Friday, January 15, 2016

Jejaka Edisi Terhad

Tajuk : Jejaka Edisi Terhad
Penulis : Rin Ahmad
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-0874-18-0
Mukasurat : 624
Berat :

Sinopsis
“Encik, takkan semua bilik nak buat studio?” ~ Sara.

“Suka hati sayalah. Saya bayar, kan?” ~ Que.

Kisah hidup Cik Akustik Konsultan, Sara Nabila huru-hara apabila bertemu dengan pramugara kacukan Inggeris, Que Zafril. Konon hati takkan goyah dengan godaan bersahaja Que Zafril kerana yang terpahat di hati hanyalah si tall, dark and handsome, Shah Ezlan. Namun, hari demi hari hatinya mula berubah rentak.

Que mempunyai banyak persamaan dengan abang kesayangan Sara, Sean Norman. Kaki snooker, kaki motor besar. Apatah lagi setelah dihalau keluar dari rumah dek angkara sahabat baik merangkap kakak ipar, Indah yang buruk perangainya, hanya Que yang menceriakan harinya. Terasa diri dekat dengan Sean Norman apabila bersama Que. Namun… mahu dicampak ke mana si tall, dark and handsome?

“Love is crap!”


Jangan Padam Rindu

Tajuk : Jangan Padam Rindu
Penulis : Rina Farizq
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-0874-17-3
Mukasurat : 648
Berat :

Sinopsis
Ellina tak sangka dia dilamar oleh tuan haji kerepot yang bertongkat! Dia tak rela nak bertunang dengan lelaki tua yang gatal tu. Nak kahwin? Lagilah tak ingin!

Ellina: Lagi satu, bukan semua orang tuan haji boleh beli hatinya dengan kebendaan. Note4 pink ni memang awesome tapi itu tak bererti saya dah jatuh tergolek kat sini.

Mereka tak pernah bertemu, hanya berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp. Mujurlah ada media canggih tu. Kalau tak, ‘muntah hijau’ dibuatnya kalau terpaksa bercakap secara langsung dan bertentang mata dengan tuan haji.

Tuan haji: Ellina, saya ikhlas nak kahwin dengan Ellina. By the way, Note4 pink tu saya hadiahkan dengan ikhlas. Saya tak ada intention pun nak buat Ellina jatuh tergolek kat sana. Ellina, jatuh tergolek ke?

Serius Ellina tak boleh tahan. Geli betul dengan lelaki tua yang bertongkat tu. Tapi nak buat macam mana? Apa pilihan yang dia ada?

Ellina: Saya serius. Apa kata kahwin saja dengan ibu saya? Saya lebih rela jadi anak tuan haji. Please marry my mom.

Tuan haji : Ellina… I want to marry you, not your mom.

 Ellina pasrah. Majlis pertunangan dijalankan walaupun hati tak rela. Tak ikhlas! Tapi, kenapa bila tiba hari pertunangan orang lain pula yang bertunang dengan dia? Bukannya tuan haji. Dan Ellina rasa nak mati bila ‘orang’ itu sebenarnya yang meminangnya. Ellina rasa tak menentu bila ‘orang’ itu yang menjadi tunangnya. Kenapa ‘orang’ itu? Kenapa orang yang telah merobekkan hatinya muncul semula dalam hidupnya?

“Simpan rindu dalam hati!”

Cik Pemanis Hati

Tajuk : Cik Pemanis Hati
Penulis : Phidot
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-365-253-2
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Niatnya hanya satu, mahu hidup berdikari tanpa pertolongan keluarga. Kehidupannya sebagai seorang kerani di Adam Group mula berubah huru-hara semenjak cucu Tengku Dahlia melanggar bahunya tanpa mahu meminta maaf.

“Tadi encik keluar dari lif, encik ada terlanggar apa-apa tak?  Contohnya, bahu orang.”

“Ada rasanya.  Tapi, benda remeh aje, kan?  Kenapa ya?  Boleh ringkaskan?” 

