Sunday, May 15, 2016

Dia Lelaki Idaman Hati

Tajuk : Dia Lelaki Idaman Hati
Penulis : Sri Sarah
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0874-23-4
Mukasurat : 776
Berat :

Sinopsis
Bila perkahwinan itu dicemari dengan penipuan, hilang sudah kepercayaan Riana terhadap suaminya, Firhad. Membawa sekeping hati yang luka, Riana bertembung dengan Raffael di bumi asing. Riana pernah menolak cinta Raffael demi cintanya yang tidak berbelah bahagi kepada Firhad suatu ketika dahulu.

Saat hatinya diulit bahagia, Firhad datang menagih cinta. Desakan Puan Zaimah supaya Riana kembali ke pangkuan Firhad mengusutkan keadaan. Riana perlu membuat keputusan. Siapakah lelaki idaman hatinya?

Firhad yang ingin meraih semula cintanya?

Atau Raffael yang sentiasa berada dalam fikiran Riana?

“Kadangkala kita perlu membuat kesilapan supaya kita dapat memperbaiki kesilapan itu.”

Tolong Bagi Hati Awak

Tajuk : Tolong Bagi Hati Awak 
Penulis : Hannah Ezaty
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0992-21-1
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Bagi Merah, lelaki semuanya sama. Suka mengambil kesempatan dan tidak bertimbang rasa. Disebabkan seorang lelaki, dia disumbat ke dalam lokap dan kerana seorang lelaki juga dia dikeluarkan dari sana.

Nama saya Adrian Syah. Panggil saja Adrian. - ADRIAN

Adrian hadir tanpa diduga pada masa, tempat dan keadaan yang tepat. Merah yang kehilangan tempat berteduh, kesempitan duit dan tiada pekerjaan tetap tiba-tiba dihulur bantuan. Kehidupannya berubah sekelip mata tetapi Merah tetap tak mahu percaya sehingga dia menuduh Adrian punya agenda.

Tak ada manusia kat dunia ni yang jujur pun! Semuanya nak mengambil kesempatan. Buat baik tapi sebenarnya penuh dengan agenda! - MERAH

Saya bukan orang jahat dan berniat nak buat bukan-bukan. Saya ikhlas bantu awak. -ADRIAN

Dek satu insiden, perlahan-lahan Merah mulai meletakkan kepercayaannya kepada Adrian. Tapi hidupnya mulai tergugat dengan kehadiran Amanda, si kucing parsi yang gemar mencari pasal dengannya. Tak cukup Amanda, bosnya pula Andhika mulai menunjukkan minatnya terhadap Merah malah Adrian juga suka bergurau soal hati dengannya sehingga dia tersepit antara ketiga-tiga mereka.

Tanpa diduga, Merah tiba-tiba diisytihar sebagai Rhea Atilia, gadis yang hilang sejak dua puluh tahun dulu. Seluruh kepercayaannya terhadap Adrian gugur satu per satu bila dia merasakan yang Adrian mengkhianatinya. Kerana Adrian, identiti sebenar Merah terbongkar. Kerana Adrian, Merah rasa yang dirinya diperkotak-katikkan lantas keputusan drastik diambil dengan menghilangkan diri. Berbulan Adrian menjejakinya dan bila ketemu, Merah pula meletakkan syarat.

Saya akan balik dan jadi Rhea Atilia tapi dengan satu syarat. Awak kena jauhkan diri daripada saya. - MERAH

Bila Adrian sedang mengotakan janjinya untuk menjauhi Merah, Merah rasa dia pula yang mahu mungkir janji. Kenapa dengan hatinya? Kenapa dengan jiwanya?

Tolong la, Adrian. Tolong jangan buat saya macam ni. Tolong jangan hukum saya terus-terusan sebab saya tak sanggup dah nak hadap semua ni. - MERAH
Bolehkah Adrian bagi hatinya pada Merah yang ego dan terlalu pentingkan perasaan sendiri? Mampukah Adrian teguh dengan janjinya atau jadi pemungkir janji? Bagaimana dengan hati mereka? Bakal bersatu atau berkecai begitu saja?

Mr. Dud Next Door

Tajuk : Mr. Dud Next Door
Penulis : Aisya Rihanna
Harga : RM32.00
ISBN : 978-967-0992-22-8
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Nur Julia Arina ialah seorang gadis biasa. Dia mendambakan cinta daripada seorang lelaki kaya. Keadaan dirinya menjadi kacau apabila kakak kandungnya sendiri bersuamikan seorang jurutera dan kerap menghinanya kerana belum mempunyai pekerjaan tetap dan tidak mempunyai teman lelaki. Disebabkan itu, api cinta yang datang mula tumbuh kepada duda di sebelah rumahnya dibuang jauh-jauh.

