Saturday, February 13, 2016

I’m A Backpacker : Europe

Tajuk : I’m A Backpacker : Europe
Penulis : Khairul Abdullah
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-369-314-6
Mukasurat : 240
Berat :

Sinopsis
Meneruskan tradisi buku bestseller pertama I'm A Backpacker: Korea, kini Puteh Press datang lagi dengan buku kedua dalam siri travel bertajuk I'm A Backpacker: Europe.

Buku ini bukan sebuah buku travelog yang mencatatkan pengalaman penulis. Tetapi buku ini adalah buku yang menunjukkan cara/how-to, bagaimana untuk mengembara di Eropah. Keistimewaan utama buku ini adalah bagaimana mahu travel di sebuah benua yang terkenal sebagai elit, tetapi dengan bajet terhad.

Dengan wang kurang daripada RM6000, pembaca ditunjukkan cara bagaimana mereka dapat mengembara ke-12 bandar besar di Eropah seperti Milan, Paris, Madrid, dan Berlin. Bukan sahaja pembaca dapat berjimat, mereka juga dapat merancang sendiri perjalanan seperti mana yang dikehendaki.

Buku ini adalah umpama Lonely Planet, tetapi versi untuk rakyat Malaysia. Buku ini:
- sepenuhnya berwarna.
- dipenuhi dengan gambar-gambar daripada koleksi peribadi penulis.
- pembaca mampu sesuaikan panduan untuk keperluan seorang mahupun secara berkumpulan.
- pilihan tarikh, tempat, aktiviti, jenis pengangkutan, penginapan, tukaran wang, makanan, pakaian, dan banyak lagi.
- daripada penulis yang sudah pergi sendiri ke tempat-tempat ini dan pernah menetap di Eropah.

Isi Kandungan

Bab 1: Tentang Benua Eropah
    Schengen Area dan Pengecualian Visa
    Musim, Cuaca, dan Suhu
    Bahasa dan Budaya
    Acara-Acara Besar dan Terkenal


Bab 2: MEMASANG ANGAN-ANGAN
    Negara Mana yang Ingin Kita Kunjungi
    Solo, Berkumpulan, ataupun Bersama Keluarga
    Pilihan Jenis Pengangkutan
    Pemilihan Tarikh yang Sesuai


Bab 3: PERANCANGAN
    Senarai Tempat yang Ingin Dikunjungi
    Kenal Pasti Lauan dan Jenis Pengangkutan
    Berapa Jumlah Hari yang Diperlukan
    Hotel, Hostel, ataupun Homestay
    Membuat Anggaran Kos
    Membuat Itinerari Lengkap

Bab 4: LANGKAH BERMULA
    Persediaan Penting
    Pembelian Tiket Penerbangan
    Penempahan Bilik Penginapan
    Penempahan Tiket Kereta Api
    Penempahan Kereta Sewa
    Penempahan Tiket Bas
    Penempahan Tiket Feri dan Kereta Api Eurotunnel
    Penempahan Pas atau Tiket Masuk

Bab 5: PERSEDIAAN KEMBARA
    Pasport, Visa, dan Dokumen Penting
    Insurans dan Perubatan
    Pakaian dan Bagasi
    Bekalan Makanan
    Alatan Komunikasi dan Pandu Arah
    Keselamatan Diri dan Barangan
    Kewangan dan Penukaran
    Mata Wang Asing
    Mental dan Fizikal

Bab 6: KEMBARA BERMULA
    Ketika Berlepas dan Ketibaan
    Ketika Daftar Masuk dan Keluar Penginapan
    Jetlag dan Cara Mengatasinya
    Ketika di dalam Kenderaan
    Bersiar-Siar Mencari Arah
    Makan dan Minum
    Kebersihan Diri
    Keselamatan Diri
    Membeli-Belah

Bab 7: KEMBARA BERAKHIR
    Persediaan Pulang
    Tuntutan VAT ataupun Tax Refund
    Berlepas Pulang

Take 5!

Tajuk : Take 5!
Penulis : Mohd Hariri bin Haji Mohamad Daud, Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-411-705-4
Mukasurat : 304
Berat :

Sinopsis
Dengar sahaja tazkirah, pasti terasa membosankan. Tetapi tidak buku ini. Tazkirah 5 Minit (Bukan 5 Jam) insya Allah cukup ringkas, padat, dan warna-warni.

Tulisan bersama Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff dan Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud ini mengetengahkan poin dalam bentuk pendek-pendek.

Selain boleh dibaca pada waktu santai dan lapang, ada halamannya yang dapat di-snap dan kemudiannya dikongsi di media sosial.

