Monday, June 6, 2016

Kriminal : Catatan Seorang Wartawan Jenayah

Tajuk : Kriminal : Catatan Seorang Wartawan Jenayah 
Penulis : Syahril A. Kadir
Harga : RM27.00
ISBN : 9789671393390
Mukasurat : 191
Berat :

Sinopsis
Apa yang terkandung di dalam buku ini hanyalah 'sedikit' daripada perjalanan hidup aku sebagai seorang wartawan yang juga 'sedikit'. Tetapi yang 'sedikit' itu adakalanya boleh menjadi 'lebih'.

Hidup ini penuh rencah dan warna. hitam dan putih mendasarinya. Menjadi wartawan sebenarnya memberi peluang kepada aku untuk menyusuri dengan lebih dekat hitam dan putih dalam kehidupan. Setiap hari sebagai wartawan jenayah, ada sahaja berita sedih dan menghibakan yang terpaksa aku tulis, bagi orang baca.

Dan aku sebagai tukang tulis tidak punya pilihan. Melaporkan yang betul dan benar itu satu kewajipan. Buku ini merupakan antara 'koleksi' peristiwa-peristiwa yang terpaksa aku nukilkan sama ada ia berita sedih atau menjengkelkan.

Bacalah dengan mata dan hati terbuka kerana ketika menulisnya, mata dan hati aku tak pernah tertutup.

O Selmah

Tajuk : O Selmah
Penulis :  Riduan A.dullah, Teja Aretha, Bay Mushawwir, Ahmad Alkhani
Harga : RM18.00
ISBN : 9789671393383
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Apa kiranya kalau kau mampu berhenti berjalan, melutut perlahan sebelum bersimpuh sopan atau rebah sedar di pembaringan? Sekadar mana yang cukup untuk aku lukis-gambarkan kau dengan patah kata insan bertulis tangan. Tentang kau dan cerita yang mahu kau khabarkan.

O Selmah
O Selmah

Daripada 56 nama pemilik jasad-badan, dengan 56 beza latar kejadian yang dihimpun menjadi satu naskah - perihal perempuan.

Kisah Anak Bini

Tajuk : Kisah Anak Bini 
Penulis : Hamka Kereta Mayat
Harga : RM20.00
ISBN : 97896713933529
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Anak-anak kita amat suka bertanya, seperti:dari mana adik datang? Kenapa dada ayah berbulu? Cabul tu apa? Kenapa ayah tak pandai masak? Hantu tu wujud ke? Siapa Zombie? Bagaimana nak khusyuk dalam solat? Siapa Santa Clause? Kenapa ketiak ayah berbulu? Kenapa kemaluan lelaki dan perempuan berbeza? Dan lain-lain.

Lantas aku tersenyum kerana terdengar dari dapur akan suara anak sedang bertanya Puan Bini tentang pelbagai soalan.Nampaknya, ada tanda kematangan pada soalan-soalan mereka.

Belum puas aku tersenyum, tiba-tiba aku rasa nak menyorok, sebaik terdengar suara bini berkata:

“Pergi tanya ayah!”

Woha!

Hadi Mengejar Pencuri

Tajuk : Hadi Mengejar Pencuri 
Penulis : Hatta Kain Kapan
Harga : RM20.00
ISBN : 9789671393369
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Sebagai jejaka metroseksual dan moden, jatuh cinta dengan gadis bukan seagama bagi Hadi bukan masalah.

Tetapi apabila gadis itu menyuruhnya berubah, itu masalah. Perlu solat secara berjemaah di masjid setiap kali masuk waktu solat, itu lebih masalah!

Dan lebih masalah lagi apabila Hadi terpaksa menjadi pemujuk orang nak bunuh diri, penyelamat bayi dibuang, bertemu mat dadah dan macam-macam lagi halangan di laluan lorong yang cukup asing baginya.

Semua gara-gara Hadi ingin menjadi hero kerana mengejar pencuri gelandangan intelek berusia 12 tahun yang bersekolah hingga darjah empat sahaja!

Masalahnya, masa semakin suntuk! Dan Hadi tak tahu masjid di mana!

Winter Di Afrika

Tajuk : Winter Di Afrika
Penulis : Paola Kira Ewusi
Harga : RM25.00
ISBN : 9789671393376
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Aku yakin dalam hidup ini, ada masa-masanya kau kena ikut apa yang hati berat berkata.

Walaupun mungkin pahit dan kelam di pandangan orang lain, tapi itu yang bening dan sejuk di hati kau. Jadi teruskanlah.

