Monday, May 11, 2015

Bisikkan Namaku

Tajuk : Bisikkan Namaku
Penulis : Muna Mahira
Harga : RM25.00

Sinopsis
TIBA-TIBA dia diculik dan diugut. Tanpa sebab, tanpa kenal, bingung, takut dan cemas. Siapa Aeric Raid?

“Don’t worry. I takkan jual you. I need you to be my wife.”  Jika tidak dituruti, hidupnya hancur! Sama ada dijual ke sarang pelacuran atau diperkosa?

BERMULALAH hidup Ritz Shakeela bersama Aeric Raid. Bermulalah gelaran SUAMI DURJANA  dan ISTERI DERHAKA di bibir mereka.

“Don’t make me take back my words. Kalau you tak tahu nak hormatkan I… I ada banyak cara untuk ajar you. Jadi isteri I lebih baik dari jadi musuh I.”

– Aeric

DENDAM seorang isteri derhaka bermula apabila mengetahui agenda sebenar suami durjananya itu… Meminta ayah kandungnya yang baru dikenali, menempatkan dia sebagai ketua suaminya. Masalahnya dia selalu tewas…

“Kenapa you cemburu?”

“I told you… I langsung tak cemburu. It’s just disgusting. You menggatal dengan perempuan lain sedangkan malam-malam you tak pernah lepaskan I. Jijik tahu!”

“Itu aje ke sebabnya? Bukan cemburu?” soal Aeric sinis. Di matanya Ritz jelas kelihatan cemburu biarpun Ritz menafikan keras.

“I tak nak sebab you I dapat penyakit yang bukan-bukan. Dasar lelaki. Tak pernah puas dengan satu,” tingkah Ritz bengang. Kenapa hatinya terasa panas benar? Kenapa?

“I dah cukup dengan you. My one… and only wife. I tak perlukan dua atau tiga perempuan untuk penuhkan hidup I. Cukup dengan you, isteri I,” bisik Aeric lembut di telinga isterinya. Kata-kata yang cukup jujur daripadanya.

“You bercakap macam suami setia. Tapi you tak kisah perempuan tu datang menggedik depan you. Kalau I tak masuk tadi entah apa agaknya you buat dengan dia.” Suara Ritz sedikit lembut tetapi sinis sebenarnya.

“I tak buat apa-apa pun dengan dia. I tak suka perempuan gedik macam tu. Tapi I takkan halang perempuan datang duduk atas meja I. Diorang boleh cuba goda I… Tak bermakna I akan tergoda. But it’s different with you, my wife. If you want to sit on my desk… I’m more than willing to entertain you.” Sempat lagi diusik isterinya yang kini sudah merona merah di pipi.

“You… You…” Ritz berpaling menghadap Aeric tetapi sudah kehilangan kata. Hanya jari telunjuknya sahaja yang ditunjuk-tunjuk ke arah muka Aeric.


Tuesday, May 5, 2015

Di Hatiku Ada Kamu

Tajuk : Di Hatiku Ada Kamu
Penulis : Rinsya Chasiani
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-5289-27-9

Sinopsis
RIAN AULIA – Terlanjur cinta pada yang salah mampukah untuk kita tekan ‘padam’ rasa itu dari hati? Pertemuan Adif dan Rian bertitik-tolak temu janji buta yang diatur oleh keluarga. Anehnya pada Rian, lelaki itu sangat misteri dan mempunyai auranya tersendiri. Tanpa desakan mana-mana pihak, lamaran Adif diterima dengan hati yang terbuka oleh Rian sementelah Adif tampak seperti lelaki yang budiman. Namun tidak terduga sebuah kebenaran tersingkap, hampir menjadikan Rian seorang yang kecundang…

AHMAD ADIF RAYQAL – Antara rasa cinta kepada Rian Aulia, kasihnya kepada Adelia, sayangnya kepada arwah kedua ibu bapanya, komitmennya terhadap Idris Holding dan sikap sopannya kepada ibu bapa Rian Aulia menjadikan dia seorang yang perahsia dan sangat misteri kerana di hatinya ada sesuatu yang terpendam…

RIAN yang sengsara…

“Rian tak sanggup, pulangkan semula masa Rian, Rian tak akan kahwin dengan dia. Rian tak sanggup macam ni.” Aku teresak kuat. Nafas terasa tersekat-sekat di dada. “…Rian tak nak mengandungkan anak dia!”

