Saturday, May 2, 2015

Gulai Siput Daun Kaduk

Tajuk : Gulai Siput Daun Kaduk
Penulis : Fida Rohani
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-86-0526-7

Sinopsis
Walaupun Dwen seorang anak yang dibesarkan dalam suasana yang serba mewah, namun dia tidak memerlukan semua itu. Dia rimas dan lemas! Mamanya, Datin Rodziah tidak habis-habis mahu menjodohkannya dengan Karina tu. Gadis itu langsung tidak memenuhi kriterianya. Terasa pula dirinya diperdagangkan oleh keluarga hanya kerana ingin memperluaskan empayar perniagaan. Apa sahaja kemahuan mamanya, dia perlu turuti. Argh, bosan!

“Mama tak nak dengar apa-apa alasan Dwen lagi. Mama nak Dwen minta maaf dengan Karina dan bawa dia pergi dinner di tempat yang selesa dan sesuai dengan martabatnya.” - Datin Rodziah

‘Martabat? Martabat apa yang sedang diperjuangkan ni? Kalau bercakap tak ada sopan, pakai baju tak cukup kain, muka dah macam badut, rambut yang asal hitam diwarnakan merah… masih adakah martabat dia ni sebagai orang? Aku nampak macam kambing je...’ - Dwen

Dwen nekad. Dia mahu mencari calon isteri yang betul-betul menepati cita rasanya. Dia perlu memikirkan masa depannya. Namun, timbul pula idea gilanya. Calonnya harus pandai memasak makanan kegemarannya – Gulai Siput Daun Kaduk!

Lelaki Itu Dia

Tajuk : Lelaki Itu Dia
Penulis : Aleya Aneesa
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-86-0530-4

Sinopsis
Berkali-kali pandang, hati tak terpaut. Makannya laju. Mandinya basah. Yang celaru, hanya tidurnya. Hilang lena bila kerap diganggu.

“Saya nak abang. Saya doa mimpi kita sama. Sanding pakai baju pink.”

Bila doa jadi nyata, Thaqif kalut. Shana yang entah turun dari planet mana itu, lambang haru-biru. Sekelip mata, dunianya yang serona, bagaikan berpelangi.

Baginya, itu gila! Tapi, Thaqif tak mahu gopoh. Biar macam tarik rambut dalam tepung. Lalu, strategi dirangka. Diamnya bukan tak berisi, tapi diam-diam ubi.

Dan Shana, tak kisah pun. Hatinya sudah imun. Cukuplah sekali putus tunang. Bila wujudnya tak dipandang, sakitnya diheret ke mana-mana.

Cumanya, bila takdir berbeza, perancangan jadi sasar 360 darjah. Mampukah ikatan bertahan, sedang rahsia demi rahsia menggoyahkan kepercayaan? 

Mama, Dia Saya Punya!

Tajuk : Mama, Dia Saya Punya!
Penulis : Aireen Erina
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-86-0527-4

Sinopsis
Izma Huda - Seorang pensyarah kolej yang sukar untuk jatuh cinta. Kehadiran Firdaus telah berjaya membuka pintu hatinya untuk mengenali lelaki itu. Tatkala mereka bersulam kasih dan tiga minggu lagi akan diijabkabulkan, hati gadis itu luluh. Sanggup mamanya, Hasmina menjadi perosak hubungan mereka. Lebih sakit apabila Firdaus menikahi mamanya!

Nazhan Nizar - Nekadnya untuk menawan hati Izma Huda yang sedingin ais di kutub tidak pernah pudar. Akhirnya, dia berjaya menghangatkan kembali perasaan Izma Huda yang sudah lama dingin.

Namun, halangan demi halangan muncul dalam hubungan mereka. Siapa yang menjadi angkara? Hasmina lagikah? Atau gara-gara Kaz, teman serumah Nazhan? Jika benar, mengapa? Kemuncaknya, Nazhan Nizar ditahan polis pada hari pernikahan mereka. Izma Huda merasakan nafasnya seakan terhenti. Apabila terlerai teka-teki, muncul pula Alya cuba merampas kebahagiaan mereka. Siapa pula Alya? Mengapa begitu dalam dendamnya pada Nazhan?

Cinta… Aku Doakan

Tajuk : Cinta… Aku Doakan
Penulis : Durrah Fatiha
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-860-547-2

Sinopsis
Bertemu semula dengan Syafiq setelah bertahun-tahun terpisah membuatkan hati Ameerah gembira dan leka. Hidup bagai ditaburi bintang berkelipan. Apatah lagi dengan layanan Syafiq terhadapnya yang mesra dan begitu menyayangi. Namun, hati Ameerah terdetik bila sesekali bayangan sejarah hitam antara kedua-dua keluarga menerjah di sudut memori.

Harraz muncul ke dalam hidup dua sejoli itu. Dia menjadi tempat mereka meluahkan masalah.

