Wednesday, June 24, 2015

Awak Suka Saya Tak?

Tajuk : Awak Suka Saya Tak?
Penulis : Melur Jelita
Harga : RM35.00
ISBN : 978-967-024-607-9

Sinopsis
Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

"Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong

"Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong

"Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha

My Dear Mr. Dimple

Tajuk : My Dear Mr. Dimple 
Penulis : Aifa Batrisya
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-0567-25-9

Sinopsis
UMAR FALIQ. Kehadirannya secara kebetulan di majlis pertunangan versi kejutan antara Zarin Sofea dan Naim menjadi titik permulaan jodoh Umar Faliq bersama Sofea. Zarin Sofea tertipu dengan tindakan Puan Zahlia a.k.a si Angry Bird yang merupakan majikannya. Naim, anak si Angry Bird ini akhirnya ditunangkan dengan Umayra dan bukannya Sofea.

“Awak sendiri pun masih lagi belum boleh terima hakikat yang lelaki di dalam tu dah bertunang. Kalau awak tak boleh terima inikan pula ahli keluarga awak kan? Jadi… Alang-alang saya dah tolong awak tadi… apa kata, awak bagi saya teruskan?” – UMAR FALIQ.

“Awak… sedar tak apa yang awak cakapkan ni, Umar? Ini bukan perkara main-main, tahu? Ini melibatkan masa depan awak dan dah tentu-tentu masa depan saya. Awak sedia nak jadi tunang saya untuk selamatkan keadaan malam ni dan lepas kita bertunang, awak nak putuskan pulak? Macam tu?” – ZARIN SOFEA.

Tidak cukup dengan majlis pertunangan, kontrak perkhidmatannya pula ditamatkan tanpa budi bicara. Sungguh, Sofea rasa lemah. Dia hilang Naim, dia hilang kerja. Dunianya dah jadi terbalik dan semua disebabkan oleh kebencian si Angry Bird kepada Sofea!

Rentetan itu, bagaikan intuisi apabila si mr. dimple yang misteri muncul dan sentiasa ada tatkala Sofea dilanda tertekan jiwa dan hati. Biarpun bicara sang jejaka tidak banyak, tapi senyuman dan lesung pipitnya bagai pelembut hati Sofea yang lara.

Apakah penamat teka-teki punca kebencian Puan Zahlia kepada Zarin Sofea? Lalu siapakah yang mampu memiliki cinta Zarin Sofea? Adakah masih punya harapan untuk Naim? Ataupun Umar Faliq yang hadir sebagai cinta hati teruna buat si dara?

Pencuri Cinta Kelas Satu

Tajuk : Pencuri Cinta Kelas Satu   
Penulis : Illa Shanahila
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0567-78-5

Sinopsis
Bagi Aisya Humaira, menjaga bayi sendirian selepas abang dan kakak iparnya berhijrah ke Dubai adalah perkara senang.

Pada dia, menjadi ibu sebelum masanya langsung tidak mendatangkan masalah apabila mommy dan daddynya ada membantu. Dan, langsung dia tidak menduga, menjaga si kecil yang kerinduan ibu dan bapanya bukan sesenang yang disangka. Oleh itu, dia perlu mencari pak cik kepada anak buahnya itu. Tapi siapa? Zulfa, si cinta pertamanya tu menolak. Nak bina kerjaya dulu katanya!

Bagi Amar Firzal, mencari isteri bukanlah satu kepentingan. Pada dia, mempunyai kerja yang stabil dan rumah sendiri merupakan satu kejayaan. Dan, langsung dia tidak menyangka, ibunya juga terpengaruh dengan tipikal ibu di dalam drama yang suka menggesanya agar cepat-cepat bernikah.

Alasan demi alasan yang diberi hanya menjadi halwa telinga. Dan akhirnya dia akur walau masih takut untuk meluahkan rasa pada si gadis sepejabat yang lebih tinggi pangkatnya. Mana mungkin Cik Hanisa suka kepadanya.

