Tuesday, February 16, 2016

Pengantinku Jatuh Dari Langit

Tajuk : Pengantinku Jatuh Dari Langit 
Penulis : Mia Kiff
Harga : RM25.00
SKU : 

Sinopsis
RINIETA Aini - Gadis miskin yang mempunyai tabiat melatah dan lurus bendul. Dia disuruh oleh Opah Milah, neneknya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk berdikari. Berbekalkan SPM yang hampir gagal semua mata pelajarannya, dia bangga bekerja sebagai cleaner di Menara Mercu Holdings.

WALAUPUN pekerjaannya dihina, dirinya dianggap bodoh, kelurusan dan kejujurannya banyak membantu hati dan jiwanya...

“Maaf ya, encik. Rasanya laluan lain banyak lagi. Boleh encik ke tepi? Saya ingin menjalankan tugas.”
Lelaki itu menanggalkan kaca matanya menampakkan biji mata yang terbeliak. Nampak merah padam mukanya. Menghadiahkan renungan yang cukup tajam.
Rinieta jatuh rahang. Alamak, Encik Arfylah.
“How dare you say this to me. Do you know who I am?” Tengking lelaki itu, bernada kasar.
Rinieta menggaru kepalanya. Alamak, speaking la pulak. “Sorry encik, I don’t understands one sepatah haram. Buat penat aje encik marah saya tadi. Saya bukannya faham bahasa orang putih. Cuba encik marah sekali lagi dalam Bahasa Melayu?” Pinta Rinieta, senyum tawar.
Arfy Qhairant menggeleng. Sabar sajalah menghadap pekerja bawahan seperti gadis ini.

NAMUN kerana salah faham dan tanpa dijangka, perempuan itu yang Tuk Mummy mahu jodohkan dengan Arfy. Datuk Khadijah menyangka Rinieta kekasih Arfy. Banyak perkara menjurus ke arah situ lalu plan menjodohkan cucu yang fobia mahu bernikah ini dijalankan…

“Cucilah otak Arfy bagi bersih. Banyak sangat kotoran dalam otak dia. Biar dia sedar sikit, langit itu tinggi atau rendah. Hanya cinta saja penawar segala masalah, cinta pada Allah, Rasul dan manusia. Jadilah cinta hati Arfy yang mampu menghilangkan belenggu yang memenjarakan dia selama ni. Bahagiakan hidup dia, ya.” – Tuk Mummy

“Kau dengar sini, sampai aku dapat segala harta yang aku nak, sehingga itulah kau akan menjadi isteri aku. Faham?” – Arfy Qhairant

“Jangan kita mencari kesempurnaan, tapi keikhlasan yang akan menyempurnakan kita,” – Rinieta Aini

BERJAYAKAH pertelingkahan hero ego yang punya A hampir semua subjek dengan heroin lurus bendul yang ada D hampir semua subjek tatkala sebumbung? Bagaimana pula perasaan dan tindakan Arfy apabila adik kesayangannya yang baru pulang dari luar negara jatuh cinta dengan ‘orang gaji’nya itu aka isterinya yang dianggap ‘alien’!

Matahari Cerah Lagi

Tajuk : Matahari Cerah Lagi
Penulis : Fauziah Ashari
Harga : RM21.90
ISBN : 978-967-5289-15-6

Sinopsis
Suha menempuh kehidupan terpencil berbanding rakan seusia. Dikongkong oleh Saidah yang diamanahkan menjaganya demi melampiaskan tamak haloba ke atas harta pusaka. Kongkongan menjadikan dia dewasa keseorangan, terabai daripada segala-galanya, dinafikan pendidikan malah lebih memilukan dia tidak dapat mengatur masa hadapannya lalu dipaksa menerima kehadiran Yem.

Namun, naluri semula jadi mengatasi kekangan psikologi, tetap mengambil tempatnya tatkala dia bertemu Munir, lelaki separuh abad yang membawa sinar secerah matahari pagi. Tetapi malangnya, Munir dirundung tekanan jiwa yang amat parah. Berdendam dengan anaknya sendiri, Adam yang membesar bersamanya di samping tiga anak yang lain. Akhirnya Munir tekad menyunting Suha dek kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Adakah Suha terus nestapa?

