Thursday, April 23, 2015

Katakan Dengan Indah

Tajuk : Katakan Dengan Indah
Penulis : Eury Athena
Harga : RM29.00
ISBN : 978-967-0448-93-0

Sinopsis
Qaireen Hafiya menjadi gadis nakal dan suka memberontak gara-gara kurang mendapat kasih sayang daripada ibu bapanya. Sebagai ketua The Girls ada reputasi dan ego diri yang perlu dijaga.

Saat hidup dirasakan sudah tidak bermakna lagi, Amir Haikal muncul memberi ‘perisa’ baru dalam hidupnya.

“Berapa banyak yang kau tahu tentang aku?”
“Banyak. Cukup untuk buat kau jatuh cinta pada aku.”

Keyakinan, tingkah laku serta cheesy lines Amir memberi harapan baru pada Qaireen yang tidak percaya pada
cinta.

Seperti andaian Amir, Qaireen akhirnya jatuh cinta pada Amir. Namun, Qaireen tidak pernah berpeluang meluahkan rasa hatinya. Bahagia yang diharapkan tidak bertahan lama. Dia kehilangan Amir. Perniagaan mama dan papanya pula muflis sehingga memaksa mereka sekeluarga berpindah ke Sarawak dan memulakan kehidupan baharu.

“Tunggu aku lapan tahun. Tak! Tunggu aku lagi lima tahun! Aku akan belajar sungguh-sungguh, cari kerja yang bagus. Dan aku akan kahwin dengan kau dengan gaji pertama aku!”

Janji Amir menjadikan dia separuh nanar dan dia hidup bersama kenangannya. Lapan tahun berlalu. Qaireen kembali semula ke Semenanjung Malaysia bersama dendam yang perlu dilunaskan. Namun, Haykarl Affandy yang ditemuinya menjadi ‘pengganggu’ yang terlalu menarik untuk diabaikan. Bersama Haykarl, satu demi satu rahsia serta persoalan berkenaan dirinya mula terungkai

“Mencintai seseorang dan dalam masa yang sama terpaksa membenci orang tersebut bukanlah suatu perkara yang mudah dilaksanakan….”

Pembancuh Kopi Mr Vampire

Tajuk : Pembancuh Kopi Mr Vampire
Penulis : Aii Fariza
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0448-94-7

Sinopsis
Selaku CEO, Alif Irsyad tidak pernah mengimpikan jatuh cinta pada seorang waitress. Serasa putaran dunianya bertukar paksi. Teori Irsyad mudah. Gadis biasa seperti Nuzul tidak layak digandingkan bersamanya.

“Logically or practically memang tak mungkin terjadi bagi kau, Syad. Tapi kau kena ingat semua perkara ini cuma terbatas di fikiran sedangkan bukannya sesuatu yang impossibleuntuk berlaku. Jangan sampai teori logik akal kau memakan diri. Secara praktikalnyapulak kau dating mengadu dekat aku yang kau dah jatuh cinta dengan wanita macam Nuzul.” ~ Syed Saiful.

Sumpahan atau doa seorang sahabat? Bermatimatian Irsyad menafikan rasa namun, pesona si gadis merantai naluri. Akhirnya bisikan asmara mendahului jiwa yang kelelahan cinta. Lantaran itu, Irsyad akur demi meneguk kasih seorang Nuzul Filzah.

“Aku sukakan kau, Nuzul. Lebih daripada nyawa ini aku boleh berikan pada kau.”
“Encik….”
“Please be mine. Jadi milik aku supaya aku boleh menjaga kau dan adik-adik kau.”
“Jangan suka saya boleh tak?”
“Dah terlambat, Nuzul. Aku jatuh cinta dengan kau lebih awal daripada ini. Sekarang hati aku hanya inginkan kau. Aku nak jadi sebahagian daripada keluarga kecil kau.”

Nyata takdir menguji kasih yang terjalin. Kehilangan Nuzul hampir meragut kewarasan Irsyad. Gadis itu pergi bersama separuh nyawanya. Irsyad tenggelam punca. Hari-hari yang ditempuhi umpama mayat hidup.

