Saturday, February 13, 2016

Hati Yang Kau Sentuh

Tajuk : Hati Yang Kau Sentuh
Penulis : Dzie Tyea
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-0874-19-7
Mukasurat : 472
Berat :

Sinopsis
Menyimpan perasaan pada majikan sendiri bukan satu perkara mudah buat Suraya. Sekian lama melayan rasa, Suraya tiba-tiba dikecewakan apabila Naufal diberitakan akan bernikah tidak lama lagi. Hati bagai dihiris dengan sembilu namun, iman tetap cuba memujuk agar hati reda dengan semua ini. Dipinang seorang doktor yang begitu menjaga batas pergaulan, Suraya menerima dengan hati kosong. Sementelah istikharah sudah didirikan, dia tahu keputusannya menerima Ahmad Mubin adalah tepat. Namun siapa sangka, lelaki yang telah mendiami sekeping hatinya tidak meneruskan perkahwinan dengan tunangnya malah telah bertemu semula dengan Suraya di negeri di bawah bayu sebagai majikan Suraya.

Sekali lagi! Silaturahim yang dulunya rapat kini terjalin dengan lebih kukuh malah sampai ke satu tahap bila Suraya bukan lagi bertepuk sebelah tangan bila Naufal tiba-tiba meluah rasa yang sama. Tarikh perkahwinannya yang semakin menghampiri membuatkan hati Suraya mula berbolak-balik di antara Naufal dan Ahmad Mubin. Antara cinta dan janji yang sudah terikat.

Naufal pula langsung tak menyedari diri sudah hampir memasuki taman larangan. Dan saat kenyataan bahawa Suraya bakal menjadi isteri orang sampai ke telinga, Naufal jadi hilang arah lalu pergi membawa diri. Kalau dulu mereka terpisah tetapi bertemu semula, adakah kali ini cinta Naufal dan Suraya menemui titik penyudahnya?

Siapakah yang bakal memenangi hati Suraya? Naufal atau Ahmad Mubin?

“Bukan semua yang kita nak, kita akan dapat. Bersabarlah… kerana buah kesabaran itu hadiahnya sangat indah. Allah tak beri apa yang kita minta. Tapi, Dia beri apa yang kita perlukan.”.

Bidadari

Tajuk : Bidadari 
Penulis : Hannah Dhaniyah
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0890-88-3
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Hanis tidak pernah bermimpi untuk bersama dengan Aiman, si pencuri hati sewaktu di universiti. Mengenangkan dirinya yang serba kekurangan, Hanis membuan g terus perasaannya terhadap Aiman yang lahir dalam keluarga yang dihormati.

“Dia budak baik, Tiqah. Daripada keluarga yang baik-baik juga. Mestilah akan dapat isteri yang baik juga.” -Hanis-

Tanpa diduga, Syahmi yang merupakan ketua Hanis di tempat kerja pula menaruh perasaan terhadap Hanis dalam diam. Namun kalau sudah jodoh, pasti takkan ke mana. Hanis dan Aiman disatukan dalam majlis yang cukup meriah, lengkap dengan restu kedua belah keluarga. Kebahagiaan yang dikecapi membuatkan hidupnya lengkap tanpa mengharapkan apa-apa lagi.

“Abang ni, suka betul gelar Hanis bidadari tau!” -Hanis-

“Hanis, bidadari itu kan cantik. Bila abang panggil Hanis bidadari, maknanya abang puji Hanislah tu!” -Aiman-

Hanis tidak menyangka panas yang disangkakan sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Siapa sangka perkahwinannya bersama Aiman berakhir tidak sampai setahun umur perkahwinan mereka. Lantas, Hanis cuba mengumpulkan kekuatannya kembali. Pada saat dia cuba memulakan hidup baru, Syahmi hadir ingin mengubat hati Hanis. Hanis keliru.

“Saya dah hilang awak sekali Hanis, saya tak sanggup biarkan awak hilang buat kali kedua.” -Syahmi-

Kekasihku Jangan Marah

Tajuk : Kekasihku Jangan Marah
Penulis : Zan Zarida
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-86-0652-3
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Dipanggil temu duga semata-mata untuk mendengar perkataan ‘Anda tidak berjaya’? Sesiapa pun pasti akan marah. Kalau boleh, kerusi meja mahu diterbalikkan!

