Monday, September 21, 2015

Derik Kerisek

Tajuk : Derik Kerisek
Penulis : Faisal Tehrani
Harga : RM19.00
ISBN : 978-967-362-102-6

Sinopsis
Kalian fikir kalian saja yang letih, ya? Aku tak lelah? Aku tak mengah? Aku tak bosan dan jemu? Ini kisah yang letih, yang lelah, yang mengah dan yang jemu... Orang kita ditindas dan ditindas dan ditindas... Sampai lelah, sampai mengah, sampai tak terlafaz apa-apa... tinggal derik saja Derik Kerisek menggabungkan tiga drama pentas Faisal Tehrani. Tentang kehidupan dan semangat perjuangan serta pahit getir kehidupan manusia yang bergelar muslim


Tuesday, September 15, 2015

Ketupat Cinta (Musim Pertama)

Tajuk : Ketupat Cinta (Musim Pertama)
Penulis : Faisal Tehrani
Harga : RM23.90
ISBN : 978-983-399-183-9

Sinopsis
Tun Lepat disumbat dalam tahanan?

Tun Lepat bukanlah orang lain dalam istana.. Lamanya dia di Islana Melaka bukan kepalang kerana dia seorang tukang masak terulung. Macam-macam kisah duka duka Tun Lepat harungi dalam Istana Melaka. Ada kisah dia berdepan dengan politik dapur, ada pula kisah asal usul kuih tepung gomak, cerita tentang iman dan makanan juga kisah budaya dan pemikiran.

Monday, September 14, 2015

Bahlut

Tajuk : Bahlut 
Penulis : Faisal Tehrani
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-362-002-9

Sinopsis
Kisah bahlut bukanlah kisah roman cinta anak remaja orang asli suku Semai semata-mata. Agak-agaknya wujudkah anak remaja yang tidak pernah jatuh cinta? Bukan, ini bukan kisah cinta Bahlut dengan Kabut yang jauh lebih berumur dan sudahpun bertunang. Ini kisah bahlut yang sedang mencari dirinya sendiri. Pencarian yang meredah dan pembauran dan pertembungan budaya- dunia kota dengan dunia suku Semai.

'Perenheg' - Pecut! Begitulah kita dibuai oleh Bahlut dengan kisahnya menjadi atlet trek yang disanjung oleh dunia kota. Juga sebagai lambang pahlawan suku Semai yang berjuang untuk menyelamatkan kampung halaman.

Tuesday, September 1, 2015

Tika Cinta Bersuara

Tajuk : Tika Cinta Bersuara 
Penulis : Eila Iraiena
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0448-49-7

Sinopsis
Atika Azlea dan Sarah Umairah, meskipun dilahirkan dari rahim yang berbeza, kasih sayang antara mereka begitu kukuh sehingga menimbulkan rasa cemburu di hati. Cinta yang mengaburi mata hati menyebabkan Sarah kehilangan seluruh hidupnya dan membawa dia jauh dari Atika. Mimpi yang bertandang dan rindu yang menggunung akhirnya memaksa Atika mengubah pemdirian hati untuk kembali semula ke pangkuan Sarah. Kegembiraan yang dirasa bertukar menjadi mimpi buruk bila rahsia yang tersimpan terbongkar.Biarpun tersentak dengan berita kematian Sarah, Atika tekad untuk menuntut bela atas kematian saudaranya itu. Sekalipun nyawanya terpaksa digadai, dia tetap akan pastikan yang pembunuh itu membayar segala ‘hutangnya’. Asyraf Rizman, peguam muda anak sahabatayahnya… Firdaus Helmi, saudara tercinta yang sama-sama membesar dan Inspektor Zaquan, pegawai kacak yang mengendalikan kes Sarah, dengan kehadiran mereka segalanya dirasakan seperti mudah namun tanpa dia sedar, ada rintangan yang akan melanda.Mampukan dia mengharungi semua dugaan dalam mencari dalang di sebalik apa yang berlaku? Dan siapakah dia pembunuh sebenar yang dicari?.

“Bila mimpi datang bertandang… tirai rahsia yang tertutup, tersingkap tabirnya.Bila kasih memanggil pulang…rahsia yang tersimpan, terbongkar kebenarannya.”

