Tuesday, March 10, 2015

Pelakon Cinta & Mr G

Tajuk : Pelakon Cinta & Mr. G
Penulis : Anabella
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-11208-5-9

Sinopsis
Mr. G singkatan untuk apa? Bukanlah mr. gemuk atau mr. gila, tapi sudah tentulah mr. G yang dimaksudkan ialah mr...

Dengan ganjaran RM2 juta yang menanti, Tengku Marylin Myacella yang terkenal dengan sikap gediknya telah memenuhi permintaan sahabatnya untuk memastikan seorang pemuda yang dipercayai mr. G berubah menjadi lelaki normal. Tapi, dia sendiri berasa resah dan gelisah!

“You ingat, you cantik sangatlah sampai I teringin nak jadikan you girlfriend I?!”-  Syed Zakuan Zafran.

“I memang sangat cantik. Tapi I tahu, dalam mata you, pasti I tak secantik Aaron Aziz atau tak secomel seperti artis lelaki Korea, kan?! Takkanlah I perlu tukar jantina I semata-mata untuk jadi girlfriend you?” - Tengku Marylin Myacella.

Dalam menjayakan misinya, Mary keliru dengan perasaannya sebenar sama ada dia betul-betul ikhlas jatuh cinta ataupun sekadar lakonan semata-mata. Zafran pula telah merahsiakan cintanya selama tujuh tahun, tapi dia berjaya juga memiliki Mary dari sebuah penipuan yang dicipta. Namun, dalam keasyikan mereka melayari bahtera, sekali lagi mereka diuji dengan rintangan yang mencabar kepercayaan mereka.

“Selama ini I ingat you ikhlas cintakan I…”-  Syed Zakuan Zafran.

“Kalau kau dah tahu aku curang dan tak cintakan kau lagi, kau ceraikan aku Zafran! Ceraikan aku!” – Tengku Marylin Myacella.

Cinta yang bermula dari sebuah penipuan dan sandiwara akankah kekal bahagia? Mampukah Mary mengubah Zafran menjadi lelaki normal? Hanya Pelakon Cinta & Mr. G yang dapat menentukan kesudahan cinta mereka…

untuk tempahan: whatsapp/sms/telegram 0111 5004915

Soal Jawab Isu-Isu Mencabar Dalam Islam

Tajuk : Soal Jawab Isu-Isu Mencabar Dalam Islam  
Penulis : Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Ghani Samsudin  
Harga : RM23.00
ISBN : 9789834474614

Sinopsis
Buku ini memuatkan pelbagai esei yang berupa pernyataan pendirian. Ia duduk bersandar. Ia adalah himpunan pelbagai sikap dua orang ulama' tersohor iaitu al-Fadhil al-ustaz Abdul ghani Shamsudin selaku bekas Yang di-Pertua Persatuan Ulama' Malaysia dan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

Ia berada dalam keadaan terpimpin sepenuhnya. Stail penerokaan yang dibawa oleh buku ini akan menjawab pelbagai kemusykilan. Jadi, ia bukan sekadar menghidangkan jawapan tetapi turut mengajar khalayak untuk berjinak-jinak dari hal-hal yang berkaitan dengan kaedah dalam memahami isu-isu besar.

Di penghujung analisis, pembaca seakan-akan boleh terasa bahawa dia telah menjadi lebih cerdik dari keadaannya yang semalam. Dia akan menjadi seorang mukmin yang setapak lagi akan berada di hadapan.

Kezuhudan Umar Abdul Aziz Kesederhanaan Nik Abdul Aziz (Edisi Kemaskini)

Tajuk : Kezuhudan Umar Abdul Aziz Kesederhanaan Nik Abdul Aziz (Edisi Kemaskini)
Penulis : Wan Ji Wan Husin, Saiful Amri M.Hussin  
Harga : RM18.00
ISBN : 9789673610884

Sinopsis
Ketokohan Umar bin Abdul Aziz amat terserlah di zaman tiga kurun yang terawal. Kejayaan pemerintahan dalam memberikan kebajikan dan keadilan kepada rakyat, menjadi buah mulut bagi setiap yang mengenali beliau, waima dari kalangan bukan Islam sekalipun.

Adapun Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pula, ketokohan beliau memimpin sebuah parti Islam terbesar di Malaysia (PAS), di samping kejayaan memerintah negeri kelantan, waima mendapat tekanan dan sekatan ekonomi dari kerajaan Malaysia, ternyata pemerintahan berasaskan Islam berjaya memberikan model terbaik kepada sesiapa yang melihatnya.

Yes, Maam!

Tajuk : Yes, Ma'am!
Penulis : Areila Sahimi
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-0448-85-5

Sinopsis
Pejam celik, pejam celik sudah sepuluh tahun Ilham dan Aryana melayari bahtera rumah tangga bersama. Dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel membuatkan kehidupan mereka begitu bahagia.

