keisha!” Sekali lagi dia memanggil, namun sedikit pun Keisha Edlina tak menoleh ke belakang. Dengusan terhela dari bibir. Tangan pula naik melurut rambut dengan perasaan serba salah.

Keisha... I’m sorry! Jerit hatinya berulang kali.

Sedang indah menikmati hidup penuh bahagia di sisi Kaef, kekhilafan silam mula datang menghukum. Satu per satu ujian dan dugaan yang hadir membuatkan Keisha Edlina terpaksa berkorban.

“Dirimu laksana chandelier. Paling menyerlah, paling cantik dan memukau perhatian... tapi sayang, dikau hanya sekadar perhiasan.”

Amran Fans

Tajuk : Amran Fans
Penulis : Amran
Harga : RM25.00
ISBN :  978-967-0723-25-9

Sinopsis
Buku ini bukan bodoh punya barang, kerana kebodohan Amran hanya untuk mereka yang berakal.

“Kebodohan Amran hanyalah untuk mereka yang berakal.” – Amran

Mungkin korang pun dah nampak yang Amran tak macam dulu. Dah kurang buat korang ketawa. Idea pun dah biasa biasa. Bukan apa, Amran rasa diri ni dah terlalu tua dan dah terlalu lama memegang tampuk pemerintahan dekat media sosial ni.

Sebelum korang gulingkan Amran dengan cara tak bermaruah bagaimana yang berlaku pada Muammar Gaddafi, baik Amran pilih untuk undur diri ataupun bergerak perlahan sedkit untuk kasi laluan pada page-page troll baru yang Amran lihat potensi mereka jauh lebih baik dari Amran.

Amran tinggalkan hasil catatan Amran selama dua tahun kewujudan Amran Fans ini kepada korang. Korang cari, beli dan bacalah hasil tinggalan Amran tu nanti. Amran doakan agar kalian semua dimurahkan rezeki . Terima kasih kerana pernah menyokong. Ada rezeki kita jumpa lagi.



Tuesday, April 28, 2015

Cucur Bawang Dan Cupcake

Tajuk : Cucur Bawang Dan Cupcake
Penulis : Hasrudi Jawawi
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-446-172-0

Sinopsis
AKHIRNYA, cinta Iskandar dan Rudiana bersatu juga selepas bersama-sama berperang jiwa dan egois sendiri. Ketika Rudiana dan Iskandar baru sahaja ingin menikmati erti sebuah perkahwinan yang sebenar, tiba-tiba dugaan datang melanda. Munculnya Faiqa si ‘kucing Siam’ dan Faeeq si ‘hantu air’, kedua-duanya telah menggugat hubungan Iskandar dan Rudiana. Sikap gedik ‘kucing Siam’ yang suka menggesel pada Iskandar buat Rudiana geram! Sikap keras kepala dan gila kuasa ‘hantu air’ pula buat Iskandar tidak mampu melawan. Disebabkan ‘hantu air’
juga, Rudiana dapat penampar percuma daripada wanita ala-ala ustazah yang tidak pernah dia kenali. Mampukah cucur bawang buatan Rudiana menandingi cupcake
buatan ‘kucing Siam’? Relakah Iskandar membiarkan Rudiana jatuh ke tangan ‘hantu air’? Siapa sebenarnya ‘kucing Siam’ dan ‘hantu air’?

Jangan Jauhi Aku

Tajuk : Jangan Jauhi Aku
Penulis : Nuroll Shazlinda Hairul
Harga : RM21.00
ISBN : 978-967-446-171-3

Sinopsis
Sejak Encik Hariz meninggal dunia, hubungan antara Hanis dan Haida menjadi semakin renggang. Kebencian Haida terhadap Hanis semakin meruncing apabila ibu mereka disahkan menghidap angin ahmar. Kehadiran Hezry dalam hidup Hanis menyerikan hidupnya, tetapi tanpa disangka Haida merampas Hezry daripada Hanis. Haida nekad untuk melakukan apa sahaja asalkan Hanis tidak mengecapi
kebahagiaan. Ketika Hanis berusaha untuk bangkit daripada kesedihannya, muncul Imtiaz, si majikan yang hati beku. Ada sahaja yang tidak kena antara Hanis dan Imtiaz. Mampukah Hanis berdepan dengan bos si hati beku? Adakah hubungan Hanis dan Haida akan pulih? Akan adakah bahagia buat Hanis?

Jasad

Tajuk : Jasad
Penulis : Eqbal Mohaydeen
Harga : RM19.90
ISBN : 978-967-446-170-6

Sinopsis
Reykal dan Tenku yang bersahabat berkongsi cerita tentang kisah seram yang pernah didengari mereka berdua. Mereka berdua galak bercerita sehingga tanpa disedari, kejadian-kejadian yang menyeramkan mula menghantui mereka. Satu demi satu kejadian misteri yang menggerunkan bertubi-tubi mengganggu kedua-dua orang sahabat itu. Seolah-olah terdapat satu kuasa jahat yang memburu mereka dengan penuh bernafsu. Bahana apa yang melanda? Adakah ia realiti atau ilusi? Persoalan demi persoalan mencetuskan kekeliruan dan kekalutan. Saat jiwa kian kecamuk, saat debaran semakin melonjak, saat semangat kian terhapus, saat ketakutan semakin merasuk, mereka mula mendapat jawapan itu. Mampukah mereka keluar daripada lingkaran misteri itu?

Pendamping

Tajuk : Pendamping
Penulis : Zyra Safiya
Harga : RM17.00
ISBN : 978-967-446-166-9

Sinopsis
Helena sukar dimengertikan tingkah laku dan pemikirannya. Hijab Amy yang terbuka pula mampu melihat lebih daripada yang diinginkan. Hadir antara mereka adalah Zarif. Saat Helena menagih cinta daripada Zarif yang tidak mampu memenuhi, jalan yang sukar dipermudahkan dengan hawa nafsu yang bertuankan syaitan durjana. Khidmat Cempaka nun jauh di pondok usang yang digeruni, dicari lalu hati Zarif yang liar memberontak ditundukkan. Amy mengocak kasih, pencetus cinta. Dia nampak kehodohan sifat manusia yang rakus mahu menguasai biarpun perlu menganiayai. Berjayakah Zarif ‘melepaskan’ diri daripada Helena?

