Sunday, May 15, 2016

Melodi Cinta (Edisi 3)

Tajuk : Melodi Cinta (Edisi 3)
Penulis : Azimah Lily, Nurrul Shuada, Bunga Amani, Elin Nadia, Aifa Batrisya, Tina Derika, Suha Fasihah, Helena Anne, Airis Amani, NorShiemah
Harga : RM21.00
ISBN : 978-967-469-003-8 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Dia Jiran Hatiku – Azimah Lily

Pertama kali Malia jumpa mamat ni, nasib Malia memang malang. Waktu tu Malia sedang joging dekat area taman ni. Motor yang mamat ni bawa terlanggar lopak air dan terus terkena Malia. Lepas tu dia blah macam tu aje.


Jodoh Hati Batu – Nurrul Shuada

“Aku terima nikahnya Mia Sofea binti Shafie...” 

“Eh, salah nama tu, Encik Taufiq!” Belum pun lafaz akad nikah selesai, keadaan mula menjadi riuh-rendah. Ada yang berbisik-bisik, ada juga yang mengata antara satu sama lain.


Kekasihku Dari Seberang – Bunga Amani

“Ah! Tak payah nak tanya lagilah. Tengok saja dekat TV tu. Macam-macam hal dia orang buat dekat negara kita ni. Tu! Anak dara Pak Yazid, dibawa lari ke Lombok tak balik-balik sampai hari ni. Bahaya! Kahwin aje dengan Melayu kita. Senang!”


Merindui Pelangi – Elin Nadia

“Lepas ni kau tak payah rapat dengan Lisa. Lisa tu bakal jadi doktor. Kau tu cuma tukang cuci pejabat saja. Nanti kau berangan pula nak belajar tinggi-tinggi macam dia.”


Anak Tuan Tanah Gedaung – Aifa Batrisya

“Gedaung tu apa?” 

Ge... Gedaung tu. Kuih gelang yang dah maung. Haaa... Itu, Si Man itulah. Entah kuih gelang abad bila entah dia jamu kat kami tadi. Sakit perut saya dibuatnya. Tak pasal-pasal, saya tak dapat pergi masjid tadi.”


Nota Hati Nur Nazurah – Tina Derika

Mak, seandainya engkau masih bernyawa, aku mahu kau tahu bahawa namamu selalu bertakhta indah dalam doaku. Helaan nafasmu umpama nadi semangat buatku dan gerak lakumu menambahkan sayu dalam hatiku. 


Wi-Fi Sebelah Rumah – Suha Fasihah

“Yang ni duit saya guna Wi-Fi rumah sewa Jay hari Sabtu lepas. Saya guna tiga jam. Then saya dah darabkan dengan caj yang biasa CC kenakan.”


Tembok Cinta – Helena Anne

“Sejak bila pula anak kucing pandai panjat tembok?” 

“Ni, anak kucing hutanlah. Bukan kata tembok, tingkap dan bumbung semua dia panjat.”


Muka Surat Cinta – Airis Amani

“Brother, tolonglah jangan potong markah saya,” pintasku laju. 

“Saya tak nak makan kat dalam CFS. Saya nak makan chicken chop dekat SS2. This weekend. Deal?” 


Kuih Koci Pulut Hitam – NorShiemah


#Assalamualaikum Cinta

Tajuk : #Assalamualaikum Cinta
Penulis : Zura Asyfar
Harga : RM35.00
ISBN : 978-967-469-018-2 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Kerana pertaruhan semangkuk cendol, Azrif dengan Rykal memulakan misi mereka untuk memikat gadis bernama Emma dan Nia yang dikenali dengan tidak sengaja. Kemuncak misi mereka adalah, mana-mana gadis yang akan sebut perkataan ‘I Love You’ dulu kepada mereka, dia yang akan memenangi pertaruhan itu.

Bagi Emma, sejak dulu lagi dia anti dengan lelaki kaya. Pada fikirannya, lelaki kaya suka adalah jenis yang suka berlagak dan menggunakan kekayaan mereka untuk mempermainkan perasaan perempuan. Contoh yang terdekat Ialah abang iparnya bernama Daniel yang selalu berkasar dengan kakaknya, Natasya.

Perkenalannya dengan tidak sengaja bersama Azrif Iqbal seakan membawanya ke dalam mimpi ngeri. Dia tidak suka dengan sikap lelaki tersebut yang suka memaksa untuk menerimanya sebagai kawan.