“Huh, jangan sombong! Encik jugak tak lepas dari ditemu duga bakal pak mentua. Saya doakan encik jadi sewel sebab tak ada yang nak terima encik jadi menantu. Tak pun, terus jadi serigala jadian sebab tak puas hati! - Safi Awadah

Namun, takdir tetap menemukan dan mereka terpaksa bekerjasama. Dalam menyampah, peliknya Safi Awadah boleh angau dengan Idan Jauhari! Tidak kisah langsung walau lelaki itu ego, beku dan hampir hendak sama dengan plywood kayu-kayan!

‘Cinta adalah saat hati disentuh pada suatu yang tak pernah kau rasa!’

Hanya kerana satu perasaan yang hadir, baru Idan sedar yang rasa cinta berjuta indahnya! Dia nekad. Sekali belayar biar robek layarnya, biar patah kemudinya, namun berpatah balik tidak sekali-kali.

“Safi, tolonglah percayakan saya. Saya akan jadi ‘Abang Seri’ yang terbaik untuk awak. Tak kiralah abang seri yang awak maksudkan adalah serigala ke, seri siantan ke, saya tetap nakkan awak jugak.”- Idan Jauhari

Mampukah Idan merebut cinta Safi andai tok kadi sudah menggenggam tangan lelaki lain? 

Cik Murai Sayang Cik Abang

Tajuk : Cik Murai Sayang Cik Abang
Penulis : Meeyalisha
Harga : RM18.00
ISBN : 978-967-0874-20-3
Mukasurat : 352
Berat :

Sinopsis
Percaturan hidup yang tidak dapat diterima. Keduaduanya rasa terpaksa tapi ketaatan kepada orang tua menjadinpenghalang untuk masing-masing menentang. Kedua-duanya tidak saling mengenal namun benar kata orang, jodoh pertemuan itu rahsia Tuhan. Mereka bertemu tanpa dirancang dan tanpa mereka tahu status mereka.

“Woi cik adik!”

“Assalamualaikum cik abang! Dah la langgar kereta saya, panggil saya pun ‘woi’ apa kes? Ni, habis kemik kereta saya. Awak ni tak reti ke yang saya tunggu dari tadi lagi? Ni parking saya la.” ~ Mia Qistina.

“Waalaikumussalam Cik Murai. Masalahnya sekarang awak yang langgar kereta saya. Kenapa pulak saya yang kena bayar ganti rugi? Lagipun tak ada tulis pun ini parking awak.” ~ Ikhwan Iqaan.

Siapa sangka pertemuan dalam keadaan kurang enak itu menimbulkan perasaan halus antara keduanya. Dalam pada mulanya tak rela, akhirnya bertukar menjadi sebuah perasaan yang indah. Namun, ujian datang menduga saat mereka bahagia melayari bahtera kehidupan. Ikhwan Iqaan sekali lagi dilamun cinta. Terlupa dia seketika pada si isteri yang setia menanti bersama sebuah kejutan. Apatah lagi apabila cintanya itu tidak bertepuk sebelah tangan.

“Saya akan ikat awak sampai bila-bila.”

Rich Dad’s Conspiracy Of The Rich (Edisi Bahasa Melayu)

Tajuk : Rich Dad’s Conspiracy Of The Rich (Edisi Bahasa Melayu)
Penulis : Robert T. Kiyosaki
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-411-560-9
Mukasurat : 368
Berat :

Sinopsis
Kita semua sedang melalui fasa kemelut ekonomi yang boleh dikatakan sebagai kritikal. Masalah ini bukan sahaja melanda golongan biasa, malah golongan usahawan dan juga korporat turut terkesan.

Selain berkongsi pandangan beliau tentang landskap ekonomi global serta kesannya terhadap orang ramai Menerusi buku Rich Dad's Conspiracy of The Rich ini, beliau juga turut memperkenalkan 8 Peraturan Baru Wang iaitu:

    Peraturan Baru #1 Wang: Wang adalah Ilmu Pengetahuan
    Peraturan Baru #2 Wang: Belajar Bagaimana Menggunakan Hutang
    Peraturan Baru #3 Wang: Balajar Mengawal Aliran Tunai
    Peraturan Baru #4 Wang: Bersedia Menghadapi Masa yang Buruk
    Peraturan Baru #5 Wang: Keperluan pada Kepantasan
    Peraturan Baru #6 Wang: Belajar Bahasa Wang
    Peraturan Baru #7 Wang: Hidup ini Ibarat Sebuah Pasukan Sukan
    Peraturan Baru #8 Wang: Belajar Mencetak wang Sendiri

Menerusi buku ini, Robert membawa pembaca meneroka sisi positif serta peluang yang boleh dicapai di sebalik kekusutan ekonomi yang melanda.