Empat tahun berlalu... menemukan mereka semula. Pabila mata bertentangan, memori-memori pahit mengundang kebencian antara dua hati. Memadamkan rindu dendam yang menguasai jiwa mereka selama ini. Irsyad dan
Nuzul saling menyakiti demi menyembunyikan getaran asing. Getaran yang sama seperti empat tahun lalu.

Lantaran gagal membendung perasaan, malam itu Irsyad bertindak di luar pedoman. Cinta, rindu dan dendam
membakar semangatnya untuk memiliki Nuzul. Dia harus memasung sepasang kaki itu agar terikat di sisinya.

“Tolonglah awak, saya tak rela. Saya tahu fikiran awak terganggu, awak takkan tergamak buat saya begini.”

“Kalau aku sentuh kau tentu kau takkan larikan, sayang.”

“Jangan jadi makhluk yang terhina dengan melakukan zina. Allah melihat perbuatan kita dan saya takkan pernah menerima lelaki yang hanya ingin bertanggungjawab selepas melakukan dosa besar.”

“Bolehkah aku percayakan kau? Apa jaminannya kau takkan tinggalkan aku lagi? ”

“Percayalah kali ini saya takkan pergi lagi. Saya dah cukup terseksa hidup tanpa awak.”

“Kau terseksa seperti aku, Nuzul? Tapi kenapa kau tinggalkan aku? Apa alasan kau?”

Setiap kali persoalan itu berbangkit, Nuzul pilih untuk berdiam diri. Irsyad panasaran demi menuntut sebuah jawapan. Semakin dia ingin mengetahui, semakin Nuzul bijak mengelak. Walaupun ijab dan kabul termeterai, erti bahagia sukar dikecapi. Rumah tangga yang bertunjangkan cinta menjadi suram lantaran penghuninya berlaku dingin. Demi sebuah rahsia, Irsyad tegar menyakiti wanita yang dicintai. Selagi sang isteri berdiam diri, selagi itu bulan madu mereka terus tertangguh.

“Abang, kita kena kahwin paksa ke?”

“Tak.”

“Tapi kenapa kita macam pasangan yang kena kahwin paksa? Permulaan perkahwinan dah tak rasa bahagia.”

“Nuzul ada jawapannya.”

Biarpun seribu kali hatinya tercedera, Nuzul bertahan kerana dia mencintai sang suami. Bukan sengaja mahu mendera diri, tapi Nuzul yakin mereka boleh bahagia tanpa mengetahui rahsia tersebut. Namun adakah Irsyad akan mengalah begitu saja? Dapatkah Nuzul terus menyembunyikan segala jawapan sedang hatinya saban hari terhiris dan terluka? Siapakah yang harus mengalah dalam soal ini? Irsyad atau Nuzul?

“Umpama permainan catur, aku ibarat ‘queen’ yang melindungi rajanya (king).”


Saturday, April 18, 2015

Ini Jodoh Kita

Tajuk : Ini Jodoh Kita
Penulis : Dzie Tyea
Harga : RM21.00
ISBN : 978-967-0448-91-6

Sinopsis
Pertemuan kali pertama yang tak berapa nak indah di antara Lukman dan Sarah berakhir dengan perkahwinan atas desakan keluarga kerana salah faham. Mereka telah ditangkap berkhalwat gara-gara Lukman bersembunyi daripada kumpulan samseng di dalam kereta Sarah di sebuah kawasan sunyi lagi sepi dalam keadaan yang sangat mencurigakan. Kedua-duanya langsung tak ada perasaan antara satu sama lain. Tapi… itulah. Kalau dah jodoh, tetap akan bersatu walaupun hati langsung tak mahu disatukan.