Selama bergelar isteri kepada Ilham Irfan (Si Legenda Kasanova) itu buat Aryana terlalu berhati-hati. Biarlah orang lain tuduh dia sebagai queen control asalkan suaminya tak kena kebas dengan perempuan lain.

Ilham pula, bukan takut isteri. Tetapi, dia menerima sikap Aryana yang terlalu mengawal kehidupannya itu dengan fikiran yang positif. Aryana jadi queen control tu pun sebab sayangkan dia. Dia terima dengan ikhlas segala kekurangan Aryana itu. Hidup suami isteri nikan memang saling melengkapi. Walaupun asyik yes, ma’am! Ilham tetap bahagia.

Badai datang tanpa diminta. Kerana sebaris ayat yang dilafazkan oleh Ilham itu telah mengubah seluruh kehidupan mereka suami isteri. Demi anak-anak Aryana dan Ilham terpaksa berbaik-baik walaupun mereka bukan lagi suami isteri yang sah lagi.

Saat Ilham berusaha bersungguh-sungguh untuk kembali bersama Aryana, Aryana pula sibuk mengejar lelaki muda. Ah, sudah! Bagaimana akhirnya hubungan Aryana dan Ilham? Apakah punca hubungan yang terjalin selama sepuluh tahun atas dasar cinta itu boleh berpisah juga? Siapa Nadim Nazri?Siapa Suri? Dan siapa pula Qistina Zara?

“Kahwin atas dasar suka sama suka, cinta sama cinta pun bukan boleh jamin hidup akan bahagia forever.” Aryana.

“Kebahagiaan rumah tangga tu bukan setakat rasa cinta sama cinta, suka sama suka aje. Kena ada kepercayaan dan rasa saling menghormati barulah boleh bahagia forever and ever.” Mak ngah.


Tolong Jagakan Dia


Tajuk : Tolong Jagakan Dia
Penulis : Ateen Khalid
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-0448-89-3

Sinopsis
Ibu bapa Delisha berhutang dengan Black atau nama sebenarnya Rizki sebanyak RM200.00 dan kini mencecah RM5,000.00. Setelah mereka meninggal dunia akibat kemalangan yang dirancang oleh Black, Delisha terpaksa menanggung hutang itu sendirian. Jika diikutkan, ibu dan bapa Delisha telah membayar lebih dari RM200.00 namun, ketamakan Black menyebabkan hutang bertambah secara mendadak.

Ketika Black sedang mengejar Delisha, Zulfan muncul lalu menolong Delisha. Dia berada di situ kerana dia mahu melihat dengan matanya sendiri akan kecurangan tunangnya itu. Tetapi dia ditikam dan dipukul di bahagian kaki. Delisha merayu supaya diberikan masa kepadanya melangsaikan hutang itu. Dan Black menetapkan lima hari. Kemudian Black meninggalkan Delisha dan Zulfan dengan membawa lari kereta, wang, jam tangan serta telefon bimbit Zulfan. Oleh kerana berasa takut dengan apa yang terjadi, Delisha meninggalkan Zulfan. Delisha meminta sahabatnya, Nurain supaya menjemputnya. Setelah tiba di rumah, Delisha asyik memikirkan tentang Zulfan dan mula rasa bersalah dengan tindakannya itu.

Keesokan harinya, Delisha terbaca di dada akhbar tentang Zulfan dan dia bercadang mahu melawat lelaki itu. Setibanya di hospital, Delisha terlanggar Adam. Oleh kerana Adam memakai baju seragam, dia andaikan lelaki itu pasti ada kena-mengena dengan Zulfan. Jadi dia mengekori Adam dan di situlah dia dapat tahu di mana Zulfan ditempatkan. Setelah Adam pergi, Delisha masuk ke dalam wad dan melihat keadaan Zulfan. Apabila mahu keluar, dia tersempak dengan mama Zulfan dan tunang Zulfan, Almira Zalfa.

Black merasakan tindakannya terhadap Zulfan adalah tepat dan kes itu diklasifikasikan sebagai rompakan. Namun salah seorang pengikutnya, Bazli risau jika Zulfan sedar… dia akan memberitahu yang dia sebenarnya bukan dirompak. Black yakin, pihak polis tidak akan menjejakinya walaupun Zulfan sudah sedar. Delisha pula tidak mungkin membuat laporan polis kerana dia telah mengugut gadis itu. Dia sebenarnya sengaja mengugut Delisha. Setakat RM5,000.00 dia tidak kisah. Ini semua kerana dia sukakan gadis itu.

Delisha yang mahu membalas budi Zulfan melawat lelaki itu di hospital. Ketika Zulfan tersedar dia sengaja mengugut Delisha yang gadis itu merupakan penyebab dia cedera teruk dan gadis itu perlu bertanggungjawab. Dia berbuat demikian kerana dia mahu berjumpa dengan Delisha lagi.

Delisha yang hampir-hampir dirogol oleh Black mengambil keputusan untuk mengahwini Zulfan demi membalas budi lelaki itu padanya. Dia menjaga Zulfan bagaikan menatang minyak yang penuh sehingga Zulfan boleh berjalan semula tanpa bantuan tongkat.

