Monday, January 11, 2016

Antologi Aksi : Bunuhan

Tajuk : Antologi Aksi : Bunuhan 
Penulis : Lynn Dayana, Syaida Ilmuna, Laila Kamilia, Iza Aripin
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-86-0653-0
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Novel antologi bertemakan aksi ini telah ditulis oleh 4 orang penulis hebat terdiri daripada
Lynn Dayana - Sakura Samseng Jalanan
Syaida Ilmuna - Tren
Laila Kamilia - Cinta Top Secret Versi 1.0
Izza Aripin - Jejak Hantu

Tuesday, December 22, 2015

Al-Itqan Kaedah Cepat & Mudah Membaca Al-Quran (Jilid 1 - Jilid 6)

Tajuk : Al-Itqan Kaedah Cepat & Mudah Membaca Al-Quran (Jilid 1 - Jilid 6) 
Penulis : Hj. Abu Mazaya
Harga : RM15.00
ISBN : 9789830995762
Mukasurat : 6 buah buku
Berat : 1.1kg

Sinopsis
"Sebaik-baik ibadah umatku adalah membaca Al-Quran." Mafhum hadis Nabi s.a.w. tersebut memang memberi peluang pahala besar bagi umat Islam. Persoalannya, tidak semua orang yang membaca Al-Quran akan Berjaya mendapat pahala dan syafaat daripadanya, bahkan Al-Quran akan melaknatnya.

Sudah pasti, bagi memperolehi pahala yang diharapkan adalah sangat diperlukan cara-cara belajar membaca Al-Quran dengan baik, berkesan dan menggunakan kaedah-kaedah terkini.

Kaedah Cepat Dan Termudah Belajar Al-Quran "Al-ltqan", adalah memadukan beberapa sistem yang sudah sedia ada dengan beberapa tambahan sehingga ianya menjadi paling lengkap. Terdiri dari enam jilid dan boleh dijayakan dalam empat sehingga enam bulan. Dengan demikian bagi orang yang masih buta huruf Al-Quran diharapkan sudah pandai membacanya dengan baik dan benar pada jangka masa tersebut.

Cik Calla Lily Dan Encik Bos

Tajuk : Cik Calla Lily Dan Encik Bos 
Penulis : Airisz
Harga : RM21.00
ISBN : 978-967-0890-79-1
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
AKU? Nama aku Chinta Adara, tapi semua orang panggil aku CIK TA. Hidup aku tak berapa nak selesa selepas balik dari team building di Janda Baik. Ada orang selalu kirim calla lily dengan tagline ‘tunggu abang’. Siapa pula la yang minat kat aku? Memang pelik ni.

Tapi masa team building tu, aku memang garang habis. Yalah, ada ke patut letak aku dalam kumpulan anak dara tua? Aku muda lagi kut. Kena la dia orang dengan aku sekali. “Eh, kau orang tak ada nama lain ke nak letak?”

“Saja suka-suka, cik. Kita nak enjoy!”

“Enjoy kepala hotak korang."

Ini kes memalukan. Kali ni cawangan mana yang handle? Pakai otak ke tidak?”

“Jadi, cik nak nama kumpulan apa?”

“Fast and Furious!”

Cantik! Memang dapat pun tukar nama kumpulan. Tapi hampeh juga, sebab semuanya ahli lembik belaka. Sebab itu ke ada orang hantar aku bunga calla lily?

Aku pun perasan juga, masa team building tu ada sorang mamat ni macam minat aje kat aku, tapi masalahnya peserta team building kali ni kebanyakannya pegang status suami orang. Tak pun duda orang. Tak mau aku kalau duda.

Nanti satu kampung gelak sebab aku dapat duda. Tapi memang serius, selang sehari selepas tu aku terima calla lily. Siapakah gerangan dia?

Jadi Isteri Aku

Jadi Isteri AkuJadi Isteri Aku  
Penulis : Haura Amyra
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-446-228-4
Mukasurat : 608
Berat :

Sinopsis
‘Antara amanah & cinta, mungkinkah ada peluang kedua?’

Kepulangan Fareed Izwan usai peperiksaan akhir di perantauan membawa berita gembira untuk seisi keluarga. Namun, hajat untuk memperisterikan Rebecca yang berjaya mengetuk pintu hatinya berkecai di tengah jalan. Rajuk Puan Dahlia menyebabkan Fareed Izwan terperangkap untuk menerima Zahra Umairah, amanah yang dititipkan untuknya.

Diikat atas dasar perkahwinan, Zahrah Umairah hidup bagaikan tunggul. Entah sampai bila dia harus bertahan, dia sendiri tidak tahu. Lebih pedih, apabila Amri Khaleed yang dalam diam disukainya tiba-tiba membawa wanita lain kepadanya, seolah-olah hendak memberitahu kepadanya yang dia sudah berpunya.

Ujian yang menimpa di pertengahan jalan membuatkan Fareed bagaikan tersedar daripada lena yang panjang. Mampukah dia mempertahankan cinta Zahra Umairah dan amanah uminya atau memperkukuh cintanya terhadap Rebecca? Mungkinkah ada peluang kedua untuk dia kembali membetulkan keadaan?

