Tuesday, December 22, 2015

My Sweet Tom Girl

Tajuk : My Sweet Tom Girl  
Penulis : Zulfati Hanis
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-446-227-7
Mukasurat : 608
Berat :

Sinopsis
'Kusandarkan hati ini untukmu buat selamanya.'

Menyamar dengan tujuan untuk mendekati seseorang adalah misi utama kepulangan Fatimah Dhaniyah ke tanah air setelah lama berada di Boston. Untuk menjayakan penyamaran ini, dia sanggup bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Ahmad Uwais, seorang bos yang hanya membenarkan kereta dipandu tidak melebihi kelajuan 80km/j.

Bekerja dengan Ahmad Uwais bukan sesuatu yang mudah. Perkenalan mereka pada mulanya tidak berjalan lancar. Mereka saling mengenakan antara satu sama lain. Namun, tanpa disedari mereka, dalam hati masing-masing mula bercambah bibit-bibit cinta.

Namun, saat Ahmad Uwais melafazkan rasa cintanya, Fatimah Dhaniyah tekad menolaknya walaupun hatinya turut mengakui mencintai lelaki itu. Tetapi kenapa dia menolak cinta lelaki yang dicintainya? Apakah misi penyamarannya berjaya dan siapa yang ingin didekati sebenarnya? Dapatkah Ahmad Uwais menerima keputusan Fatimah Dhaniyah itu?

"Tok Arab ni datang nak jual apalah pulak. Beg yang dia bawa punyalah besar. Entah-entah dia nak jual minyak atar kot? Ataupun minyak angin? Ke minyak urat?" - Fatimah Dhaniyah

"Tak payah nak ketawa sangatlah. Kau saja nak kenakan aku hari tu, kan? Kau saja masukkan cili sos dalam air milo tu, betul?" - Ahmad Uwais

"You betul tak kisah kalau dalam hati kekasih you masih ada rasa cinta untuk wanita lain?" - Zhariff


Sunday, December 20, 2015

Terasing

Tajuk : Terasing 
Penulis : Hilal Asyraf
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-5102-59-2

Sinopsis
11 tahun terpisah dengan sahabatnya Zaman, Saifullah bermimpi akan janji mereka berdua yang seakan-akan belum ditunaikan. Zaman kembali secara tiba-tiba. Saifullah gembira. Tetapi, bukan hanya kebahagiaan sahaja yang ada di dunia.


Tragedi Cinta Taj Mahal

Tajuk : Tragedi Cinta Taj Mahal 
Penulis : Aneesah Aliyyah
Harga : RM17.00
ISBN : 978-967-5102-73-8

Sinopsis
Natasha merupakan anak sulung Dr. Farid dan isterinya, Puan Hasmah. Dia mempunyai seorang adik kembar, Aleesha yang berusia 18 tahun. Mereka berdua melanjutkan pelajaran di Victoria University, Wellington, New Zealand. Di Wellington, Natasha bertemu seorang pemuda kulit putih yang berjaya mengambil hatinya, Jonathan. Jonathan juga sangat tertarik dengan Natasha, hingga membuatkan dia hendak mengenali Islam. Namun, hubungan antara benua dan antara agama ini tidak dapat diteruskan kerana Dr. Farid hendak Natasha dikahwinkan dengan anak kepada rakan karibnya, Bahar. Sebagai anak yang sangat taatkan orang tuanya, Natasha turutkan sahaja walaupun dia terpaksa mengorbankan perasaannya. Natasha sering mendapat igauan tentang kematian. Ternyata igauannya menjadi kenyataan. Dia memang hendak dibunuh dalam satu kes langgar lari di Wellington, lantas memaksanya untuk balik ke Malaysia. Di Malaysia, berkat taatkan orang tuanya, Natasha hidup bahagia di samping suaminya di rumah mereka yang diberi nama Mahligai Taj Mahal. 

Namun, kebahagiaan itu hanya sementara kerana Bahar mati secara tiba-tiba. Kematian Bahar adalah kematian kedua di mahligai itu. Benarkah dia dibunuh? Atau ia merupakan satu sumpah di mahligai itu? Mengapa Jonathan muncul selepas kematian Bahar dan dapatkah dia mengahwini Natasha?


Thursday, December 17, 2015

Cinta... Tiada Akhirnya

Tajuk : Cinta... Tiada Akhirnya
Penulis : Fauziah Ashari
Harga : RM22.90
ISBN : 978-983-425-670-8

Sinopsis
Rentetan perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di ‘Ombak Rindu’ dipanjangkan lagi di dalam ‘Cinta…Tiada Akhirnya’.

Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.

Inilah kisah…CINTA…TIADA AKHIRNYA, menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya, Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati. Disulami detik cemas yang pasti mencorak minda, mendebarkan jiwa, CINTA…TIADA AKHIRNYA akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.

