Tuesday, June 6, 2017

Cik Juliet & Encik Romeo

Tajuk : Cik Juliet & Encik Romeo
Penulis : Airisz
Harga : RM21.00
ISBN : 9789674690519

Sinopsis
AKU? Nama aku Zahra Emilia. Tapi nama panggilan aku Awah. Jangan tanya pasal nama panggilan tu, sampai sekarang pun aku bengang. Bukan saja kena gelak, tapi kutuk sama. Tapi aku tak kesah. Apa ada pada nama? 

Untungnya seorang Zahra Emilia ni, mak dia langsung tak kesah pasal kahwin. Hajah Jariah Haji Yaakob tak pernah sebut pasal kahwin sebab dia rasa macam selesa saja aku tinggal dengan dia. 

Selama 28 tahun hidup, aku pernah bercinta sekali. Aku mula suka dia dari darjah 6 lagi. Masa tu dia wakil rumah merah dan aku rumah kuning. Dia memang ‘terror’ bab sukan. Wakil segala permainan dalam sukan yang dipertandingkan. Aku pun wakil rumah sukan juga, wakil bawa air minuman. 

Yang buat aku sedih masa tu, bila dia dapat 5A dan aku dapat 5 juga, tapi 5C. Dia dapat masuk sekolah berasrama penuh. Memang sedih gila masa tu. Yalah, kekasih idaman tu. Tapi dia tolak. Tak siapa pun tahu alasan dia tolak tawaran. Apa yang aku tahu, dia kena kejar dengan mak dia keliling kampung sebab gatal tolak tawaran. Mana ada budak kampung yang dapat sekolah asrama masa tu. Dia seorang saja. 

Dan kami pun bercinta. Dari zaman sekolah, hinggalah zaman habis sekolah. Seronok-seronok bercinta, tiba-tiba si dia hilang begitu saja. Pergi tanpa sebarang pesanan. 6 tahun dia tinggalkan aku dengan tanda tanya.

Dr. Alpha Male

Tajuk : Dr. Alpha Male 
Penulis : Anjell
Harga : RM27.00
ISBN : 9789674690526

Sinopsis
Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai.

“Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium.” – HILMAN UKASYAH

Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung.

“Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut.” – HILMAN UKASYAH

Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya.

“Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?” – TRISTIN HAZEL

Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya… Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya.

Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat.

Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan… Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya…

“I’ll do my best to protect you. Anything. I’ll even be taking a bullet for you.” – HILMAN UKASYAH

Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?

Bahagia Yang Tertangguh

Tajuk : Bahagia Yang Tertangguh
Penulis : Rissa Ahdiya
Harga : RM24.00
ISBN :

Sinopsis
Aku akan selalu menjadi bintangmu, pandanglah aku tika rindumu datang bertamu.

Ramai wanita yang selagi boleh, akan mengelak untuk bercinta atau terikat dengan lelaki yang tergolong dalam kategori ‘anak emak’. Tetapi kalau kategori ‘adik kakak’ bagaimana pula?

Selama lapan tahun, NURIN HANA menjeruk rasa. Begitu teruk dia dibuli ipar-duai malah tidak pernah sekali pun dia diberi peluang beraya di kampung sendiri.

“Kakak mesti tak percaya kan kalau saya beritahu yang Zakwan pernah minta saya bayar sewa rumah ni pada dia? Saya pun tak tahulah fahaman apa yang keluarga akak pegang.”

Semua itu tidak mematahkan cintanya terhadap si suami hinggalah pada suatu hari, nama Kak Tipah Kerani muncul pada skrin telefon bimbit suaminya. Terhiris hati Hana apabila mengetahui kebenarannya. Kak Tipah Kerani itu sebenarnya seorang janda jelita bernama Azrin Sofea!

“Curang tu hak saya. Awak tak berhak nak bertanya atau bersuara apa-apa. Dah kira beruntung saya tak tinggalkan awak ni tau. Bersyukurlah.”

