Monday, May 9, 2016

Aku Bulan Dia Bintang

Tajuk : Aku Bulan Dia Bintang 
Penulis : Anarif
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-5289-45-3
Mukasurat :
Berat : 

Sinopsis
DARIN, walaupun anak tengah daripada tiga beradik, namun paling cengeng dan banyak masalah diri. Seorang wartawan yang tidak mahu menjadi wartawan. Seorang yang sempoi namun prejudis terhadap lelaki. Tiba-tiba dia diketemukan dan dikehendaki ‘bertugas’ selama tujuh hari dengan seseorang yang bergelar ‘Tengku’, ahli perniagaan muda yang berjaya dari luar negara dan dikejar ramai jurnalis Malaysia. Masalahnya, tugas dia bagaikan 24 jam bersama lelaki itu!

“Apa awak nak? Cakap terus je la. Saya nak tengok TV ni, dengki betullah.”
“Eh, cik kak... Awak datang sini nak kerja. Sudahlah tak ada tujuan hidup. Datang rumah orang, sedap-sedap je tengok TV. Tak ada rasa nak berubah ke?” Pen di tangannya ditujah-tujah je wajah Darin. Mujur tak kena.
Darin gigit bibir. Dah mula dah, perangai diktator dia tu!
“Okey! Nak suruh saya buat apa, bagi saja. Tak payah nak mengutuk.”
“Menjawab! Apa tugas awak sekarang?”
Darin diam.
“Saya tanya ni, apa tugas awak sekarang?”
Darin garu kepala. “Erm, jurnalis.”
“So, apa awak dah buat selama beberapa hari kerja dengan saya ni?”
“Hmm, tadah telinga dengar awak marah.”
Fakhri mengetap giginya. Kenapalah dia berjumpa dengan manusia yang tak ada tujuan hidup ni?

DALAM diam, Fakhri jatuh cinta pada jurnalis yang kadang-kadang dia lihat naif dan polos hingga menyedarkannya hakikat hidup yang sebenar dan banyak rahsia.

‘Rupa bulan berubah-ubah, macam awak juga. Kadang-kadang, awak dengar cakap. Kadang-kadang, awak marah-marah. Kadang-kadang, awak blur, macam budak kecil yang baru saja masuk tadika. Kadang-kadang, awak tak payah cakap apa-apa, tapi saya tahu awak ada.
I wish I am the stars around you. I want to be with you, and stay with you at all times. Bila awak hilang di siang hari, saya pun akan hilang. Bila awak muncul dengan gahnya saat siang melabuhkan tirainya, saya pun nak juga muncul di sisi awak.
Tapi, macam mana bulan kadang-kadang ditemani bintang yang banyak dan kadang-kadang cuma bersendirian, saya rasa saya pun akan jadi macam bintang itu. Saya tak mungkin dapat ada di sisi awak selalu, no matter how much I want to.
But, no matter when and where, awak mesti sentiasa ada, dan hidup dengan baik. Biarlah awak berubah-ubah, dan biarlah saya ada atau tiada, awak tetap sama di hati saya.’

APAKAH sebenarnya rahsia Fakhri yang ingin dia sembunyikan daripada khalayak ramai? Terbukakah hati Darin menerima Fakhri setelah menerima nota cinta nan sekeping itu walaupun pernah timbul gosip mereka yang memalukannya tersebar di media sosial?

Opera Angkasa

Tajuk : Opera Angkasa
Penulis : Nazri M. Annuar
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-369-322-1
Mukasurat : 312
Berat :

Sinopsis
Arman dan krew kapal angkasa Rajawali menjalankan khidmat pengangkutan kargo antara planet. Polisi mereka mudah: Bayar, dan kami akan angkut. Tiada soalan akan ditanya. Satu tugasan mudah, mengiring seorang gadis, Faridah Hanum pulang ke keluarga bapa saudaranya bertukar menjadi perjuangan survival krew Rajawali. Lanun-lanun angkasa dan organisasi misteri memburu gadis itu, dan mereka perlu melindunginya. Tiada siapa sangka, gadis itu adalah seorang daripada Empat Pewaris Kemusnahan yang memiliki kalung Raja Bersiong - penguasa kepada tujuh armada dari tujuh penjuru galaksi. Faridah Hanum adalah kunci bagi menguasai alam semesta. Suatu legenda yang sudah dilupakan. Drama perjuangan umat manusia di angkasa bermula...

Arluna

Tajuk : Arluna
Penulis : Rin Ahmad
Harga : RM21.00
ISBN : 978-967-0448-59-6

Sinopsis
Permulaan perjalanan hidup Nia Arluna @ Nina
sangat cliché.

1. Mula-mula terjumpa, terjatuh kat dalam kolam
di puncak Sands Skypark.
Eh, kau tak tengok side mirror dulu ke sebelum
brek?- NIA ARLUNA @ NINA
Emmm… errr... I’m not a car. Uh... I didn’t bring
side mirror while walking.- JOHAN ARIF @ JOE

2. Terjumpa lagi.
I macam kenal you. Kita pernah jumpa kat mana
ya? - JOE

3. Terjatuh cinta pula.
Kalau tadi dapat colour LUNA pun dah cakap ‘thank
you’, dapat hadiah lagi best ni jangan lupa cakap ‘I’ll marry
you’ ya.- JOE

4. Dah nak kahwin ni, ada pulak si penyibuk
Fazleen ‘udang galah’. Eh, dah kahwin pun muncul lagi?
Berjayakah seorang Arluna merubah plot hidupnya?
Atau dia tewas dengan hasutan syaitan? Atau dia tewas
dengan hak seorang isteri?
“Tewas Itu Taat.”


