Saturday, May 2, 2015

Ulam Kasih Sambal Cinta

Tajuk : Ulam Kasih Sambal Cinta
Penulis : Norzailina Nordin
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-86-0546-5

Sinopsis
Kerjaya Adelia Naurah sebagai seorang chef di Malay Kitchen, Hotel Green Cove tercalar apabila puding karamel yang dimasaknya diperli oleh Chef Syed Idlan, jejaka dari dapur pastri yang baru berpindah ke hotel itu. Pantang berlanggar senduk, mereka berdua pasti bertekak.

Sengketa mereka berlarutan, seiring dengan ketukan asing di tangkai hati. Adelia resah kerana dia sudah jatuh cinta dengan lelaki ego itu! Syed Idlan pula menggaru kepala kerana niat untuk mengacau gadis itu sudah bertukar niat mengurat! Habis!

Tiba-tiba, muncul seorang chef pastri yang jelita dan selama ini menjadi pujaan Adelia dalam bidang masakan, Chef Joanna. Tatkala Adelia dan Syed Idlan berperang dengan perasaan kasih sayang, Joanna menyelit untuk memisahkan mereka. Menggelegak hati Adelia apabila dia diberikan kata dua oleh Joanna! Amboi... perempuan separa mat salih ni memang nak kena!

Sedang Adelia melayan perasaan kecewa, Hafidz datang meleraikan kekusutannya. Lelaki itu mahu membantunya mengecapi dunia glamour kulinari yang selama ini diidamkannya! Adelia tahu dia perlu pilih. Antara kerjaya dan cinta, yang mana satu patut didahulukannya?

Lasernya Mulut Dia

Tajuk : Lasernya Mulut Dia
Penulis : Rabihah Nur Ridhuan
Harga : RM32.00
ISBN : 978-967-446-184-3

Sinopsis
KERANA kesilapan lampau membuatkan Tan Sri Hasan hidup dalam penyesalan. Kerana kesilapan lampau juga menyebabkan Tan Sri Hasan meminang Amir Rifqi untuk anak gadisnya, Ayris Imani. Amir Rifqi terkedu menerima pinangan itu. Apatah lagi dia tidak dapat menerima bosnya yang berwajah ketat, kasar, cakap seperti tertelan speaker dan macam singa betina itu dijadikan isterinya. Bimbang takut dia pula menjadi isteri, bukannya suami!
Tidak sangka rupa-rupanya mimpi ngerinya menjadi kenyataan apabila dia akhirnya berkahwin juga dengan bosnya itu. Namun, baru sahaja dia mahu mengecapi bulan madu, kisah lampau mula tersingkap kembali. Bulan madunya menjadi racun. Amir Rifqi mendendami Tan Sri Hasan. Dia juga membenci Ayris Imani. Bagaimanakah kehidupan Ayris Imani setelah dibenci suaminya sendiri? Bolehkah Tan Sri Hasan mendapat pengampunan daripada Amir Rifqi?

Jangan Biar Dia Masuk

Tajuk : Jangan Biar Dia Masuk
Penulis : A. Darwisy
Harga : RM31.00
ISBN : 978-967-446-186-7

Sinopsis
Laqqus, keturunan syaitan yang tugasnya menghasut manusia agar mensyirikkan ALLAH. Apa yang dialami keluarga Anje dan Adika, adalah permainan halus syaitan ini. Daripada benih pasangan suami isteri inilah, lahir tiga zuriat yang mana salah seorangnya berjaya digelapkan imannya. Bermacam kerosakan telah dilakukan hingga Kampung Tenung Bulan tidak lagi aman damai. Khurafat bermaharajalela. Amalan ilmu hitam bertuan dihidupkan. Maya, gadis Kuala Lumpur yang tidak tahu tentang asal usul keturunannya menjadi mangsa. Dia dan kawan-kawannya, Deÿ , Suraya, Laila dan Raÿ dah, dihantui dengan satu per satu siri kejadian aneh dan menyeramkan. Hinggalah salah seorang daripada mereka dirogol dan dibunuh dengan sadis bagi menyempurnakan amalan ilmu hitam itu. Mereka ketakutan. Datang Haris sebagai penyelamat. Datang Inspektor Intan cuba membantu. Tetapi, mereka tidak sedar satu perkara. Permainan syaitan itu cukup licik dan mengelirukan! Berjayakah lima sekawan merungkai kisah di sebalik yang berlaku? Apa pula kaitan mereka dengan Anje dan Adika? Kampung Tenung Bulan, apakah misterinya?


