Thursday, August 20, 2015

Kita Kahwin Koboi?

Tajuk : Kita Kahwin Koboi?
Penulis : Mia Kiff
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0185-58-3

Sinopsis
"Kau ni Aufa, aku tahulah kau tu tak berapa cantik. Tapi janganlah, kau main setuju je, bila orang suruh kahwin. Cuba kau tengok prinsip hidup aku ni, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Sediakan BMW terlebih dahulu, barulah ada perkahwinan...."

"Ini cincin silver ke, cincin berlian ni? Hishhh... Serabai je, aku tengok bakal suami si Aufa ni. Kau ni Minah, suka hati je nak bagi anak kau kat orang. Makan pasirlah jawabnya anak kau ni...!

"Kau nak bagi kami mati sakit jantung ke Aufa oii, dah ler plan kau nak kahwin koboi buat kami terkejut tak habis lagi. sekarang ni kau buat kami terkejut tahap beruk pulak dah. Mahunya kami tak pengsan bila tengok siapa suami kau ni? Sampai hati kau, kalau kau cerita awal-awal, kami bersedialah hadapi semua, ni tak? Ni tak, kau tunjuk gambar lelaki bermisai dan berjambang tu!"

"Tak dapat kau dengan cara bertauliah, aku akan dapatkan kau dengan cara tak sekolah!

"Kenapa dari awal, awak tak beritahu saya, siapa awak yang sebenarnya? Dunia awak bukan dunia saya..."

"Saya tak perlukan isteri kedua, ketiga, dan isteri keempat. Tapi kehadiran awak seorang, dalam hidup saya melengkapkan keempat-empatnya... cukuplah, hanya awak seorang isteri dalam hidup saya..."

"Dalam Islam, perempuan tak wajib pakai tudung. Tapi wajib tutup aurat. Selepas ni, jangan sesekali tayang rambut awak ni pada orang yang tak ada hak. Saya tak izinkan. Awak buatlah macam mana sekalipun, samada nak tutup rambut awak dengan tudung saji ke, baldi, pasu bunga, guni ke, apa saja, asalkan menutup aurat! Faham?"

"Oh Aufa, tahukah kau kenapa aku hadiahkan bunga ros ini kepadamu? Kata orang, bunga ros ini adalah bunga yang cantik. Kerana itu aku hadiahkan padamu, kerana aku ingin bunga ini rasa malu bila mengetahui ada yang lebih cantik iaitu Aufa Dhiyaku..."

Cinta itu bukan sekadar pengucapan, tapi perlukan pengertian..
.
"Aku tak nak dia kahwin dengan aku sebab diri aku yang semua orang kenal.... "

'Kalau jadi apa-apa pada dia, macam mana hidup aku? Sudahlah aku ni paling liat nak jatuh cinta. Rasanya hanya dia seorang saja yang aku cintai dalam dunia ni..."

"Entahlah, dia tak cantik pun. Bila aku tengok dia, hati aku rasa bermagnet..."

"Selamat datang ke dunia Khalish Aqimie......."

"Awak ni, takde ke baju yang seksi-seksi, buat saya mencuci mata? Ni fesyen apa awak pakai ni? Macam tukang kebun. Mujurlah, awak ni satu-satunya bini yang saya ada.... Kalau tak, tak ada selera langsung tak tengok awak pakai macam ni.."

"Mungkin bagi dunia, awak hanyalah seorang manusia. Tapi bagi saya, awaklah dunia saya, Aufa...."

Abang King Kontrol

Tajuk : Abang King Kontrol
Penulis : Imanisa Riana
Harga : RM29.00
ISBN : 978-967-0185-54-5

Sinopsis
Ini bukan kisah biasa. Kisah jodoh pertemuan yang tidak disangka antara Irdina Ilmuna dan Razif. Pertemuan demi pertemuan bukan mengundang bibit-bibit cinta, tetapi hanyalah rasa benci yang semakin mendalam. Manusia merancang, Tuhan menentukan. Siapa sangka hanya dengan salah faham yang kecil, mereka disatukan ibarat kahwin ekspres. Terpaksa pula berkampung di pusat permindahan banjir sehari selepas berkahwin. Luar biasa, bukan?

