Saturday, July 4, 2015

1 Hari 1 Resipi : 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza

Tajuk : 1 Hari 1 Resipi : 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza
Penulis : Chef Hanieliza
Harga : RM39.90
ISBN : 978-967-5564-84-0
Mukasurat : 396

Sinopsis
Buku 1 Hari 1 Resipi 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza adalah keluaran khas yang menampilkan 365 resipi hasil kreativiti CHef Hanieliza yang boleh dicuba setiap hari. Antara resipi istimewa yang terkandung di dalam buku ini ialah aneka masakan berasaskan ayam, daging, kambing, kerabu dan salad, makanan barat, makanan laut, mihun dan mi, nasi, sambal dan sos, sayur, tauhu dan telur, puding dan desert, ikan, kuih kukus serta kuih muih minum petang.

Biografi Agung Salahuddin Al-Ayyub

Tajuk : Biografi Agung Salahuddin Al-Ayyubi
Penulis : Syed Alwi Alatas
Harga : RM32.50
ISBN : 978-967-86-0446-8
Mukasurat : 464
Berat : 835g

Sinopsis
Salahuddin al-Ayyubi bukan nama asing kepada orang Islam, malah sosok hebat ini disanjung orang bukan Islam. Sejarah keperwiraan tokoh Muslim ini menjadi bahan tulisan sama ada buku atau tesis di seluruh dunia. Ia juga mendapat perhatian karyawan seni untuk difilemkan.Dalam lambakan bahan-bahan mengenai Salahuddin menyebabkan pembaca keliru antara fakta dan fiksyen mengenai perwira ini.Begitu juga sebahagian menilainya daripada sejarah gemilang yang diciptanya tanpa mengambil pengajaran daripadanya.

Sebaliknya buku ini tidak membahaskan fakta sejarah semata-mata. Lebih penting ia mengkaji masalah dan cabaran yang ada pada zaman itu yang memiliki banyak persamaan dengan yang dihadapi oleh kaum Muslimin pada zaman sekarang. Kaum Muslimin pada masa Nuruddin dan Salahuddin telah melewati masalah itu dan mereka mampu merespons cabaran dengan sangat baik.Ini adalah pelajaran yang berharga bagi kita yang hidup pada hari ini. Jika kita memahami dengan baik apa yang telah terjadi pada masa itu – kemunduran kaum Muslimin, penguasaan al-Quds oleh musuh, serta konflik Sunni-Syi’ah – dan kita dapat menggunakan contoh-contoh sebagai model untuk diterapkan pada masa sekarang ini, maka ia dapat menyelesaikan sebahagian besar masalah umat yang ada pada hari ini sebagaimana kejayaan yang dicapai oleh Salahuddin pada masa itu.

Friday, July 3, 2015

Biografi Agung Imam Syafi'i

Tajuk : Biografi Agung Imam Syafi'i
Penulis : Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid
Harga : RM31.00
ISBN : 978-967-86-0449-9
Mukasurat : 304
Berat : 580g

Sinopsis
“Saya tidak pernah melihat orang seperti Syafi’i. Apabila beliau datang ke Mesir, orang memberitahu ada seorang Quraisy datang ke sini.Sewaktu kami pergi menemuinya beliau sedang bersolat.Saya tidak pernahmelihat solat yang lebih baik daripada solatnya.Saya juga tidak pernah melihat wajah yang lebih cantik daripadanya.Apabila beliau bercakap kami merasakan tidak pernah mendengar percakapan yang lebih baik dari percakapannya itu. Lalu kami sangat tertarik kepadanya.” – HARUN BIN SA’ID AL-AIL.

Biografi Agung Dr Yusuf Al-Qaradawi

Tajuk : Biografi Agung Dr Yusuf Al-Qaradawi
Penulis : Prof Madya Dr Mohamed Kamil Abdul Majid
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-86-0593-9
Mukasurat : 312
Berat : 470g

Sinopsis
Al-Qaradawi amat kritikal kepada mereka yang mendakwa diri mereka sebagai para sufi. Sedangkan mereka sebenarnya adalah aties dan zindiq. Ini dipersetujui oleh al-Sarraj al-Tusi (m. 378H) sejak abad keempat hijrah lagi. Mereka adalah pembohong dan penzalim yang seharusnya diberi perhatian.