Mampukah Amy membutakan setiap penglihatannya?

Sakitnya Hati Aku!

Tajuk : Sakitnya Hati Aku!
Penulis : Ebriza Aminnudin
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-446-163-8

Sinopsis
Qisha Mirza seorang gadis yang amat sukar menemui cinta hatinya. Sering berasa jemu dengan pasangan yang berdampingan dengannya. Pertemuan yang tidak disangka dengan Fulshan membuatkan hatinya terpaut. Sikap Fulshan yang begitu menghiburkan membuatkan Qisha Mirza sukar untuk melupakan Fulshan. Namun ketika dia benar-benar jatuh cinta, Fulshan pula bermain tarik tali. Bukannya Fulshan tidak sayang dengan Qisha Mirza namun ada yang menghalang dirinya untuk terus bersama dengan gadis itu. Sikap Fulshan membuatkan Qisha Mirza tertekan. Sakit benar hatinya dengan sikap lelaki itu. Kenapa cinta yang hadir begitu sukar untuk diraih kebahagiaan? Apakah sebenarnya yang disembunyikan Fulshan?

My Lovely Tengku

 
Tajuk : My Lovely Tengku
Penulis : Pitteriah Abdullah
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-446-162-1

Sinopsis
Perkahwinan antara Zara Irdina dan Akmal terputus kerana Akmal tidak mahu Zara Irdina yang dilabelkan sebagai anak haram.

Tengku Izraf Akif hanya mencintai Zara Irdina seorang, malangnya Zara Irdina menolak lamaran lelaki itu kerana dia hanya anak orang kebanyakan. Tengku Izraf Akif mengambil kesempatan untuk merebut kembali hati Zara Irdina supaya kembali ke pangkuannya. Demi menjaga kehormatan diri, Zara Irdina menerima lamaran Tengku Izraf Akif. Malangnya hubungan mereka dilarang oleh golongan bangsawan dan masyarakat.

Dapatkah Tengku Izraf Akif dan Zara Irdina meneruskan perkahwinan mereka? Siapa sebenarnya ibu bapa Zara Irdina?

Thursday, April 23, 2015

Kerana Kau

Tajuk : Kerana Kau
Penulis : Dyadila
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-0448-98-5

Sinopsis
“Kalau nak aku terus tinggal dekat sini, aku nak bilik lain. Aku tak suka bilik ni. Dan aku benci warna ni. Dan aku juga paling benci kalau orang nak buat baik dengan aku.” – NUR AYUNI BALQIS

“Mungkin kau dah hilang ingatan. Sekarang ni aku nak ingatkan balik. Sejak dua hari lepas aku Fariz Iskandar Leo dah menjadi suami yang sah kepada Nur Ayuni Balqis, jadi mulai saat ini sama ada kau suka atau tak, kau kena bagitau aku ke mana saja kau nak pergi. Kalau aku izinkan baru kau pergi.” – FARIZ ISKANDAR LEO

“Yuni kenapa hati Yuni sekeras ini. Papa minta maaf, apa yang dah papa lakukan pada Yuni. Papa buat semua ni untuk Yuni. Dan papa yakin Fariz boleh bahagiakan anak papa ni.”

Ayuni mencebik. Dua wajah yang masih kekal memandangnya itu langsung tak dihiraukan.

“Bahagia? Perkataan tu dah lama hilang. Dan jangan ingat saya ikut semua percaturan Dato ni maknanya saya nak bahagia. Saya buat sebab saya nak tengok Dato dan perempuan ni menderita! Selamanya!” jerit Ayuni lagi. Entah kenapa ayat itu keluar daripada mulutnya. Dia sendiri tak dapat mengawalnya.

Di hujung tangga ada telinga yang dari tadi menjadi pendengar. Kaku. Soalan yang dulunya bermain di fikiran muncul kembali. Kenapa terlalu tebal rasa benci dalam hati Ayuni? Kenapa?

Ayuni melangkah keluar meninggalkan Teratak Kasih. Dia perlu bernafas. Ketika ini dia terasa nak gila! Ya memang dia akan gila.

Jangan mencari-Nya kerana inginkan jawapan. Carilah Dia kerana kita tahu bahawa Dialah jawapan pada semua persoalan.

Proposal Cinta Selamanya

Tajuk : Proposal Cinta Selamanya
Penulis : Rose Harissa
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-0448-97-8

Sinopsis
Bila Haidar memutuskan hubungan dengan alasan tak sekufu, Amyra tak mahu bercinta lagi. Dia bercita-cita ingin mengumpulkan modal yang cukup untuk membina perniagaannya sendiri. Semua tak penting lagi dah. Hinggakan Zaim Armani, anak jutawan di depan mata dia pun Amyra buat derk aje.

“Pernah dengar quotes ni? Lust starts with chemistry. Love starts with trust and respect.” –ZAIM.

Bila tengah sibuk bekerja, dia bertembung pula dengan Leonard, pengusaha perabot pengukir berdarah Jawa tak kalah ganteng tapi sekejap ada sekejap tak ada. Hati wanitanya tercuit juga, tetapi... Amyra tidak mahu hubungan yang tergantung. Dia mahukan sebuah hubungan yang kukuh, yang boleh membawa pada penyatuan dua jiwa secara halal.

“Orang Jawa itu tempatnya di perasaan, selalu bergulat dengan kalbu dan suara hati, dengan menahan hawa nafsu agar bijak menangkap maksud yang tersembunyi.” – LEO.

Sudahnya Amyra mencari along. Itulah penasihat terbaik untuk menyelesaikan jiwanya yang kacau itu.

“Aku cakap yang benar, dik. Kau tu satu-satu anak perempuan abah. Carilah bakal suami yang boleh diharap sikit. Yang boleh betulkan singki tersumbat, yang boleh pasang mentol lampu, yang boleh aku ajak turun ke sungai… boleh bergelumang dengan bau ikan sungai. Ah, pendek kata yang bertulang besi berurat dawai macam aku ni ha….” Afnan singsing lengan baju, tayang lengannya yang berotot.