“Aku tak boleh kahwin dengan lelaki pokai.  Nehi, nehi.  Love is nothing without  money!”- Julia Arina

Kota raya Kuala Lumpur menyaksikan pertemuan semula Julia Arina dan Mr. Dud pokai yang dihindarinya. Identiti sebenar lelaki itu kini terbongkar. Mr. Dud pokai itu adalah Adam Zafran Tan Sri Daniel Iskandar. Ops, malunya Julia. Apa yang romantiknya, cinta lelaki itu tetap kudus untuk Julia.

“I tolak you dulu. I, I tak suka lorry driver” -Julia Arina

“Kalau kita suka seseorang, sukar nak padamkan perasaan tu. I accept your reason. I kan open minded,”-Adam Zhafran

Bahagia itu tidak datang bergolek tanpa dugaan.  Cinta tiga segi di antara Adam Zafran, Adam Haykal dan Nur Julia Arina membuat ketiga-tiganya merana.  Mana mungkin Adam Haykal mengaku kalah kepada abang kandung yang dibencinya.  Dan Julia pula, bertahankah dengan hasad dengki kakak kandung sendiri?

“Sampai bila you nak jadi orang gaji untuk si lumpuh tu?  Come on, Arina.  You muda,     cantik, and one thing for sure, i’m crazy about you.  Suruh Zafran ceraikan you.  Lepas edah, kita kahwin!”-Adam Haykal

Sejauh manakah hebatnya cinta Mr. Dud dan Julia Arina ini melawan segala getir yang tiba? Apakah Julia akan melepaskan Mr. Dud kesayangannya?  Dan berjayakah Adam Haykal meranapkan bahagia mereka berdua?

Mamat Muka Selenga

Tajuk : Mamat Muka Selenga
Penulis : Aliesha Kirana
Harga : RM21.00
ISBN : 978-967-469-004-5 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Orang cakap, tak kenal maka tak cinta. Tapi kalau baru tengok muka pun dah meluat gila-gila, macam mana nak suka, apatah lagi nak jatuh cinta?

NUR FATIHAH HUSNA - Aku bukanlah nak memilih sangat bab mencari jodoh ni, tapi kalau boleh nak la juga bakal suami aku tu orangnya sedap mata aku memandang, sebab aku nak bersama dia seumur hidup, dan kalau boleh sampai ke syurga! Jadi, tak salah kan kalau aku memilih? Dan nak buat macam mana kalau kategori sedap mata memandang aku itu rupanya macam Kim Soo Hyun, Lee Min Hoo atau paling kurang pun Syarul Ridzwan? Tak salah, kan? Haha. Tapi dalam banyak-banyak pilihan yang ada, kenapa dia juga yang muncul dalam hidup aku? Kenapa mesti dia?

FAHMI NAZARUL AIN - Tengok dari bawah memang dah cukup segak, dengan tingginya macam model, tetapi bila lihat wajahnya, memang selenga habislah. Suara sudahlah macam petir lepas tu tersengih saja kerjanya. Hobi dia pula melalak dua puluh empat jam. Meluat betul aku!

“Saya dah nak tidur tahu tak? Boleh tak kalau main gitar tu esok aje? Tak aman ke jiwa awak kalau tak main gitar dengan menyanyi tu sehari?” - FATIH

“Orang tua-tua cakap, marah tu tandanya sayang.” - FAHMI

Semakin aku menyampah, semakin galak dia mengusik aku. Tapi bila dia senyap, aku pula yang rindu. Aduh, kenapa dengan aku ni? Tak mungkin aku boleh suka dekat mamat sengal tu. Tak mungkin!

AYDAN DANIAL - Anak majikan tempat aku bekerja, wajahnya persis jejaka Korea, membuat hatiku tergoda tetapi wajah kacak begitu memang wajib jadi playboy ke? Baru saja nak jatuh cinta, jadi berbulu mata tengok dia berkepit dengan perempuan-perempuan tak cukup kain. Tapi manusia boleh berubah, kan? Hehe.

RAIN - Artis popular tanah air yang segak dan bergaya, digilai ramai peminat tetapi di sebalik popularitinya itu dia masih seseorang yang aku kenal, yang terlalu lama aku tidak bersua dan rindukan setengah mati.

Kenapa pada saat aku menanti jodoh persis Korea, dia muncul dengan sengihannya tetapi pada saat rasa suka itu baru saja mahu berputik, dia langsung tidak punya tanda mahu luahkan cinta? Adakah dia benar suka atau aku sekadar syok sendiri? Tega betul dia mempermainkan perasaan aku yang rapuh ni. Memang kurang asam jawa betul mamat ni!

Putih putih melati, merah merah delima,

Dalam banyak-banyak lelaki, kenapa Mamat Muka Selenga?

