Saturday, April 18, 2015

Kerana Cinta Itu Ada Saktinya

Tajuk : Kerana Cinta Itu Ada Saktinya 
Penulis : April Snow
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0246-93-2

Sinopsis
Magis bernama CINTA menemukan mereka berdua. Ibarat ikan di laut, asam di darat, di dalam belanga takdir bertemu juga. Fazwan Anuar, Si CFO penuh karisma tidak pernah menduga diri bakal melakar riwayat cinta dalam perjalanan hidup Aida Awliya; guru di taska anak angkatnya, Dian Khalisya.

Fazwan Anuar. Sejarah cintanya kecundang awal. Tanpa balah. Penuh reda. Aida Awliya. Kisah cintanya penuh warna indah dan melankolik. Tersungkur dek ketidakjujuran bekas kekasih. Aida dihumban ke gaung duka tatkala lelaki yang dicintai separuh nyawa memilih gadis lain sebagai suri. Aida sudah tidak percaya lagi pada cinta lelaki. Tidak lagi! Kehadiran Fazwan yang penuh pesona membuka lembaran baru dalam hidup Aida.

“Aida, saya sungguh-sungguh sukakan awak. Dan saya tahu detik dalam hati saya takkan bohong.” – Fazwan Anuar

“Mungkin mainan perasaan awak sahaja, Fazwan. Lupakan. Saya bukan yang sesuai untuk awak.” – Aida Awliya

Demi mahu sentiasa di sisi Aida, Fazwan membawa Aida sepejabat dengannya. Kesungguhan Fazwan tanpa jemu lelah menanam benih cinta dalam jiwa mengembalikan percaya Aida pada magis cinta. Aida kembali merasai ajaibnya cinta seorang lelaki. Betapa indah dunia dengan cinta daripada seorang lelaki yang tulus mencintai.

“Saya mahu sentiasa jadi jaluran pelangi buat awan yang mulus seperti awak. Agar kita sentiasa boleh bertemu tak kira waktu. Sebab saya mahu jadi rembulan yang sentiasa memayungi kejora yang berkilauan seperti awak. Agar kita tetap bersama hingga fajar menyinsing keesokan harinya. Sebab saya mahu jadi laut yang sentiasa setia menemani duyung secantik awak. Agar kita boleh berenang merentas benua bersama tanpa lelah.” - Fazwan Anuar

Sulaman bahagia yang menanti saat dipateri rasmi tergugat dengan pertemuan kembali Aida dengan bekas kekasih yang juga rakan sepejabat Fazwan dan Aida. Cinta Aida mahu diraih kembali. Cinta Aida mahu dimiliki semula.

“Jangan mimpi kau akan dapat dia, Fazwan. Dia milik aku. Aida milik Razman Zikry!” – Razman Zikry

Onar keji yang dilakukan Razman meruntuhkan segala impian indah dalam jiwa Aida. Fazwan dijauhi. Fazwan dihindari. Hilang Aida buat Fazwan tekad menjejak belahan jiwa. Bisakah sakti cinta mengembalikan semula Aida kepada Fazwan? Mampukan sakti cinta Fazwan meyakinkan Aida bahawa gapura bahagia yang mereka bina tetap setia menanti kedatangannya? Bolehkah sakti cinta yang menemukan mereka dahulu menyatukan semula Fazwan dan Aida? 

Dalam Keterpaksaan...

Tajuk : Dalam Keterpaksaan...
Penulis : Ieya Sya
Harga : RM31.00
ISBN : 978-967-0567-50-1

Sinopsis
Detik pertemuan pertama antara Danisya dan Raiqal di Kuala Lumpur membuatkan kehidupan mereka berubah serta-merta. Tanpa mengenali sesama sendiri, status mereka berubah tanpa kerelaan diri. Menjadi penyelamat si gadis daripada dinodai, kini Raiqal Adif dan Danisya bergelar suami dan isteri!

Dalam keterpaksaan, Danisya cuba menyesuaikan diri biarpun si suami lagak gayanya macam Iron Man dan Incredible Hulk yang bersatu dalam diri! Ditengking, dimarahi, namun Si Danisya ini hanya melayani kerenah si suami lebih-lebih lagi mereka berdua kini tinggal bersama keluarga pihak lelaki.