Lu'lu' Dan Marjan

Tajuk : Lu'lu' Dan Marjan 
Penulis : Anarif
Harga : RM28.00 
ISBN : 978-967-0448-39-8

Sinopsis
Apabila Marjan muncul di banglo Dato' Safwan, semua orang mencurigainya, lebih-lebih lagi Lu'lu', anak kandung Dato' Safwan. Sikap Lu'lu' yang sedikit baran membuatkan Marjan tercabar dan kerap bertikam lidah dengannya namun, Marjan mengalah apabila mengetahui kisah di sebalik sikap Lu'lu' yang membuatkan dia tidak senang duduk.

Lawatan ke PD membuatkan hubungan si pemandu dan anak gadis tuan rumah itu bertambah baik, dan Marjan semakin jauh dengan misi utamanya yang mencampakkannya ke banglo tersebut. Apabila Marjan terpaksa pulang ke kampungnya secara tiba-tiba, Lu'lu' tidak sedap hati. Musibah menimpa apabila Dato' Safwan meninggal dalam kemalangan ketika ketiadaan Marjan.

Sekembalinya Marjan ke banglo itu, Marjan menjadi suspek utama dan Lu'lu' patah hati apabila Marjan cuma membisu bila tuduhan demi tuduhan dilemparkan kepadanya. Marjan tidak mengaku kalah. Dia sudah bertekad untuk menawan Lu'lu' kembali, walaupun Kartini, kakak angkat Lu'lu' turut mencurigainya.

Marjan melamar, namun penolakan Lu'lu' membuatkan Marjan kembali ke alam nyata. Statusnya

sebagai seorang pemandu tidak cukup buat anak gadis hartawan seperti Lu'lu'. Tanpa mendedahkan identitinya, Marjan pergi untuk selama-lamanya membawa hati yang luka kerana misinya sudah gagal.

Apabila Lu'lu' dalam bahaya, Marjan kembali mendengar kata hatinya dan melompat turun dari takhta. Kali ini, tiada undang-undang yang boleh menghalangnya. Demi Lu'lu', Marjan sanggup kehilangan segala-galanya dan benarlah, cinta itu buta. Tetapi butakah cinta Lu'lu'?

Mengapakah Marjan terpaksa pergi sekali lagi dengan hati yang luka? Bolehkah permata Lu'lu' dan Marjan berdampingan untuk selama-lamanya?

“Tanya sama hati, Apa sebab suka,

Nanti jawab hati, Suka hati aku la....”

Namamu Terpahat Dihati

Tajuk : Namamu Terpahat Dihati
Penulis : Ayin Man
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0448-52-7

Sinopsis
Dek kerana patah hati, Nur Anisa pergi membawa diri. Kenangan Azril Hakimi cuba dihapus dari kotak memori. Hadirnya Farel Fahry disambut sekadar teman pengganti dan penghibur hati.

Namun, tidak bagi Fahry. Hatinya yang sudah tertawan serta situasi terhimpit tanpa pilihan angkara Farel Fahrezi dan Melly Careena membawa Fahry kepada satu keputusan nekad. Di antara rasa tertipu atau perlu berterima kasih? Anisa masih keliru.

Nur Anisa: You masih nak teruskan dengan perkahwinan ni? I tak kisah kalau you nak lepaskan I.....

Farel Fahry: I dah lafazkan akad, jadi I bertanggungjawab ke atas you!

Fahry tekad, cinta hati itu perlu diraih tatkala Anisa mula pasrah kerana dia perlu menerima takdir. Mampukah Ary menggapainya dan sediakah Anisa memupuk rasa tanpa kerelaan hati?

“Hari ni mungkin kau kata kawan, esok aku akan
pastikan kau jatuh sayang.”

Luka Di Hati Diya

Tajuk : Luka Di Hati Diya
Penulis : Hasliza Ismail
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-0448-51-0

Sinopsis
Diya Mirza hidup dalam ketakutan tak kira di mana beliau berada. Oleh kerana sikap peliknya itu membuatkan dia sering dipulaukan dan dibuli oleh rakan sekerja yang
mencari kesempatan atas kelemahannya. Sehinggalah Remmy (staf baru yang bekerja sebagai despatch) muncul di syarikat tersebut.

Sikap naif dan pelik Diya menarik hati Remmy untuk terus mendalami hati wanita itu dan sekali gus memusnahkan benteng yang selama ini melindunginya.  Apabila hati masing-masing sudah terpaut, mimpi hitam mula menjadi kenyataan setelah kebenaran mula terjawab.