Melodi Cinta (Edisi 3)

Tajuk : Melodi Cinta (Edisi 3)
Penulis : Azimah Lily, Nurrul Shuada, Bunga Amani, Elin Nadia, Aifa Batrisya, Tina Derika, Suha Fasihah, Helena Anne, Airis Amani, NorShiemah
Harga : RM21.00
ISBN : 978-967-469-003-8 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Dia Jiran Hatiku – Azimah Lily

Pertama kali Malia jumpa mamat ni, nasib Malia memang malang. Waktu tu Malia sedang joging dekat area taman ni. Motor yang mamat ni bawa terlanggar lopak air dan terus terkena Malia. Lepas tu dia blah macam tu aje.


Jodoh Hati Batu – Nurrul Shuada

“Aku terima nikahnya Mia Sofea binti Shafie...” 

“Eh, salah nama tu, Encik Taufiq!” Belum pun lafaz akad nikah selesai, keadaan mula menjadi riuh-rendah. Ada yang berbisik-bisik, ada juga yang mengata antara satu sama lain.


Kekasihku Dari Seberang – Bunga Amani

“Ah! Tak payah nak tanya lagilah. Tengok saja dekat TV tu. Macam-macam hal dia orang buat dekat negara kita ni. Tu! Anak dara Pak Yazid, dibawa lari ke Lombok tak balik-balik sampai hari ni. Bahaya! Kahwin aje dengan Melayu kita. Senang!”


Merindui Pelangi – Elin Nadia

“Lepas ni kau tak payah rapat dengan Lisa. Lisa tu bakal jadi doktor. Kau tu cuma tukang cuci pejabat saja. Nanti kau berangan pula nak belajar tinggi-tinggi macam dia.”


Anak Tuan Tanah Gedaung – Aifa Batrisya

“Gedaung tu apa?” 

Ge... Gedaung tu. Kuih gelang yang dah maung. Haaa... Itu, Si Man itulah. Entah kuih gelang abad bila entah dia jamu kat kami tadi. Sakit perut saya dibuatnya. Tak pasal-pasal, saya tak dapat pergi masjid tadi.”


Nota Hati Nur Nazurah – Tina Derika

Mak, seandainya engkau masih bernyawa, aku mahu kau tahu bahawa namamu selalu bertakhta indah dalam doaku. Helaan nafasmu umpama nadi semangat buatku dan gerak lakumu menambahkan sayu dalam hatiku. 


Wi-Fi Sebelah Rumah – Suha Fasihah

“Yang ni duit saya guna Wi-Fi rumah sewa Jay hari Sabtu lepas. Saya guna tiga jam. Then saya dah darabkan dengan caj yang biasa CC kenakan.”


Tembok Cinta – Helena Anne

“Sejak bila pula anak kucing pandai panjat tembok?” 

“Ni, anak kucing hutanlah. Bukan kata tembok, tingkap dan bumbung semua dia panjat.”


Muka Surat Cinta – Airis Amani

“Brother, tolonglah jangan potong markah saya,” pintasku laju. 

“Saya tak nak makan kat dalam CFS. Saya nak makan chicken chop dekat SS2. This weekend. Deal?” 


Kuih Koci Pulut Hitam – NorShiemah


#Assalamualaikum Cinta

Tajuk : #Assalamualaikum Cinta
Penulis : Zura Asyfar
Harga : RM35.00
ISBN : 978-967-469-018-2 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Kerana pertaruhan semangkuk cendol, Azrif dengan Rykal memulakan misi mereka untuk memikat gadis bernama Emma dan Nia yang dikenali dengan tidak sengaja. Kemuncak misi mereka adalah, mana-mana gadis yang akan sebut perkataan ‘I Love You’ dulu kepada mereka, dia yang akan memenangi pertaruhan itu.

Bagi Emma, sejak dulu lagi dia anti dengan lelaki kaya. Pada fikirannya, lelaki kaya suka adalah jenis yang suka berlagak dan menggunakan kekayaan mereka untuk mempermainkan perasaan perempuan. Contoh yang terdekat Ialah abang iparnya bernama Daniel yang selalu berkasar dengan kakaknya, Natasya.

Perkenalannya dengan tidak sengaja bersama Azrif Iqbal seakan membawanya ke dalam mimpi ngeri. Dia tidak suka dengan sikap lelaki tersebut yang suka memaksa untuk menerimanya sebagai kawan.

“Aku rasa baik kau bawa bunga ni bagi kat girlfriend kau... Sepatutnya kau bagi kat dia, bukannya kat aku.” - Emma Harlini

“Aku pelik... Kenapa susah sangat kau nak terima, eh? Aku bukannya suruh kau bayar pun!” - Azrif Iqbal

Untuk Nia pula, perkenalannya dengan Rykal kerana berebutkan parking kereta membawa satu perubahan dalam hidupnya. Lagi-lagi bila ayahnya amat tegas dalam mengawal kebebasannya untuk berkawan dengan lelaki.