Dengan janji akan bercerai selepas enam minggu berkahwin, Lukman dan Sarah menunaikan desakan keduadua belah pihak keluarga. Sebaik sahaja tempoh yang dijanjikan mencukupi, tanpa pengetahuan sesiapa mereka
telah meleraikan ikatan perkahwinan tersebut. Datuk Razali yang mendapat tahu hal tersebut kemudiannya telah bertindak tegas dengan memaksa Lukman menikahi Sarah semula.

Pada suatu malam, Lukman yang tidak pernah tinggal sebumbung dengan Sarah telah mengunjungi Sarah selepas bertengkar hebat dengan kekasihnya, Jasmine. Entah dirasuk apa, Lukman telah menyentuh isterinya malam itu
hingga membawa kepada kehamilan Sarah. Merasakan dirinya tidak sengaja menyentuh Sarah, Lukman langsung tidak menjalankan tanggungjawabnya hinggalah Iman Raees selamat dilahirkan. Sarah yang sudah patah hati dengan Lukman mengambil keputusan untuk bercerai. Bagi Sarah, tak ada gunanya dia menjadi isteri Lukman jika lelaki itu langsung tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah kepada Iman Raees.

Lukman yang kecewa dengan keputusan Jasmine yang tidak mahu mengahwininya semakin tertekan apabila Sarah meminta cerai. Apatah lagi dengan kehadiran Waffi, lelaki yang terang-terangan sukakan Sarah membuatkan Lukman rasa tergugat. Lukman yang sudah insaf dan ingin membetulkan keadaan telah berusaha melalui pelbagai cara supaya hati Sarah dapat dimenangi semula.

Berjayakah Lukman mengekalkan perkahwinan mereka selepas begitu banyak kelukaan dia tinggalkan dalam hati Sarah? Sekuat manakah jodoh mereka? Adakah lafaz cerai akan meniti di bibir Lukman sekali lagi buat Sarah?

“Kalau dah nama pun jodoh... ditolak-tolak, ditepis-tepis, dihumban ke laut sekalipun, akan datang semula pada yang berhak.”

Dia Punching Bagku

Tajuk : Dia Punching Bagku
Penulis : Miz Amaryllis
Harga : RM21.00
ISBN : 978-967-0448-95-4

Sinopsis
Sumpahan orang yang dah tiada. Wujud ke? Kalau tak wujud, kenapa hidup Delisha Armani tak pernah terisi sepenuhnya? Bahagia yang dirasa, kekosongan hatinya tetap ada.

Kerana setia dan sayangnya dia pada teman-temannya, dia sanggup buat apa saja. Pada mereka yang menganiayai sahabatnya, dia akan balas meskipun tanpa senjata. Namun, berlaku satu kesilapan kerana dendamnya dibalas hingga membabitkan nyawa.

“I’ll love you till my last breath, Del. Till my last breath. Allah saja yang tahu hati Raz.”

Bertahun melangkah bersama rasa bersalah, Delisha cuba menerima kasih Qaiser yang sentiasa menjadi pendamping setia dengan harapan Qaiser mampu menghidupkan jiwanya dan melupakan kisah lama.

“Del, between laughing for no reason, stupid arguments, long talks and making fun of each other, I know I’ve fallen in love with you. Kita kahwin?”
Ketika bahagia hampir tiba, ada insan lain yang mahu melihat dia menderita sepertimana Harraz menderita hingga meninggal dunia. Ancaman yang diterima membuatkan insan-insan tersayang menjadi mangsa. Kemunculan DR yang disangkakan Hunter membuatkan dia hilang punca.

“Is this how you treat a guest? Hadiahkan sebiji penumbuk? How cool. By the way Cik Nurul Delisya Armani, you should learn macam mana nak kenal orang yang nak berkawan dengan orang nak ajak jadi lawan.”

Dia tertanya-tanya, siapa DR sebenarnya? Siapa Hunter yang memburunya? Mampukah cinta Qaiser melawan semua dugaan yang menimpa? Akan setiakah teman-teman di sisinya hingga ke akhir usia? Bagaimana pula dengan keluarganya?