Buku ini ditulis secara online dan interaktif oleh Robert. Sepanjang penulisan beliau, pembaca dapat turut sama memberikan komen serta berkongsi pendapat yang relevan dengan setiap bab yang ditulis.   

Isi Kandungan

Pengenalan

Nota daripada Robert Kiyosaki: Pecutan Ke Depan(Fast Forward)...hingga ke Hari Ini

Bahagian 1 : Konspirasi

Bab 1 : Dapatkah Obama Menyelamatkan Dunia?
Bab 2 : Konspirasi Terhadap Pendidikan Kita
Bab 3 : Konspirasi Terhadap Wang Kita. Bank Tidak Pernah Kehabisan Wang.
Bab 4 : Konspirasi Terhadap Kekayaan Kita
Bab 5 : Konspirasi Terhadap Kepintaran Kewangan Kita

Bahagian 2 : Menentang Kembali
Bab 6 : Di mana Kita Pada Hari Ini ?
Bab 7 : Apakah Nama Permainan Kita?
Bab 8 : Mencetak Wang Sendiri
Bab 9 : Rahsia Kejayaan : Menjual
Bab 10 : Membina Demi Masa Depan
Bab 11 : Pendidikan Kewangan : Kelebihan Istimewa
Bab 12 : Sekiranya Saya Berkuasa Menjalankan Sistem Pendidikan

Kesimpulan

Kata Penutup

Bonus Istimewa: Q and A

25 Ayat Al-Quran Pilihan : Muhasabah Jiwa dan Minda

Tajuk : 25 Ayat Al-Quran Pilihan : Muhasabah Jiwa dan Minda
Penulis : Hilal Asyraf
Harga : RM30.00
ISBN : 978-967-411-743-6
Mukasurat : 280
Berat :

Sinopsis
Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk kepada orang-orang yang bertaKwa. Dalam Al-Quran, terdapat banyak pesanan dan panduan, untuk bekalan seorang hamba menyempurnakan kembaranya di dunia dengan baik.

Buku 25 Ayat Al-Quran Pilihan: Muhasabah Jiwa dan Minda, sebagaimana tajuknya, mengambil 25 ayat Al-Quran untuk dijadikan refleksi dan titipan para pembaca, sebagai jentikan minda dan rohani, untuk masing-masing kembali menilik peribadi dan keadaan sekeliling. 

Apakah kita berada dalam batas panduan Al-Quran? Ataupun sebenarnya hidup kita sudah jauh tersasar? 

Masa untuk kembali bermuhasabah.

Isi Kandungan

Bab 1: Surah Al-Baqarah ayat 30: Menyelami Makna Khalifah
    Komen Asy-Syahid Syed Qutb Berkenaan Ayat Ini
    Khalifah Tidak Mesti Berjawatan
    Siap Memikul Tanggungjawab



Bab 2: Surah Az-Zariyat ayat 56: Hakikat Kehambaan
    Komen Asy-Syahid Syed Qutb dalam Tafsir Fi Zilal Al-Quran
    Hakikat Kehidupan dan Kehambaan
    Pengabdian Itu Bukan Ritual Sahaja
    Allah Tidak Mahu Apa-Apa daripada Kita. Semua untuk Kita



Bab 3: Surah Ali Imran ayat 185: Kayu Ukur Kejayaan yang Sebenar
    Komen Asy-Syahid Syed Qutb di dalam Tafsir Fi Zilal
    Menanam Hakikat Kematian dalam Realiti Kehidupan
    Takkan Ada yang Terlepas di Sisi Allah s.w.t.
    Kayu Ukur Kejayaan yang Sebenar
    Penutup: Kerana Kita Masih Hidup



