Wednesday, April 27, 2016

My Lovely Tengku 2

Tajuk : My Lovely Tengku 2
Penulis : Pitteriah Abdullah
Harga : RM21.00
ISBN : 978-967-446-248-2
Mukasurat : 400
Berat :

Sinopsis
Apalah makna kehidupan andainya cinta dan kasih sayang tiada.
Perkahwinan Tengku Akif dan Zara Irdina mula teruji setelah mempunyai empat orang cahaya mata. Kebahagiaan yang terbina membuatkan orang yang tidak suka dengan mereka berdua mula diracuni. Semuanya bermula apabila Tengku Cempaka mahu Tengku Akif menjadi pewaris takhta di tempatnya. Anak-anak Tengku Cempaka membantah, malah Tengku Mawar yang rapat dengan Tengku Akif mula membenci Tengku Akif dan Zara Irdina.

Tengku Cempaka pula diracuni Tengku Bakar yang masih ada hati untuk bermenantukan Tengku Akif. Dia berhasrat mahu menjodohkan Tengku Fiona dengan Tengku Akif demi takhta Tengku Cempaka. Racun yang ditabur mula meresap dalam hati Tengku Cempaka dan bermulalah sengketa antara Tengku Akif dengan bondanya. Lebih kesal Tengku Cempaka mula mengungkit tentang Zara Irdina yang berstatus anak haram.

Berjayakah Tengku Akif mempertahankan cintanya dan keluarganya?


Bintang Hati Marlisa

Tajuk : Bintang Hati Marlisa
Penulis : Aishah Abu Hassan
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-446-250-5
Mukasurat : 624
Berat :

Sinopsis
Sakit kepala apabila seorang gadis terpaksa memilih satu daripada dua lelaki. Itu yang terjadi pada Marlisa, gadis yang sering bermasalah. Masalah keluarga belum selesai, dia tersepit pula dengan dua lelaki. Jihan Kamal seorang bintang dan Hazim seorang jurukamera sanggup berperang untuk memenangi hati Marlisa.

Hati Hazim menjerit memikirkan Marlisa adalah salah satu peminat nombor satu Jihan Kamal! Bagi Hazim, Marlisa hanya untuknya. Kedua-duanya mencintai Marlisa.

Pening! Marlisa pening! Apa yang harus Marlisa lakukan? Adakah dia perlu meminta nasihat Lat selaku sahabat baiknya yang selalu menyakitkan kepala? Hanya BINTANG HATI MARLISA yang dapat menyingkap segala-galanya.

Tidak Pernah Sesal


Tajuk : Tidak Pernah Sesal
Penulis : Umie Nadzimah
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0890-99-9 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Syed Azeem lelaki yang dilukai pada hari perkahwinan. Lalu berhijrah membawa diriuntuk mengubat hati. Bertahun berlalu, tiba-tiba terserempak bekas tunang, rindu bercambah kembali. Sayang sekali gadis itu bukan Sharifah Zalia. Gadis unik itu Lia Hana namanya. Mereka seiras! Mengenali Lia Hana, baru dia tahu yang watak mereka berbeza, bagai langit dengan bumi. Syed Azeem jatuh cinta sekali lagi. Kali ini sungguh-sungguh cinta! Dan sayangnya berbalas! Namun, impian untuk membina mahligai bahagia tidak mendapat restu dari emak Lia Hana dan walid Syed Azeem. 

“Hanya Naim yang boleh jaga dan lindungi Lia, emak tak percaya orang lain!” Tegas kata emak Lia Hana. Tetapi bukankah Abang Naim abang Lia Hana? Pening dengan sikap emak! Apakah rahsia yang emak pendamkan?

Tujuan mereka suci. Ingin cepat menghalalkan hubungan, mengelakkan dosa serta perlakuan maksiat, bukan sekadar cinta budak-budak hingusan, namun restu orang tua tidak boleh diabaikan. 

“Nikah dengan saya? Dalam masa terdekat? ” - Syed Azeem.

“Sini (London)? Jalan kita tak mudah selepas itu, Azeem...” - Lia Hana

“Katakan ‘yes’. Kita perlu harungi berjuta-juta langkah di hadapan. Saya hanya nak Hana buat satu langkah saja, yang lain saya akan selesaikan…” 

Adakah rancangan mereka untuk nikah jauh itu berjaya? Sedangkan kedua-duanya adalah anak yang baik dan sangat taat kepada orang tua masing-masing. Dalam masa yang sama, Sharifah Zalia muncul kembali untuk menagih kasih. 