“Kalau orang dah tak nak tu, ada eloknya kalau you faham-faham sendiri ya. Jangan memalukan diri you.” – Azrin Sofea

Talak akhirnya menjadi ‘hadiah’ bagi segala ketaatan dan kesetiaan Hana. Pengkhianatan Zakwan bagai vonis kematian buatnya. Seluruh hati bagai dicarik dan dicencang lumat, terlalu parah dilukai Zakwan. Lalu, Hana bangkit. Cuba dijahitnya kelukaan itu dengan reda yang ikhlas. Hanya permata hati menjadi kekuatannya.

ZAKWAN. Tanpa Hana, terasa lompong dan serba tidak kena hidupnya. Senyuman manja Azrin serasa tidak membawa erti. Hati diserbu penyesalan yang tidak kunjung padam. Betapa Hana selama ini banyak berkorban.

“Kita masih ada peluang untuk memperbaikinya. Kita kahwin semula ya. Kalau pun Hana tak fikirkan tentang abang, kita fikirkan demi kebaikan Raiqal. Kasihan dia jadi mangsa akibat perceraian kita.” - Zakwan

Bagaimanapun, muncul seseorang yang sedia menyerahkan hatinya hanya untuk Hana seorang.

“Saya sukakan awak Hana. Bukan saja suka, malah saya sayangkan awak. Beri peluang pada saya untuk tinggal dalam hati awak?” - Armin

Kini, Hana ada 3 pilihan. ARMIN yang cuba memberi sinar harapan, Zakwan yang kesal akan dosa lampau, atau kehidupan solo yang sudah tentu memberi jaminan hatinya tidak akan dilukai lagi. Memberi hati kepada seseorang untuk dicintai adalah satu risiko. Sama ada dilukai, atau kekal dicintai sepanjang hayat. Tegarkah Hana membuat keputusan?

Monday, June 5, 2017

Lelaki Kiriman Tuhan

Tajuk : Lelaki Kiriman Tuhan
Penulis : Umie Nadzimah
Harga : RM22.00
ISBN :

Promise

Tajuk: Promise
Penulis: Ateen Khalid
Harga: RM21.00
ISBN: 978-967-0874-54-8

Sinopsis:
Ketika berada dalam keadaan terdesak, muncul seorang lelaki secara tiba-tiba lalu menghulurkan bantuan kepada Hanina Luthfia. Tanpa mengetahui nama lelaki itu, hanya senyumannya saja yang menjadi memori. Dia bertemu dengan lelaki itu lagi. Malah lebih mengejutkan, lelaki itu sebenarnya mempunyai kembar!

Wajah memang memang saling tak tumpah tapi, perangai bagaikan langit dan bumi. Wafiy Sadiq… pemilik senyuman itu. Lemah lembut dalam berbicara. Manakala si adik… Siddiq Wildan, bikin menyampah saja!

Hati Hanina kemudiannya huru-hara setelah bertemu dengan si kembar tersebut. Si abang yang melayannya dengan baik, manakala si adik yang sering memunculkan diri di tempat kerja Hanina dan sering menyakiti hatinya.

Kerana satu kejadian, perasaan Hanina mula berantakan. Ada rahsia yang dipegang oleh Wafiy selama ini. Ada rahsia yang Siddiq perlu lindungi. Ada janji yang perlu ditunaikan.

“Tak perlu berjanji… sebab kalau awak tak tunaikan, itu menyakitkan. Tau tak?”

“Saya akan buktikan pada awak.”

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan PROMISE secara online dengan kami. Harga Super Duper Jimat untuk Kombo Jun hanya boleh didapati dengan pembelian online bersama KN.

Cinta Si Panda Biru & Si Tukang Sapu

Tajuk: Cinta Si Panda Biru & Si Tukang Sapu
Penulis: Mimie Ismail
Harga: RM20.00
ISBN:- 978-967-0874-53-1

Sinopsis:
Rian, novelis glamor dan terkenal memandang harta kekayaan sebagai tiket untuk mencapai kebahagiaan hidup. Perkenalannya dengan Adil, tukang sapu yang juga pekerja sambilan di rumah anak yatim membawa makna baru dalam hidupnya. Adil yang celopar, Adil yang menyakitkan hati, Adil yang sentiasa ada ketika dia memerlukan. Rian selesa berkawan dengan Adil. Adil merahsiakan identiti sebenarnya kerana dia ingin melihat sejauh mana Rian memandang rendah padanya. Dalam diam, dia jatuh suka pada Rian walaupun Rian bongkak dan sombong. Namun, cintanya itu dipendamkan saja kerana Rian berpasangan dengan Hazryq yang serba sempurna itu.