Kasut yang kau pakai, kau sendiri tau ketat atau longgarnya. Kalau ketat sampai melecet belakang kaki, takkan terus nak paksa diri berjalan sampai berdarah-darah? Dan kalau kasut tu selesa yang amat, sampai berjoging pun terasa ringan, takkan kau nak tanggalkan?

Maca tulah juga dengan pilihan teman hidup. Pilih yang selesa dan kau boleh berlari bersamanya.

Goji Bundy

Tajuk : Goji Bundy 
Penulis : Riduan A. Dullah
Harga : RM27.00
ISBN : 
Mukasurat : 192
Berat :

Sinopsis
Dengan nama Ilah.

Setelah hampir setahun sejak buku solo aku yang terakhir, Kerekau (Feb/Mac 2013), aku kembali dengan buku yang terbaru. Buku yang diberi nama Goji Bundy.

Apa itu Goji Bundy?

Goji Bundy (Twitter/IG: #GojiBundy) merupakan buku aku yang ke-7. Buku solo ke-5 dan merupakan travelog aku yang sulung/pertama. Dan mungkin jadi satu-satunya travelog daripada aku.
Menceritakan kisah perjalanan aku selama hampir 3 bulan di benua Australasia (April-Jun 2014). Aku putus tunang Mac tahun lepas dan pada April, aku bawa diri mengembara. Dengan meletakkan status "hiatus" di setiap media sosial, tanpa apa-apa interaksi melainkan dengan segelintir insan yang perlu, aku mulakan perjalanan. Ya, dalam tempoh perjalanan itu, aku senyap. Dan segalanya aku ceritakan di dalam travelog ini.

● tanpa perancangan rapi.
● gadai cincin tunang bagi menampung perbelanjaan perjalanan.
● tanpa duit yang cukup. (Tiba di Melbourne dengan 300 dolar shj)
● secara purata hidup dengan 5 dolar seminggu.
● 11,426 km, 3 negeri, 7 bandar besar dan pekan kecil, 3 lapangan terbang, 8 stesen keretapi, 9 hentian bas, 10 ruang lena berbeza (rumah, airport, lantai keretapi, khemah, kabin)
● berkhemah dengan suhu di bawah 0˚C
● ditipu tentang duit sebanyak 2 kali. Dikejar, lari dan bersembunyi.
● Daripada bandar metropolitan (Melbourne, Sydney) hingga ke pekan kecil dengan jumlah penduduk tak lebih 3500 orang.

Itu antara sebahagian kecil perkara yang aku lalui sepanjang perjalanan. Terlalu banyak pengalaman baru dan pengajaran tentang hidup dan insan. Semuanya aku ceritakan di dalam Goji Bundy. Secara terperinci. Termasuklah tips-tips dan panduan untuk travel dan juga untuk survive di sana serta beberapa tricks untuk travel murah. All in one.

Sunday, June 5, 2016

Derita Cinta

Tajuk : Derita Cinta
Penulis : Aisya Sofea
Harga : RM30.00
ISBN : 978-967-86-0698-1
Mukasurat : 752
Berat : 580g

Sinopsis
Cinta, perasaan itu tidak pernah diundang dan tidak pernah dijemput. Jika ia memberi kebahagiaan, pasti segalanya indah. Namun apa yang akan berlaku jika derita yang ditinggalkan?

Begitulah hidup Nur Amili Sofiya. Cinta yang hadir tidak pernah membahagiakan dirinya. Namun kehadiran Iman dalam hidupnya adalah cinta paling ikhlas dan jujur yang pernah dirasainya. Kemudian muncul Ghazi, lelaki yang menagih cinta darinya. Kesungguhan, ketulusan dan sifat bertanggungjawab Ghazi membuatkan Sofi kalah. 

Namun kebahagiaan yang dikecapi tidak lama bila Amri, kekasih pertama Sofi hadir menagih kembali kasih lama mereka.  Ghazi terkejut bila mengetahui rahsia yang disimpan Sofi selama ini tentang siapa Iman sebenarnya. Yang hairannya kenapa Sofi perlu berahsia. Rahsia yang dibawa Murni itu sekali gus menghancurkan impian Ghazi dan Sofi untuk hidup bersama.

“Cinta Sofi pada abang, cinta sampai mati. You are my other half.  Takkan mudah Sofi nak hidup tanpa abang.”- Nur Amili Sofiya

“Abang bukan sekadar cintakan Sofi, tapi Sofi udara untuk abang. Sofi bulan dan matahari untuk abang. Abang tak boleh hidup kalau Sofi tak ada.” - Ghazi Hashim