Bagaimanakah kesudahannya ‘cinta banyak laut Syed Azeem terhadap Lia Hana?’ 

Ikuti kisah mereka dalam TIDAK PERNAH SESAL...

Al-Wazir : Permata Terindah

Tajuk : Al-Wazir : Permata Terindah
Penulis : Zulaikha Abbas
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0992-17-4
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Kisah lampau menjadi gelandangan akibat dibuang ibu kandungnya, Annabelle, telah merubahkehidupan Gianna serta-merta. Penceraian kedua-dua ibu bapanya juga menjadi punca kemudaratan hidup Gianna sehingga menyebabkan dirinya mengalami PTSD (penyakit gangguan emosi).

Biarpun sukar untuk sembuh semula, Gianna akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Catatan takdir menemukannya dengan si jejaka sosialit yang tinggi egonya. Pencarian isteri untuk nampak sempurna di mata khalayak adalah penting buat Emeeriz, yang merupakan salah seorang waris empayar Al-Wazir. 

Itu cerita sebelum Emeeriz menikahi Gianna, selepas kahwin… Gianna masih tidak dapat lari dari rasa curiga dan ragu-ragu terhadap kasih sayang Emeeriz buat dirinya dek PTSD yang masih bersisa kesannya.

“Baby, you buat I terkejut. Apa pasal you suka muncul senyap-senyap macam hantu? Tak reti bagi salam.” – Gianna

“Sayang, I belum tukarkan penama ke atas pewaris harta-harta I ke atas nama you. Bunuh I sekarang takkan memberikan you apa-apa faedah. Letakkan pisau tu ke dalam laci sekarang.” – Emeeriz

Tingkah laku Gianna sering kali menimbulkan perasaan curiga dalam hati Emeeriz. Bagi Gianna, benarkah dirinya betul-betul disayangi oleh Emeeriz itu sering menjadi tanda tanya yang tidak berkesudahan. Apakah pengakhiran kepada hubungan mereka berdua?

“I sayangkan you tapi I tak sebaik yang you fikirkan.” - Gianna

“I juga tak sebaik yang you fikir, Gianna. So, it makes us so perfect for each other.” – Emeeriz

Kerana ibu kandung, hidupnya sengsara… Dan kerana lelaki pula hidupnya jadi tak keruan. 

Mampukah Gianna merasakan kebahagiaan untuk dirinya? Dapatkah Emeeriz menerima kekurangan Gianna? Al-Wazir: Permata Terindah ini akan merungkai segalanya.

Mana Pelamin Qausar

Tajuk : Mana Pelamin Qausar
Penulis : Hananee Amir 
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-0851-39-6
Mukasurat :
Berat : 

Sinopsis
Bertahun sudah berlalu, namun peristiwa pahit antara Qausar dan Raihana tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

“Kalau aku jadi Raihana… aku tampar kau balik macam mana kau tampar dia dulu.”

Akibat daripada sikapnya yang kurang waras ketika itu menyebabkan Qausar kehilangan Raihana. Gadis itu akhirnya memilih orang lain.

Lama selepas itu, Mejar Qausar bertemu kembali dengan Raihana dalam pertemuan yang tidak disangka. Kasihnya pada Raihana tidak pernah mati. Qausar kembali menagih cinta daripada Raihana walaupun beberapa kali cintanya ditolak. Namun saat Raihana mula membuka hatinya buat Qausar, lelaki itu tiba-tiba berubah fikiran. Dia mahu Raihana pergi jauh-jauh daripada dirinya.

Mengapakah Qausar berubah hati secara mendadak? Dapatkah cinta mereka bersatu semula?

Novel ketiga HANANEE AMIR bercerita tentang si pilot dengan gaya jenaka sinis. Kisah cinta pertama yang tak pernah dapat dilupakan. Sebuah cerita yang pastinya akan mengingatkan kita pada kisah lalu.

Obses

Tajuk : Obses
Penulis : Syasya Bellyna
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-86-0693-6
Mukasurat : 560
Berat : 500g

Sinopsis
Bermula dengan pencarian teman sehati sejiwa, sepuluh jejaka melepasi temuduga dan terpilih menjadi calon dalam ‘pencarian soulmate’. Berlatarbelakangkan istana Castlebury di Scotland, Emily mencari keserasian di antara salah seorang peserta. Tidak mudah bagi Emily yang percaya bahawa cinta tidak akan datang dengan memaksa perasaan sendiri, namun apabila ada kasih tersemat di kalbu, peristiwa misteri mula melanda perjalanan mencari cinta sejati. Ditambah dengan ketaksuban Emily pada sejarah cinta dua darjat di Castlebury yang pernah dikambus masa, merumitkan keadaan.