Rindu Bau Pohon Tin

Tajuk : Rindu Bau Pohon Tin
Penulis : Hasrizal Abdul Jamil
Harga : RM18.00
ISBN : 978-983-097-229-9
Mukasurat : 180 
Berat :

Sinopsis
Merupakan catatan kembara penulis di bumi Jordan. Penulis merakamkan pelbagai iktibar kehidupan, berkongsi cerita, memberi ?rasa? dalam tawa dan air mata. Jauh dari kampung halaman, kelananya sering dilanda payah dan derita. Namun kenangan yang menjenguk selepas perjalanan masa, rindu pula bertamu di jiwa. Nostalgia itulah yang memperkenalkan erti kehidupan, ukhwah dan kasih sayang. Sesekali pembaca mungkin akan terbawa-bawa suasana yang disampaikan penulis bagaikan sebuah realiti di depan mata. Itulah musafir kelana. Senaskhah travelog yang mengajak kita mencari diri dalam kembara memburu cinta Ilahi!

Friday, May 6, 2016

Mahalnya Cinta

Tajuk : Mahalnya Cinta  
Penulis : Theya Nur
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0870-15-1  
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Dia sangka akan berjaya menempuh gerbang perkahwinan yang sarat bunga dan duduk di atas pelamin indah dengan Firdaus Naiem. Semua angan-angannya lebur apabila tunangnya memilih kawan baiknya sebagai isteri. Zatifa Adelia serik dengan lelaki!
Ditunangkan dengan gadis pilihan ayahnya, Hazriq Ayyad memberontak. Dia tidak mahu mengikut rancangan ayahnya yang gilakan duit itu. Dia mengatur rancangan sendiri apabila Zatifa Adelia muncul tepat pada waktunya.

“Aku tahu kau berkawan dengan anak aku sebab kau nak kikis harta keluarga aku. Kan? Sekarang aku bagi kau duit dan kau boleh berambus daripada hidup anak aku.” – Tuan Hadwan

Tif memutuskan untuk pergi. Bukan dia yang tergila-gilakan Riq. Namun, apabila Riq terus menabur kata-kata manis, hati mana yang tak cair? Riq bagaikan lelaki yang begitu sempurna bagi Tif. Ya, dia jatuh hati lagi. Sedang cinta mula mekar, hati Tif terluka lagi.

“Jangan pandai-pandai bercakap soal cinta, kalau sebenarnya awak tak tahu cinta tu apa. Dan jangan mudah mengaku cinta, kalau awak tak betul-betul merasainya.” – Zatifa Adelia
“Awak nak saya kahwin dengan Mayalah? Awak sanggup biar saya kahwin dengan perempuan lain? Ini hidup saya. Saya berhak nak pilih dengan siapa saya nak hidup sampai saya mati.” – Hazriq Ayyad

Luka itu berdarah. Luka itu parah. Mampukah Hazriq membalutnya bila kepercayaan diragui? Kini baru dia tahu betapa mahalnya harga sebuah cinta!

Thursday, May 5, 2016

Rahsia Mustajabnya Doa

Tajuk : Rahsia Mustajabnya Doa
Penulis : Mohamad Abdul Kadir
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-86-0500-7
Mukasurat :
Berat : 500g

Sinopsis
Buku ini menghimpunkan soal jawab berkaitan doa serta himpunan doa-doa dan zikir daripada al-Quran dan Sunnah. Juga terdapat tatacara ketika berdoa. Penulis juga menyatakan tempat serta masa yang afdhol untuk kita berdoa yang insyaAllah, akan mempermudahkan pemakbulan permintaan kita.

Buku ini sesuai untuk dijadikan panduan dalam berdoa untuk seisi keluarga. 


Monday, May 2, 2016

Rahsia Kejayaan Para Ulama

Tajuk : Rahsia Kejayaan Para Ulama
Penulis : Syeikh Dr. Solah Abd Al-Fattah Al-Khalidi
Harga : RM21.00
ISBN : 978-967-86-0540-3
Mukasurat : 195
Berat : 500g

Sinopsis
ALLAH telah menjadikan para ulama sebagai perintis sepanjang sejarah Islam. Bermula daripada era para sahabat yang mulia, sehingga ke hari ini. Mereka mendahului dalam dunia keilmuan seumpama bintang yang terang benderang di cakerawala umat. Manusia lain melihat mereka dengan penuh rasa kagum sehingga ingin mengikut setiap jejak langkah mereka.

Risalah ini dipersembahkan buat para ahli ilmu yang mempunyai jiwa dan nurani yang kuat. Ia sebagai persediaan awal bagi mereka yang inginkan kejayaan sehebat ulama-ulama silam dalam bidang dan cabang ilmu pengetahuan. Pastinya liku-liku ini perlu diperhalusi dan dimantapkan melalui penguasaan al-quran dan sunnah. Maka berusahalah untuk menguasai kedua-duanya dengan penuh ketekunan.

ISI KANDUNGAN MENARIK

    Matlamat Yang Jelas
    Jasmani Dan Rohani Dijaga
    Berpesan Dengan Kebenaran
    Berpesan Dengan Kesabaran
    Pentingnya Majlis Muhasabah
    Jiwa Yang Kuat
    Akhlak Ahli Ilmu
    Cita-cita Gemilang
    Agama Itu Nasihat
    Nilai Masa Dan Ilmu