“Parking tu kau punya ke? Setahu aku tak ada pula tulis nama siapa-siapa kat situ?” - Rykal Safuan

“Sahlah kau ni jenis yang tak ada budi bahasa. Tadi kau cilok aku punya parking. Sekarang kau dengan muka tak bersalah pula langgar mak aku. Dahlah langsung tak reti nak mintak maaf... Bro, muka handsome, kereta sikit punya gah tapi otak kalau otak tu out tak ada guna, bro... Confirm diharamkan jadi menantu kalau pesen perangai macam ni!” - Nia Sakinah

Walaupun dihamburkan dengan berbagai kata amaran, Azrif dan Rykal tetap gigih dengan misi mereka. Emma dan Nia yang pada mulanya tidak berapa suka dengan semua itu akhirnya menyedari yang sebenarnya hati mereka sudah mula terpaut suka pada Azrif dan juga Rykal.

Dek terlalu teruja dengan misi mereka yang sudah berjaya, akhirnya misi mereka kantoi juga pada malam yang sama. Saat itu, serta-merta Emma dan Nia memutuskan untuk tidak berjumpa dengan mereka berdua lagi.

“Awak ingat saya ni barang permainan ke? Barang ke? Suka hati awak aje nak buat pertaruhan?! Saya memang tak sangka, orang yang saya betul-betul ikhlas sayang dan cinta dia rupa-rupanya ada tujuan lain.” - Emma Harlini

“Nasib baik negara ni ada undang-undang... Kalau tak, isy, aku pun tak tahulah nak cakap macam mana... Mahu aje aku sembelih sekor-sekor.” - Nia Sakinah

Ketika itu Azrif dan Rykal mula susah hati. Hidup mereka sudah serba-serbi tidak kena. Mereka berdua sedar yang misi mereka itu sebenarnya sudah membuat mereka mula jatuh cinta pada Emma dan juga Nia. Namun ketika itu semuanya seakan sudah terlambat, nenek mereka berdua telah membuat keputusan mengejut untuk menunangkan mereka berdua dengan calon pilihannya sendiri.

Jadi, apakah yang terjadi pada Azrif dan Rykal seterusnya? Adakah mereka berdua berjaya dengan cinta mereka itu? Dan bagaimana pula dengan majlis pertunangan mengejut itu?


Thursday, May 12, 2016

Projek Seram : Cermin

Tajuk : Projek Seram : Cermin
Penulis : Zaifuzaman Ahmad, Illya Abdullah, Suzani Nadzir, Julie Jasmin
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-446-257-4
Mukasurat : 544
Berat : 410g

Sinopsis
Aku adalah kau... / PERJANJIAN TANPA RELA
Kematian Tarmizi memberi impak pada Nancy. Dia menyesal dan tertanya-tanya kenapa semua ini berlaku. Akhirnya, Nancy menemui jawapannya apabila puaka di dalam cermin di sebuah kedai antik di mana dia bekerja telah membongkar segala rahsia. Puaka itu mengatakan bahawa kini dia adalah penjaga Nancy kerana perjanjian telah berlaku tanpa disedari Nancy.

Tiga permintaan, ada syarat termeterai, ada korban perlu dipersembahkan... / 3 PERMINTAAN
Sofea Jane, seorang model jelitawan kegilaan ramai lelaki tetapi mempunyai hobi pelik, iaitu taksub pada cermin dan kecantikan. Cermin antik pemberian Damian yang dipecahkan telah bercantum kembali. Tanpa disedari, ada jin menghuni cermin itu. Jin itu menawarkan tiga permintaan kepada Sofea Jane, tetapi dengan syarat-syarat yang cukup berat untuk ditunaikan. Bila hati termakan bisikan syaitan, maka dia terjerumus dengan tipu daya jin.


Ku bawa kau dalam matiku! / RASUKAN AYUNINDYA
Teruja untuk mengetahui apa yang terselindung di sebalik sehelai kain batik, Suraiya telah membebaskan sesuatu yang telah dipasung berpuluh tahun dahulu. Gangguan mula menghimpit. Nyawa Isya menjadi taruhan. Ayunindya bangkit untuk menunaikan sumpah. Siapakah Ayunindya? Apa kaitan di antara puaka itu dengan Isya? Apakah yang dituntut daripada Isya? Adakah Isya menjadi korban Ayunindya?

Tenung aku, puja aku naik seri ke mukamu pasti jiwamu milik aku! / SINRNA SERI
Setiap pemilik almari cermin solek itu pastinya akan mengalami perkara-perkara aneh dan boleh meragut nyawa mereka kalau tidak berhati-hati. Apakah rahsia yang tersimpan pada almari solek cermin itu? Adakah benar ungkapan ‘jangan asyik tengok cermin saja, nanti seri muka ditarik cermin’?