Thursday, February 18, 2021

Takdir Itu Milik Aku

Tajuk : Takdir Itu Milik Aku
Penulis : Siti Rosmizah
Harga : RM33.90
ISBN : 978-967-5882-08-7
Mukasurat : 1058

Sinopsis
Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamisah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan. Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendaknya emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.....

Klink link sekiranya berminat: saya nak TAKDIR ITU MILIK AKU

 

Dia Imamku


Tajuk : Dia Imamku
Penulis : Siti Rosmizah
Harga : RM35.00
ISBN : 9789675822605

Sinopsis
Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata.

Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan.

Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka.

Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato’ Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cinta, Lily sanggup dibuang keluarga. Lily hidup menderita, apatah lagi bila dia disahkan mengidap kanser.

“Lily sakit ma...Lily perlukan restu mama. Tolong Lily, ma. Lily tak nak mati jadi anak derhaka. Lily nak jumpa mama buat terakhir kali.”

Dahlia bersubahat dengan Razak mengenakan sepupunya. Amiruddin menyelamatkan Humairah dari niat jahat mereka.

Malangnya Rafiq tak percaya. Dia menuduh Humairah curang! Kesucian Humairah dipertikai!
Demi maruah Humairah dan keluarga, Amiruddin seikhlas hati menerimanya sebagai isteri.

Humairah hanya pura-pura mencintainya. Rafiq menagih cinta Humairah semula. Amiruddin dibuang dari hidupnya!

“Ambik balik cincin awak! Cincin yang layak dicampak dalam longkang aje!” Ya Allah! Remuk hati Amiruddin.

Humairah sangka cinta Rafiq, cinta sejati. Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Perkara berlaku di luar jangkaan. Saat ini baru Humairah kenal cinta yang sebenar.

“Maira mintak ampun bang. Maira berdosa pada abang. Maira betul-betul menyesal. Maafkan Maira, bang.”

“Saya masih lelaki kampung yang sama. Tak ada harta. Lelaki miskin yang tak mampu beri Cik Maira apa-apa. Walaupun secebis cinta.”

Ya Allah, panjangkan jodohku dengan suamiku. Dia imamku, dia kekasihku hingga akhir nyawa. Mungkin ke hati Amiruddin sudah mati buatnya?


berminat? 

klik: Saya nak

 

Hello, Jangan Tapau Cintaku


 












Tajuk: Hello, Jangan Tapau Cintaku

Harga: RM32.00

[Novel ini bakal diadaptasikan ke Slot Lestari Drama TV3!]

Ain Dheya, gadis kampung yang merantau mencari kerja di bandar. Memandangkan keluarganya susah, dia sangat berjimat dalam berbelanja. Disebabkan itu, dia tidak dapat mengikis sifatnya yang suka menapau makanan.

 Ash Fayyad, seorang anak hartawan yang pemboros. Sikapnya yang sombong menyebabkan orang di sekelilingnya sering terasa hati. 

 Kisah mereka berdua bermula apabila Ash Fayyad menawarkan wang bernilai RM50,000 untuk sesiapa yang sanggup menjaga adik perempuannya yang lumpuh. Sementelah kedua-dua orang tuanya mengerjakan haji di Mekah.

“You bukan tak tahu mulut I ni macam longkang bila I deal dengan staf I kan?” - Ash Fayyad.

“Kalau saya nak ambil jurulatih pun, sampai mati hidup balik seribu kali pun, saya takkan pilih Encik Fayyad tau!” - Ain Dheya.

Pelbagai peristiwa yang terjadi selama Ain Dheya berada di rumah Ash Fayyad. Hinggakan keadaan di dalam rumah itu menjadi huru-hara.

 Berputikkah cinta yang tidak masuk dek akal antara Ain Dheya dan Ash Fayyad nanti?

Tuesday, February 9, 2021

CUKUP DERITA ITU

 

























Tajuk : Cukup Derita Itu
Penulis : Siti Rosmizah
Harga : RM38.90
ISBN : 978-967-5822-16-2

Sinopsis
Ellani dan Ellana, kembar seiras yang tinggal bersama mak ngahnya selepas kematian ibubapa mereka. Mak Ngah Gayah membezakan kasih sayangnya. Ellana dilayan bagaikan puteri. Sedangkan Ellani diperlakukan tidak ubah seperti hamba abdi.