“Aku rasa baik kau bawa bunga ni bagi kat girlfriend kau... Sepatutnya kau bagi kat dia, bukannya kat aku.” - Emma Harlini

“Aku pelik... Kenapa susah sangat kau nak terima, eh? Aku bukannya suruh kau bayar pun!” - Azrif Iqbal

Untuk Nia pula, perkenalannya dengan Rykal kerana berebutkan parking kereta membawa satu perubahan dalam hidupnya. Lagi-lagi bila ayahnya amat tegas dalam mengawal kebebasannya untuk berkawan dengan lelaki.

“Parking tu kau punya ke? Setahu aku tak ada pula tulis nama siapa-siapa kat situ?” - Rykal Safuan

“Sahlah kau ni jenis yang tak ada budi bahasa. Tadi kau cilok aku punya parking. Sekarang kau dengan muka tak bersalah pula langgar mak aku. Dahlah langsung tak reti nak mintak maaf... Bro, muka handsome, kereta sikit punya gah tapi otak kalau otak tu out tak ada guna, bro... Confirm diharamkan jadi menantu kalau pesen perangai macam ni!” - Nia Sakinah

Walaupun dihamburkan dengan berbagai kata amaran, Azrif dan Rykal tetap gigih dengan misi mereka. Emma dan Nia yang pada mulanya tidak berapa suka dengan semua itu akhirnya menyedari yang sebenarnya hati mereka sudah mula terpaut suka pada Azrif dan juga Rykal.

Dek terlalu teruja dengan misi mereka yang sudah berjaya, akhirnya misi mereka kantoi juga pada malam yang sama. Saat itu, serta-merta Emma dan Nia memutuskan untuk tidak berjumpa dengan mereka berdua lagi.

“Awak ingat saya ni barang permainan ke? Barang ke? Suka hati awak aje nak buat pertaruhan?! Saya memang tak sangka, orang yang saya betul-betul ikhlas sayang dan cinta dia rupa-rupanya ada tujuan lain.” - Emma Harlini

“Nasib baik negara ni ada undang-undang... Kalau tak, isy, aku pun tak tahulah nak cakap macam mana... Mahu aje aku sembelih sekor-sekor.” - Nia Sakinah

Ketika itu Azrif dan Rykal mula susah hati. Hidup mereka sudah serba-serbi tidak kena. Mereka berdua sedar yang misi mereka itu sebenarnya sudah membuat mereka mula jatuh cinta pada Emma dan juga Nia. Namun ketika itu semuanya seakan sudah terlambat, nenek mereka berdua telah membuat keputusan mengejut untuk menunangkan mereka berdua dengan calon pilihannya sendiri.

Jadi, apakah yang terjadi pada Azrif dan Rykal seterusnya? Adakah mereka berdua berjaya dengan cinta mereka itu? Dan bagaimana pula dengan majlis pertunangan mengejut itu?


Thursday, May 12, 2016

Projek Seram : Cermin

Tajuk : Projek Seram : Cermin
Penulis : Zaifuzaman Ahmad, Illya Abdullah, Suzani Nadzir, Julie Jasmin
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-446-257-4
Mukasurat : 544
Berat : 410g

Sinopsis
Aku adalah kau... / PERJANJIAN TANPA RELA
Kematian Tarmizi memberi impak pada Nancy. Dia menyesal dan tertanya-tanya kenapa semua ini berlaku. Akhirnya, Nancy menemui jawapannya apabila puaka di dalam cermin di sebuah kedai antik di mana dia bekerja telah membongkar segala rahsia. Puaka itu mengatakan bahawa kini dia adalah penjaga Nancy kerana perjanjian telah berlaku tanpa disedari Nancy.

Tiga permintaan, ada syarat termeterai, ada korban perlu dipersembahkan... / 3 PERMINTAAN
Sofea Jane, seorang model jelitawan kegilaan ramai lelaki tetapi mempunyai hobi pelik, iaitu taksub pada cermin dan kecantikan. Cermin antik pemberian Damian yang dipecahkan telah bercantum kembali. Tanpa disedari, ada jin menghuni cermin itu. Jin itu menawarkan tiga permintaan kepada Sofea Jane, tetapi dengan syarat-syarat yang cukup berat untuk ditunaikan. Bila hati termakan bisikan syaitan, maka dia terjerumus dengan tipu daya jin.