Benciku kepada Adif kian bercambah di sudut hati. Sukar untuk aku menerima hakikat bahawa aku mengandungkan anak lelaki yang terang-terangan merancang untuk memusnahkan hidupku.

“Rian Aulia, awak benci atau tak itu dah jatuh kepada perkara ketiga. Sekarang ni yang lebih penting, Farhan, yang kedua, I will never divorce you.”- Adif

“You threatened my family, you threatened us! Tak puas-puas lagi mengugut kami? Dasar jahanam!” – Rian

RIAN pergi jauh dan PERTEMUAN semula menjadikan Adif sebagai pengejar cinta setia. Dia mahu mengutip semula cinta yang Rian campak merata-rata. Mampukah Adif mendapatkan semula hati Rian yang keras seperti batu? Atau… mungkinkah menggunakan kelicikannya seperti sebelum ini…

“Gila! Lepaslah,” ucapku spontan. 10 minit macam ni masaklah aku. Farhan yang sedang terpinga-pinga berdiri meminggir di tepi kereta tu aku nak buat macam mana?

Aku menolak lagi tubuhnya tetapi masih tak berjaya. Cepat-cepat aku mengangkat kaki dan memijak kaki Adif kuat tetapi tetap juga lelaki itu buat bodoh saja. Tak sakit ke apa dia ni… Hesy! Apasal aku pakai kasut yang tak bertumit ni… Kalau  tumit tinggi dua inci atau tiga inci, mesti dia rasa sakit.

“Jangan tendang-tendang abang, tak berkesan punya,” ucapnya apabila dia rasa aku mungkin akan menendang kakinya. Eleh penipu, mukapun dah berkerut macam tu berlagak tak sakit konon. Aku mengetap bibir geram.

“Saya tak terfikir tentang tu tapi terima kasih kerana bagi idea.”

Tapi belum sempat aku mengangkat kaki, tak semena-mena tubuhku tidak menjejak bumi lagi. Aku terjerit kecil apabila Adif mengangkat tubuhku tanpa mempedulikan Farhan yang masih tercegat melihat kami dalam keadaan sebegitu.

“Lepaslah!” Aku memukul bahunya kerana malu sangat. Adif bukan setakat mendukung aku dan berdiri saja tapi dia siap berlari anak mengelilingi kereta. Serius malu sampai aku rasa kalau ada bola sepak kat sini memang aku dah sepak ke muka dia dah.

BERJAYAKAH Adif memikat Rian semula? Terpedayakah Rian akan kelicikan Adif yang masih misteri baik dahulu mahupun sekarang…

Aduh! Bergetar Jantungku

Tajuk : Aduh! Bergetar Jantungku
Penulis : Cenderawasih
Harga : RM25.00
ISBN : 

Sinopsis
AMIRA / Ayang – Pertemuan kita yang pertama kakiku kau cantas, sehingga mulutku terbabas. Pertemuan kita yang kedua, kau kenakan aku hingga sesak nafas di dalam kelas. Izuan, Lagakmu sentiasa membuatkan aku sakit jiwa. Membuatkan mulut ini sentiasa bersenam setiap pagi dan setiap ketika. Banyak betul akal kau, hingga aku benci setiap kali kita bertentang mata. Tidak puas kau pancitkan tayar, akhirnya kau kerjakan basikalku sehingga tinggal kerangka. Pertemuan kita bukan seindah musim sakura. Tapi usikanmu membuatkan hati aku berentak getar memukul jantung!

IZUAN – Mulutnya sentiasa berbunyi. Muka cantik, bulu mata lentik, cuma perangai saja sedikit pelik. Pantang tersilap sikit, pasti dibalas hingga puas hati. Berdesing telinga dibuatnya mendengar gadis itu berleter. Namun dia juga yang melekat di hati. Entah kenapa, aku suka sangat gadis itu diusik. Walaupun suaranya memanah seperti halilintar, walau lagak lakunya kasar, tetapi akhirnya dia pilihan hati aku!

PERTUNANGAN terjalin antara kedua-duanya ketika Amira di tahun akhir pembelajarannya. Alan menjadi tunangan Amira tanpa menduga Alan Izuan adalah nama penuh milik Izuan.