"Aku tak tahu kenapa kau sudi terima aku sebagai suami, tapi aku sekadar sudi terima kau atas kertas aje. Tak lebih daripada tu. Tu pun demi umi." - Fareed Izwan

"Kalau Encik Amri nak kahwin dengan perempuan ni, dipersilakan. Kenapa perlu bawa dia jumpa saya? Pergilah jumpa keluarga dia. Kemudian, jumpa tok kadi untuk akad nikah. Encik Amri nak beritahu saya semua ni untuk apa? Bukan kita boleh kahwin pun. Saya ni isteri orang. Isteri kepada kawan Encik Amri sendiri!" - Zahra Umairah

"Tapi, Fareed, you dah ada keluarga. Boleh ke mereka terima I? Apa kata isteri you? Bukan ke nanti I jadi perampas suami orang?" - Nur Aisyah Rebecca Shahirah

My Sweet Tom Girl

Tajuk : My Sweet Tom Girl  
Penulis : Zulfati Hanis
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-446-227-7
Mukasurat : 608
Berat :

Sinopsis
'Kusandarkan hati ini untukmu buat selamanya.'

Menyamar dengan tujuan untuk mendekati seseorang adalah misi utama kepulangan Fatimah Dhaniyah ke tanah air setelah lama berada di Boston. Untuk menjayakan penyamaran ini, dia sanggup bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Ahmad Uwais, seorang bos yang hanya membenarkan kereta dipandu tidak melebihi kelajuan 80km/j.

Bekerja dengan Ahmad Uwais bukan sesuatu yang mudah. Perkenalan mereka pada mulanya tidak berjalan lancar. Mereka saling mengenakan antara satu sama lain. Namun, tanpa disedari mereka, dalam hati masing-masing mula bercambah bibit-bibit cinta.

Namun, saat Ahmad Uwais melafazkan rasa cintanya, Fatimah Dhaniyah tekad menolaknya walaupun hatinya turut mengakui mencintai lelaki itu. Tetapi kenapa dia menolak cinta lelaki yang dicintainya? Apakah misi penyamarannya berjaya dan siapa yang ingin didekati sebenarnya? Dapatkah Ahmad Uwais menerima keputusan Fatimah Dhaniyah itu?

"Tok Arab ni datang nak jual apalah pulak. Beg yang dia bawa punyalah besar. Entah-entah dia nak jual minyak atar kot? Ataupun minyak angin? Ke minyak urat?" - Fatimah Dhaniyah

"Tak payah nak ketawa sangatlah. Kau saja nak kenakan aku hari tu, kan? Kau saja masukkan cili sos dalam air milo tu, betul?" - Ahmad Uwais

"You betul tak kisah kalau dalam hati kekasih you masih ada rasa cinta untuk wanita lain?" - Zhariff


Sunday, December 20, 2015

Terasing

Tajuk : Terasing 
Penulis : Hilal Asyraf
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-5102-59-2

Sinopsis
11 tahun terpisah dengan sahabatnya Zaman, Saifullah bermimpi akan janji mereka berdua yang seakan-akan belum ditunaikan. Zaman kembali secara tiba-tiba. Saifullah gembira. Tetapi, bukan hanya kebahagiaan sahaja yang ada di dunia.


Tragedi Cinta Taj Mahal

Tajuk : Tragedi Cinta Taj Mahal 
Penulis : Aneesah Aliyyah
Harga : RM17.00
ISBN : 978-967-5102-73-8

Sinopsis
Natasha merupakan anak sulung Dr. Farid dan isterinya, Puan Hasmah. Dia mempunyai seorang adik kembar, Aleesha yang berusia 18 tahun. Mereka berdua melanjutkan pelajaran di Victoria University, Wellington, New Zealand. Di Wellington, Natasha bertemu seorang pemuda kulit putih yang berjaya mengambil hatinya, Jonathan. Jonathan juga sangat tertarik dengan Natasha, hingga membuatkan dia hendak mengenali Islam. Namun, hubungan antara benua dan antara agama ini tidak dapat diteruskan kerana Dr. Farid hendak Natasha dikahwinkan dengan anak kepada rakan karibnya, Bahar. Sebagai anak yang sangat taatkan orang tuanya, Natasha turutkan sahaja walaupun dia terpaksa mengorbankan perasaannya. Natasha sering mendapat igauan tentang kematian. Ternyata igauannya menjadi kenyataan. Dia memang hendak dibunuh dalam satu kes langgar lari di Wellington, lantas memaksanya untuk balik ke Malaysia. Di Malaysia, berkat taatkan orang tuanya, Natasha hidup bahagia di samping suaminya di rumah mereka yang diberi nama Mahligai Taj Mahal. 

Namun, kebahagiaan itu hanya sementara kerana Bahar mati secara tiba-tiba. Kematian Bahar adalah kematian kedua di mahligai itu. Benarkah dia dibunuh? Atau ia merupakan satu sumpah di mahligai itu? Mengapa Jonathan muncul selepas kematian Bahar dan dapatkah dia mengahwini Natasha?