Thursday, June 23, 2016

Shhh… I Love You

Tajuk : Shhh… I Love You
Penulis : Farisya Natasha
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-0992-24-2
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
NUR NADIA OMAR… Keceriaan luaran tidak dapat menutup kekurangan yang ada pada dirinya. Hidupnya yang penuh liku dan membuatkan hanya kematian saja yang dia fikirkan dek kisah silam yang menjadikan diri masih bernyawa sehingga kini. Dan kerana itu, kesukaran hidupnya mula diterangi cahaya kebahagiaan apabila hadir si teruna idaman hati. Dapatkah si jejaka menerima kekurangan dirinya?

AHMAD AIDAN AHMAD ABHAR… Kerana kecewa, dia membawa diri yang lara kesepian dan menumpukan perhatian pada kerjaya di awan biru. Namun, pertemuan tak dirancang dengan seorang gadis yang berkerjaya tidak jauh beza dengan skop kerjanya telah membawa satu perubahan baru buat dirinya. Dan kerana itu, mampukah kehadiran si gadis pengganti merawat luka dalam hati Aidan yang masih terpendam lagi?
“Awak sanggup terima apa saja risiko bila awak kahwin dengan saya nanti?” – Nadia

“Bukan ke itu yang husband and wife should be doing?” – Aidan

Namun begitu, percaturan Allah lebih hebat untuk diri mereka berdua. Dek masing-masing menyimpan satu rahsia yang bakal meremukkan perasaan. Akibatnya, perhubungan Aidan dan Nadia mula berantakan apabila rumah tangga mereka yang dibina dengan tergesa-gesa itu mula dilanda ujian.

Kisah dan rahsia yang disimpan oleh si teruna membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia sehingga ke akhir nafas wanita itu biarpun cinta untuk isterinya tidak pernah. Ini kerana cintanya hanyalah untuk bekas tunangannya yang sudah tiada. Apabila mengetahui perkara sebenar, mampukah Nadia mengharunginya?

“Untuk apa awak kahwin dengan saya kalau awak masih cintakan dia? Hanya sebab awak simpati pada saya? Atau saya ni cuma alat untuk mengaburi mata keluarga awak yang kononnya dah move on? Ataupun, saya ni sekadar peneman di waktu awak sunyi? Tell me, Aidan. Tell me the truth!” – Nadia

Setelah itu, Nadia mula nekad. Dia mahu hanya dirinya saja yang bertakhta dalam hati Aidan tanpa terselit wanita lain meskipun bekas tunang lelaki itu sendiri.

“Saya takkan mengalah. Sampai masa nanti, awak tak akan dapat hidup tanpa saya.” – Nadia

“Try me.” – Aidan

Cabaran lelaki itu membuat Nadia terus berjuang. Sebagai isteri, dia berhak memiliki Aidan sepenuhnya. Tetapi, benarkah hanya itu yang menjadi rahsia selama ini? Atau ada lagi rahsia yang lebih besar tanpa diketahui olehnya? Dan jika ada, mampukah dia berdepan dengan rahsia itu? Atau mungkin sudah tiba masanya untuk dia melangkah pergi

Hero Seorang Cinderella

Tajuk : Hero Seorang Cinderella
Penulis : Anjell
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-469-007-6
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Ini adalah kisah seorang Cinderella dan heronya…

Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.

Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.

Macam mana Tengku Ian boleh menjadi hero seorang Cinderella? Al-kisahnya bermula pada suatu malam.

“Tips. Kalau awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak.”- TENGKU IAN UZZAM

Bermulalah misi Tengku Ian untuk mendekati Medina. Terus-menerus si hero selamatkan Cinderellanya. Sehinggalah tersingkapnya satu rahsia.

“Dunia ni penuh dengan ketidakjujuran. Bila dah kena fitnah, 99.9% pilih untuk percaya.” – NURA MEDINA

“In the situation of 99.9% of distrust, I am your 0.1% that will trust you. Always.” – TENGKU IAN UZZAM

Itu janji Tengku Ian. Dan apabila Medina berada dalam situasi 99.9% itu, masihkah Tengku Ian menjadi 0.1% dia? Dan berjayakah Tengku Ian menjalankan amanah yang diberikan? 

Dia Bukan Bidadari

Tajuk : Dia Bukan Bidadari
Penulis : Myra Ameer
Harga : RM30.00
ISBN : 978-967-469-008-3 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Aku nak kahwin dengan anak orang kaya dan hidup senang.”