Sedih. Menangis. Tak setitis pun air mata Ellani keluar. Untuk apa? Itulah rutin hidupnya. Maki hamun, pukul dah sebati dalam dirinya. Nak menangis? Berbaloi ke? Dapat raih simpati mak ngah? Jangan harap!

Zarul Zafran lelaki tampan yang berkerjaya sebagai seorang pensyarah. Cinta pandang pertama pada Ellana membawa mereka hampir ke gerbang perkahwinan. Takdir menentukan segalanya. Zarul ditimpa kemalangan. Ellana bolehkan mati dalam hatinya.

Dalam Ellani melalui kemelut hidupnya. Kasih lelaki ini bolehkan beralih padanya. Adoi! Serasa nak gugur jantung Ellani dibuatnya. Cinta? Kasih? Apa semuanya ni? Ellani sukar untuk menerimanya. Lelaki yang hampir menjadi abang iparnya bolehkan jatuh hati dengannya. Pelik!

BERMINAT? KLIK LINK: SAYA NAK

Filem sinopsis ini diarahkan oleh:  
Shazrol Suhaime

RINDU AWAK SEPARUH NYAWA

Tajuk : Rindu Awak Separuh Nyawa
Penulis : Siti Rosmizah
Harga : RM40.00
ISBN : 9789675822490

Sinopsis
“Kasih Maisara!!!”

Kemarahan papanya tidak diendahkan. Sikap angkuh dan sombong begitu menebal dalam diri. Ditambah pula dia menyalahkan papanya atas kematian arwah mamanya.

Pertemuan tanpa di duga dengan lelaki bernama Nazril Nazim membuka tirai baru dalam hidupnya. Maisara bertemu buku dengan ruas, keegoannya dicabar!

“Saya lagi rela kahwin dengan perempuan hodoh! Sebab kebahagiaan bukan pada paras rupa. Saya mencari isteri solehah bukan ratu cantik dunia!”

Bagai nak meletup jantung Maisara mendengarnya!

“Nazril! Kau sedang bermain dengan api! Dan api itu adalah aku! Aku akan bakar kau sampai hangus!”

Manusia itu tak sempurna pasti ada salah dan silapnya. Begitu juga Maisara, ketulusan cinta Nazril Nazim menyinar keinsafan dalam dirinya. Namun di kala kasih berputik, cinta bersemi, Nazril pergi begitu saja.

Maisara akur kesilapannya tapi kenapa tiada ruang kemaafan buatnya? Hati Nazril beku! Maisara memujuk! Maisara merayu! Sekelumit pun tidak terkesan di hatinya!

“Mulai hari ini, awak tutup pintu hati awak serapat-rapat untuk saya sebab Nazril Nazim tak akan terima awak sampai awak mati!”

Ya Allah! Begitu bisa setiap patah katanya.

“Awak jangan risau, saya tak akan kembali semula dalam hidup awak. Kalau ditakdirkan saya mati, saya akan bawa kata-kata awak sampai ke liang lahad! Cuma jika awak ada sedikit ehsan, buat terakhir kali imamkan jenazah saya. Bawa jenazah saya ke kubur, kebumikan saya dan kata Kasih Maisara saya dah buktikan saya tak akan terima awak sampai awak mati!” Jelas kelukaannya.

Kini, Kasih Maisara telah pergi. Keluar air mata darah sekali pun dah tak berguna lagi!

“Maafkan abang sayang, maafkan abang. Hati abang tak pernah mati buat sayang. Saralah nafas, nyawa dan bidadari syurga abang.”

Dalam hati dihimpit kekesalan, Nazril mendongak ke langit memandang bintang yang bertaburan.

“Kasih Maisara, rindu awak separuh nyawa,” bisiknya dengan deraian air mata.


Kredit to Drama Melayu Chanel