Amyra pegang kata-kata alongnya tu. Tapi... antara arkitek dan pengukir kayu, dua-dua pun ada perniagaan sendiri. Dua-dua pun boleh pegang ikan patin. Siapa yang ada dalam hati Amyra?

Saya cari suami, bukan setakat jadi kekasih bertahun-tahun tapi belum tentu ada jodoh.

Katakan Dengan Indah

Tajuk : Katakan Dengan Indah
Penulis : Eury Athena
Harga : RM29.00
ISBN : 978-967-0448-93-0

Sinopsis
Qaireen Hafiya menjadi gadis nakal dan suka memberontak gara-gara kurang mendapat kasih sayang daripada ibu bapanya. Sebagai ketua The Girls ada reputasi dan ego diri yang perlu dijaga.

Saat hidup dirasakan sudah tidak bermakna lagi, Amir Haikal muncul memberi ‘perisa’ baru dalam hidupnya.

“Berapa banyak yang kau tahu tentang aku?”
“Banyak. Cukup untuk buat kau jatuh cinta pada aku.”

Keyakinan, tingkah laku serta cheesy lines Amir memberi harapan baru pada Qaireen yang tidak percaya pada
cinta.

Seperti andaian Amir, Qaireen akhirnya jatuh cinta pada Amir. Namun, Qaireen tidak pernah berpeluang meluahkan rasa hatinya. Bahagia yang diharapkan tidak bertahan lama. Dia kehilangan Amir. Perniagaan mama dan papanya pula muflis sehingga memaksa mereka sekeluarga berpindah ke Sarawak dan memulakan kehidupan baharu.

“Tunggu aku lapan tahun. Tak! Tunggu aku lagi lima tahun! Aku akan belajar sungguh-sungguh, cari kerja yang bagus. Dan aku akan kahwin dengan kau dengan gaji pertama aku!”

Janji Amir menjadikan dia separuh nanar dan dia hidup bersama kenangannya. Lapan tahun berlalu. Qaireen kembali semula ke Semenanjung Malaysia bersama dendam yang perlu dilunaskan. Namun, Haykarl Affandy yang ditemuinya menjadi ‘pengganggu’ yang terlalu menarik untuk diabaikan. Bersama Haykarl, satu demi satu rahsia serta persoalan berkenaan dirinya mula terungkai

“Mencintai seseorang dan dalam masa yang sama terpaksa membenci orang tersebut bukanlah suatu perkara yang mudah dilaksanakan….”

Pembancuh Kopi Mr Vampire

Tajuk : Pembancuh Kopi Mr Vampire
Penulis : Aii Fariza
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0448-94-7

Sinopsis
Selaku CEO, Alif Irsyad tidak pernah mengimpikan jatuh cinta pada seorang waitress. Serasa putaran dunianya bertukar paksi. Teori Irsyad mudah. Gadis biasa seperti Nuzul tidak layak digandingkan bersamanya.

“Logically or practically memang tak mungkin terjadi bagi kau, Syad. Tapi kau kena ingat semua perkara ini cuma terbatas di fikiran sedangkan bukannya sesuatu yang impossibleuntuk berlaku. Jangan sampai teori logik akal kau memakan diri. Secara praktikalnyapulak kau dating mengadu dekat aku yang kau dah jatuh cinta dengan wanita macam Nuzul.” ~ Syed Saiful.

Sumpahan atau doa seorang sahabat? Bermatimatian Irsyad menafikan rasa namun, pesona si gadis merantai naluri. Akhirnya bisikan asmara mendahului jiwa yang kelelahan cinta. Lantaran itu, Irsyad akur demi meneguk kasih seorang Nuzul Filzah.

“Aku sukakan kau, Nuzul. Lebih daripada nyawa ini aku boleh berikan pada kau.”
“Encik….”
“Please be mine. Jadi milik aku supaya aku boleh menjaga kau dan adik-adik kau.”
“Jangan suka saya boleh tak?”
“Dah terlambat, Nuzul. Aku jatuh cinta dengan kau lebih awal daripada ini. Sekarang hati aku hanya inginkan kau. Aku nak jadi sebahagian daripada keluarga kecil kau.”

Nyata takdir menguji kasih yang terjalin. Kehilangan Nuzul hampir meragut kewarasan Irsyad. Gadis itu pergi bersama separuh nyawanya. Irsyad tenggelam punca. Hari-hari yang ditempuhi umpama mayat hidup.

Empat tahun berlalu... menemukan mereka semula. Pabila mata bertentangan, memori-memori pahit mengundang kebencian antara dua hati. Memadamkan rindu dendam yang menguasai jiwa mereka selama ini. Irsyad dan
Nuzul saling menyakiti demi menyembunyikan getaran asing. Getaran yang sama seperti empat tahun lalu.

Lantaran gagal membendung perasaan, malam itu Irsyad bertindak di luar pedoman. Cinta, rindu dan dendam
membakar semangatnya untuk memiliki Nuzul. Dia harus memasung sepasang kaki itu agar terikat di sisinya.

“Tolonglah awak, saya tak rela. Saya tahu fikiran awak terganggu, awak takkan tergamak buat saya begini.”

“Kalau aku sentuh kau tentu kau takkan larikan, sayang.”

“Jangan jadi makhluk yang terhina dengan melakukan zina. Allah melihat perbuatan kita dan saya takkan pernah menerima lelaki yang hanya ingin bertanggungjawab selepas melakukan dosa besar.”

“Bolehkah aku percayakan kau? Apa jaminannya kau takkan tinggalkan aku lagi? ”

“Percayalah kali ini saya takkan pergi lagi. Saya dah cukup terseksa hidup tanpa awak.”

“Kau terseksa seperti aku, Nuzul? Tapi kenapa kau tinggalkan aku? Apa alasan kau?”