Ku bawa kau dalam matiku! / RASUKAN AYUNINDYA
Teruja untuk mengetahui apa yang terselindung di sebalik sehelai kain batik, Suraiya telah membebaskan sesuatu yang telah dipasung berpuluh tahun dahulu. Gangguan mula menghimpit. Nyawa Isya menjadi taruhan. Ayunindya bangkit untuk menunaikan sumpah. Siapakah Ayunindya? Apa kaitan di antara puaka itu dengan Isya? Apakah yang dituntut daripada Isya? Adakah Isya menjadi korban Ayunindya?

Tenung aku, puja aku naik seri ke mukamu pasti jiwamu milik aku! / SINRNA SERI
Setiap pemilik almari cermin solek itu pastinya akan mengalami perkara-perkara aneh dan boleh meragut nyawa mereka kalau tidak berhati-hati. Apakah rahsia yang tersimpan pada almari solek cermin itu? Adakah benar ungkapan ‘jangan asyik tengok cermin saja, nanti seri muka ditarik cermin’?

Rumah Kecil Di Jabal Uhud

Tajuk : Rumah Kecil Di Jabal Uhud
Penulis : Roza Roslan
Harga : RM34.00
ISBN : 978-983-097-461-3
Mukasurat : 568 
Berat :

Sinopsis
Allah menjadikan sebahagian manusia sebagai ujian kepada sebahagian manusia yang lain, bertujuan untuk menguji kesabaran dan keimanan hamba-Nya. Sama ada ujian itu membuatkan mereka semakin tunduk menyembah-Nya atau sebaliknya.

Penulis mempunyai ingatan yang sangat kuat. Kenangan pada zaman kanak-kanak dan remajanya digarap dengan baik. Setiap kenangan yang tercatat di dalam Rumah Kecil di Jabal Uhud (RKDJU) bukan setakat travelog diri penulis tetapi juga berkait dengan tetamu di RKDJ yang pernah bertandang sama ada dengan menjejak kaki sendiri ke RKDJU mahupun menjengah secara alam maya.

Setiap tamu yang hadir ada kisah menarik yang boleh dijadikan iktibar dalam kehidupan seharian kita. Ia tarbiah yang benar-benar menusuk kalbu.


Wednesday, May 11, 2016

Di Atas Takdir Ilahi

Tajuk : Di Atas Takdir Ilahi  
Penulis : Qis Zakirah
Harga : RM29.90
ISBN : 9789675822360
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Nur An Nisa, gadis yang di anggap liar dan jahat rupa-rupanya menyimpan sejarah duka yang begitu tragis sehingga menghukum dirinya hingga ke akhir hayatnya. Trauma, ketakutan dan mimpi ngeri terus menghambat dirinya baik di dalam jaga mahupun lena.

“Kerana kau oranglah aku jadi jahat! Kerana kau oranglah aku jadi pemabuk! Kerana kau orang aku tak ada semangat belajar! Hidup aku bergelumang dengan dosa! Kau orang hancurkan hidup aku! Kau orang jadikan hidup aku tak ubah macam dalam neraka! Kau orang bunuh kehidupan aku! Bunuh masa depan aku!”

Pertama kali memandang An Nisa, mengundang rasa simpati yang tidak terhingga pada Irfan Maliki. An Nisa seolah sedang bertarung dengan konflik jiwa yang sangat tenat. Gadis itu perlu dibantu. Enggan melihat An Nisa terus tergelincir di jalan salah, Irfan menggalas tanggungjawab untuk membawa An Nisa pulang ke pangkal jalan.

“Di Atas Takdir Ilahi yang telah menjadi ketetapan buat diriku, sesungguhnya aku relakan segala yang telah terjadi di dalam hidupku. Aku relakan takdir itu semata-mata demi meraih redha-Mu. Ya Allah! Kerana hanya redha-Mu yang akan menjamin keselamatan hidupku di dunia dan akhirat.

Jadikanlah kerelaanku ini sebagai hujah untukku, bagi membela diriku di hadapan-Mu nanti Ya Allah! Semoga dengan belas dan rahmat kasih-Mu ianya dapat menyelamatkan aku dari api neraka-Mu, seterusnya melayakkan diriku untuk memasuki syurga Ilahi yang kudambakan”.

Saat Kau Jauh

Tajuk : Saat Kau Jauh
Penulis : Izz Jaja
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0907-24-6
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
NURUL ANA LIYANA - Menjadi seorang gadis yang dibenci keluarga bukan sesuatu yang mudah buatnya. Malah, dia tidak pernah diberi ruang untuk mengungkap kata sayang. Pedih dan sakit dalam hati hanya dia yang mengerti. Dia terkapai-kapai mencari harga diri. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk mengecap bahagia. Sekali pun tidak. Sesaat pun perasaan itu tidak pernah wujud dalam kamar hatinya.