Insya Allah mampu dapat banyak 'like'.


Isi Kandungan

Bab 1: Bagaimana Menggunakan Buku Ini
Bab 2: Ruang Tazkirah Efektif
Bab 3: Penyampaian Mempersona
Bab 4: Apa Itu Tazkirah
Bab 5: Mencintai Ilmu
Bab 6: Kelebihan Majlis Ilmu
Bab 7: Tenang dan Menenangkan
Bab 8: 1 Huruf 10 Kebaikan
Bab 9: Bangunlah! Allah Dekat Denganmu
Bab 10: Ajaibnya Sedekah
Bab 11: Allah Maha Pengampun
Bab 12: Sabar Itu Cahaya
Bab 13: Malu Itu Iman
Bab 14: Jadilah Orang Pemaaf
Bab 15: Jangan Marah
Bab 16: Istiqamah di Jalannya
Bab 17: Terlajak Kata Buruk Padahnya
Bab 18: Menjauhi Sifat Nifaq
Bab 19: Doa Mustajab
Bab 20: Berjaya dengan Solat
Bab 21: Solat Berjemaah
Bab 22: Jom ke Masjid
Bab 23: Jaga Solat, Allah Menjagamu
Bab 24: Berbuat Baik kepada Jiran
Bab 25: Adab Jiran Non-Muslim
Bab 26: Salam vs Hello
Bab 27: Adab Bermedia Sosial
Bab 28: Bijak Memilih Kawan
Bab 29: Awasilah Pergaulanmu
Bab 30: Aurat Terjaga, Maruah Terpelihara
Bab 31: Salahkah Bercinta?
Bab 32: Awasi Jerat Percintaan
Bab 33: Hargai Usia Muda
Bab 34: Pemuda Bertaqwa dan Berwibawa
Bab 35: LGBT
Bab 36: Keluarga Bahagia
Bab 37: Ibu Bapa Ditaati, Hidup Diberkati
Bab 38: Anak Sumber Kebahagiaan Ibu Bapa
Bab 39: Galakan Membaca
Bab 40: Panggilan Satu Doa
Bab 41: Rawat Stres
Bab 42: Doa Tidak Diampunkan Allah
Bab 43: Islam Membela Maruah Wanita
Bab 44: Cinta Rasul
Bab 45: Belajar dari Lebah
Bab 46: Indahnya Syurga
Bab 47: Apabila Matahari Terbit di Barat
Bab 48: Islam Nikmat Terindah
Bab 49: Bibliografi

Friday, February 12, 2016

Masakan Warisan Melayu

Tajuk : Masakan Warisan Melayu
Penulis : Dato' Chef Ismail Ahmad
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-86-0620-2
Mukasurat : 128
Berat : 100g

Sinopsis
Buku ini istimewa kerana diterbitkan dalam dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pelbagai lapisan masyarakat boleh mencuba resipi hasil air tangan chef terkenal, Dato’ Chef Ismail Ahmad.

“Saya mahu mengekalkan kesinambungan masakan warisan Melayu dan tidak akan membiarkannya pupus ditelan zaman.”- Dato’Chef Ismail Ahmad.
Dato’ Chef Ismail Ahmad seorang Chef Selebriti yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang masakan sehingga ke peringkat antarabangsa. Buku Masakan Warisan Melayu menampilkan 50 resipi tradisi yang pasti membuka selera anda!

“I want to preserve the continuity of Malay food heritage and will not let it extinct,”- Dato’ Chef Ismail Ahmad.
Dato’ Chef Ismail Ahmad is a celebrity chef who has wide experience in the international culinary field. This book features 50 traditional tempting recipes.


Rahsia Adunan


Tajuk : Rahsia Adunan
Penulis : Azalia Zainal
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-86-0621-9
Mukasurat : 152
Berat : 100g

Sinopsis
Ada beberapa perkara mengenai kek, biskut dan desert yang anda buat kurang menjadi. Mungkin selama ini ada teknik penting yang anda terlepas pandang.

Buku Rahsia Adunan akan membantu anda menyelesaikan masalah ini. Pelbagai info, tip, soal jawab, kaedah asas dan peralatan yang digunakan semasa proses penyediaan adunan turut dibincangkan.

Anda juga dapat membezakan penggunaan marjerin dan mentega, jenis tepung dan juga tip pembakaran kek yang sempurna. Anda pasti teruja dengan aneka resipi kegemaran masa kini yang terdapat di dalam buku ini. Selamat mencuba!