Tatkala Black mengetahui yang Delisha sudah berkahwin, dia terus mencari Nurain. Dia mencederakan Nurain setelah gadis itu memberitahu tempat tinggal Delisha kini.

Nurain disahkan meninggal dunia. Delisha yakin itu semua kerja Black namun, tidak ada bukti yang boleh dikaitkan dengan lelaki itu.

Black pula mengubah penambilan dirinya setelah kematian Nurain. Dia menjejaki Zulfan dan memberi amaran kepada lelaki itu.

Ketika Adam dan Zulfan mahu menolong Almira (tayar kereta wanita itu pancit), muncul beberapa orang lelaki lalu menyerang Adam dan Zulfan. Dua berjaya melarikan diri manakala seorang lagi ditangkap. Black begitu marah apabila mengetahui yang salah seorang daripada mereka ditangkap. Mujur lelaki yang ditangkap itu tidak tahu di mana dia bersembunyi dan wajah terkininya. Jika tidak, pasti dia tertangkap.

Black menyusun rancangan baru dengan menculik Delisha ketika pulang dari pasar. Adam yang kebetulan ternampak Delisha diculik terus mengekori kereta itu sehingga ke sebuah rumah. Apabila kereta yang sama keluar dari rumah itu, Adam masuk kerana dia fikirkan Delisha ditinggalkan di dalam rumah itu, malangnya Adam dipukul sehingga pengsan.

Zulfan mendapat mesej dari nombor yang tidak dikenali. Dalam mesej itu terdapat alamat di mana isterinya berada dan dia diberi amaran supaya tidak memberitahu pihak polis. Namun, Zulfan mempercayai pihak polis dan dia tidak bertindak sendiri.

Adam yang baru sedar dari pengsan dibawa berjumpa dengan Black. Di hadapan Delisha, dia dipukul separuh mati, ditembak di bahagian tapak tangan dan dada. Adam diseksa sebelum pihak polis tiba dan menyerbu rumah tersebut.

Apakah kesudahan kisah ini? Berjayakah Black diberkas oleh pihak polis sementelah lelaki ini sangat licik? Bagaimana pula dengan nasib Adam? Apakah pengakhiran kisah Delisha dan Zulfan?

“Langkah yang diiringi penderitaan pasti akan menemui kebahagiaan….”

untuk tempahan: whatsapp/sms/telegram 0111 5004915

Monday, March 9, 2015

Sunan

Tajuk : Sunan
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Harga : RM35.00
ISBN : 978-983-124-934-5

Sinopsis
DEK kerana fitnah dan dihukum bapa sendiri, Saifudin menjadi perantau di bumi Serambi Mekah - Aceh. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui sebelum bermukim di situ. Saifudin diangkat menjadi anak asuhan kepada Wali Sufi. Memilih mendalami agama Islam tetapi pada masa yang sama berminat dalam seni persilatan. Di sinilah perawakan Saifudin terbentuk. Dari anak manja di Punggor berubah menjadi pemuda yang pendiam. Ajaran agama Islam banyak membentuk caranya bertingkah laku. Sentiasa mengiringi Wali Sufi ke mana-mana dalam menyelesaikan urusan. Meniti usia remaja, Saifudin terjebak cinta tiga segi. Engku Aminah dari kerajaan Pagar Ruyong tertarik dengan akhlak terpuji lelaki itu. Kemunculan Ratna Sang Ratu Sulaman menjadi penghalangnya kerana ada sekelumit rasa cemburu membajai jiwanya. 

Friday, February 20, 2015

Rona-Rona Cinta Damascus


Tajuk : Rona-Rona Cinta Damascus
Penulis : Sheila Wani
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-5102-42-4

Sinopsis
Mengisahkan kehidupan pelajar Malaysia di bumi Damascus, Syria. Konflik hidup dan ujian sebagai perantau terpaksa diharungi mereka demi sebuah perjuangan. Tekanan Amerika Syarikat terhadap Syria telah mengakibatkan mereka turut sama merasai bahang kekejamannya. Novel ini juga menceritakan kisah percintaan seorang gadis yang bernama Manal Husna. Dia tidak pernah menginginkan perjalanan cinta yang tidak seindah angannya. Walaupun begitu dia tetap bersyukur kerana terlepas daripada cinta-cinta palsu dan reda dengan suratan takdir dalam hidupnya. Percintaan yang dibina atas dasar pilihan orang tua dan kasihan, semuanya ternoktah dengan seribu penyelesaian. Dugaan dan cabaran di bumi Damascus silih berganti hadir mengiringi ketentuan hidup pelajar di sana. Mampukah mereka meninggalkan bumi Syria dengan segulung ijazah. Berjayakah Manal Husna mengecapi cinta sebenar setelah meniti onak ranjau yang terpaksa ditempuhinya? Penulis akan membawa anda ke dunia seram, suspen, menyayat hati, konflik dan ketenangan.