“Segala-galanya terlalu sakit untuk diingati. Terlalu luka untuk diubati.”- Ana Liyana

IKHWAN FAZAIL - Lelaki yang punya segala-galanya, cukup lengkap untuk lelaki semuda dia. Kemewahan menjadikan dia lupa kepada Sang Pencipta. Dia buaya darat yang dikenali ramai. Kasih Ikhwan buat Narisha seorang, namun keinginannya hanya kepada Ana Liyana, gadis yang ingin dia takluki. Sungguh, dia hanya mahu wanita itu menemani lenanya.

“Kalau pun seluruh dunia tak sukakan you, I takkan sesekali benci pada you, Ana.” – Ikhwan Fazail

Hebatnya rencana Ilahi, Ana dan Ikhwan akhirnya bersatu sebagai suami isteri. Dalam terpaksa dan separuh rela, Ana menyerah. Aturan takdir itu bukan kehendaknya. Penyatuan itu diharap dapat menjadi tempat untuk dia menumpang kasih. Sayang sekali, Ikhwan masih dengan egonya, sekalipun hati kecilnya mengakui betapa dia menginginkan Ana sebagai isteri. Cinta dan kasih sayang dipertaruhkan. Dendam dan hasad dengki akhirnya memisahkan mereka.

Pantasnya waktu berlalu menyaksikan perubahan kepada seorang Ana Liyana. Dia bukan lagi gadis naif yang jelik untuk dipandang. Pedihnya memori silam telah mengajar hati Ana untuk menjadi seorang wanita yang lebih tabah dan cekal. Bagi Ana, cukuplah derita semalam. Dia tidak mahu berpaling lagi.
Lantas, saat Ana menjauh, hati Ikhwan berbisik syahdu...

“Hanya Ana yang I dambakan.”

Tuesday, May 10, 2016

Genesis

Tajuk : Genesis  
Penulis : Faiz Zahid
Harga : RM29.00
ISBN : 978-967-5822-33-9 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Namanya Shahrul Halim. Itu apa yang dikata oleh mereka. Tapi siapa sebenarnya dia? Dia tidak tahu. Dia tidak ingat. Apa yang diberitahu, dia seorang penyiasat. Dia terkejut!
Ingatannya yang hilang setelah kemalangan yang berlaku di Lebuh Raya Seremban-Nilai itu benar-benar mengganggunya. Apabila tersedar daripada koma, hanya Jamal dan Huda yang berada di sisinya.
Dia diperkenalkan dengan senaskhah al-Quran berwarna biru yang akan menemaninya di sepanjang perjalanannya selepas ini. Ayahnya, Yusri Qadri yang berdarah Inggeris merupakan seorang penulis novel terkenal bertajuk The Lost Guardian.
Dia didatangi lelaki halusinasi yang kerap kali menjelma dan menghilang tanpa dia kehendaki. Lelaki halusinasi itu kelihatan cuba membantu untuk mengingati kembali masa lalunya. Namun lelaki itu lebih banyak berteka-teki.
Ternyata kes rompakan yang melibatkan perompak-perompak yang memakai topeng Guy Fawkes pada 5 November lalu berkait rapat dengan kemalangan keretanya. Dia hanya mempelajari sejarah silamnya melalui imbasan, cerita Jamal, Huda dan lelaki halusinasi itu.
Watak Shahrul Halim sentiasa dilihat dengan tongkat yang sentiasa dibawanya. Tongkat yang bercorak ular itu mengandungi pelbagai rahsia dan tongkat itu juga banyak membantunya semasa melakukan penyiasatan. Tongkat itu juga ada disebut dalam novel The Lost Guardian. Shah harus menyelesaikan kes masa lampaunya yang ternyata ada kaitan dengan sebuah sindiket rahsia.
“Kenapa dengan Sherlock Holmes? Awak tahu siapa dia?”
“Bukan tu maksud aku. Kod kau dalam buku tu. Jawapan dia Sherlock Holmes.”
“Awak baca buku orang?”
“Eh, habis tu macam mana aku nak tahu nama kau?”
“Oh, okay. Kod tic-tac-toe tu ke? Betullah tu. Nama awak?”
“Sherlock Holmes,” jawab lelaki itu berseloroh.
“Betul-betullah…”
“Shahrul Halim.”