Sikap selamba Adam yang menyakitkan hati itu membuatkan Hana terus menggelar lelaki itu Mr. Tak Ada Adab. Ingatkan itulah kali pertama dan kali terakhir Hana berdepan dengan lelaki yang penuh menyakitkan hati, namun sangkaannya meleset sama sekali.  Mereka bertemu sekali lagi apabila Adam muncul menggantikan tempat Tengku Dahlia sebagai CEO Adam Group. 

Tujuan utama Adam menjadi CEO pun disebabkan mahu mengambil hak miliknya semula daripada Hana. Kalau bukan disebabkan itu, jangan harap dia mahu munculkan diri lebih awal. Dan disebabkan itu, dia sanggup menaiki tren buat pertama kali dalam hidupnya.

Tanpa diduga perasaan benci perlahan-lahan bertukar menjadi berbunga.  Rupa-rupanya dalam kedinginan sikap Adam, hatinya penuh dengan kemanisan. Hana yang sering menidakkan perasaannya mula merindukan Adam.

“Five seconds please.”

“Saya rasa tempoh masa lima saat tu dah tamat.”

“30 seconds please.  No, one minute would be just nice for us.” 

Kebahagiaan itu tidak kekal lama apabila kisah silam Adam mula menghantui kehidupan mereka. Apakah kisah silam yang membuatkan jiwa Adam tidak tenteram? Mampukah Hana bertahan menghadapi perubahan sikap Adam yang mendadak itu? Dan, bertahankah cinta mereka yang semanis brownies itu?

Dudaku Suamiku

Tajuk : Dudaku Suamiku
Penulis : Zaza Qry
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-365-252-5
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Reesa Aimee bukanlah perempuan ideal untuk Adam Syarez berkahwin, namun dengan Reesa Aimee juga dia melayari perkahwinan. Tidak panjang usia perkahwinan itu, mereka membawa haluan masing-masing. Enam tahun terpisah membuatkan Adam Syarez melupakan segala-galanya tentang Reesa Aimee. Takdir Allah itu indah, mereka bertemu semula apabila Reesa Aimee sudah mempunyai anak dan seorang ‘suami’.

“Umarif tak tolong?”  tanya Syarez agak panas hati apabila niatnya yang baik ditolak oleh Reesa.

“Tolong... ” Panjang jawapan Reesa.

“Tolong apa macam ni? Tengok, dia dah berjalan kat sana. Agaknya dia tolong dalam bilik tidur aje kut!”

Cemburukah Adam Syarez kepada bekas isterinya yang sudah berbahagia dengan suaminya? Dia sendiri yang meninggalkan Reesa Aimee kerana mahu kembali kepada Suzy, namun jika difikirkan memang Adam Syarez cemburu.

“Awak hanya senyum untuk Adam saja ke? Untuk orang lain tak boleh nak ukirkan senyuman ke?”

Versi harukah Syarez ini? Ikut sukalah, isteri orang. Bukan isteri dia nak senyum kepadanya ataupun tak? Pening kepala kalau mahukan isteri orang senyum kepada dia saja. Takdir bagaikan sudah mengikat mereka berdua. Elak macam mana sekalipun mereka tetap akan bertemu.

“Awak yakin ke kita boleh buat sebaiknya untuk Adam?”

“Boleh.”

Mampukah perkahwinan kali ini membahagiakan semua?  Berapa banyak hatikah yang akan terluka dengan keputusan mereka berdua? Dan, bagaimana pula dengan hati Suzy dan Umarif?

Thursday, January 14, 2016

Aduh, Pening!

Tajuk : Aduh, Pening!
Penulis : Asmah Hashim
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-86-0650-9
Mukasurat : 496
Berat : 450g

Sinopsis
Ingatkan bila kahwin dengan Ikmal, semua masalah akan selesai. Tak adalah orang asyik bertanya bila mahu makan nasi minyak. Rupa-rupanya dugaan yang diterima lebih dahsyat. Dia seakan dimadukan dengan anak tiri dan bekas isteri suaminya.