Diya Mirza menyimpan kisah hitam dalam diari hidupnya dan dia kini dalam pelarian bersama ibunya.  Apabila ayah tirinya muncul kembali mengganggu hidup mereka, Remmy terpaksa berkorban dan sebagai balasan, Remmy harus kembali ke pangkuan keluarga dan memikul tanggungjawab yang selama ini diabaikan.

Apakah kesudahan kisah Diya dan Remmy? Adakah hati Diya akan selamanya terluka?

“Bisakah cinta mengubat hati yang luka berdarah akibat kepercayaan yang pernah dinodai?”

Cintaku 100%

Tajuk : Cintaku 100% 
Penulis : Nozi Danisya
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-0448-51-0

Sinopsis
Bermula dengan mimpi, hidup Cassandra (seorang gadis free thinker) mula berubah 180%. Dia mula bosan dengan hidupnya yang penuh dengan keseronokan sebelum
ini.

Sejak dia mengalami mimpi yang sama saban malam, Cassandra mula resah dan tertanya-tanya. Jiwanya bagai kosong. Tetapi dia tidak tahu hendak bertanya kepada siapa. Cassandra menyimpan sendiri segala persoalan yang menganggu jiwa dan mindanya itu sehinggalah dia bertemu dengan sepasang suami isteri iaitu Hanafi dan Soleha.

Segala keresahannya terjawab satu per satu dan diamula meminati agama Islam. Cassandra membulat tekad untuk berhijrah menjadi Muslimah. Penghijrahannya itu
dirahsiakan dari keluarga dan sahabat baiknya. Dalam pada berguru dengan Hanafi dan Soleha, tanpa sedar Cassandra menaruh hati pada Hanafi kerana perwatakan lelaki itu.

Demi permintaan terakhir Soleha, Cassandra menerima lamaran wanita itu untuk menjadi madunya. Bagi Cassandra inilah peluang terbaik untuk dia mendalami agama
suci ini tanpa ada halangan dan fitnah. Namun, ternyata usaha Cassandra itu mendapat tentangan hebat. Perkahwinan rahsianya juga terbongkar. Dia diculik dan dipaksa murtad! Apakah Cassandra akan goyah imannya? Dan siapakah yang telah menculiknya?

“Kalau disuruh sukat cinta dia, mestilah jawapannya
banyak! Cintanya bukan cinta biasa tau. Cintanya 100%
hanya untuk Dia.”

Setiaku Untukmu

Tajuk : Setiaku Untukmu 
Penulis : Sue Isma
Harga : RM19.00
ISBN : 978-967-0448-48-0

Sinopsis
Demi cinta, manusia sanggup melakukan apa sahaja. Kerana cinta, kesetiaan dilafazkan dan kerana cinta juga perpisahan terjadi antara mereka.Aimuni hilang ingatan apabila terlibat dengan kemalangan bersama Ariel setelah beberapa jam sah menjadi isteri lelaki itu. Mereka terpisah jauh dan Ariel hampir kehilangan pedoman hidup kerana kehilangan isteri tercinta.Addi pula cuba menyalurkan semangat buat sahabatnya. Ariel bangkit demi untuk hidupnya dan Aimuni.Dia perlu mencari isteri kesayangannya itu dan ternyata jodoh mereka sangat kuat. Baru sahaja mereka mahu mengecap bahagia, rumah tangga mereka diuji dengankehadiran orang ketiga.Ariel tersepit di antara sebuah cinta dan permintaan. Jika diberi pilihan, dia hanya mahu setia kepadaAimuni. Jika dia diberi umur yang panjang, dia memilih untuk mati bersama Aimuni. Namun dia sedar, pilihan itu memerlukan sebuah pengorbanan.

“Kesetiaanku ini lahir kerana cinta yang telah kauberikan kepadaku.”

Jurnal Aishiteru

Tajuk : Jurnal Aishiteru  
Penulis : Aima Chan
Harga : RM19.00 
ISBN : 978-967-0448-38-1

Sinopsis
Siapa sangka, kepulangan Khaleeda Adni ke tanah air dikejutkan dengan kemunculan Adam Daniel yang tanpa belas kasihan menjadikan dirinya tawanan selama sebulan di dalam hutan. Khaleeda tidak tahu kenapa dia diculik dan dihukum sebegitu rupa malah, dia tidak pernah tahu nama pemuda itu sepanjang dia berada di hutan.