Waktu kian berlalu, Emily hampir melunaskan impian ibunya dengan berusaha sehabis baik tanpa menyedari bahawa ada mata yang memerhati. Ada hati yang terseksa. Ada fikiran yang kotor. Ada rahsia di antara rahsia. Jemala Emily Arkisya menepu dengan kebenaran dan pembohongan. Dengan tindakan Adila, sahabat terbaik baginya mencurah kepahitan buat Emily.

Ditambah lagi dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh calon-calon suami bagaikan menembak mati hati selebriti ini. Permusuhan di antara mereka memporak-perandakan fikiran Emily Arkhisya sehingga di satu tahap wanita ini semakin keliru. Campur tangan Umi Kalsom, wartawan hiburan memutar fakta sehingga saat kebenaran terbongkar. Kerana rasa kasihnya kepada orang tua, kerana murninya persahabatan, kepercayaan yang tiada berbelah bagi, kesetiaan tiada taranya, kejujuran tanpa prasangka, kebaikan yang tiada tandingan, hati wanita ini dibunuh perlahan-lahan.

Misteri Castlebury, diari Bridget Khursheed, Lady Kiara, Christian Slater, sepuluh calon suami dan keluarga Emily, padat menerjah kotak fikiran. Semua rahsia akan terungkap di kota lama Castlebury. Namun, Emily adalah buruan sebenar! Muncul pertanyaan apabila hati meragui segalanya. Adakah Emily berjaya menyelesaikan semua persoalan yang bermain di fikiran? Apa yang nyata, Castlebury menjadi saksi percintaan, persahabatan, pergolakan jiwa, pengkhianatan, pengorbanan dan kemusnahan hidup seorang wanita.

Imaginasi


Tajuk : Imaginasi
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-86-0692-9
Mukasurat : 548
Berat : 500g

Sinopsis
Mereka... tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan. Mereka sangat berbeza, namun penuh dengan cinta. Tiga cinta dengan tiga kata. Kelam dan suram menjadi suasana latar kehidupan masing-masing. Warna pelangi itu terlihat, cuma tidak mampu digapai. Maka impian itulah yang melonjakkan hasrat agar mimpi setiap orang tidak berubah menjadi igauan buruk.

Suhaila - Perempuan yang hidup menyendiri dalam sebuah rumah agam di ladang kelapa sawit. Pembela saka seekor singa. Dia terkurung dalam ruang lingkup yang terbatas agar kejahatan tidak terlihat sesiapa pun menerusi mata sirna kebenaran.

Kamil - Lelaki yang baru dibebaskan dari penjara. Pandangan pertama di ladang kelapa sawit telah menjebakkannya ke dalam gelora cinta Suhaila. Apakah Kamil bakal menjadi korban percintaan?

Hafiz - Pengembara eropah yang menemui cintanya di Amsterdam, Holland. Yang dicintai adalah perempuan Indonesia bernama Citra Widya, buruan dua lelaki dari negara seberang. Berjayakah Hafiz membantu Citra Widya melarikan diri ke London supaya cinta mereka terus bernyawa?

Abam - Lelaki lurus bendul. Dia seorang penjaga lembu milik Pak Budin, ayah kepada Juita. Abam sangat mencintai Juita dengan caranya yang tersendiri. Namun, cintanya ditolak Juita.

Suatu ketika, keajaiban berlaku. Juita pula berubah sebaliknya, mencintai Abam. Bagaimanapun, Abam tidak semena-mena berubah akibat dirasuk semangat saka Suhaila. Apakah cinta Juita berjaya memulihkan semangat rasuk yang menyinggahi Abam?

RAMLEE AWANG MURSHID menerapkan nilai cinta dalam IMAGINASI. Kisah ini tampak lembut di luar, tetapi keras dan gila di dalam. Berlarilah tanpa menoleh untuk menyelamatkan nyawa sendiri. Apabila cinta itu berjaya menjangkau, maka tiada jalan untuk kembali. Pembebasan hanya mampu dilakukan dengan pengorbanan yang harus dilakukan dengan tulus ikhlas. Kerana cinta itu memiliki kuasa magisnya yang tersendiri.