Itulah cita-citanya sejak dia berusia dua belas tahun lagi. Zulaika menganggap cita-cita itu impian gila tetapi tidak bagi Nur Jannah Zahra. Demi mengejar apa yang diimpikan, setiap pesanan orang tuanya, langsung dibuang ke tepi.

Berbekalkan rupa paras yang cantik, penampilan menarik dan gaya yang sedikit menggoda, memikat lelaki kaya bukan perkara yang susah baginya. Tetapi ada syaratnya, boleh berjumpa, membeli-belah berdua dan makan bersama tetapi tidak boleh menyentuhnya. Sesiapa yang sudi ‘you are welcome’ tetapi kepada yang terlebih aksi dia akan mengucapkan  “good bye”.

Tetapi itu tidak lama apabila jiwa kental Nur Jannah mula goyah ketika mata tertala kepada pemilik nama Syed Azrai Mikael Tan Sri Syed Jalal.

Sayangnya ketika benih cinta baru hendak bermula, skandal lama datang membuat onar. Akibat satu peristiwa yang tidak diduga, Syed Azrai nekad mengupah sahabat baiknya, Fareez Azeem sebagai ‘driver cum bodyguard’ untuk pujaan hati. Bermula dari detik itulah hidup Nur Jannah jadi huru-hara dek mulut Fareez yang dianggapnya puaka.

“Tak kelas langsung ada driver tapi bawak Perodua Myvi aje!” – Nur Jannah

“Weiii! kereta aku ni belum habis bayar lagi tau. Kalau tertanggal pintu tu siapa nak bertanggungjawab? Nak mintak duit kau pun aku kesian.” – Fareez

Kisah cinta yang disangka seindah kisah Cinderella itu rupanya tak seperti yang dibayangkan. Pelamin indah yang diangankan tiba-tiba musnah dilanda petir. Ketika kebenaran terungkai dan ketika  hati sedang terluka kecewa, tiba-tiba muncul seorang lelaki lain di dalam hidupnya.

“I masih cintakan you.” – Syed Azrai

“Saya sayangkan awak, Jannah.” – Fareez Azeem

“Ikut saya demi Nini.” – Azad Bakri

Jadi siapakah lelaki yang akan Nur Jannah pilih sebagai teman sehidup semati? Syed Azrai Mikael, lelaki yang dicintai, Fareez Azeem, suami bukan pilihan  atau Azad Bakri, lelaki jutawan yang berstatus duda? Namun, mampukah Nur Jannah menggapai bahagia tanpa reda dari  seorang lelaki bergelar bapa?

Saya Kan Ada

Tajuk : Saya Kan Ada
Penulis : Marissa
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-0992-23-5
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Aku, Maisarah dibenci keluarga ibu semata-mata membawa sial. 25 tahun menanggung tohmahan, ejekan dan makian. Nasib baik ada hairiz, sepupu juga kawan rapat. Dulu masa kecil-kecil, kami suka main layang-layang dan main kahwin-kahwin, tapi terbalik. Aku jadi suami dan dia jadi isteri. Lawak gila kalau aku ingat balik. Sumpah, upah seribu pun aku takkan ambil watak suami lagi.

Dah besar begini pun kami tetap juga rapat. Tapi rapat tu rasa lain macam. Sehinggalah kami tiba di Nami Island. Dia serahkan kotak cincin betul-betul di laluan pelakon Winter Sonata bermain salji. 

“Untuk awak.”

“Untuk saya?”

“Untuk awaklah. Siapa lagi?”

“Terima kasih. Tapi kenapa hadiahkan saya cincin ni?”

“Sebenarnya untuk bakal isteri saya. Tapi disebabkan saya masih belum jumpa bakal isteri saya, saya hadiahkan saja untuk awak.”

“Bukan sebab awak nak melamar saya kat sini, kan?”

“Boleh ke saya melamar awak kat sini?”

Bolehkah kami disatukan di dalam ikatan cinta bila perasaan kami masih lagi seperti sepupu? Bagaimana dengan mak lang?  Mahukah dia menerima anak buahnya sebagai menantu?

Nasi lemak buah bidara,

Sayang selasih saya lurutkan,

Buang emak buang saudara,

Kerana kasih saya turutkan.

Itu kata Hairiz.

Pening-pening. Sepupu sendiri sudah melamar!

Curi Hati Awak, Boleh?

Tajuk : Curi Hati Awak, Boleh?
Penulis : Mynfamieza
Harga : RM26.00
ISBN : 9789673652693
Mukasurat : 
Berat :

Sinopsis
Azra Zinnirah memilih untuk menutup pintu hatinya selepas kecewa dengan cinta yang pertama. Nekad untuk membesarkan Akil iaitu anak kakaknya selepas semua ahli keluarganya terkorban dalam kemalangan jalan raya. Akil pula bukanlah seperti kanak-kanak biasa. Pelbagai hinaan dan kata-kata sinis yang diterima. 