“Ya Allah, dia nak buat apa dengan aku sampai gari aku macam ni sekali?” -Khaleeda Adni-

“Dasar perempuan jahat! Kau ingat mak bapak kau nak cari kau ke hah? Anak tak guna macam kau ni, sepatutnya diorang dah tanam hidup-hidup dari dulu lagi.” -Adam Daniel-

Apakah dendam Adam terhadap Khaleeda hingga dia tegar menghukum gadis? Namun semuanya terlerai, saat kisah Khaleesya Adni dan Aidil Sadhi diceritakan oleh Lukman yang tahu segala-galanya. Penyesalan mula hadir namun, semuanya sudah terlambat.

Adam diberi peluang kedua untuk memperbaiki kesalahannya terhadap Khaleeda dan dia sanggup menebus maruah gadis malang itu. Namun, Tengku Akimi muncul menagih janji Khaleeda saat dia sudah terikat. Saat semuanya sudah tidak boleh diundur lagi dan hatinya sudah mula terbuka buat Adam. Segalanya menambah kekusutan dalam hidup Khaleeda dalam mencari erti satu kebahagiaan.

“Khal jangan tipu Kim. Khal tak setia pada janji kita. Empat tahun Kim sanggup tunggu Khal, demi janji yang kita buat. Kenapa Khal terlalu senang lupakan semua tu. Kenapa Khal?” –Tengku Akimi-

“Kenapa kau dapat semua hah Khal! Apa lebihnya kau dari aku? Kau rampas semua daripada aku. Kau rampas nenek, mama, papa Zhar, Kim. Semuaaa!!! Aku benci kau Khaleeda. Aku benci!” –Khaleesya Adni-

Mampukah Khaleeda merasai nikmat sebenar bahagia kerana perjalanan hidupnya tidak pernah sepi dari diganggu dugaan dan derita. Segalanya telah tercoret kemas dalam Jurnal Aishiteru.

“Kucoretkan segala bahagia di sini, agar dapat aku simpan memori bersamamu… I love U.”

Bukan Bisikan

Tajuk : Bukan Bisikan 
Penulis : Sharina Elisa
Harga : RM18.00
ISBN : 978-967-5067-73-0

Sinopsis
Wujudkah cinta itu sebenarnya? Atau cinta itu hanyalah fantasi dan imaginasi semata? Cinta buat dirinya merana tapi benarkah cinta itu hanya dusta? Benarkah cinta itu landasan bahagia andainya selimut cinta yang mengulit lena menjadi kelam bila diri dinodai kejam? Cinta dan sayang bertukar dendam? Kerana tiada lagi aset berharga, dirinya dipakai buang!

Mia Adyla terpenjara dalam ikatan sebuah perkahwinan yang bertunjangkan amarah mula lemas dan hampir kalah.

“Lantak kaulah! Aku tak nak peduli pasal kau lagi. Kau nak mampus ke nak hidup ke, tu kau punya pasal! Biar padan muka kau! Orang macam kau ni tak layak langsung untuk dijadikan isteri! Tapi ada satu pekerjaan untuk orang macam kau, p.e.l.a.c.u.r . Kau tahu, kan taraf kau sama?”

Dengan keberanian bersisa, dia tekad mahu melepaskan diri daripada kekejaman suami yang tidak tahu mengkaji situasi. Biarpun suami sendiri membenci, tingkah normalnya menyingkap tirai hati Aiman Haikal tanpa disedari.

Nekadnya Mia Adyla membawa diri ke luar negara dengan perut berisi nyawa manusia. Di sana, keselamatan dan kebajikannya dijaga oleh insan bernama Ikram Hafiz, seorang doktor yang dalam diam menaruh hati dengannya. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri. Setelah lima tahun berada di Australia, dia bersama anak kembarnya kembali ke Malaysia untuk memulakan kehidupan baharu. Aiman Haikal dan Ikram Hakimi bertemu secara tidak sengaja di pejabat Mia Adyla sekali gus memulakan titik perkenalan antara mereka. Persaingan secara sihat membawa kedua-dua jejaka itu kepada istilah persahabatan sebenar tanpa memungkiri janji mereka.

“Bagaimana mungkin kita memiliki perempuan yang sama?” – Aiman Haikal.