“Jom kita kahwin? Mama saya ingat saya bercinta dengan isteri orang anak satu.” – Amar Firzal

Ini dikira proposal ke? Tanpa cincin belah rotan? Tanpa pantun lima enam kerat? Tak menarik langsung - Aira

Amar Firzal terpaksa lupakan crush di pejabat. Aisya Humaira nekad tinggalkan kekasih yang masih ragu tak bertempat. Kerana takdir mereka bertemu, kerana takdir juga mereka bersatu. Mampukah Firzal menjadi pencuri cinta kelas satu untuk isteri yang manja dan berhati batu?

Malam ni jangan pergi mana-mana.”

“Kenapa?”

“Nanti awak tak ada dalam mimpi abang.”

Kalau hati dah mula terasa sesuatu, dapatkah crush dan cinta pertama dilupakan? 

Anugerah Terindah

Tajuk : Anugerah Terindah
Penulis : Sophilea
Harga : RM25.00
ISBN : 

Sinopsis
Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana – Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah… SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan…

-Tak elok lelaki dan wanita yang bukan mahram keluar bersama.- Mukhriz

-Bukan keluar berdua. Saya, ustaz, Kak Marlia, along, Kreisya, lepas tu ustaz nak ajak kawan satu bilik pun tak apa.- Ariana

PELBAGAI perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

…. Saya dah jatuh hati dengan ustaz. Dah jatuh cinta dengan ustaz. Saya tak nak jawapan sekarang, ustaz fikir-fikirkanlah ya. Moga-moga cara memikat style lama ini buatkan hati ustaz terbuka untuk saya.

Sekian.

I have a pen. My pen is blue. I have a boyfriend. My boyfriend is you.

MUKHRIZ pening kepala. Ariana lagilah pening kepala.

“Saya nak ustaz jawab soalan sms terakhir saya dulu, baru ustaz boleh balik.”

Jemari Mukhriz sudah di dahi. Apa yang dia nak jawab?  Ariana… Ariana.

“Kalau nak kahwin dengan saya, bukan macam ni caranya. Datang jumpa keluarga saya ya.” Hanya itu sahaja jawapan kepada soalan Ariana lewat smsnya. Spontan sebenarnya dia jawab tanpa berfikir apa-apa.

“Ya Allah, ya ke ustaz? Hujung minggu ni juga saya hantar rombongan meminang.” Ariana rasa macam nak terjun sahaja ke tasik buatan tu sekarang ini. Sangat-sangat teruja dan gembira.

DOKTOR Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat… Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah… Mengalahkah  Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz…


Mr. Secret Admirer

Tajuk : Mr. Secret Admirer
Penulis : Shila Alish
Harga : RM26.00
ISBN : 

Sinopsis
Kisah bermula apabila Zureen ditawarkan bekerja sebagai jururawat peribadi kepada seorang lelaki kacukan Arab-Pakistan, Syed Redza yang baru tersedar dari koma akibat kemalangan jalan raya. Pekerjaan yang disangka mudah, rupa-rupanya serba mencabar apabila dia sering saja menjadi mangsa kemarahan dan sikap baran lelaki kepala batu itu.
Di pihak Syed Redza,hatinya memegang kukuh sebuah dendam. Kerana terlalu bencikan bekas tunangnya, dia turut melempiaskan rasa yang serupa kepada Zureen. Baginya perempuan semuanya sama, semua tidak boleh dipercayai. Sungguh hatinya benci!
“Aku dah jumpa ramai perempuan macam kau ni. Depan bukan main baik lagi, tapi di belakang macam racun!” – Syed Redza.

Kebencian Syed Redza yang tidak masuk akal itu membuatkan Zureen semakin tersepit. Dia mahu melarikan diri sejauh mungkin, namun kakinya dirantai dengan janji bersama Datin Raja Fatimah. Dan kehadiran abang angkatnya, Dr.Haziq semakin menambahkan beban apabila pangkat ‘adik’ itu rupa-rupanya sekadar di bibir. Di hati lelaki itu tersirat makna yang lainnya, makna yang jelas berbeza.