Dalam kecelaruan hati dan perasaan Rian terhadap Hazryq dan Adil… tiba-tiba rahsia Adil terbongkar menyebabkan Rian tidak sanggup berdepan dengan Adil. Dan kekasih lama Adil muncul semula menagih cinta Adil. Dapatkah Adil dan Rian mencapai kebahagiaan hidup masing-masing?

“Dalam pencarianku demi sebuah cinta, seruan alam terarah kepadamu….”

Untuk mengetahui kisah selanjutnya,  dapatkan CINTA SI PANDA BIRU & SI TUKANG SAPU segera ya!

Thursday, June 1, 2017

Amukan Jembalang Tanah

Tajuk : Amukan Jembalang Tanah
Penulis : A. Darwisy
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-446-338-0

Sinopsis
Menelusuri sejarah lisan yang terakam pada tahun 1942, sewaktu askar Jepun datang ke Tanah Melayu, sekolah itu satu-satunya kebal dari ditawan. Menurut orang kampung, sekolah itu ada penjaganya. Razali, guru muda di kampung itu tidak terkecuali mengalami kejadian seram di sekolah. Makhluk mistik yang terlebih dahulu mendiami tanah asal sebelum wujudnya perkampungan. Tidak cukup dengan itu, kampung mereka juga diganggu makhluk jadi-jadian yang berterbangan mencari mangsa.

Di zaman kini, kehilangan pelajar bernama Sakinah beberapa hari sebelum berlangsungnya majlis ulang tahun sekolah, mencetuskan keadaan gawat. Kawan-kawannya, Mira, Natrah dan Kaisara cuba menyiasat. Cikgu Badrul dan Cikgu Mastura turut sama membantu. Satu rahsia yang terpelihara selama ini bakal menakutkan mereka semua. Rahsia jin. Rahsia manusia. Rahsia sebuah sekolah yang berusia 100 tahun kewujudannya.
Dapatkah Razali bertahan hidup di kampung itu? Berjayakah tiga sekawan itu membongkar apa yang terjadi di sekolah mereka? Dan mampukah cikgu-cikgu di sekolah itu melindungi para pelajarnya?

“Manusia dipegang pada janjinya. Nama sekolah, tahun bila berlakunya dan semua yang off-the-record dan ada sensitiviti, saya tidak akan masukkan.” – A. Darwisy
“Orang Jepun tak takut dengan hantu Melayu!” – Leftenan Takashi
“Selagi polis belum selesai menyiasat, kita semua kunci mulut.” – Cikgu Mastura

Tuan Inspektor Cik Drama

Tajuk : Tuan Inspektor Cik Drama
Penulis : Emma Marian
Harga : RM24.00
ISBN :  978-967-365-305-8

Sinopsis
Tuan Inspektor dan Cik Drama?

Mereka berdua berbeza latar belakang. Berbeza kerjaya dan minat. Hanya satu persamaan mereka… Cinta. Fareeq dan Karmila saling mencintai sejak pertemuan pertama lagi.

Fareeq yang menyangka Karmila merupakan seorang peragut, terus bertindak menggari tangan itu. Bagi Karmila pula, bukan sahaja tangannya yang digari, malah hatinya juga. Karmila jatuh cinta pandang pertama kepada Tuan Inspektor itu. Pelbagai cara yang dia lakukan untuk mewujudkan pertemuan demi pertemuan antara mereka.

Walau sejauh mana pun mereka cuba menyangkal kehendak hati, rasa itu tidak mampu mereka buang. Dalam diam mereka menyulam cinta. Dalam diam mereka menyimpan rindu. Namun, keindahan cinta mereka tidak berpanjangan apabila kerjaya memaksa mereka mengakhiri segalanya.

Mampukah bahagia itu dicapai andai masih tiada kepercayaan pada sebuah perhubungan? Mampukah impian cinta itu direalisasikan andai masih ada rahsia yang tersimpan?

Tuan Inspektor, Cik Drama. Bisakah bahagia itu milik mereka?