Menu Ibu & Anak (Hidangan Ibu Berpantang & Selera Si Manja)

Tajuk : Menu Ibu & Anak (Hidangan Ibu Berpantang & Selera Si Manja)
Penulis : Suwarsi M. Arukin
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-86-0645-5
Mukasurat : 160
Berat : 100g

Sinopsis
‘Tukar menu biasa, menjadi hidangan luar biasa’. Itulah konsep yang penulis kongsikan melalui 70 resipi dalam buku ini yang pasti membuka selera ibu berpantang dan si manja seawal usia enam bulan. Baik ibu mahupun anak, kedua-duanya memerlukan makanan berkhasiat untuk memenuhi keperluan nutrien masing-masing.

Ulam pegaga, lobak putih, sawi putih, ikan haruan, ikan bilis, lada hitam, kunyit, serai, lengkuas merupakan bahan-bahan yang sering digunakan untuk menu ibu berpantang. Manakala puri dan bubur dari sumber buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin pula khusus dalam menu bayi. Semua bahan berkhasiat ini akan ditemui dalam resipi yang dikongsikan. Cubalah dahulu, pasti para ibu akan teringat-ingat hidangan ini walau sudah habis berpantang. Si manja pula makin hari makin membesar dengan ceria. Selamat memasak!

Wednesday, February 10, 2016

Masakan Barat Di Rumah

Tajuk : Masakan Barat Di Rumah 
Penulis : Haris Amir Jais
Harga : RM22.50
ISBN : 978-967-612-440-1

Sinopsis
Semua bahan yang terdapat dalam resipi ini juga bleh didapati dengan mudah di pasr raya. Kebanyakkan resipi yang terdapat dalam buku ini juga di hasilkan oleh chef-chef yang pernah berkhidmat di hotel bertaraf lima bintang. Jadi, tidak salah mencuba sesuatu kelainan dan melakukan sedikit pembaharuan dalam hidangan harian anda. Selamat mencuba.

Tuesday, February 9, 2016

Hanya Untuk Dia… Ain Nuraina

Tajuk : Hanya Untuk Dia… Ain Nuraina
Penulis : Sophilea 
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-5289-40-8
Mukasurat :
Berat : 

Sinopsis
IA kisah Zhafran Haikal, seorang pensyarah yang jatuh cinta dengan pelajarnya. Ia kisah Zhafran Haikal yang tak tahu nak memikat namun apabila cinta datang, perkara gila pun dia sanggup buat.
Mengekori Ain hingga sanggup menaiki bas dan memastikan dia duduk di sebelah Ain sepanjang perjalanan dari Penang ke Perak.
Melamar Ain setelah melekehkan gadis itu tidak pandai masak dan malas di hadapan pelajar-pelajar lain.
Mengherdik di dalam kelas, halau dari kelas, jirus air ke muka ketika Ain tertidur dalam kelas…

MELAMAR tanpa ada klu langsung untuk berkenalan!
Ain Nuraina membencinya. Ain Nuraina anggap dia pensyarah sewel, tak ada sivik, psiko, gila! Ain jadi lemas, dingin bagai bongkah ais kerana Zhafran lelaki yang dianggap kejam dan ambil kesempatan mengguna kuasa lantaran dia tidak melayan.

RIMAS! Zhafran sentiasa mengejarnya. Ayat-ayat manis diluah saat berdua-duaan…

“Yang sakit bukannya tangan saya. Setakat nak suap nasi masuk mulut tak ada masalah pun.” – Ain Nuraina
“Saya tahu tangan Ain tak sakit. Tapi kalau Ain nak tangan saya yang suapkan, insya-Allah jari saya kuat untuk angkat sudu tu.” – Zhafran Haikal

DINGINNYA Ain Nuraina buat Zhafran sanggup lakukan lebih lagi…

“Saya mengharapkan orang lain untuk jadi suami saya. Saya mengharapkan lelaki lain untuk menjadi imam saya. Sampai bila-bila saya tak suka doktor.” Suara Ain tidak setinggi tadi. Bertoleransi barangkali.
“Ain, kita tidak tentukan apa yang akan terjadi esok lusa dan hari-hari yang seterusnya. Allah yang tentukan.”
Ain pandang Zhafran.
“Apa salah saya pada doktor sampai doktor buat saya macam ni? Apa khilaf saya pada doktor?” Suara Ain separuh sebak.
“Silap Ain cuma satu...khilaf Ain kerana...kerana saya jatuh cinta pada Ain.”

BAHAGIAKAH pasangan ini apabila ego Ain melangit hingga dia tidak nampak sekelumit pun kejujuran dalam diri Zhafran terutama saat muncul Dr. Dania dan Irma yang jatuh hati terhadap Zhafran Haikal.