Ameerah tiada perasaan lain terhadap lelaki itu kecuali menghargai dan sikap ambil berat yang dicurahkannya. Namun dia terkedu apabila menerima pengakuan cinta daripada Harraz yang tidak pernah diduga sama sekali.

Kini, Amerah keliru dengan perhatian daripada kedua-dua jejaka itu. Antara Syafiq dan Harraz... dia tidak pasti siapa yang lebih layak untuk bertakhta di hatinya.


Gila Tak Rindu

Tajuk : Gila Tak Rindu
Penulis : Murni Aqila
Harga : RM30.00
ISBN : 978-967-860-544-1

Sinopsis
Alangkah terkejutnya Nomi apabila Mr. Krab yang pertama kali dia nak jumpa tu, lelaki yang bergaduh dengannya di lampu isyarat! Apa lagi, bertekaklah budak dua orang tu.

Adib mula menyesal menyamar jadi Mr. Krab. Mr. Krab yang sebenarnya ialah Risham. Risham suruh Adib ganti jadi dirinya sebab dia dah bercinta dengan Kisya. Adib terima tawaran Risham itu bersebab walau dia sukakan Hazza dalam diam.

Adib ingatkan... cerita sini, habis sini. Sekali Nomi langgar motornya! Berdebus jatuh berendam dalam parit. Mengamuklah dia. Dia nak Nomi jadi kulinya. Selagi motornya ada di worksyop, Nomi kena hantar dia pergi dan balik kerja.

Nomi bengang. Perangai Adib sungguh menjengkelkan. Asal jumpa mereka bertekak. Asal bertekak mereka jumpa. Sampaikan apabila tak bertekak, rasa sunyi pulak.

Eh, eh, ehh... lain macam je dia orang ni. Macam ada apa-apa je.

Kalau Nomi tahu siapa Mr. Krab yang sebenar macam mana? Alamak... huru-haralah dunia ni.

Cinta Semanis Carrot Cake

Tajuk : Cinta Semanis Carrot Cake
Penulis : Fatinilam Sari
Harga : RM29.00
ISBN : 978-967-446-185-0

Sinopsis
BENARKAH gadis cantik bernasib malang? Irina dicintai bosnya, Firdaus yang sudah mempunyai kekasih. Irina mengambil keputusan menerima jemputan ayahnya yang sudah lama bermastautin di Switzerland. Sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Zurich, dia diculik. Irina terperangkap dalam genggaman penculiknya, Steve, yang membawa Irina ke rumah Bram untuk disembunyikan. Bram mempunyai satu rahsia yang tidak diketahui Irina. Namun, dalam diam mereka saling jatuh cinta.
Cinta yang kian berkembang dalam hati Bram membuatkan lelaki itu mulai memikirkan masa hadapan lalu menerima peluang kerja di Bern. Di Bern, Irina bertemu dengan Yazid. Persahabatan menjadi erat lantaran rasa persaudaraan sebangsa dan seagama. Permusuhan, kebencian dan dendam Bram pada Abu Bakar atau Thomas Burns menghancurkan hubungan cinta dan kasih sayangnya dengan Irina. Irina kembali ke Malaysia bersama hati luka. Lalu Firdaus datang membawa penawar luka dan duka Irina. Siapakah yang menjadi pilihan antara tiga jejaka yang mahu mengisi hati Irina?

Bukan Taste Aku!

Tajuk : Bukan Taste Aku!
Penulis : Syikin Zainal
Harga : RM18.00
ISBN : 978-967-446-177-5

Sinopsis
IRDINA dan Zafri, ibarat anjing dan kucing. Pantang bersua muka. Ada sahaja perkara yang mahu ditelagahkan. Makin cuba menjauh, makin ia dekat. Namun, dekat itu tidak mendatangkan apa-apa. Perang tetap perang. Namun, kuasa ALLAH, siapa yang mampu menghalang. Saat perang terus dilancar, ada satu kejadian yang buat Irdina memberi perspektif baru tentang Zafri. Dan Zafri, mula nampak bahagian putih milik Irdina. Mulut cuba menafikan, tapi hati, sudah saling terpaut. Sehari tidak dilihat bayangan orang yang mula bertempat di hati, seharian menjadi sasau.
Zafri terus memasang angan. Irdina akan menjadi suri hatinya. Irdina pula mula mengimpikan. Zafri mahu dijadikan imamnya. Namun, ia semua hanya disimpan dalam hati. Tidak ada siapa antara mereka yang berani menyuarakan. Sehingga satu saat, Irdina mahu ditunangkan. Hati Zafri mula menjadi rawan. Tekad mula dipasang. Irdina hanya miliknya. Mampukah Zafri mempertahankan Irdina untuk menjadi suri hatinya? Mahukah Irdina ditunangkan dengan orang yang tidak dicintainya? Mampukah hubungan yang pada awalnya bagai anjing dan kucing, menjadi hubungan yang disulami kasih dan sayang?