Setiap kali persoalan itu berbangkit, Nuzul pilih untuk berdiam diri. Irsyad panasaran demi menuntut sebuah jawapan. Semakin dia ingin mengetahui, semakin Nuzul bijak mengelak. Walaupun ijab dan kabul termeterai, erti bahagia sukar dikecapi. Rumah tangga yang bertunjangkan cinta menjadi suram lantaran penghuninya berlaku dingin. Demi sebuah rahsia, Irsyad tegar menyakiti wanita yang dicintai. Selagi sang isteri berdiam diri, selagi itu bulan madu mereka terus tertangguh.

“Abang, kita kena kahwin paksa ke?”

“Tak.”

“Tapi kenapa kita macam pasangan yang kena kahwin paksa? Permulaan perkahwinan dah tak rasa bahagia.”

“Nuzul ada jawapannya.”

Biarpun seribu kali hatinya tercedera, Nuzul bertahan kerana dia mencintai sang suami. Bukan sengaja mahu mendera diri, tapi Nuzul yakin mereka boleh bahagia tanpa mengetahui rahsia tersebut. Namun adakah Irsyad akan mengalah begitu saja? Dapatkah Nuzul terus menyembunyikan segala jawapan sedang hatinya saban hari terhiris dan terluka? Siapakah yang harus mengalah dalam soal ini? Irsyad atau Nuzul?

“Umpama permainan catur, aku ibarat ‘queen’ yang melindungi rajanya (king).”


Saturday, April 18, 2015

Ini Jodoh Kita

Tajuk : Ini Jodoh Kita
Penulis : Dzie Tyea
Harga : RM21.00
ISBN : 978-967-0448-91-6

Sinopsis
Pertemuan kali pertama yang tak berapa nak indah di antara Lukman dan Sarah berakhir dengan perkahwinan atas desakan keluarga kerana salah faham. Mereka telah ditangkap berkhalwat gara-gara Lukman bersembunyi daripada kumpulan samseng di dalam kereta Sarah di sebuah kawasan sunyi lagi sepi dalam keadaan yang sangat mencurigakan. Kedua-duanya langsung tak ada perasaan antara satu sama lain. Tapi… itulah. Kalau dah jodoh, tetap akan bersatu walaupun hati langsung tak mahu disatukan.

Dengan janji akan bercerai selepas enam minggu berkahwin, Lukman dan Sarah menunaikan desakan keduadua belah pihak keluarga. Sebaik sahaja tempoh yang dijanjikan mencukupi, tanpa pengetahuan sesiapa mereka
telah meleraikan ikatan perkahwinan tersebut. Datuk Razali yang mendapat tahu hal tersebut kemudiannya telah bertindak tegas dengan memaksa Lukman menikahi Sarah semula.

Pada suatu malam, Lukman yang tidak pernah tinggal sebumbung dengan Sarah telah mengunjungi Sarah selepas bertengkar hebat dengan kekasihnya, Jasmine. Entah dirasuk apa, Lukman telah menyentuh isterinya malam itu
hingga membawa kepada kehamilan Sarah. Merasakan dirinya tidak sengaja menyentuh Sarah, Lukman langsung tidak menjalankan tanggungjawabnya hinggalah Iman Raees selamat dilahirkan. Sarah yang sudah patah hati dengan Lukman mengambil keputusan untuk bercerai. Bagi Sarah, tak ada gunanya dia menjadi isteri Lukman jika lelaki itu langsung tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah kepada Iman Raees.

Lukman yang kecewa dengan keputusan Jasmine yang tidak mahu mengahwininya semakin tertekan apabila Sarah meminta cerai. Apatah lagi dengan kehadiran Waffi, lelaki yang terang-terangan sukakan Sarah membuatkan Lukman rasa tergugat. Lukman yang sudah insaf dan ingin membetulkan keadaan telah berusaha melalui pelbagai cara supaya hati Sarah dapat dimenangi semula.

Berjayakah Lukman mengekalkan perkahwinan mereka selepas begitu banyak kelukaan dia tinggalkan dalam hati Sarah? Sekuat manakah jodoh mereka? Adakah lafaz cerai akan meniti di bibir Lukman sekali lagi buat Sarah?

“Kalau dah nama pun jodoh... ditolak-tolak, ditepis-tepis, dihumban ke laut sekalipun, akan datang semula pada yang berhak.”

Dia Punching Bagku

Tajuk : Dia Punching Bagku
Penulis : Miz Amaryllis
Harga : RM21.00
ISBN : 978-967-0448-95-4

Sinopsis
Sumpahan orang yang dah tiada. Wujud ke? Kalau tak wujud, kenapa hidup Delisha Armani tak pernah terisi sepenuhnya? Bahagia yang dirasa, kekosongan hatinya tetap ada.

Kerana setia dan sayangnya dia pada teman-temannya, dia sanggup buat apa saja. Pada mereka yang menganiayai sahabatnya, dia akan balas meskipun tanpa senjata. Namun, berlaku satu kesilapan kerana dendamnya dibalas hingga membabitkan nyawa.

“I’ll love you till my last breath, Del. Till my last breath. Allah saja yang tahu hati Raz.”

Bertahun melangkah bersama rasa bersalah, Delisha cuba menerima kasih Qaiser yang sentiasa menjadi pendamping setia dengan harapan Qaiser mampu menghidupkan jiwanya dan melupakan kisah lama.

“Del, between laughing for no reason, stupid arguments, long talks and making fun of each other, I know I’ve fallen in love with you. Kita kahwin?”
Ketika bahagia hampir tiba, ada insan lain yang mahu melihat dia menderita sepertimana Harraz menderita hingga meninggal dunia. Ancaman yang diterima membuatkan insan-insan tersayang menjadi mangsa. Kemunculan DR yang disangkakan Hunter membuatkan dia hilang punca.

“Is this how you treat a guest? Hadiahkan sebiji penumbuk? How cool. By the way Cik Nurul Delisya Armani, you should learn macam mana nak kenal orang yang nak berkawan dengan orang nak ajak jadi lawan.”