Tuesday, December 15, 2015

Duri

Tajuk : Duri
Penulis : Fauziah Ashari
Harga : RM19.90
ISBN : 978-967-5289-20-0

Sinopsis
Kerapuhan ikatan kekeluargaan serta sikap egoistik membantutkan cinta dan kecintaan. DURI menyajikan konflik pada hati yang membawa duka dan dendam. Sufi sanggup melakukan apa sahaja demi melunaskan dendamnya dan melihat insan itu tersungkur. Dia ditinggal kekasih, kehilangan sahabat, bertemu jodoh dengan lelaki yang menyintai adik kandungnya dan berhadapan pula dengan ibu mertua yang egoistik. Di hatinya tiada simpati dan tidak pernah berasa gentar. Berhadapan dengan ibu mertua bagaikan pertemuan buku dengan ruas sahaja. Hidupnya penuh kepura-puraan. Apabila peluang terhidang dan ruang terbuka, terlunaskah dendam yang membara? Mampukah elemen cinta Zhaf membendung sifat dendamnya? Mampukah cinta wujud di hati Sufi yang penuh duka dan dendam? Ikutilah kisah Sufi yang cuba mencabut DURI di hati.


Beberapa Fadilat Ajaib Surah Al-Fatihah

Tajuk : Beberapa Fadilat Ajaib Surah Al-Fatihah  
Penulis : Muhammad Makhdlori, Imam Lihyati 
Harga : RM11.00
ISBN : 9789674391522
Mukasurat : 168
Berat : 400g

Sinopsis
Ummul Kitab, Penghulu Kitab. Ummul Quran, Penghulu Al-Quran. As-Sab'ul Mathani, Tujuh Yang Berulang-Ulang.

Itulah Surah Al-Fatihah, surah yang wajib kita baca pada setiap rakaat dalam solat sama ada fardu atau sunat. Surah yang besar dan agung. Dibuktikan di dalam surah ini, satu kesaksian tentang betapa eratnya hubungan di antara hamba iaitu manusia dengan Allah S.W.T. Termaktub dialog hambaNya yang memulakan dengan setinggi puji-pujian kepada Allah S.W.T., Tuhan dan Pemilik seluruh alam ini. Diikuti pula dengan perakuan kehambaan dan doa permohonan untuk mendapat pertolongan dan perlindungan daripada Allah S.W.T.

Penulis juga menghuraikan beberapa keistimewaan surah ini :
•    Doa Pembuka Rahmat Allah S.W.T.
•    Penyembuh Penyakit Dengan Izin Allah S.W.T.
•    Betapa besarnya pahala apabila membacanya
•    Selain itu diterangkan juga tentang ta'awuz dan kelebihannya
•    Sebagai tambahan dimuatkan juga kelebihan Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas


Tuesday, December 8, 2015

Bahru Al-Madzi (22 Juzu')

Tajuk : Bahru Al-Madzi (22 Juzu')
Penulis : Muhammad Idris Al-Marbawi
Harga : RM906.00
ISBN :

Sinopsis
Kitab "BAHRU AL-MADZI" ini adalah merupakan himpunan hadith-hadith yang isinya sangat komprehensif. Kitab ini mengandungi 22 juzu', iaitu:

01. Juzu '01 - Mengenai Thaharah.
02. Juzu' 02 - Mengenai Solat.
03. Juzu' 03 - Mengenai Solat.
04. Juzu' 04 - Mengenai Solat dan Zakat.
05. Juzu' 05 - Mengenai Puasa.
06. Juzu' 06 - Mengenai Haji.
07. Juzu' 07 - Mengenai 'Umrah dan Jenazah.
08. Juzu' 08 - Mengenai Nikah.
09. Juzu' 09 - Mengenai Thalaq dan Li'an.
10. Juzu' 10 - Mengenai Perburuan.
11. Juzu' 11 - Mengenai Qurban,Nazar,Sumpah,Perjalanan Nabi dan Kelebihan Berperang.
12. Juzu' 12 - Mengenai Perang Sabil,Pakaian,Makanan.
13. Juzu' 13 - Mengenai Minuman,Kebaktian dan Perhubungan Silaturrahim.
14. Juzu' 14 - Mengenai Ubat-Ubatan,Fara'id,Wasiat,Wala' dan Hibah dan Qadar.
15. Juzu' 15 - Huru-Hara.
16. Juzu' 16 - Mengenai Takbir Mimpi,Saksi dan Zuhud.
17. Juzu' 17 - Mengenai Sifat Qiamat.
18. Juzu' 18 - Mengenai Sifat Syurga, Sifat Neraka dan Iman.
19. Juzu' 19 - Mengenai 'IImu,Minta Izin dan Adab.
20. Juzu' 20 - Mengenai Segala Perumpamaan,Pahala,Qur'an dan Qira'at.
21. Juzu' 21 - Mengenai Tafsir.
22. Juzu' 22 - Mengenai Tafsir.

Kitab asal bagi kitab ini (dalam tulisan jawi) telah banyak kali diulang cetaknya. Dan hampir kesemua pelajar-pelajar yang menuntut di Mesir mempunyai kitab ini, sebab kitab ini dicetak di sana. Dan sesungguhnya kitab asalnya dalam tulisan jawi, tetapi memandangkan kebanyakan generasi sekarang ini yang kurang mahir dalam tulisan jawi, maka untuk membantu mereka yang amat berminat mendalami 'ilmu agama, maka Ustazah Noraine Abu telah cuba menyalinnya dari tulisan jawi ke tulisan roman dengan tanpa ada pindaan daripada teks asal, agar mudah bagi mereka untuk mengikuti setiap perkataan yang terdapat dalam teks asal.