Al-Qaradawi berfikiran objektif. Karya-karya beliau dalam bidang keislaman boleh dianggap sebuah ensiklopedia lengkap, seperti al-Ghazzali adalah tokoh ensiklopedia pada zamannya. Oleh sebab itulah, ada peminat dan murid-muridnya yang memberikan gelaran“al-Imam” pada Yusuf al-Qaradawi, dengan panggilan Imam Yusuf al-Qaradawi.

Kelahiran seorang tokoh besar seperti al-Qaradawi yang dianugerahkan Allah dengan ingatan yang kuat, akal yang pintar, hati yang bersih serta dibantu pula dengan senarai guru-guru yang hebat. Dialah Dr Yusuf al-Qaradawi sang murabbizaman yang sentiasa dinantikan pandangannya dalam semua aspek permasalahan.

Biografi Agung Abu Al-Hasan Ali Al-Nadwi

Tajuk : Biografi Agung Abu Al-Hasan Ali Al-Nadwi
Penulis : Prof Madya Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-86-0592-2
Mukasurat : 296
Berat : 550g

Sinopsis
Al-Nadwi memiliki akidah, dakwah dan risalah, sebagai seorang pengkritik terhadap peradaban Barat, sebagai seorang penyeru kepada kemuliaan Islam dan kepimpinan Muslim, sebagai seorang yang paling kuat menentang ideology dan materialisme Barat, sebagai penyeru terbesar kepada kedamaian manusia dan universalisme Islam. Beliau merupakan tokoh membangkitkan dan menimbulkan maruah dan harga diri umat Islam daripada merasa naïf di hadapan Barat. Malah al-Nadwi sering melaungkan bahawa Barat perlu belajar lebih banyak dari pada umat Islam. Beliau menggambarkan Barat sebagai:

“kamu mampu untuk terbang di udara seperti burung dan berenang di dalam lautan seperti ikan tetapi kamu tidak mampu berjalan di atas muka bumi ini seperti manusia.”

Apabila orang yang berkuasa adalah manusia yang menyembah kebendaan dan mementingkan kelazatan yang dapat dirasa sahaja, tidak percaya selain dari perkara dalam kehidupan ini dan tidak pula mempercayai apa yang sebalik alam ini, maka kebendaan itulah yang membentuk tabiatnya dan mempengaruhi perasaan hatinya. Maka sempurnalah rintihan kemanusiaan yang akan diiringi oleh rintihan-rintihan lain yang lebih hebat lagi.

Biografi Agung Syeikh Arsyad Al-Banjari

Tajuk : Biografi Agung Syeikh Arsyad Al-Banjari
Penulis : Abdul Rahman Hj. Abdullah
Harga : RM59.00
ISBN : 978-967-86-0594-6
Mukasurat : 1016
Berat : 1.44kg

Sinopsis
Buku ini di tulis bagi meninjau dan menghargai sejarah dan pemikiran Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari (1710-1812) dan ulama keturunannya di Indonesia dan di Malaysia. Namun sebagai latar belakang sejarah, perlu di tinjau sekadarnya tentang proses pengislaman di Nusantara, serta aliran pemikiran Islam tradisional di Asia Barat umumnya dan di Nusantara khususnya. Hanya dengan pengetahuan latarini, baru dapat di fahami dengan jelas.

Kesinambungannya melalui peranan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dan tokoh-tokoh lain selepasnya. Khusus tentang Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, beliau mencipta nama sebagai tokoh ulama yang sangat aktif berdakwah (melalui lisan, tulisan dari lisanul-hal) dalam masa yang lama ketika usia sudah lanjut (65 tahun), setelah lama (35 tahun) menuntut ilmu di Tanah suci Makkah dan Madinah (Haramain). Melalui prinsip kerjasama ulama dengan umara, beliau menjadi penasihat kesultanan Banjar serta meninggalkan warisan ilmu yang kaya sebagai pengarang kitab yang produktif.