Mengapa Adam menjadi mangsa dendam?
Dan...
Mampukan Yem menggapai cintanya?

Matahari Cerah Lagi membuka tabir, seorang gadis terabai hidupnya namun tetap mendambakan cinta... Suha.

Matahari Cerah Lagi menzahirkan cinta yang tidak sewajarnya wujud... Adam.

Matahari Cerah Lagi mengupas perspektif cinta yang telus... Yem.

Matahari Cerah Lagi menelusuri psikologi seorang yang kehilangan cinta... Munir.

Kasihi Aku Cintai Aku

Tajuk : Kasihi Aku Cintai Aku
Penulis : Rass Lestari 
Harga : RM32.00
ISBN : 978-967-5289-41-5
Mukasurat :
Berat : 

Sinopsis
ISSABELLA Fedriz, pewaris kekayaan datuknya, ahli perniagaan dari Perancis. Bernikah dengan pilihan Puan Sainon, neneknya seorang warga Malaysia namun hilang selepas bernikah. Setahun kemudian dia kembali semata-mata untuk menolong Magritha Group, syarikat datuk suaminya.

ENGKU Khairuz Mujahid panasaran apabila bertemu kali ini. Hatinya ada ‘rasa’ namun sayang isterinya berhati kering, garang, dingin, kurang ajar dan terlalu ‘menonjol’ sebagai ahli perniagaan sedangkan dia hanya seorang doktor yang sayangkan agamanya, sayangkan kehidupan normal untuk berkasih sayang... ISSABELLA kabur lagi... MUJAHID kecewa dan marah!

BERPISAH dan bertemu, itulah mereka... namun PERTEMUAN kali ketiga segalanya berubah... SEGALANYA tidak diduga...

“Awak rehatlah kejap, awak pasti tak nak kan Isha dan Izrai tengok muka awak yang pucat tu.”
“Turunkan payung tu. Kalau tunang Engku nampak saya dan Engku duduk macam ni pasti dia akan merajuk dengan Engku,” tuturnya lemah.
“Saya lebih suka kalau awak panggil saya Muja. Engku ni terlalu formallah.”
“Turunkan payung tu.”
“Saya lebih suka sikap awak yang hari ini, bukan yang lapan tahun lalu tapi nada-nada sekejap tadi macam lapan tahun lalu. Hurm...tak elok untuk anak-anak kita dengar.”
Mujahid senyum. Issabella ketap bibir.
“Turunkan payung tu Muja...”
Namun Mujahid berlagak seperti tidak mendengar apa yang Issabella katakan, malahan mulutnya rancak bersiul kecil dan matanya sekejap melihat ke arah Issabella dan tidak lama selepas itu dilarikan ke arah lain

KECOH apabila bekas pasangan suami isteri mula menyimpan ‘rasa’ lagi. Tambah parah apabila anak-anak ‘mengajar’ si mummy dan daddy ini bercinta secara terbuka pula…
“Tengoklah pejabat saya ni, macam hutan belantara. Sini bunga, sana bunga. Semua... bunga!”- Issabella

“Kenapa, sayang tak suka ke? Tak apa, esok abang suruh tauke buah hantar buah pulak. Kalau sayang lapar boleh makan kan?”- Mujahid

APA sebenarnya yang berlaku hingga mereka bernikah lagi dan berusaha mencipta bahagia sedangkan Mujahid sudah bertunang ketika itu? Bahagiakah mereka sedangkan Engku Zaiton sentiasa mencari ruang untuk membinasakan Issabella, yang dianggap pembunuh bondanya, Engku Badariah…

Monday, February 15, 2016

Hey! Mr. Spotlight

Tajuk : Hey! Mr. Spotlight
Penulis : Izma Qahiera
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0870-12-0 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Bujang tapi ‘not available’. Meletakkan status seolah dirinya sudah berpunya walaupun sebenarnya dia belum ada teman istimewa. Yang ada hanyalah cinta lama yang hilang entah ke mana.