Kenapalah aku juga yang kena hantar ubat dekat Si Iron Hulk ni! Buatnya dia sembur aku dengan kuasa besi dia tu, tak pasal-pasal aku bertukar jadi patung besi. Naya aje! – DANISYA.

“Kau merepek apa ni perempuan? Keluarlah...” – RAIQAL.

“Saya tak merepeklah. Dulu masa saya sakit, awak bukan main paksa saya pergi klinik makan ubat. Bila awak sakit, takut nak makan ubat. Awak ni pandai ajar orang tapi diri sendiri tak reti nak ajar.”

“Kau jangan membebel boleh tak? Sini ubat tu! – DANISYA.

“Pandai pun.” – DANISYA.

Siapa kata orang yang gah akan tetap di atas dan orang yang di bawah akan sentiasa di bawah? Tengok hari ini Danisya dah buktikan yang si tikus pun boleh buat Si Iron Hulk ikut arahan. Padan muka si besi hijau tu! 

Apa yang aku pernah cakap dekat kau, lupakan saja. Aku, Raiqal tak pernah mencintai kau, Danisya,” – RAIQAL.

Tapi…

Siapa Raiqal untuk melawan takdir yang telah ditentukan Tuhan?

Siapa pula Amzar, Natasya, Aziera, Danish dan Amanda yang mengharu-birukan cerita rumah tangga Si Danisya dan Si Raiqal ini?

Kekal bahagiakah hubungan atas aturan takdir Tuhan ini?

Dalam Diam Aku Terpika

Tajuk : Dalam Diam Aku Terpikat  
Penulis : Aulia Iman
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0246-92-5

Sinopsis
SEKALI pandang sudah benci, dua kali pandang terus naik hantu. Begitulah keadaannya apabila Misha yang digelar monster bertemu dengan Si King Kong bernama Megat Danial. Dalam tak suka, si gadis yang begitu dibenci akhirnya menjadi srikandi yang menyelamatkan dirinya daripada tuduhan khalwat.

Kerana sikap Misha yang tegas dan kuat melawan, Megat Danial mengambil keputusan untuk membawa ibu yang selama ini dipinggirkan kembali pulang ke pangkuan. Dengan adanya gadis monster seperti Misha, dia yakin nasib ibunya akan terbela dan selamat daripada gangguan ibu dan bapa saudara yang begitu gilakan harta dan pangkat. Tapi, mahukah Misha menerima permintaannya semudah itu?

“Banyak lagi kerja lain yang boleh I buat selain jaga mummy you…  You fikir I ambil ijazah menjaga warga tua di universiti dulu?” – Misha

“Berapa sahaja yang you mahu, I akan bayar.”  –Megat Danial

“I nak sepuluh ribu!” -Misha

“You ingat, you jaga orang cacat?”  -Megat Danial.

Kerana kesudian Misha, hati keras Megat Danial lembut dengan sendirinya. Dia yang selama ini sering kali menyisihkan Zahara, si ibu, perlahan-lahan cuba menerima Zahara dengan hati terbuka. Dan takdir cintanya dengan Elmi Husna, a.k.a Misha pun bermula…

“Ini pertama kali saya dapat bunga daripada lelaki.”

Kalau saya tahu awak tak pernah dapat bunga, pasti saya akan cari bunga yang paling cantik untuk diberi kepada perempuan yang pertama kali mendapat bunga daripada saya.”

Saat kasih bersemi, ada jurang yang dalam cuba memisahkan cinta yang hadir  dalam diam. Kemalangan ngeri yang berlaku sewaktu pulang dari kampung halaman telah meragut keupayaan yang Megat Danial miliki hingga dia tegar melepaskan Misha pergi.
Tabahkah Misha melepaskan Megat Danial, calon pasangan syurganya itu begitu saja? 

Oh, My Prince!