Bab 4: Surah Al-‘Asr Ayat 1 hingga Ayat 3: Masa dan Kehidupan
    Ulasan Asy-Syahid Syed Qutb dalam Tafsir Fi Zilal Al-Quran
    Masa dan Kehidupan
    Secara Asasnya, Semua Manusia dalam Kerugian
    Jalan Mengelak Kerugian
    Penutup: Hidup dengan Hala Tuju dan Berwawasan

     

    Bab 5: Surah Hud Ayat 114: Solat dan Usaha Memadam Keburukan
    Komen Syed Qutb dalam Tafsir fi Zilal Al-Quran
    Solat Sebagai Bekal Utama Perjalanan Hidup
    Terhapusnya Kejahatan dengan Kebaikan
    Inilah Peringatan bagi Orang yang Beringat



Bab 6: Surah Al-Baqarah ayat 183: Ramadhan dan Misi Mencari Takwa
    Komen Syed Qutb dalam Tafsirnya, Fi Zilal Al-Quran
    Puasa Bukan Sekadar Puasa
    Moga-Moga Kamu Bertakwa
    Penutup: Tuhan Kita ialah Allah s.w.t.



Bab 7: Surah Al-Ahzab ayat 21: Rasulullah s.a.w. Ikon yang Terulung!
    Komentar Asy-Syahid Syed Qutb Berkait Ayat 21 Surah Al-Ahzab
    Di Saat Genting Menjadi Contoh yang Terbaik, Apatah Lagi di Saat Tenang
    Baginda Adalah Manusia, Bukan Malaikat
    Penutup: Menjadi yang Mencontohi Baginda

     

Bab 8: Surah Al-‘Adiyat Ayat 1 hingga Ayat 11: Kuda Perang Vs Manusia
    Ulasan Asy-Syahid Syed Qutb Berkenaan Surah Al-‘Adiyat
    Kuda Perang, Kehidupan dan Tuannya
    Kita dan Allah s.w.t.
    Penutup: Kita Bukan Seperti Haiwan



Bab 9: Surah Al-Anfal ayat 1 hingga Ayat 4: Getaran Hati Orang yang Beriman
    Pembuktian Iman Itu Adalah pada Tindakan
    Persoalan Kewujudan Iman atau Tidak Wujudnya Iman di dalam Hati
    Manifestasi Iman: Tindakan
    Penutup: Bergerak dan Membumikan Iman



Bab 10: Surah Ibrahim Ayat 7: Syukur Ditambah, Kufur Diazab
    Komen Asy-Syahid Syed Qutb Melalui Tafsirnya Fi Zilal Al-Quran
    Bani Israel dan Erti Syukur: Pengajaran Buat Kita
    Syukur dan Kewarasan Jiwa
    Syukur Bukan dengan Ucapan Semata-mata
    Targhib dan Tarhib: Seni Allah s.w.t.
    Penutup: Allah s.w.t. Tidak Rugi Sedikit Pun Jika Seluruh Dunia Kufur



Bab 11: Surah Ad-Dhuha Ayat 1 hingga Ayat 3: Ketika Matahari Meninggi
    Komentar Asy-Syahid Syed Qutb dalam Tafsir Fi Zilal Al-Quran
    Matahari Meninggi dan Gelap Malam Pun Terhenti
    Allah s.w.t. Tidak Sesekali Meninggalkan Kita
    Penutup: Pujukan yang Sangat Mendamaikan



Bab 12: Surah Al-Insyirah Ayat 5 hingga Ayat 6: Kesusahan Bersulam Kesenangan
    Komentar Asy-Syahid Syed Qutb Berkenaan Ayat 5 hingga ayat 6 Surah Al-Insyirah
    Memandang Lebih Luas dari Sekadar Ujian
    Bersangka Baik kepada Pemberi Ujian
    Penutup: Yakin dan Percaya!



Bab 13: Surah Al-Baqarah Ayat 214: Cabaran dan Dugaan dalam Perjuangan
    Pandangan Asy-Syahid Syed Qutb dalam Tafsir Fi Zilal Al-Quran
    Bukan Perjalanan Lenggang Kangkung
    Teguh, Sabar, dan Yakin
    Kemenangan Akan Tiba
    Penutup: Perindu Syurga – Mantapkan Diri



Bab 14: Surah Ar-Ra’d Ayat 11: Tidak Akan Terubah Sebelum Berubah!
    Kupasan Asy-Syahid Syed Qutb Berkenaan Ayat Ini
    Perubahan Tidak Akan Berlaku dengan Tiba-Tiba
    Ubah Apa yang Ada pada Diri, Bantuan Allah s.w.t. Akan Tiba
    Kemalasan Tidak Akan Membuahkan Hasil Melainkan Kegagalan
    Penutup: Bergerak, Sekarang!