Betullah kata orang, bercinta selepas kahwin lebih membahagiakan. Ya, Irdina rasa bahagia. Hanya luaran nampak bahagia, tetapi dalam hati siapa yang tahu. Hidup Irdina dikawal sepenuhnya.

“Kenapa aku rasa makin kecewa dan sedih padahal dalam hidup aku segala-galanya ada. Kemewahan, kasih sayang, dan perlindungan melimpah ruah. Tetapi kenapa perasaan aku makin hari makin pilu? Luaran bahagia tetapi dalam hati aku menderita. Ramai kata aku bertuah kerana dapat suami dan keluarga yang penyayang. Tapi hakikatnya aku tak bahagia.”

Berpuluh nasihat diberi kepada Razif, tetapi ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Semakin hari, kawalan Razif semakin teruk. Bukan hanya pakaian dan makanan, malah pergaulan dan perkara yang disukai Irdina juga disekat. Irdina semakin terkongkong.

“Masalah apa? Takkan nak masuk tandas pun dia kena pilih? Berpadalah nak kawal bini pun. Ini tak, semua benda dia tentukan. Dalam, luar semua nak kontrol. Kalau saya… dah lama meletup. Kita pun manusia, bukan robot. Dia tu dah macam Abang King Kontrol.”

Bagi Razif, semua yang dibuatnya untuk kebaikan Irdina juga, sehinggakan berkawan dengan sepupu lelaki sendiri juga tidak dibenarkan. Haram katanya. Irdina hanya boleh berkawan dengan dua kawan baiknya sahaja. Akaun Facebook ditutup. Minum air bandung tidak dibenarkan. Memandu dilarang. Wajib berhenti kerja. Pakai baju warna pink pun haram.

“Razif tak pernah anggap dia hamba. Tapi kalau dia dah tak mahu tinggal dengan Razif dan ikut semua yang Razif kata, dia boleh berhambus dari sini!”

Konspirasi Suami

Tajuk : Konspirasi Suami
Penulis : Maya Iris
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-369-292-7

Sinopsis
Dengan tipu helah Dr. Ehsan menikahi Nur Sayang. Namun, bahagia yang diimpikan derita pula yang menjengah. Nur Sayang ditinggalkan di Mesir seperti gantung tak bertali. Dia meneruskan hari-harinya seperti seorang isteri tanpa suami di sisi. Dalam keadaan kesepian yang memuncak, Nur Sayang menebalkan muka dan menghubungi Dr. Ehsan bagi mendapatkan kepastian arah tuju perkahwinan mereka. Barulah Nur Sayang tahu suaminya mempunyai ramai peminat. Arielle dan Ayala sanggup berkongsi kasih dengan Nur Sayang. Nur Sayang jadi tawar hati dengan perkahwinannya dan mahu kembali kepada Kamil, sedangkan Kamil sudah dirancangkan akan berkahwin dengan Amanda. “ Sebagai suami, saya boleh anggap dia nusyuz. Tetapi adakah menduakannya balasan yang setimpal di atas perbuatannya? Balasan begitu tidak diajar dalam Islam. Islam menyuruh kita meninggalkan bilik tidur jika isteri nusyuz. Bukannya memasuki bilik tidur perempuan lain.” - Dr. Ehsan. Bagaikan jatuh ditimpa tangga, peluang untuk mendapatkan Nur Sayang semula semakin tipis apabila Dr. Ehsan diculik oleh satu pakatan yang mahukan sesuatu yang dimiliki oleh Dr. Ehsan. Jeneral Zuckermann mengambil peluang ini untuk membalas dendam terhadap Dr. Ehsan. Nur Sayang dan Dr. Ehsan terperangkap dalam konspirasi bertaraf antarabangsa yang bakal menggoncang keimanan. Dan hanya ada satu jalan keluar… cinta pada Yang Satu.