“Nama tunang Ayang?”

“Jebon.” Amira masih selamba.

“Jebon?”

Amira gelak apabila kakaknya beriak terkejut. Mana tidaknya, rasa terkejut Kak Zita berkongsi pula dengan muka tak ‘kacak’ Abang Amirul. Abang Amirul melopong memandangnya. Itu yang jadi tidak kacak!

“Ala, Jebon tu nama gelaran dia. Saja-saja Ayang bagi nama tu kat dia. Nama dia Alan.”

“Alan je?” tanya Amirul. Dia memandang Suzita. Ada sesuatu yang difikirkan oleh mereka.

Amira angkat bahu. Dia memang malas mahu tahu tentang Alan. Maklum hati kurang ikhlas menerima pertunangan. Dulu-dulu pula asyik bercekau saja.

“Baik kita makan daripada memikir tentang budak Jebon tu. Ayang dah lapar ni.”

SETELAH lama diikatan pertunangan, Izuan mahu mengakhiri dengan mengahwini Amira yang baru bergelar guru. Penolakan Amira buat hati Izuan penasaran. Natrah, rakan sekerjanya selalu datang menggoda…

“Mira dah fikir masak-masak tentang perkara ini? Mak tuk tak mahu Mira buat keputusan secara tergesa-gesa.”

Langkah Amira terhenti apabila suara mak tuk tegas di muka pintu. Bukannya ada mak tuk saja tetapi semua ada.  Emak, Kak Ayu, tuk ayah dan Nek Melah.

“Kamu berdua berbincang di luar ni tapi kami juga berbincang di dalam.  Perkahwinan kamu berdua asyik ditangguh saja dan kami juga buat keputusan untuk menangguh  memutuskan tali pertunangan kamu berdua.”

“Mak tuk…”

“Mira cuma fikir tentang kesalahan Alan tapi Mira langsung tidak memikirkan kesalahan Mira.”

“Tuk ayah nak kata Mira salah? Mira salah apa?” Amira bengang pula. Dilihatnya seperti semua orang mahu menyalahkannya pula. Luluhnya hati dan perasaannya ini. Amira melihat Izuan sudahpun berada di sisinya. Sakitnya hati melihat Izuan sudah tersenyum kemenangan. Argh!

Hadirkan Cinta Buat Aku

Tajuk : Hadirkan Cinta Buat Aku
Penulis : Tulip Ungu
Harga : RM25.00
ISBN : 

Sinopsis
SYED ZIQRI – Kerana Emma Saffiya perlukan kasih sayang seorang ibu, dia menerima Sara Adelina sebagai isteri. Kasihnya yang menebal terhadap arwah isterinya, Syarifah Sofiya buat dia keliru dengan apa yang dia rasa terhadap Sara sehingga tegar menggores perasaan isterinya itu.

‘Tiada siapa yang boleh gantikan tempat Sofiya di hati abang. Abang tak mungkin boleh berlaku adil pada Sara. Berkahwin dengan Sara tetapi dalam hati abang, hanya ada cinta Sofiya. Tentu tak adil bagi Sara.’

SARA ADELINA – Kerana diburu, dia menerima lamaran Syarifah Raziah untuk Syed Ziqri. Tiada apa yang dia fikir kecuali keselamatan diri dan kasih sayang yang mula hadir untuk si kecil, Emma Saffiya. Namun…

‘Sara tidak mahu semuanya berakhir dengan cara itu, ditinggalkan tanpa sebarang kata. Disisihkan tanpa Sara tahu letak duduk status Sara. Tegarnya abang tinggalkan Sara saat Sara mengandungkan anak abang. Apa salah Sara pada abang? Syed Ziqri! Kenapa buat aku begini?’

LIMA tahun berlalu, Syed Ziqri pulang semata-mata membawa satu misi iaitu berkahwin dengan kekasihnya, Syarifah Letisha merangkap sepupu kepada arwah isterinya, Syarifah Sofiya. Sekali lagi Sara diuji hati dan minda. Mana tidaknya, Syed Ziqri pulang bertujuan lain tetapi tiba-tiba tersangkut dengan dirinya pula.

“Ya Allah, sampai bila drama ini berlarutan? Abang, kenapa buat anak-anak macam tu? Nanti-nanti abang pergi lagi tinggalkan mereka.” Sara di dalam bilik air bertambah sebak dan pilu.  