Bab 15: Surah Yusuf Ayat 23: Terkunci Namun Hati Tidak Tergari
    Kupasan Asy-Syahid Syed Qutb
    Nabi Yusuf a.s. dan Bilik yang Terkunci
    Nabi Yusuf a.s. Berlari Walaupun Pintu Terkunci
    Penutup: Refleksi Buat Diri Sendiri



Bab 16: Surah Ar-Ra’d Ayat 28: Sumber Ketenangan Orang Beriman
    Ulasan Asy-Syahid Syed Qutb dalam Tafsir Fi Zilal Al-Quran
    Tenang Dinaungi Tuhan Pemilik Alam
    Apakah Akan Langsung Tidak Berasa Gundah dan Gelisah?
    Malang Bagi Mereka yang Tidak Mempunyai Hubungan dengan Allah s.w.t.
    Penutup: Hubungan dengan Allah s.w.t. Menjadikan Kita Ajaib



Bab 17: Surah Asy-Syams Ayat 7 Hingga Ayat 10: Pilih, dan Hidup dengan Kesannya!
    Pandangan Asy-Syahid Syed Qutb dalam Tafsir Fi Zilal Al-Quran
    Suka Bebas Membuat Pilihan, Tetapi Tidak Suka Hidup dengan Konsikuensi
    Telah Jelas Mana yang Baik, Mana yang Buruk
    Kesan-Kesan yang Tidak Terlihat dan Belum Sampai
    Penutup: Bijaklah dalam Membuat Pilihan



Bab 18: Surah Toha Ayat 132: Bukanlah Allah s.w.t. Meminta Kita Rezeki!
    Ulasan Asy-Syahid Syed Qutb dalam Tafsir Fi Zilal Al-Quran
    Tanggungjawab Menyeru Keluarga Mendirikan Solat
    Kalau Tidak Solat, Allah s.w.t. Rugi?
    Akibat yang Baik, untuk Mereka yang Bertakwa
    Penutup: Ibadah Kita kepada Allah s.w.t., Adalah untuk Kebaikan Kita Sebenarnya



Bab 19: Surah Az-Zalzalah Ayat 7 Hingga Ayat 8: Tidak Terlepas Walau Sebesar Zarah
    Ulasan Asy-Syahid Syed Qutb Terhadap Ayat 7 dan Ayat 8 Surah Az-Zalzalah
    Tiada yang Akan Terlepas dari Hitungan Allah s.w.t.
    Jangan Abaikan Kebaikan Walaupun Kecil, Jangan Pandang Enteng Kejahatan Walaupun Kecil
    Penutup: Penilaian yang Memberi Keputusan Muktamad!



Bab 20: Surah As-Sajdah Ayat 12: Mati Tidak Akan Kembali Lagi
    Ulasan Asy-Syahid Syed Qutb
    Abaikan Allah s.w.t., Allah s.w.t. Abaikan Kita
    Kita Masih Hidup, Apakah Kita Menghargai?
    Penutup: Akan Tamat Masa Kita, dan Kita Tidak Akan Kembali



Bab 21: Surah An-Nabak Ayat 40: Lebih Rela Menjadi Tanah?
    Komentar Asy-Syahid Syed Qutb Terhadap Ayat 40 Surah An-Nabak
    Akhirat Itu ialah Perkara yang Pasti
    Tiada yang Akan Terlepas dari Pembalasan
    Penutup: Kita Masih Hidup, dan Berpeluang Melakukan Perubahan



Bab 22: Surah Az-Zumar Ayat 53 hingga Ayat 54: kepada yang Melampaui Batas
    Kupasan Asy-Syahid Syed Qutb di dalam Tafsir Fi Zilal Al-Quran
    Allah s.w.t. Bukan Hanya Tahu Menyeksa
    Selagi Belum Mati, Jangan Berputus Asa
    Penutup: Luangkan Masa, Telitilah Ayat-Ayat Cinta daripada-Nya