Cinta Kita Macam Drama Dalam TV, Cuma…

Tajuk : Cinta Kita Macam Drama Dalam TV, Cuma…
Penulis : Haryani Kamilan
Harga : RM17.00
ISBN : 978-967-369-305-4

Sinopsis
Dua tahun berlalu… Qalel akhirnya kembali ke Malaysia selepas perjanjiannya dengan Datuk Khalidah ditunaikan. Aliya berjaya menggenggam diploma yang diimpikan dan memiliki kafenya sendiri, Kafe Cinta Aliya. Amir masih setia memberi sokongan buat Aliya dalam susah senangnya. Namun, walau dua tahun berlalu… cinta Qalel buat Aliya tidak pernah terkubur. Begitu juga Amir. Malah, mereka menyimpan harapan yang sama, mahukan Aliya menjadi suri di hati mereka. Bagaimanakan akhir drma antara mereka bertiga? Mampukah Aliya membuat pilihan? Adakah espreso atau latte?

Ada Hantu?

Tajuk : Ada Hantu?
Penulis : Bahruddin Bekri, Deeme Danee, Farisha Imani, Imanisa Riana, Maya Adira, Mia Kiff
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-369-287-3

Sinopsis
Apabila sendirian, anda pernah rasa seperti sedang diperhatikan? Pernah terperasan ada bayang atau cahaya melintas di hujung mata? Pernah dengar bunyi guli dari tingkat atas dan bunyi perabot dialihkan pada waktu malam? Anda pernah tengok hantu? Benarkah ada hantu?

Antologi cerpen komedi seram ini menghimpunkan penulis-penulis Gedebook sedia ada dan juga yang bakal menerbitkan novel mereka bersama Gedebook.

Anda berani? Ambil antologi ini dan pergi bayar di kaunter sana. Jangan bayar di kaunter tengah. Cashier itu ada saka….

Sudi Jadi Isteri Saya?

Tajuk : Sudi Jadi Isteri Saya?
Penulis : Maya Adiraa
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0185-62-0

2 Nyawa 1 Cinta

Tajuk : 2 Nyawa 1 Cinta
Penulis : Hanah Rishas
Harga : RM30.00
ISBN : 978-967-0185-55-2

Sinopsis
HUMAIRAH- hidupnya dipenuhi dengan pelbagai soalan yang nyata tidak menemukan sebarang jawapan. Lebih memelikkan, di mana permulaan hubungan dingin dia dengan Fadzlan? Khilaf apa yang telah dilakukannya sehingga lelaki itu memandang dia bagai seorang musuh yang harus diperangi? Sungguh, tiada apa-apa yang tinggal di dalam peti ingatan!

“Satu kebetulan yang begitu menakjubkan. Humairah kami muncul depan mata. Nama sama, paras serupa. Awak umpama jelmaan Humairah kami yang dah hilang beberapa tahun lamanya.” – Haikal

Antara percaya atau tidak, kini dia berdiri di tengah-tengah. Siapa dia sebenarnya? Ingatan masa lampau tiada tersisa dalam fikiran melainkan mimpi-mimpi yang kerap menjengah kala dia menelusuri lembah tidak berdinding itu. Ara… ‘Humairah’ yang seorang lagi- kerap muncul dalam ilusi. Sering membisik bicara yang menokok lagi keserabutan akal fikiran.

“Siapa Mai sebenarnya? Dan dia… perempuan dalam gambar ni… Ara. Nama dia Ara. Paras kami serupa. Seolah orang yang sama. Atau memang orang yang sama?”

Dia terus mencari. Jawapan itu kian menjelma depan mata dan untaian misteri yang berserabut semakin terlerai satu per satu. Humairah… atur langkahnya nyaris meragut nyawa sendiri!