Dulu, sibuk sangat si Nadia tu minta cerai. Bila Ikmal sudah bahagia bersama Aleeya, boleh pulak dia terhegeh-hegeh hendak menuntut cinta lama. Gila talak ke apa? Konon-konon anak-anaknya tak boleh hidup tanpa ayah. Padahal… Ikmal sedikit pun tak pernah abaikan tanggungjawabnya.

Huru-hara jadinya hidup Aleeya. Puas ditepis-tepis akhirnya dia mengalah. Biarlah Ikmal kembali kepada Nadia. Dia sudah biasa sendiri. Hatinya tidak sakit, kepalanya tidak pening.

Kebahagiaan dirinya biarlah ALLAH yang tentukan. Jika tiada jodohnya di dunia… mungkin di akhirat ada yang menanti. 

Bulan Madu Di Venice

Tajuk : Bulan Madu Di Venice
Penulis : Nureen Mirza
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-86-0651-6
Mukasurat : 560
Berat : 550g

Sinopsis
AKU Ainin Sofiya. Aku bahagia meniti kehidupanku bersama suami tercinta, Ahmad Ziyad. Kehidupanku diserikan dengan kehadiran puteri dan putera yang amat aku sayangi. Kebahagiaan yang kukecapi ini tidak terungkap dengan kata-kata.

Apabila Ziyad menyatakan hasrat mahu membawaku berbulan madu, hatiku berbelah bahagi. Berat hatiku ingin meninggalkan putera dan puteriku untuk jangka masa yang lama.

“Sayang, abang memang dah berniat nak bawa sayang pergi honeymoon. Lepas kita kahwin, kita hanya sempat pergi Sabah aje. Tu pun sekejap dan secara sembunyi-sembunyi. Abang rasa bersalah pada sayang kerana tak mampu gembirakan hati sayang.”

Akhirnya, aku akur dengan kehendak Ziyad. Kami memilih Itali sebagai tempat berbulan madu kami. Bahagianya kami menyulam kasih, tetapi kebahagiaan bulan maduku tidak kekal lama. Pertemuan Ziyad dengan Lydia, kekasih lamanya di Venice menjadi punca segalanya. Aku menderita kesedihan bila Ziyad sentiasa melebihkan Lydia daripadaku.

Aku merana dengan sikap Ziyad terhadapku. Aku benci Venice! Aku benci Lydia! Aku benci segalanya tentang percutian bulan maduku! TUHAN, bantulah aku untuk mencari kekuatan yang sudah dirampas pergi ini! 

Cinta Batu Giling

Tajuk : Cinta Batu Giling 
Penulis : Ainon Zaini Zakaria
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-446-234-5
Mukasurat : 608
Berat :

Sinopsis
PERKENALAN antara Hanim dan Aldir bermula di Facebook. Namun, setelah bertemu dua muka, mereka berdua sering bertelingkah. Malah, Aldir sering buat hati Hanim tergores luka. Aldir punya alasan tersendiri menyisihkan Hanim. Berasa diri tertipu, akhirnya Aldir terpikat pada kejelitaan Hana yang jauh beza berbanding Hanim. Hubungan makin sukar apabila Aldir jatuh hati pada kakak Hanim. Dalam masa yang sama, Aldir memaksa Hanim bekerja di Restoran Siang Malam miliknya, demi melunaskan hutang. Hati Hanim sentiasa disakiti dan terluka. Cuma saat manis itu tetap ada walaupun pahit sering menimpa hubungan Hanim dan Aldir. Saat batu giling menari, ketika itu sebenarnya irama cinta mereka sedang menari bersama.

"Ada ke patut, hari-hari disuruhnya Nim menggiling cili dan rempah-ratus tak sudah-sudah, mak. Katanya, secret recipe untuk restorannya." - Hanim

"Habis, kerja high class macam mana yang you mahu? Jadi tauke restoran macam I? Tunggu I nikah dengan kakak you dulu." - Aldir

"Tak apalah, kalau bahan tu memang keperluan utama restoran dia. Dia menghargai warisan keturunannya. Kau ada? Mak ni hari-hari buat kuih macam-macam, ada kau dua beradik bercita-cita macam Aldir tu nak kembangkan perniagaan mak? Ada?" - Puan Maimun