Peristiwa tidak sengaja di pasar malam menjadi titip permulaan Azra Zinnirah dan Iyad Mujahid. Hati lelakinya terpikat dengan keperibadian Azra Zinnirah dan sanggup menerima tanggungjawab membesarkan Akil bersama-sama. Azra Zinnirah risau untuk kembali membuka pintu hatinya semula. 

“Awak tak nak kahwin dengan saya ke?”
Azra tidak membalas.
“Tak cukup handsome ke saya ni untuk awak, Azra? Ke tak cukup pakej untuk jadi suami awak? Bagitau saya, Azra. Kalau saya tak cukup handsome saya akan buat pembedahan plastik supaya nampak lebih handsome. ”

Puas dimomok dengan ayat-ayat manis dari Iyad Mujahid dan melihat kesungguhan Iyad Mujahid, akhirnya Azra Zinnirah menerima dan mereka disatukan. Perkahwinan mereka bahagia pada awalnya.  Namun, langit tak selalunya cerah. Hadirnya Nadeem Ukail membuat kacau dan salah faham terhadap Husna membuatkan rumah tangga mereka mula bergoyah. 

Mampukah mereka mengatasi semua masalah ini? Atau semua ini hanya sementara dan lebih memilih untuk mencari jalan mudah? 

Lamaran Kedua

Tajuk : Lamaran Kedua
Penulis : Ma Lee Chuswan
Harga : RM21.00
ISBN : 978-967-469-009-0  
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Sumpah Nina, kalau pengantin perempuan bukan kau… Selama-lamanya tak akan ada pengantin dalam hidup Jeff.” - Jeff

Jefri dan Nina merupakan pasangan sejoli. Usia pertunangan mereka berusia hampir empat tahun. Namun, kepulangan Jefri memberi kelukaan pada hati Nina. Akibat salah faham yang terjadi antara mereka, hubungan mereka ibarat retak menanti belah.

“Aku bebaskan kau! Kau buatlah apa yang kau suka, Jefri!” - Nina

Nina membawa diri selama dua tahun untuk membina hidup baru. Dalam berjauhan, hati masing-masing masih menyimpan rindu, dendam dan sayang. Dek ego yang menebal dalam diri Nina, dia nekad untuk membuang Jeff daripada hidupnya.

Kehadiran Tengku Zulhan, duda anak satu menjadikan dia begitu rapat dengan Nina dan menginginkan Nina menjadi ibu kepada anaknya, Elly yang menghidap penyakit hati yang kronik.

Nur Ayu, teman rapat Jefri ketika di luar negara mempunyai perasaan terhadap Jefri. Kedua-duanya memainkan peranan untuk mendapatkan hak masing-masing menambahkan lagi rencah rasa di dalam hubungan Jefri dan Nina.

“Jeff sudah terima balasan perbuatan Jeff, Nina. Jeff alami segala-galanya. Rasa bersalah, sedih, kecewa dan rindu yang tak terubat. Kalau Nina mahu menghukum Jeff sekalipun, takkah dua tahun itu sudah memadai?” - Jeff

Apakah yang akan terjadi kepada Jeff dan Nina? Sejauh manakah kemelut ini harus berlarutan? Masihkah ada lamaran kali kedua buat Nina?

Tuesday, June 21, 2016

Jin-Tina

Tajuk : Jin-Tina
Penulis : Abdul Rahim Awang
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-369-340-5
Mukasurat : 424
Berat :

Sinopsis
Tiga wanita muda – Juanita, wartawan investigatif; Katrina, agen insurans; dan Mona, ahli perniagaan berkawan baik dan berkongsi minat, iaitu tarian salsa. Juanita dan Katrina mengajar tarian salsa secara sambilan di studio yang dimiliki dan diurus oleh Mona.

Suatu senja, Katrina melayang jatuh dari tingkap studio tarian di tingkat 20 Menara Kuntum dan mati di atas tarmac. Kisah seram yang selalu menyelubungi menara itu mula tersebar. Juanita gigih mencari kebenaran di sebalik kematian sahabatnya itu. Namun kemudiannya, nyawanya pula yang terancam.

Apakah punca sebenar yang memutuskan nyawa Katrina? Adakah kerana kemalangan? Dibunuh? Membunuh diri? Atau melibatkan dendam dari alam ghaib?