“Kala kaki melangkah tanpa hala... mata celik namun buta… aku tersenyum pabila diri dilamar menjadi aurora cinta.”

Cinta Takkan Berakhir

Tajuk : Cinta Takkan Berakhir
Penulis : Sri Sarah
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-0448-96-1

Sinopsis
Sombong? Bila masa dia sombong tak bertempat? Kalau dia suka senyum, nanti Izreen cakap dia kuat melayan perempuan pula. Itulah orang perempuan ni. Memang suka sangat fikir yang bukan-bukan. Senyum kata gatal, tak senyum kata sombong! – Adib Razlan

Rasa macam nak aje tanya who are you to judge me? Macamlah mereka pernah berjumpa atau berkenalan sebelum ini. Haish! Suka hati aje cakap dia lupa daratan! Kalau dia lupa daratan, dia takkan balik langsung ke Malaysia. Terus menetap di Ohio sampai reput dekat sana. Dia balik Malaysia pun sebab dia tak lupakan daratanlah. – Azara Fatiha

“Suruh driver teksi tu berhenti sekarang. I want you to get out from the taxi, tunggu I ambil you.”

“What?”

Azara terkejut besar mendengar kata-kata Razlan. Gila! Dia dah separuh perjalanan ke kondonya. Kalau tunggu Razlan, bila dia nak tukar baju? Badan dah melekit! Tak sanggup dah ni.

“You dengar apa I cakap tadi, Zara.”

“Saya tanya sebab terkejut. Raz, saya dah nak sampai rumah dah. Sejam lagi saya sampai office semula. Assalamualaikum.”

“Zara, I said stop right now!”

Benarkah cinta tak seharusnya memiliki? Jadi… katakan kepadaku, siapakah pemilik sebenar sekeping hatimu itu?

Siapa pula Amzar, Natasya, Aziera, Danish dan Amanda yang mengharu-birukan cerita rumah tangga Si Danisya dan Si Raiqal ini?

Kekal bahagiakah hubungan atas aturan takdir Tuhan ini?

Dendam Cinta

Tajuk : Dendam Cinta 
Penulis : Nurul Ain Syuhada
Harga : RM30.00
ISBN : 978-967-0567-52-5

Sinopsis
“Alfan dengan Dyla dah habis. Maaflah. Dyla memang tak pernah suka kat Alfan pun sebelum ni. Maaf bagi harapan.”

“Dyla tahu Alfan tak pernah pandang perempuan lain selain Dyla, kan? You are my first love! Waktu Alfan nak SPM, kenapa baru sekarang bagi tahu?”

Semua orang ada kisah silam masing-masing. Cuma yang bezanya, kisah itu tamat begitu sahaja. Tapi tidak pada Nur Haidyla dan Alfan. Kisah silam membawa mereka kepada sebuah dendam dan penyesalan.

“... Kau dah langgar kereta aku, lepas tu nak lari macam tu aje? No way.” - ALFAN
“... Saya akan bayar duit awak tu. Awak jangan risau. Saya akan bayar sampai ke syiling yang terakhir. Takkan tertinggal sesen pun!” – DYLA

Pelbagai cara Alfan cuba melampiaskan dendamnya. Dari muncul mengejut di hadapan Dyla bila-bila masa, Alfan juga sanggup mengganggunya sampai ke camping, mengaku tunang Dyla dan... melamarnya di hadapan orang ramai!

“Jadi isteri saya? Saya takkan bangun selagi awak tak beri jawapan yang saya nak.”

“Kita bincang lagi sekali, okey?”
“Awak putuskan pertunangan kita untuk lelaki lain. Ni tak adil!”

Demi menjaga air muka, Dyla terpaksa akur pada pembohongan Alfan lalu menyebut ‘okey...’ Dia tak faham kenapa Si Alfan Egoistik asyik mengejarnya. Punah impiannya untuk luahkan cinta kepada Shah, jejaka yang telah lama dinantikannya. Tapi lamaran berupa ugutan Alfan itu dia terpaksa terima demi menyelamatkan seseorang! Kecewa hatinya bukan sedikit.