Isteriku 120 Kg

Tajuk : Isteriku 120 Kg
Penulis : Siti Nur Dhuha
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-446-175-1

Sinopsis
INI wasiat yang paling gila dan tidak masuk akal! Itulah yang bermain dalam fikiran Aiman Zafril apabila Nenek Masyitah mahu dia berkahwin dengan Nelydia yang gemuk dan tiada apa-apa keistimewaan. Dia tiada pilihan. Perlu berkahwin jika mahu harta menjadi miliknya. Setelah bergelar suami kepada Nelydia seberat 120 kg itu, Nenek Masyitah membuat onar lagi. Mahukan cicit! Jika tidak, jangan harap Nenek Masyitah akan memberikan harta. Gelap hitam dunia Aiman Zafril. Bagaimana dia mahu menyentuh Nelydia sedangkan melihat wanita itu sahaja tekaknya sudah loya? Nenek Masyitah pula makin hari makin mendesak mahukan cicit. Ah, bingung jadinya! Tetapi, lain pula bagi pihak Nelydia yang berasa cukup bertuah kerana dapat menjadi isteri kepada lelaki kacak dan kaya seperti Aiman Zafril. Namun, sukar sekali untuk membuatkan Aiman Zafril jatuh hati kepadanya. Untuk terus menjadi isteri Aiman Zafril demi mengecap kemewahan, Nelydia perlu memberikan zuriat buat lelaki itu. Nelydia buntu dan keliru. Perlukah Nelydia berkorban sejauh itu?

Roh Rumah Sewa

Tajuk : Roh Rumah Sewa
Penulis : Naim Tamdjis
Harga : RM21.00
ISBN : 978-967-446-176-8

Sinopsis
Rafael, seorang guru muda yang ditugaskan di kawasan pedalaman Perak. Papanya lebih suka Rafael bekerja dengannya, tetapi Rafael tetap berdegil mahu bertugas di SK Kampung Pulai Manis yang terpencil terletak sejam perjalanan dari pekan Gerik. Rafael tidak ada pilihan lain, dia terpaksa menyewa sebuah rumah yang mempunyai reka bentuk pelik. Tanpa sedar, Rafael telah membangkitkan makhluk yang telah lama menghuni rumah itu. Makhluk itu telah dipasung selama 150 tahun. Sejak hari pertama Rafael tinggal di situ, pelbagai perkara pelik dan mistik terjadi ke atas dirinya dan penduduk kampung. Misteri dan sejarah mula terungkai satu per satu sehingga melibatkan nyawa!

Tarantula

Tajuk : Tarantula
Penulis : Julie Jasmin
Harga : RM19.90
ISBN : 978-967-446-178-2

Sinopsis
Kampung Nilam Setia yang dulu aman damai, kini telah bertukar menjadi padang jarak, padang terkukur. Mayat bergelimpangan. Binatang ternakan habis mati. Bau darah hamis mengalir di sana sini. Tidak seorang pun yang berani keluar untuk menyelamatkan mereka. Dibiarkan mayat itu dibaham oleh serangga yang tidak diketahui dari mana asal usulnya. Setiap kali waktu malam menjelma, penduduk-penduduk Kampung Nilam Setia akan dihantui perasaan takut. Bahaya berada di mana-mana kalau tersilap langkah. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa. Semuanya bermula dari Hutan Nilam Setia hingga merebak ke kampung kediaman.Keadaan ini amat merunsingkan Pak Aki, ketua Kampung Nilam Setia. Sudah banyak kejadian buruk berlaku. Baru-baru ini, empat orang pemuda telah membuat penyelildikan tentang tumbuh-tumbuhan pelik di Hutan Nilam Setia dan sehingga hari ini tidak keluar-keluar. Mak Jenab, bidan Kampung Nilam Setia turut menjadi mangsa. Binatang-binatang ternakan Pak Salleh juga. Malah, Halimah isteri Sidek turut terkorban di subuh hari. Serangga apakah yang menyerang sebenarnya? Hingga tidak meninggalkan kesan. Habis dibahamnya hingga ke tulang. Hmm… apa ya? Adakah disebabkan sumpahan? Ataupun ada benda lain yang kita tidak tahu? Semuanya akan terjawab dalam novel ini.

Aku Tak Suka Kau!

Tajuk : Aku Tak Suka Kau!
Penulis : Emy Raziela
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-86-0545-8

Sinopsis
Dijadikan ‘cina buta’ untuk kepentingan manusia lain? Jahil dan kejamnya manusia itu. Sanggup Nina Natasha mempertaruhkan Iskandar demi mencapai kebahagiaannya sendiri. Kenapa sanggup dia menjatuhkan maruahnya hanya kerana cinta kepada bekas suami? Kerana keangkuhan dirinya, dia dihimpit derita yang tidak berkesudahan.

“Kalau kau nak tahu, aku masih mencintai Izz Zhafran dan aku tak boleh hidup tanpa dia! Aku menyesal kahwin dengan kau, Iskandar! Menyesal! – Nina Natasha

Semuanya bagaikan mimpi ngeri yang membuatkan Iskandar terlontar jauh. Mengapa semua ini terjadi, sedangkan dia terlalu sabar dan begitu setia pada isterinya?

“Setiap kali lepas solat, abang akan berdoa minta ALLAH lembutkan hati sayang dan terima abang sebagai suami sayang. Abang akan tunggu sampai hati sayang terbuka untuk abang.” – Iskandar

Iskandar terus berkorban demi untuk isteri tersayang. Apakah mampu dia memiliki sepenuh hati Nina? Atau berundur dari hidup Nina? Tanpa cinta, tiadalah bahagia. Tanpa kasih sayang, tiadalah kemesraan.