Dia tertanya-tanya, siapa DR sebenarnya? Siapa Hunter yang memburunya? Mampukah cinta Qaiser melawan semua dugaan yang menimpa? Akan setiakah teman-teman di sisinya hingga ke akhir usia? Bagaimana pula dengan keluarganya?

“Kala kaki melangkah tanpa hala... mata celik namun buta… aku tersenyum pabila diri dilamar menjadi aurora cinta.”

Cinta Takkan Berakhir

Tajuk : Cinta Takkan Berakhir
Penulis : Sri Sarah
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-0448-96-1

Sinopsis
Sombong? Bila masa dia sombong tak bertempat? Kalau dia suka senyum, nanti Izreen cakap dia kuat melayan perempuan pula. Itulah orang perempuan ni. Memang suka sangat fikir yang bukan-bukan. Senyum kata gatal, tak senyum kata sombong! – Adib Razlan

Rasa macam nak aje tanya who are you to judge me? Macamlah mereka pernah berjumpa atau berkenalan sebelum ini. Haish! Suka hati aje cakap dia lupa daratan! Kalau dia lupa daratan, dia takkan balik langsung ke Malaysia. Terus menetap di Ohio sampai reput dekat sana. Dia balik Malaysia pun sebab dia tak lupakan daratanlah. – Azara Fatiha

“Suruh driver teksi tu berhenti sekarang. I want you to get out from the taxi, tunggu I ambil you.”

“What?”

Azara terkejut besar mendengar kata-kata Razlan. Gila! Dia dah separuh perjalanan ke kondonya. Kalau tunggu Razlan, bila dia nak tukar baju? Badan dah melekit! Tak sanggup dah ni.

“You dengar apa I cakap tadi, Zara.”

“Saya tanya sebab terkejut. Raz, saya dah nak sampai rumah dah. Sejam lagi saya sampai office semula. Assalamualaikum.”

“Zara, I said stop right now!”

Benarkah cinta tak seharusnya memiliki? Jadi… katakan kepadaku, siapakah pemilik sebenar sekeping hatimu itu?

Siapa pula Amzar, Natasya, Aziera, Danish dan Amanda yang mengharu-birukan cerita rumah tangga Si Danisya dan Si Raiqal ini?

Kekal bahagiakah hubungan atas aturan takdir Tuhan ini?

Dendam Cinta

Tajuk : Dendam Cinta 
Penulis : Nurul Ain Syuhada
Harga : RM30.00
ISBN : 978-967-0567-52-5

Sinopsis
“Alfan dengan Dyla dah habis. Maaflah. Dyla memang tak pernah suka kat Alfan pun sebelum ni. Maaf bagi harapan.”

“Dyla tahu Alfan tak pernah pandang perempuan lain selain Dyla, kan? You are my first love! Waktu Alfan nak SPM, kenapa baru sekarang bagi tahu?”

Semua orang ada kisah silam masing-masing. Cuma yang bezanya, kisah itu tamat begitu sahaja. Tapi tidak pada Nur Haidyla dan Alfan. Kisah silam membawa mereka kepada sebuah dendam dan penyesalan.

“... Kau dah langgar kereta aku, lepas tu nak lari macam tu aje? No way.” - ALFAN
“... Saya akan bayar duit awak tu. Awak jangan risau. Saya akan bayar sampai ke syiling yang terakhir. Takkan tertinggal sesen pun!” – DYLA

Pelbagai cara Alfan cuba melampiaskan dendamnya. Dari muncul mengejut di hadapan Dyla bila-bila masa, Alfan juga sanggup mengganggunya sampai ke camping, mengaku tunang Dyla dan... melamarnya di hadapan orang ramai!

“Jadi isteri saya? Saya takkan bangun selagi awak tak beri jawapan yang saya nak.”

“Kita bincang lagi sekali, okey?”
“Awak putuskan pertunangan kita untuk lelaki lain. Ni tak adil!”

Demi menjaga air muka, Dyla terpaksa akur pada pembohongan Alfan lalu menyebut ‘okey...’ Dia tak faham kenapa Si Alfan Egoistik asyik mengejarnya. Punah impiannya untuk luahkan cinta kepada Shah, jejaka yang telah lama dinantikannya. Tapi lamaran berupa ugutan Alfan itu dia terpaksa terima demi menyelamatkan seseorang! Kecewa hatinya bukan sedikit.

ALFAN. Dalam diam dia membawa misi untuk membiarkan Dyla menderita seperti yang pernah dirasainya dulu.

“Aku nak makan apa, nak minum apa, that’s not your concern. We might be husband and wife, tapi life dalam rumah ni, asing-asing.”

Namun, benci itu perlahan-lahan dihurung satu rasa yang tak pernah hilang dari hati Alfan. Kerana dalam falsafah cinta, paradoksnya, dendam itu cinta dan benci itu sayang.

“Tak banyak bintanglah malam ni.”

“Awak nak bintang ke? Meh nak ketuk kepala awak dengan kasut. Kejap lagi ada bintang pusing-pusing kat kepala awak.”
“Awww! So sweet of you.”

Dan setelah hubungan dijalin kukuh dengan Alfan, barulah Dyla mengetahui bahawa jejaka yang dicintainya itu juga ada hati padanya.

“Awak kahwin dengan Alfan tu kenapa?”
“Cinta...”
“Kalau sebab cinta, berbeza tau muka orang yang bercinta dengan orang yang terpaksa.”

Apakah akhirnya jalan yang Dyla pilih? Meninggalkan si suami yang sering menyakiti lalu bersama Shah yang mencintai atau terus hidup dalam sebuah perkahwinan yang ditunjangi dendam cinta? 

Duda Terlajak Laris

Tajuk : Duda Terlajak Laris 
Penulis : Aifa Batrisya
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0567-51-8

Sinopsis
Apakah perasaan anda saat disuruh bernikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya menduda waktu usia perkahwinan baru menjangkau usia dua tahun?

Itulah yang terpaksa dihadapi oleh Zack biarpun dalam keadaan separuh relanya. Rela pun dia dengan pernikahan itu pun hanya kerana dia memikirkan air muka tok ayah, insan kesayangannya yang juga imam Masjid Batu Lima. Disebabkan sebiji mentol, hidupnya jadi huru-hara dek perangkap gadis genit bernama Pehah, adik angkat sahabatnya iaitu Bob.

“Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya. Itu doa saya!” – Pehah.

“Pehah, Pehah... Dunia ni bulat tau tak? Bulat. Tapi bulat macam mana pun, tak bermakna pusing- pusing aku akan jumpa kau juga. Ada ramai lagi perempuan dalam dunia ni yang aku boleh jumpa. Kau kasilah peluang dekat aku jumpa yang ala-ala Siti Nurhaliza ke, Izara Aishah ke. Ini tidak, kau nak juga aku jumpa kau lagi. Memang bad lucklah aku kalau begitu ceritanya. Aduhaiii...” – Zack.

Adakah dia bad luck? Lapan tahun pun berlalu, tapi jangankan Siti Nurhaliza atau Izara Aishah, yang ala- ala itu pun Zack tak pernah jumpa. Phewww! Takkan dia dah terkena sumpahan Pehah? Atau mungkin menjadi duda yang terlajak laris itu menjadi satu batu penghalang untuk Zack bertemu dengan pemilik tulang rusuknya yang sebelah lagi itu apabila hubungannya tak pernah kekal sehingga ke jenjang pelamin?

“Nope. I am okay with that. Saya tak kesah pun sama ada awak ni duda atau teruna sebab saya tak pernah letak syarat apa-apa pada calon suami saya. Dan kalau ada pun syaratnya cuma satu. Orangnya mesti awak. Tak ada orang lain. Hanya Zafran Aldrin!” – Idayu.

Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini? Akan diturutkan jugakah untuk menikahi Idayu atau sebaliknya?

Kata orang-orang tua, cakap tu biar berpijak di bumi yang nyata. Jangan bongkak sangat nanti terpaksa telan kata-kata sendiri. Kata-kata sendiri, boleh diterima lagi kalau terpaksa dia telan, tapi kalau terpaksa jilat ludah sendiri? Memang taklah!

Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

Tajuk : Kerana Cinta Itu Ada Saktinya 
Penulis : April Snow
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0246-93-2

Sinopsis
Magis bernama CINTA menemukan mereka berdua. Ibarat ikan di laut, asam di darat, di dalam belanga takdir bertemu juga. Fazwan Anuar, Si CFO penuh karisma tidak pernah menduga diri bakal melakar riwayat cinta dalam perjalanan hidup Aida Awliya; guru di taska anak angkatnya, Dian Khalisya.

Fazwan Anuar. Sejarah cintanya kecundang awal. Tanpa balah. Penuh reda. Aida Awliya. Kisah cintanya penuh warna indah dan melankolik. Tersungkur dek ketidakjujuran bekas kekasih. Aida dihumban ke gaung duka tatkala lelaki yang dicintai separuh nyawa memilih gadis lain sebagai suri. Aida sudah tidak percaya lagi pada cinta lelaki. Tidak lagi! Kehadiran Fazwan yang penuh pesona membuka lembaran baru dalam hidup Aida.

“Aida, saya sungguh-sungguh sukakan awak. Dan saya tahu detik dalam hati saya takkan bohong.” – Fazwan Anuar

“Mungkin mainan perasaan awak sahaja, Fazwan. Lupakan. Saya bukan yang sesuai untuk awak.” – Aida Awliya

Demi mahu sentiasa di sisi Aida, Fazwan membawa Aida sepejabat dengannya. Kesungguhan Fazwan tanpa jemu lelah menanam benih cinta dalam jiwa mengembalikan percaya Aida pada magis cinta. Aida kembali merasai ajaibnya cinta seorang lelaki. Betapa indah dunia dengan cinta daripada seorang lelaki yang tulus mencintai.

“Saya mahu sentiasa jadi jaluran pelangi buat awan yang mulus seperti awak. Agar kita sentiasa boleh bertemu tak kira waktu. Sebab saya mahu jadi rembulan yang sentiasa memayungi kejora yang berkilauan seperti awak. Agar kita tetap bersama hingga fajar menyinsing keesokan harinya. Sebab saya mahu jadi laut yang sentiasa setia menemani duyung secantik awak. Agar kita boleh berenang merentas benua bersama tanpa lelah.” - Fazwan Anuar

Sulaman bahagia yang menanti saat dipateri rasmi tergugat dengan pertemuan kembali Aida dengan bekas kekasih yang juga rakan sepejabat Fazwan dan Aida. Cinta Aida mahu diraih kembali. Cinta Aida mahu dimiliki semula.

“Jangan mimpi kau akan dapat dia, Fazwan. Dia milik aku. Aida milik Razman Zikry!” – Razman Zikry

Onar keji yang dilakukan Razman meruntuhkan segala impian indah dalam jiwa Aida. Fazwan dijauhi. Fazwan dihindari. Hilang Aida buat Fazwan tekad menjejak belahan jiwa. Bisakah sakti cinta mengembalikan semula Aida kepada Fazwan? Mampukan sakti cinta Fazwan meyakinkan Aida bahawa gapura bahagia yang mereka bina tetap setia menanti kedatangannya? Bolehkah sakti cinta yang menemukan mereka dahulu menyatukan semula Fazwan dan Aida? 

Dalam Keterpaksaan...

Tajuk : Dalam Keterpaksaan...
Penulis : Ieya Sya
Harga : RM31.00
ISBN : 978-967-0567-50-1

Sinopsis
Detik pertemuan pertama antara Danisya dan Raiqal di Kuala Lumpur membuatkan kehidupan mereka berubah serta-merta. Tanpa mengenali sesama sendiri, status mereka berubah tanpa kerelaan diri. Menjadi penyelamat si gadis daripada dinodai, kini Raiqal Adif dan Danisya bergelar suami dan isteri!

Dalam keterpaksaan, Danisya cuba menyesuaikan diri biarpun si suami lagak gayanya macam Iron Man dan Incredible Hulk yang bersatu dalam diri! Ditengking, dimarahi, namun Si Danisya ini hanya melayani kerenah si suami lebih-lebih lagi mereka berdua kini tinggal bersama keluarga pihak lelaki.