ALFAN. Dalam diam dia membawa misi untuk membiarkan Dyla menderita seperti yang pernah dirasainya dulu.

“Aku nak makan apa, nak minum apa, that’s not your concern. We might be husband and wife, tapi life dalam rumah ni, asing-asing.”

Namun, benci itu perlahan-lahan dihurung satu rasa yang tak pernah hilang dari hati Alfan. Kerana dalam falsafah cinta, paradoksnya, dendam itu cinta dan benci itu sayang.

“Tak banyak bintanglah malam ni.”

“Awak nak bintang ke? Meh nak ketuk kepala awak dengan kasut. Kejap lagi ada bintang pusing-pusing kat kepala awak.”
“Awww! So sweet of you.”

Dan setelah hubungan dijalin kukuh dengan Alfan, barulah Dyla mengetahui bahawa jejaka yang dicintainya itu juga ada hati padanya.

“Awak kahwin dengan Alfan tu kenapa?”
“Cinta...”
“Kalau sebab cinta, berbeza tau muka orang yang bercinta dengan orang yang terpaksa.”

Apakah akhirnya jalan yang Dyla pilih? Meninggalkan si suami yang sering menyakiti lalu bersama Shah yang mencintai atau terus hidup dalam sebuah perkahwinan yang ditunjangi dendam cinta? 

Duda Terlajak Laris

Tajuk : Duda Terlajak Laris 
Penulis : Aifa Batrisya
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0567-51-8

Sinopsis
Apakah perasaan anda saat disuruh bernikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya menduda waktu usia perkahwinan baru menjangkau usia dua tahun?

Itulah yang terpaksa dihadapi oleh Zack biarpun dalam keadaan separuh relanya. Rela pun dia dengan pernikahan itu pun hanya kerana dia memikirkan air muka tok ayah, insan kesayangannya yang juga imam Masjid Batu Lima. Disebabkan sebiji mentol, hidupnya jadi huru-hara dek perangkap gadis genit bernama Pehah, adik angkat sahabatnya iaitu Bob.

“Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya. Itu doa saya!” – Pehah.

“Pehah, Pehah... Dunia ni bulat tau tak? Bulat. Tapi bulat macam mana pun, tak bermakna pusing- pusing aku akan jumpa kau juga. Ada ramai lagi perempuan dalam dunia ni yang aku boleh jumpa. Kau kasilah peluang dekat aku jumpa yang ala-ala Siti Nurhaliza ke, Izara Aishah ke. Ini tidak, kau nak juga aku jumpa kau lagi. Memang bad lucklah aku kalau begitu ceritanya. Aduhaiii...” – Zack.

Adakah dia bad luck? Lapan tahun pun berlalu, tapi jangankan Siti Nurhaliza atau Izara Aishah, yang ala- ala itu pun Zack tak pernah jumpa. Phewww! Takkan dia dah terkena sumpahan Pehah? Atau mungkin menjadi duda yang terlajak laris itu menjadi satu batu penghalang untuk Zack bertemu dengan pemilik tulang rusuknya yang sebelah lagi itu apabila hubungannya tak pernah kekal sehingga ke jenjang pelamin?

“Nope. I am okay with that. Saya tak kesah pun sama ada awak ni duda atau teruna sebab saya tak pernah letak syarat apa-apa pada calon suami saya. Dan kalau ada pun syaratnya cuma satu. Orangnya mesti awak. Tak ada orang lain. Hanya Zafran Aldrin!” – Idayu.

Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini? Akan diturutkan jugakah untuk menikahi Idayu atau sebaliknya?

Kata orang-orang tua, cakap tu biar berpijak di bumi yang nyata. Jangan bongkak sangat nanti terpaksa telan kata-kata sendiri. Kata-kata sendiri, boleh diterima lagi kalau terpaksa dia telan, tapi kalau terpaksa jilat ludah sendiri? Memang taklah!