Tajuk : Oh, My Prince! 
Penulis : Hannah Dhaniyah
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0246-95-6

Sinopsis
ADELE, si gadis bijak yang hidupnya hanya bertemankan kekasih hati di universiti. Kehadiran Danial di Universiti Awam Alamin membuatkan si gadis manis ini serba tak kena. Di mana ada Adele, di situ ada DANIAL, diekori ke mana sahaja.

Kasih Adele yang sudah tertumpah kepada Hairi, menyebabkan kehadiran Danial dipandang sepi. Kedudukan Hairi dalam hati Adele sedikit pun tak tergugat, walau bermacam-macam cara yang digunakan Danial untuk memikat Adele.

Demi menyelesaikan masalah, salam persahabatan daripada Danial disambut. Masalah yang disangka selesai akhirnya menjadi semakin besar. Sehinggalah satu kesilapan menyebabkan Adele lari meninggalkan segala-gala yang dia ada di Universiti Awam Alamin.

Suasana kampung mengubah personaliti Adele seratus peratus. Di sana, dia bukan lagi Adele yang dikenali di Universiti Awam Alamin tetapi yang wujud hanyalah Adlina Hani. Kehadiran Danial di kampung Adele menyebabkan rahsia yang Adele sorokkan selama ini hampir terbongkar. Adele kalut!

“Macam mana awak boleh sampai sini? Saya mohon sangat-sangat. Awak tolonglah balik ke Amanjaya dan rahsiakan tentang saya daripada ayah saya.” – ADELE
“Kamu di sini dan kamu di universiti sangat berbeza. Sangat-sangat berbeza.” – DANIAL
“Aku minta maaf. Bagi aku satu peluang saja, Adele. Peluang yang terakhir...” – HAIRI

Adele, Danial dan Hairi. Tiga insan daripada tiga dunia yang berbeza. Bagaimana pengakhiran kisah mereka? Siapakah putera dalam hati Adele? 

Mr. Stalker… Saya Cintakan Awaklah!

Tajuk : Mr. Stalker… Saya Cintakan Awaklah! 
Penulis : Hannah Ezaty
Harga : RM33.00
ISBN : 978-967-0567-49-5

Sinopsis
NADINE TASYRIF…  Hidupnya berubah dalam sekelip mata apabila SYED RAZIQ RAFIQI  iaitu tunangnya berlaku curang. Dan lebih tragis apabila diri sendiri yang menangkap kecurangan tunangnya bersama perempuan lain di atas katil ketika hari bahagianya menjelang tiba.

Dalam pelarian memujuk hati yang luka, Nadine Tasyrif  bertemu satu per satu musibah dalam hidupnya. Dia terlibat dalam kemalangan ngeri yang menyebabkan dia dituduh sebagai pembunuh, pertunangannya putus di tengah jalan dan lebih parah kerjayanya sebagai seorang model dan selebriti popular carik setelah gosip liar bertebaran di media. Nadine Tasyrif semakin tersepit lalu mengambil keputusan untuk menghilang.

Kehadiran NILLA, si budak garang yang bekerja sebagai pembantu butik membuatkan perasaan Zein Asyraff, si jurukamera berperwatakan selamba mula kucar-kacir. Tapi semakin Nilla garang, semakin dia suka.

“Awak jangan macam-macam. Awak datang sini nak tempah baju atau nak tempah kemarahan saya? Kalau tak ada apa-apa urusan, baik awak keluar sebelum saya bertukar jadi manusia mutan dan siat kulit awak guna gunting ni! Awak pilih!” – NILLA.

“Whoaaa... Relaks! Garang sangat ni kenapa? Makan apa? Tebuan?” - ZEIN ASYRAFF.

ZEIN ASYRAFF… Kewujudannya ibarat bayang-bayang. Makin si gadis melarikan diri, makin dikejar oleh si jejaka sehingga si gadis mengambil keputusan untuk berhenti melangkah.

“I serius ni, Nilla. I tak main-main. I betul-betul nak lamar you. Bukan untuk jadi kekasih tapi I nak you jadi suri hidup I, jadi isteri I dan jadi ibu kepada anak-anak I.” - ZEIN ASYRAFF.