Kenapalah aku juga yang kena hantar ubat dekat Si Iron Hulk ni! Buatnya dia sembur aku dengan kuasa besi dia tu, tak pasal-pasal aku bertukar jadi patung besi. Naya aje! – DANISYA.

“Kau merepek apa ni perempuan? Keluarlah...” – RAIQAL.

“Saya tak merepeklah. Dulu masa saya sakit, awak bukan main paksa saya pergi klinik makan ubat. Bila awak sakit, takut nak makan ubat. Awak ni pandai ajar orang tapi diri sendiri tak reti nak ajar.”

“Kau jangan membebel boleh tak? Sini ubat tu! – DANISYA.

“Pandai pun.” – DANISYA.

Siapa kata orang yang gah akan tetap di atas dan orang yang di bawah akan sentiasa di bawah? Tengok hari ini Danisya dah buktikan yang si tikus pun boleh buat Si Iron Hulk ikut arahan. Padan muka si besi hijau tu! 

Apa yang aku pernah cakap dekat kau, lupakan saja. Aku, Raiqal tak pernah mencintai kau, Danisya,” – RAIQAL.

Tapi…

Siapa Raiqal untuk melawan takdir yang telah ditentukan Tuhan?

Siapa pula Amzar, Natasya, Aziera, Danish dan Amanda yang mengharu-birukan cerita rumah tangga Si Danisya dan Si Raiqal ini?

Kekal bahagiakah hubungan atas aturan takdir Tuhan ini?

Dalam Diam Aku Terpika

Tajuk : Dalam Diam Aku Terpikat  
Penulis : Aulia Iman
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0246-92-5

Sinopsis
SEKALI pandang sudah benci, dua kali pandang terus naik hantu. Begitulah keadaannya apabila Misha yang digelar monster bertemu dengan Si King Kong bernama Megat Danial. Dalam tak suka, si gadis yang begitu dibenci akhirnya menjadi srikandi yang menyelamatkan dirinya daripada tuduhan khalwat.

Kerana sikap Misha yang tegas dan kuat melawan, Megat Danial mengambil keputusan untuk membawa ibu yang selama ini dipinggirkan kembali pulang ke pangkuan. Dengan adanya gadis monster seperti Misha, dia yakin nasib ibunya akan terbela dan selamat daripada gangguan ibu dan bapa saudara yang begitu gilakan harta dan pangkat. Tapi, mahukah Misha menerima permintaannya semudah itu?

“Banyak lagi kerja lain yang boleh I buat selain jaga mummy you…  You fikir I ambil ijazah menjaga warga tua di universiti dulu?” – Misha

“Berapa sahaja yang you mahu, I akan bayar.”  –Megat Danial

“I nak sepuluh ribu!” -Misha

“You ingat, you jaga orang cacat?”  -Megat Danial.

Kerana kesudian Misha, hati keras Megat Danial lembut dengan sendirinya. Dia yang selama ini sering kali menyisihkan Zahara, si ibu, perlahan-lahan cuba menerima Zahara dengan hati terbuka. Dan takdir cintanya dengan Elmi Husna, a.k.a Misha pun bermula…

“Ini pertama kali saya dapat bunga daripada lelaki.”

Kalau saya tahu awak tak pernah dapat bunga, pasti saya akan cari bunga yang paling cantik untuk diberi kepada perempuan yang pertama kali mendapat bunga daripada saya.”

Saat kasih bersemi, ada jurang yang dalam cuba memisahkan cinta yang hadir  dalam diam. Kemalangan ngeri yang berlaku sewaktu pulang dari kampung halaman telah meragut keupayaan yang Megat Danial miliki hingga dia tegar melepaskan Misha pergi.
Tabahkah Misha melepaskan Megat Danial, calon pasangan syurganya itu begitu saja? 

Oh, My Prince!

Tajuk : Oh, My Prince! 
Penulis : Hannah Dhaniyah
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0246-95-6

Sinopsis
ADELE, si gadis bijak yang hidupnya hanya bertemankan kekasih hati di universiti. Kehadiran Danial di Universiti Awam Alamin membuatkan si gadis manis ini serba tak kena. Di mana ada Adele, di situ ada DANIAL, diekori ke mana sahaja.

Kasih Adele yang sudah tertumpah kepada Hairi, menyebabkan kehadiran Danial dipandang sepi. Kedudukan Hairi dalam hati Adele sedikit pun tak tergugat, walau bermacam-macam cara yang digunakan Danial untuk memikat Adele.

Demi menyelesaikan masalah, salam persahabatan daripada Danial disambut. Masalah yang disangka selesai akhirnya menjadi semakin besar. Sehinggalah satu kesilapan menyebabkan Adele lari meninggalkan segala-gala yang dia ada di Universiti Awam Alamin.

Suasana kampung mengubah personaliti Adele seratus peratus. Di sana, dia bukan lagi Adele yang dikenali di Universiti Awam Alamin tetapi yang wujud hanyalah Adlina Hani. Kehadiran Danial di kampung Adele menyebabkan rahsia yang Adele sorokkan selama ini hampir terbongkar. Adele kalut!

“Macam mana awak boleh sampai sini? Saya mohon sangat-sangat. Awak tolonglah balik ke Amanjaya dan rahsiakan tentang saya daripada ayah saya.” – ADELE
“Kamu di sini dan kamu di universiti sangat berbeza. Sangat-sangat berbeza.” – DANIAL
“Aku minta maaf. Bagi aku satu peluang saja, Adele. Peluang yang terakhir...” – HAIRI

Adele, Danial dan Hairi. Tiga insan daripada tiga dunia yang berbeza. Bagaimana pengakhiran kisah mereka? Siapakah putera dalam hati Adele? 

Mr. Stalker… Saya Cintakan Awaklah!