Azraf Hamidi. Di hatinya sudah tertulis satu nama. Raisya Azzahra aka budak lesung. Setelah lapan tahun berlalu, budak lesung ni muncul semula tetapi tidak mengenalinya. Mustahil! Kalau diikutkan wajahnya tak banyak berubah. Masih lagi kacak. Bergaya. Kenapa Raisya tak kenal dia? Hati mula tak senang.

“Ini sayalah, Azraf. Takkan tak kenal?” – Azraf
“Ooo... Okey... Kenal.” – Raisya
“Yes!”- Azraf
“Encik Azraf ni bos Syarikat Pemadam Api Ghazali Enterprise ni, kan?” – Raisya

Bermula dari situ, pelbagai cara dia buat untuk pastikan ingatan Raisya kepadanya kembali pulih. Semua tidak berhasil. Satu idea nakal mula dibentangkan pada ibunya.

Setuju! Ikatan pertunangan antara Azraf dah Raisya telah dimeterai. Tetapi dengan syarat, Raisya tidak perlu tahu siapa dia encik tunangnya. Hati Raisya mula gundah gulana. Dia pula yang gunakan bermacam akal fikiran untuk putuskan pertunangan. Kerana di hatinya juga tertulis satu nama. Azraf Hamidi.

“Betul ke Raisya kata nak pedajalkan kau?” – Puan Diana
“Dia tak cakap nak pedajalkan orang. Dia cakap nak kenakan bakal tunang dia..."-Azraf
“Bakal tunang dia siapa?” Puan Diana
“Azraf Hamidi.”-Azraf
“Siapa tu?” –Puan Diana
“Oranglah! Apa mak ni? Anak sendiri pun dah tak kenal ke?”-Azraf

Dalam huru-hara itu, akhirnya mereka disatukan. Tersenyum lebar kedua mempelai kerana cinta mereka akhirnya ke jenjang pelamin. Namun, Azraf mula berkerut dahi bila yang dikahwini itu adalah anak emak! Mampukah dia mengemudi rumahtangga yang dibina bila ibu dan ibu mertuanya mula membuat aturan sendiri? Dapatkan Raisya menyesuaikan diri dalam keadaan kacau bilau itu? Itulah yang dia akan lalui bila dia sudah jatuh cinta pada silau Mr Spotlight!

Saturday, February 13, 2016

Lelaki Penuh Kejutan

Tajuk : Lelaki Penuh Kejutan
Penulis : Reeani Annur
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-365-255-6
Mukasurat : 
Berat : 

Sinopsis
Daripada seorang penyanyi jalanan yang tidak punya apa-apa, Fadil menempa kemasyhuran bergelar superstar terkenal setelah menjuarai satu pertandingan realiti TV. Namanya menjadi sebutan, digilai ramai peminat dan perempuan-perempuan yang memandangnya sebelah mata dahulu kini cuba mendekati dia semula.

Nena - “Boleh kita jadi macam dulu semula?”
Qistina - “Tapi… Kalau I jadi girlfriend you, I berani jamin I takkan merajuk. Lagi I sayang you adalah.”

Dua-dua cantik orangnya. Tetapi, hanya cinta Nuha yang dia dambakan. Cuma masalahnya sekarang, Nuha pula berbelah bahagi hendak terima lamarannya.

“Tak apa ke saya kahwin dengan awak?”
“Dah tak ada soalan bodoh lain ke kau nak tanya?”
“Yalah, awak tu Fad Ashraf. Penyanyi tersohor Malaysia. Saya ni siapa? Taraf saya dengan awak ibarat enggang dengan pipit. Tak kecewa ke peminat awak nanti kalau awak kahwin dengan gadis nobody macam saya ni?”

Dapatkah Fadil memujuk Nuha mengahwininya? Sejauh manakah Nena dan Qistina berusaha memenangi hati Fadil?