MEREKA berbalah dan berperang, namun kerana anak-anak, mereka berusaha cipta bahagia…

“Abang ni nak ke Penang bukan lama pun kan tapi kenapa sedih aje ni? Tu la Sara nak ikut, tak kasi.”

Syed Ziqri terus ceriakan mukanya dengan melemparkan senyuman manis untuk Sara.
“Kalau abang boleh bawa, abang bawa Sara. Sehari pun abang dah rindu, inikan pulak lebih sehari Sara tak ada di sisi abang. Abang cintakan Sara. Sara cintakan abang?”
“Cinta.”
“Kalau abang dah tua esok, cinta lagi tak?”
“Cinta. Dah tua bongkok pun, Sara cinta.”
“Kalau tiba-tiba ada perempuan lain sukakan abang tapi abang tak suka dia, Sara masih cintakan abang tak?”
“Cinta,” jawab Sara bersama gelak kecilnya. Dia berasa hairan dengan sikap Syed Ziqri. Kemudian, dirinya terus dipeluk oleh Syed Ziqri dengan erat.
“Mari sini.” Kedua-dua pipi Sara sudah dilekap oleh tapak tangan Syed Ziqri setelah pelukan Syed Ziqri renggang.
“Abang nak cium Sara lama-lama.” Sekelip mata sehingga tidak sempat Sara berbuat apa, seluruh wajah Sara dikucup oleh Syed Ziqri. Satu-satu anggota di mukanya dikucup hinggalah mata Syed Ziqri merenung bibir Sara.

BETAPA Syed Ziqri resah sendirian tatkala syarikat hampir muflis dan dijangka akan disaman hingga ratusan juta. Betapa Syed Ziqri marah dan sakit hati namun dia terpenjara. Hanya Syarifah Letisha yang ditinggalkan, mampu menjadi penyelamat, namun tegarkah dia menggores hati Sara sekali lagi!

Monday, May 4, 2015

Cahaya Cinta

Tajuk : Cahaya Cinta
Penulis : Izra Noh
Harga : RM19.00
ISBN : 

Sinopsis
Ketakutan dan keresahan sentiasa mengiringi Ellynna. Trauma yang papanya ciptakan sejak usia tujuh tahun membuatkan Ellynna gentar untuk menempuhi hari-hari yang mendatang. Setelah beberapa tahun berlalu, Ellynna cuba bangun semula membina keyakinan diri yang tercicir. Dia menjadi seorang yang tabah dan tidak gentar pada sesiapa jua. Dia hidup bersendirian setelah Jannah, mamanya meninggal dunia dan abangnya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Namun, kecekalannya mula goyah semula apabila Haziq, bos yang berperangai seperti papanya hadir dalam hidup. Insiden-insiden lucu sebelum ini berlalu begitu sahaja. Dia semakin benci terhadap Haziq dan tambah tertekan apabila wajah papanya tiba-tiba muncul menagih ‘hutang’ di Cemara Holdings.

Suatu hari… Ellynna terkedu apabila berhadapan dengan dua lelaki ini yang rupa-rupanya punya banyak rencana untuk memusnahkan hidupnya…

“Adik akan ikut cakap papa?”

“Tidak!” tegas jawapan Ellynna.

Zumm…

“Argh!!!” Ellynna menjerit apabila dengan kejam papa menyimbah air panas ke mukanya. Namun jeritan itu tersekat di kerongkong apabila air yang dicurah itu adalah air sejuk!

“Itu baru air sejuk.” Kamal tersenyum sambil menjeling cerek di tangannya. Kini, Ellynna tahu air di dalam cerek itu memang air panas!.


Masih Terasa

Tajuk : Masih Terasa
Penulis : Missa James
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-5289-22-4

Sinopsis
“Ni surat pengesahan doktor yang mengesahkan saya mengandung. Dan ayahnya adalah Mizan. Mak Cik serahkan kepada Mizan dan saya nak dia bertanggungjawab terhadap saya!” – Fara

“Fara tu bukan manusia. Dia tu setan. Saya lebih rela berbinikan orang gila daripada berbinikan setan!” – Mizan

“Yeah, yeah… Abang Mizan datang! Abang Mizan datang! “ Tiba-tiba Asmah melompat-lompat sambil menepuk-nepuk tangan apabila melihat Mizan yang berada di hadapan pintu pagar. Seperti anak lecil melihat ayahnya membawa coklat sebagai ole-ole. Mizan terasa hendak terduduk ketika itu juga.
“Aduh! Hampeh!” serta merta rasa gembira Mizan menjunam tak bertahap. Merosot semua angannya. Senyum Mizan kembali hambar. Asmah masih belum pulih!