Tajuk : Mr. Stalker… Saya Cintakan Awaklah! 
Penulis : Hannah Ezaty
Harga : RM33.00
ISBN : 978-967-0567-49-5

Sinopsis
NADINE TASYRIF…  Hidupnya berubah dalam sekelip mata apabila SYED RAZIQ RAFIQI  iaitu tunangnya berlaku curang. Dan lebih tragis apabila diri sendiri yang menangkap kecurangan tunangnya bersama perempuan lain di atas katil ketika hari bahagianya menjelang tiba.

Dalam pelarian memujuk hati yang luka, Nadine Tasyrif  bertemu satu per satu musibah dalam hidupnya. Dia terlibat dalam kemalangan ngeri yang menyebabkan dia dituduh sebagai pembunuh, pertunangannya putus di tengah jalan dan lebih parah kerjayanya sebagai seorang model dan selebriti popular carik setelah gosip liar bertebaran di media. Nadine Tasyrif semakin tersepit lalu mengambil keputusan untuk menghilang.

Kehadiran NILLA, si budak garang yang bekerja sebagai pembantu butik membuatkan perasaan Zein Asyraff, si jurukamera berperwatakan selamba mula kucar-kacir. Tapi semakin Nilla garang, semakin dia suka.

“Awak jangan macam-macam. Awak datang sini nak tempah baju atau nak tempah kemarahan saya? Kalau tak ada apa-apa urusan, baik awak keluar sebelum saya bertukar jadi manusia mutan dan siat kulit awak guna gunting ni! Awak pilih!” – NILLA.

“Whoaaa... Relaks! Garang sangat ni kenapa? Makan apa? Tebuan?” - ZEIN ASYRAFF.

ZEIN ASYRAFF… Kewujudannya ibarat bayang-bayang. Makin si gadis melarikan diri, makin dikejar oleh si jejaka sehingga si gadis mengambil keputusan untuk berhenti melangkah.

“I serius ni, Nilla. I tak main-main. I betul-betul nak lamar you. Bukan untuk jadi kekasih tapi I nak you jadi suri hidup I, jadi isteri I dan jadi ibu kepada anak-anak I.” - ZEIN ASYRAFF.

“Kalau awak berani dan gentleman, awak jumpa ibu bapa saya!” - NILLA.

Namun, dalam misi mencuri hati si gadis garang, Zein Asyraff tidak sangka Nilla menyembunyikan sesuatu dalam hidupnya. Dan Nilla pula tidak menduga takdirnya membawa kepada peristiwa yang dia cuba lupakan.

Apakah yang akan berlaku? Ke mana Nadine Tasyrif menghilang?  Dan siapa Nilla si budak garang yang membuatkan Zein Asyraff bagai nak gila mengejarnya siang dan malam? 

Hijrah Cinta, Kerana Dia

Tajuk : Hijrah Cinta, Kerana Dia 
Penulis : Fieyta An Nisa
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-0246-94-9

Sinopsis
“Lain kali, jalan tu pakai mata. Apa, dah tak cukup kau pakai empat mata sekarang?” - WAFIQ “Kau ni nak apa lagi dengan aku? Tak puas hati dengan aku?” - HUMAIRA

Pertemuan pertama taklah seindah mana. Bertikam lidah itu perkara biasa. Namun, kerana ‘peristiwa’ itu, tiba-tiba Wafiq jatuh cinta. Dan kerana kesungguhan Wafiq, dia dan Humaira disatukan jua.

DAMIA HUMAIRA - Gadis yang baru bertatih dalam hijrahnya mencari cinta Tuhan. Semakin dia ingin meraih kasih Ilahi, acap kali pula dia diuji. Hadirnya Wafiq sebagai sandaran dan sumber kekuatan untuknya meneruskan kehidupan.

WAFIQ RIZQI - Budak engine yang selama ini dalam dunianya sendiri. Tapi hadirnya Humaira membawa sinar kebahagian buat diri. Dia, anak muda yang punya kesungguhan tinggi. Baginya, apa saja cita- citanya harus direalisasi dan memiliki Humaira merupakan antara cita-citanya yang tertinggi.

Baru tiga bulan disatukan, dugaan datang bertimpa. Terbongkarnya rahsia diari lama milik Humaira merupakan ujian hebat buat Wafiq. Kisah silam Humaira bersama bekas teman lelakinya, Syakir membuatkan perasaan Wafiq mula berubah.

“Harap aje pakai tudung labuh. Abang ingat Humaira dah berubah. Tapi abang silap. Maira sama aje macam dulu. Tak berubah! Depan abang aje tunjuk baik. Belakang macam setan! Perempuan jalang, pantang disentuh lelaki!” – Wafiq

“Maira tak sangka sehina ini Maira pada pandangan abang. Memang Maira jahat dulu. Tapi salah ke Maira nak berubah jadi baik? Salah ke?” - Humaira

SYAKIR – Baginya, Humaira harus dimiliki. Cinta pertama yang tak mungkin akan dilupai. Biarpun ada Syuhada di sisi, tapi Humaira harus dimiliki. Baginya, Wafiq ialah perampas! Perampas kebahagiaannya daripada melakar impian bersama Humaira.

“Semudah tu awak buang cinta kita?” - Syakir

“Cinta kita dah lama mati, Syakir. Tolong hargai Syuhada. Dia wanita yang baik.” - Humaira Tanpa diduga berlaku sesuatu di antara Syakir dan Syuhada, teman rapat Humaira. Humaira dihimpit

rasa bersalah. Tegarkah dia mengorbankan kebahagiaan sendiri demi ukhuwah kerana Ilahi?

Apa benar kahwin pada usia muda itu tak menjanjikan bahagia? Dan adakah pendosa itu tak berhak untuk diberi peluang kedua? 

Tuesday, April 14, 2015

Andai Itu Takdirnya

Tajuk : Andai Itu Takdirnya
Penulis : Siti Rosmizah
Harga : RM19.90
ISBN : 978-983-3669-65-3
Mukasurat : 592

Sinopsis
Perkahwinan yang tidak terduga antara Aleya dan Syed Aizril membuatkan Aleya hidup terseksa. Dia dibuang keluarga. Pasrahkah dia?

"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya."

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Andai itu tadir-Nya, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.

"Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini. aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdik-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."