Namun apabila cinta dan rindu yang terpendam utuh mulai terancam, ego seorang Mr. Secret Admirer dicampak jauh ke tepi. Dari rasa benci yang membuak tinggi, hati  Syed Redza disapa rasa cemburu apabila perhatian Zureen teralih kepada Dr. Haziq. Jiwanya mula kacau bilau tidak keruan.

Perubahan dua ratus peratus Syed Redza membuatkan Zureen kematian kata. Daripada sikap yang suka mendengus dan membentak, lelaki itu seolah-olah cuba mencuri hatinya. Akur dengan rasa yang serupa, Zureen akhirnya memberi ruang dan peluang untuk membina bahagia bersama.Namun, sebegitu mudahkah cinta mereka bersatu? Dan  mampukah Mr. Secret Admirer memegang cintanya sehingga ke akhir waktu?

“Hanya Allah yang tahu apa niat aku.  Hanya Allah yang tahu betapa aku menderita kerana terpaksa berperang antara hati dan akal aku sendiri.” - Zureen 

Mr. Donat Karamel

Tajuk : Mr. Donat Karamel
Penulis : Hanny Esandra
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-365-246-4
Mukasurat : 
Berat : 

Sinopsis
Kisah seorang novelis bernama Anggun Qairah yang kerjanya menulis dan makan donat karamel di sebuah kafe. Hari-hari tanpa jemu. Di situ dia mencurahkan ilham. Di situ dia khusyuk dan tenggelam dalam dunia ciptaannya.

Suatu hari dia bertemu dengan Faiq Faiqal secara tidak sengaja dalam satu kemalangan kecil yang merosakkan segala khazanah pentingnya. Cermin mata dan komputer ribanya hancur digilis kereta. Dengan rasa simpati, Faiq membantu Anggun dan menggantikan dua barang penting milik Anggun. Anggun yang rabun, tidak cam siapa lelaki yang melanggarnya.

Faiq pula sudah gila bayang. Dia, CEO Design Dynamic Berhad turun pangkat sebagai pelayan di Kafe Donat Karamel semata-mata kerana mahu mendekati gadis idamannya dengan menyamar  sebagai Rafiqi. Rafiqi yang konon-kononnya meminati semua karya garapan Anggun.

“Kenapa? Cik ingat tak ada lelaki yang baca novel ke? Lelaki yang baca novel tu sangat gentleman tau, cik.”

Hari demi hari hubungan mereka semakin berkembang mekar sehinggalah Zhariff, lelaki sekampung dengan Anggun, mula mengganggu hubungan mereka. Namun, hubungan mereka tetap kukuh sehinggalah hari bersejarah mereka.

Anggun kecewa bila tahu Rafiqi yang sebenarnya adalah Faiq. Dia rasakan Faiq tidak ikhlas bila Faiq tidak jujur dan menipunya selama ini. Bermulalah misi ops pikat isteri yang dijalankan oleh Faiq. Pelbagai adegan lucu yang Faiq ciptakan.

Zhariff pula tidak jemu meminta-minta Anggun daripada Faiq. Sebagai suami Faiq rasa tercabar. Anggun pula salah faham bila terdengar pertengkaran mereka lalu membawa diri ke kampung. Bahagiakah Anggun di sisi Faiq? Faiq pula, masih ada lagikah kesabaran dalam menempuh rumah tangga yang dibina? Cinta perlukan kesabaran. Faiq pasti, akan ada bahagia di penghujung jalan.


Meh, Sandar Pada Aku!

Tajuk : Meh, Sandar Pada Aku!   
Penulis : Aifa Batrisya
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-0246-39-0

Sinopsis
Kata orang, tak kenal… maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja… buat apa? -Afnan Tasneem

Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.

Berdepan dengan spesies lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!

“Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?”

“Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?”

“Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!”

Dalam marah, dalam herdik… tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.

“Aku apa?”

“Tak ada apa-apa, Doktor Syed...”

“Aku tanya sekali lagi. Aku apa?”

“Errr… Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?”

Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah.

Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?