“Kalau awak berani dan gentleman, awak jumpa ibu bapa saya!” - NILLA.

Namun, dalam misi mencuri hati si gadis garang, Zein Asyraff tidak sangka Nilla menyembunyikan sesuatu dalam hidupnya. Dan Nilla pula tidak menduga takdirnya membawa kepada peristiwa yang dia cuba lupakan.

Apakah yang akan berlaku? Ke mana Nadine Tasyrif menghilang?  Dan siapa Nilla si budak garang yang membuatkan Zein Asyraff bagai nak gila mengejarnya siang dan malam? 

Hijrah Cinta, Kerana Dia

Tajuk : Hijrah Cinta, Kerana Dia 
Penulis : Fieyta An Nisa
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-0246-94-9

Sinopsis
“Lain kali, jalan tu pakai mata. Apa, dah tak cukup kau pakai empat mata sekarang?” - WAFIQ “Kau ni nak apa lagi dengan aku? Tak puas hati dengan aku?” - HUMAIRA

Pertemuan pertama taklah seindah mana. Bertikam lidah itu perkara biasa. Namun, kerana ‘peristiwa’ itu, tiba-tiba Wafiq jatuh cinta. Dan kerana kesungguhan Wafiq, dia dan Humaira disatukan jua.

DAMIA HUMAIRA - Gadis yang baru bertatih dalam hijrahnya mencari cinta Tuhan. Semakin dia ingin meraih kasih Ilahi, acap kali pula dia diuji. Hadirnya Wafiq sebagai sandaran dan sumber kekuatan untuknya meneruskan kehidupan.

WAFIQ RIZQI - Budak engine yang selama ini dalam dunianya sendiri. Tapi hadirnya Humaira membawa sinar kebahagian buat diri. Dia, anak muda yang punya kesungguhan tinggi. Baginya, apa saja cita- citanya harus direalisasi dan memiliki Humaira merupakan antara cita-citanya yang tertinggi.

Baru tiga bulan disatukan, dugaan datang bertimpa. Terbongkarnya rahsia diari lama milik Humaira merupakan ujian hebat buat Wafiq. Kisah silam Humaira bersama bekas teman lelakinya, Syakir membuatkan perasaan Wafiq mula berubah.

“Harap aje pakai tudung labuh. Abang ingat Humaira dah berubah. Tapi abang silap. Maira sama aje macam dulu. Tak berubah! Depan abang aje tunjuk baik. Belakang macam setan! Perempuan jalang, pantang disentuh lelaki!” – Wafiq

“Maira tak sangka sehina ini Maira pada pandangan abang. Memang Maira jahat dulu. Tapi salah ke Maira nak berubah jadi baik? Salah ke?” - Humaira

SYAKIR – Baginya, Humaira harus dimiliki. Cinta pertama yang tak mungkin akan dilupai. Biarpun ada Syuhada di sisi, tapi Humaira harus dimiliki. Baginya, Wafiq ialah perampas! Perampas kebahagiaannya daripada melakar impian bersama Humaira.

“Semudah tu awak buang cinta kita?” - Syakir

“Cinta kita dah lama mati, Syakir. Tolong hargai Syuhada. Dia wanita yang baik.” - Humaira Tanpa diduga berlaku sesuatu di antara Syakir dan Syuhada, teman rapat Humaira. Humaira dihimpit

rasa bersalah. Tegarkah dia mengorbankan kebahagiaan sendiri demi ukhuwah kerana Ilahi?

Apa benar kahwin pada usia muda itu tak menjanjikan bahagia? Dan adakah pendosa itu tak berhak untuk diberi peluang kedua? 

Tuesday, April 14, 2015

Andai Itu Takdirnya

Tajuk : Andai Itu Takdirnya
Penulis : Siti Rosmizah
Harga : RM19.90
ISBN : 978-983-3669-65-3
Mukasurat : 592

Sinopsis
Perkahwinan yang tidak terduga antara Aleya dan Syed Aizril membuatkan Aleya hidup terseksa. Dia dibuang keluarga. Pasrahkah dia?

"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya."

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Andai itu tadir-Nya, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.

"Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini. aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdik-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."