MIZAN akhirnya nekad!
“Mizan! Kau memang nak kena ni!” marah Azrul lalu dia terus melulru ke arah Mizan yang sudah berdiri sedia untuk keluar dari rumah itu.
Mizan mula berasa kecut. Dia mencari-cari ruang untuk melarikan diri di celah-celah orang yang duduk untuk menyaksikan pernikahannya.

Itulah kisah MIZAN yang diugut ibunya supaya mencari jodoh sendiri. Jika tidak, Asmah yang gila akan di pinang si ibu. Lalu Mizan sentiasa kalut dan tersentap tatkala bertemu dengan bermacam kerenah gadis-gadis di kota…… NAMUN entah mengapa, dirinya MASIH TERASA penangan cinta si dia…

Mampukah Mizan menyahut cabaran ibunya atau akur pilihan ibunya, seorang gadis gila! Dan, apakah rahsia ibunya sanggup bermenantukan perempuan gila?


Aku Diikat Cinta 13 Jam

Tajuk : Aku Diikat Cinta 13 Jam
Penulis : Nhia DD
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-5289-23-1

Sinopsis
BADAN Dalis ditolak ke dalam pelukan lelaki yang bernama Zarif. Mereka berdua bertukar senyuman. Kaku seketika Dalis dalam pelukan Zarif. Terkedu sebenarnya. Keliru!
“Naj, apa...apa semua ni?” Dalis mula takut.
Hilang sudah gelaran ‘tengku’. Dia menahan marah. Jika sudah memberi dia pada orang lain, seperti sudah menjual harga dirinya juga.
“You dah jadi girlfriend I, so ikut aje lah apa yang I buat. Barang I, barang kawan-kawan I juga.” Bisikan Tengku Najhan memang hampir mematikan degup jantung Dalis. Baru sahaja dia mahu memberi kepercayaan kepada Tengku Najhan, tetapi lelaki itu sudah buat hal.

HAH! Tengku Najhan datang, aku pening. Si Amsyar ni muncul pun buat aku pening juga. Kalau kedua-duanya datang serentak, mahu aku mati terus! - Dalis.

“HESY! Perempuan ni, memang menyusahkan akulah. Emak pun satu, apa yang dia nak sangat bagi kain ni. Bukannya perempuan tu miskin sangat pun.”- Adnan.
Jika tidak kerana emaknya mengamanahkan barang, sedikit pun dia tidak akan bertembung dengan Dalis. Entah kenapa, mereka pantang bertemu. Api dengan api, jawabnya maraklah.

BETUL ke aku tak cemburu? Masa dengan perempuan kat shopping complex hari tu pun hati aku dah nak terbakar. Hari ni, Amy, esok... Hah! Tak boleh jadi ni. Dalis terus keluar semula dan menghampiri Amsyar dan Amy.

BELUM habis Dalis menghabiskan penjelasan, Amsyar merapatkan badannya ke arah Dalis. Kemudian, tangannya memeluk bahu Dalis dari arah belakang. Dalis memejam matanya rapat-rapat, terkejut dengan pergerakan spontan Amsyar.
“Amsyar...” Bergetar suara Dalis memanggil nama Amsyar.
“Panggil ‘abang’, sayang.”
“Kau buat lawak apa ni?” Dalis toleh Amsyar di sebelahnya.
“Shh... kau yang nak, kan? Aku akan tunaikan permintaan kau buat kali terakhir. Selama ni, kau dah banyak tunaikan permintaan aku.”

ADA bahagiakah untuk Dalis? ‘Kuali’ aka Hafiz yang sepi, Amsyar yang begitu, Tengku Najhan yang begini, keluarga yang menghindar dan dirinya yang sendirian mahu menggapai sinar hidup. Mencari ketenangan… mencuri cinta… meraih cita-cita… Mampukah dia? Terubatkah hatinya jikalau esok dia sudah bergelar DOKTOR DALIS!