“Bahagia dalam bercinta tu kau hanya boleh rasa bila jumpa dengan orang yang betul. Yang tahu hargai diri kau dan boleh terima kau seadanya.”


Suami Paksa Rela

Tajuk : Suami Paksa Rela
Penulis : Shazie Kamaruzaman
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-365-258-7
Mukasurat : 
Berat : 

Sinopsis
Gara-gara frust menonggeng apabila si kekasih curang, Wafa Adlina tekad mulakan hidup baru. Keputusan yang paling sengal diambil. Dia nak kahwin! Tapi, bila pelan dah ada, calon suami pula tak ada. Ah, payah macam ni!

Tiba-tiba, kawan baiknya rekomenkan abang sepupunya sendiri. Satu blind date khas menemukan dia dengan Karl Elliyas, si playboy pencen. Kalau tengok dari segi luaran, Karl memang nampak sempurna. Tapi, bila lelaki itu dah tunjuk perangai sebenar, boleh meletup hati dia sebab menahan geram. Heh!

“Awak serius ke nak kahwin dengan saya ni?”
“Seriuslah. Kalau aku tak serius, aku tak datang sini. Tak datang jumpa Mak Jemah kau tu.”
“Memanglah. Tapi, kenapa awak setuju nak kahwin dengan saya?”
“Sebab kau ni spesial.”
“Apa yang specialnya?”
“Speciallah. Kat mana lagi aku nak jumpa perempuan desperate macam kau ni yang sibuk nak kahwin bila ex-lover dia nak kahwin. Kau ajelah satu-satunya. Hahaha!” ~

Perkahwinan tanpa syarat itu terjalin dengan luar biasa. Tanpa cinta, mereka bisa hidup seperti pasangan suami isteri yang sebenarnya. Sampailah satu saat, muncul Idham dan Jasmine yang sibuk mahu mencipta konflik. Mampukah Karl dan Wafa bertahan? Rasa dalam hati, adakah itu cinta? Atau, hubungan yang seakan-akan rela ini hanyalah kerana terpaksa semata-mata?

Tak Sangka Jatuh Cinta

Tajuk : Tak Sangka Jatuh Cinta
Penulis : Aunie Ayunie
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-365-256-3
Mukasurat : 
Berat : 

Sinopsis
Karzrin bukanlah lelaki yang tahu sangat pasal cinta. Dia pernah patah hati kerana cintanya ditolak oleh seorang gadis enam tahun lalu. Lantas, cadangan mamanya yang mahu meminang Hannah ditolak mentah-mentah. Hannah adalah sepupunya dan dia sangat membenci Hannah.

“Cantik mama cakap? Muka macam ayam hutan pun cantik ke?”

17 belas tahun belum cukup untuk memadamkan kebencian terhadap gadis itu. Mamanya boleh cakap apa sahaja tapi, baginya Hannah adalah gadis yang layak dihantar ke zoo. Perangai Hannah mengalahkan jakun! Kaki buli!

“Umi nak ke anak umi ni kena tinggal lepas kahwin nanti? Macam novel yang Hannah baca tadi tu. Perempuan tu kena tinggal lepas akad nikah.”

Hannah terdesak dan cerita dalam novel dijadikan alasan. Karzrin nak jadi suaminya? Budak penakut tu? Eeii... Tak naklah! Hannah sendiri membantah rancangan umi dan mak longnya.

Tapi, mereka tidak mampu menulis takdir mereka sendiri. Pertemuan semula selepas 17 tahun mengubah status mereka menjadi suami isteri. Jadi, bergaduhlah mereka setiap hari kerana mereka adalah musuh tradisi.

Tapi, permainan hati tiada siapa boleh jangka? Mulut kata benci tapi, hati mula cemburu. Hadirnya Redza membuatkan hati Karzrin bagai disalai. Munculnya Raisya menyedarkan Hannah tentang hakikat cinta. Mampukah lafaz ijab kabul menyatukan hati mereka yang keras itu? Adakah bahagia untuk mereka berdua?