Bab 22: Surah As-Sof Ayat 10 hingga Ayat 13: Tawaran Perniagaan daripada Tuhan
    Tulisan Asy-Syahid Syed Qutb Berkenaan Ayat-Ayat Ini dalam Tafsir Fi Zilal Al-Quran
    Tuhan Semesta Alam, Menawarkan Perniagaan kepada Kita?
    Dengan Empat Tindakan, Dijanjikan Pembebasan dari Api Neraka Kemudian Ditambah Lagi!
    Empat Tindakan, Dua daripadanya Sudah Ada pada Kita
    Penutup: Masanya Kita Menceburi Perniagaan Ini



Bab 24: Surah An-Nahl Ayat 125: Serulah dengan Bijaksana!
    Ulasan Asy-Syahid Syed Qutb dalam Tafsir Fi Zilal Al-Quran
    Merenungi An-Nahl Ayat 125
    Semua Berperanan
    Penutup: Berdakwahlah



Bab 25: Surah Ghafir Ayat 60: Kerdilkan Diri, Berdoalah!
    Ulasan Asy-Syahid Syed Qutb
    Kadang Kita Terlupa Berdoa
    Doa Tanpa Usaha
    Hanya Orang-Orang yang Tidak Beriman Akan Angkuh dan Sombong
    Penutup: Berdoalah

Kaedah Merawat Susuk

Tajuk : Kaedah Merawat Susuk
Penulis : Dato’ Dr. Haron Din, Tuan Haji Mokhtar Kassan, Azizan Ramly
Harga : RM15.00
ISBN : 978-967-411-661-3
Mukasurat : 88
Berat :

Sinopsis
Buku Kaedah Merawat Susuk ini berkenaan amalan orang zaman dahulu yang memakai susuk untuk tujuan tertentu.

Susuk adalah amalan kebiasaan orang kita semenjak dari dahulu lagi. Ia adalah ilmu yang diamalkan yang mempunyai unsur syirik dan mengandungi unsur makhluk halus. Buku ini diberi judul Kaedah Merawat Susuk. Ia dapat menjadi pedoman kepada pembaca supaya sedar dan dapat berfikir dengan waras dan elakkan daripada amalan syirik.

Kebiasaanya, Orang yang memakai susuk mengalami kesukaran ketika hendak meninggal dunia. Dalam Al-Quran ada menyatakan, “Tidak lambat sesaat, atau cepat sesaat.” Apabila sampai ajal, Allah s.w.t. memberi peringatan kepada orang yang sihat supaya mengambil iktibar tentang apa yang berlaku kepada pesakit yang meninggal dunia yang memakai susuk.


ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN

BAB 1: PENGENALAN
Susuk dari segi bahasa
Susuk dari pandangan pengamal perubatan Islam
Susuk dan ilmu kebatinan lain
Hukum memakai susuk
Susuk dari penemuan perubatan moden

BAB 2: SUSUK
Tujuan memakai susuk
Jenis-jenis susuk
Pemilihan susuk
Lokasi pemakain susuk
Proses pemakaian susuk
Pantang pemakai susuk
Pantang makanan
Pantang perubatan

BAB 3: RAWATAN
Mengesan lokasi susuk
Mengeluarkan susuk dengan pembedahan
Mengeluarkan susuk dengan ruqyah dan bahan alami
Peringatan
Mengatasi gangguan makhluk halus

BAB 4: PENGALAMAN PENGAMAL SUSUK
Kisah 1 – pekerja am
Kisah 2 – bekas penyanyi
Kisah 3 – suri rumah

BAB 5: PENDINDING DIRI
Amalan pada waktu pagi dan petang
Amalan sebelum tidur
Pagar rumah dan kediaman

BAB 6: SOALAN LAZIM
Benarkah seseorang yang memasang susuk terhalang rohnya untuk meninggal dunia sehingga sakit tenat yang lama?
Apakah kesan terhadap pemakai susuk selepas susuk dibuang?
Bolehkah seseorang itu memakai susuk untuk tujuan keselamatan diri ataupun tujuan kesihatan?
Adakah kaedah implant benang emas menyamai susuk? Adakah ia dibenarkan dalam Islam?
Apkah hukum suntikan botox untuk tujuan kecantikan?

BAB 7: ALTERNATIF KEPADA SUSUK
Petua untuk sihat dan kelihatan muda
Doa-doa amalan pilihan

RUJUKAN