Sunday, July 17, 2016

1 Pengakuan 9 Luahan

Tajuk : 1 Pengakuan 9 Luahan
Penulis : Azura Rasiddin
Harga : RM32.00
ISBN : 978-967-0992-29-7
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
LELAKI itu merupakan orang terakhir yang ingin dia jumpa sebaik sahaja pulang ke Malaysia tetapi kenapa lelaki itu yang ditemuinya pada hari pertama dia di sini?  Adakah itu satu suratan ataupun kebetulan?

Pertemuan dengan bekas suaminya itu membuatkan dia terkenang kembali tragedi yang berlaku enam tahun lepas. Tragedi yang telah merubah kehidupannya 360 darjah.

“Aku benci kau, pembunuh!” – DHIRA

Tempikan, herdikan dan kata-kata hinaan pada enam tahun lepas masih tersemat rapi di kotak fikiran Zafran, masih menghantui dirinya. Sementara Dhira pula dihimpit rasa bersalah kerana kata-katanya itu, menyesali keterlanjuran bicaranya.

Pertemuan demi pertemuan membuatkan hubungan yang pada mulanya janggal bertukar mesra. Gelak tawa dan senda gurau menghiasi hari mereka.

“Awak nak kahwin dengan saya semula tak?” - DHIRA

“Maaf. Saya terpaksa tolak lamaran awak. Saya tak nak ulang kesilapan saya.” - ZAFRAN

Itu jawapan Zafran tetapi tiba-tiba dia menghantar rombongan meminang.

“Sebelum kita bernikah, awak boleh tarik diri. Tapi lepas kita bernikah, saya tak akan lepaskan awak lagi.” - ZAFRAN

Mana mungkin Dhira tarik diri sedangkan dia ingin memiliki Zafran. Namun, rumah tangga mereka tidak seperti orang lain. Zafran seolah-olah membina tembok antara mereka. Dhira tahu kenapa tembok itu wujud dan dia nekad untuk runtuhkan tembok itu dengan 1 Pengakuan 9 Luahannya.

Ikuti Dhira dalam misi menambat hati si suami yang masih ditenggelami dengan kenangan lalu. Berjayakah Dhira menamatkan 1 Pengakuan 9 Luahannya? Atau masih ada luahan yang tidak terungkap?

You Know What?

Tajuk : You Know What?
Penulis : Anna Milia
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-0874-33-3
Mukasurat : 560
Berat :

Sinopsis
Dengan restu keluarga, Nia Dalili disatukan dengan Hasif Fieradz. Nia Dalili mengikut suaminya yang bertugas di sebuah syarikat mikro komputer di Manchester. Genap tiga minggu perkahwinan, dia diceraikan dan dihantar pulang ke Malaysia tanpa diberitahu apa kesalahannya. Bersungguh-sungguh dia merayu supaya tidak diceraikan namun, dia terpaksa pulang dengan rasa kecewa. Beberapa tahun berlalu dan mereka bertemu semula di rumah Hasif Fieradz apabila Nia Dalili menjadi guru tuisyen kepada Heyda, anak bekas suaminya. Berbagai-bagai perkara berlaku sepanjang dia mengajar Heyda sehinggalah mereka bersetuju untuk berkahwin semula. Tetapi kali ini Nia Dalili menuntut cerai pada malam perkahwinan mereka. Kenapa Nia Dalili tegar memilih untuk menjanda kali kedua sedangkan dulu dia merayu separuh mati supaya tidak diceraikan?

“You know what? Kau akan jadi milik aku!”

Sunday, July 3, 2016

Encik Tunang vs BFF

Tajuk : Encik Tunang vs BFF
Penulis : Nana Fiqree
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0874-31-9
Mukasurat : 712
Berat :

Sinopsis
Eisya, tokeh kedai roti dan kek bersama sepupunya Adia. Jatuh cinta pada Erham, bff yang tall, dark and handsome.

Handsome ke? Biasa-biasa saja tapi, manisnya tetap ada. Susahnya bila jatuh cinta pada kawan baik sendiri. Lagi susah bila kawan baik tak punya perasaan yang sama tapi, geramnya kawan baik buat dia macam mesin ATM! Dicari bila poketnya menipis. Dan dia kerana sayang, senang saja memberi. Wang bukan masalah besar baginya. Perniagaannya walaupun tidak besar tapi, maju. Dia juga anak bongsu yang tak pernah putus duit.

Keadaan jadi rumit bila muncul Encik Tunang yang kacak bergaya. Cikgu Ilman yang tak skema macam tipikal guru-guru yang ada. Jejaka kacak bergaya yang jatuh cinta pandang pertama pada Eisya. Ilman tak peduli. Eisya suka atau tidak itu nombor dua. Yang penting Eisya sudi jadi isterinya. Baginya cinta boleh dipupuk, asal ada usaha untuk merubah perasaan sayang Eisya pada Erham berpaling padanya pula. Tambah susah bila kawan baik jatuh cinta pada perempuan lain pula. Ratna, si gadis genit muncul menambah ‘perisa’ dalam hidup Eisya yang sebelumnya serba mudah. Hidup yang dulunya mudah mula jadi payah. Erham yang tidak serius, suka bertukar-tukar teman wanita tiba-tiba boleh jadi pencinta paling agung. Ratna pula entah kenapa iri hati pada Eisya yang padanya serba sempurna. Bermacam-macam cara dilakukan untuk menjatuhkan Eisya. Lebih-lebih lagi, hatinya sudah berpaling arah pada Ilman yang punya lebih pesona. Eisya pening kepala!

“Kupandang kiri, ada si pemuja hati. Kupandang kanan, ada dia yang kucinta separuh mati.”

Dahlia Gua Punyer!

Tajuk : Dahlia Gua Punyer!
Penulis : Fimirae
Harga : RM21.00
ISBN : 978-967-0874-30-2
Mukasurat : 496
Berat :

Sinopsis
Kasih Damshaq dan Dahlia sebenarnya sudah terjalin sejak kecil. Persahabatan yang terbina berhenti separuh jalan tatkala keluarga Dahlia berpindah ke Kuala Lumpur. Damshaq terkilan dengan pemergian gadis itu. Sepuluh tahun kemudian, takdir Ilahi menemukan mereka berdua kembali. Persahabatan yang lama bertaut membenih menjadi cinta. Namun, mereka terpaksa berpisah sekali lagi. Kali ini, Damshaq serik. Dia tidak sanggup lagi mempertaruhkan perasaan sendiri namun, Dahlia nekad dengan perasaan sendiri yang mahukan lelaki itu menjadi teman hidupnya.

“Tangan yang ‘memetik’ Dahlia, bukan sembarangan tangan. Tangan kasar kampung boy yang ada visi dan misi untuk menakluk taman larangan.”

Tiada Yang Seperti Dia

Tajuk : Tiada Yang Seperti Dia
Penulis : Qif Myaz
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-5289-48-4
Mukasurat : 453
Berat :

Sinopsis
Dia…
Tercipta dalam waktu,
Berumbi dalam denyut nadiku.

KERANA pernah dihina, Tihani menganggap cinta hanyalah derita. Sehinggalah ‘dia’… Niyaz Ithar hadir semula, kembali menyerah cinta yang sekian lama dijaga rapi.

Ithar menarik nafas panjang. Sebentar kemudian dia meletakkan kunci motosikal di atas telapak tangan Tihani.
“Jangan sembunyikan diri daripada aku lagi. Aku nak jumpa kau hari-hari.”
Tihani diam.
“Jangan hilang dari pandangan aku lagi.”
Tihani terus diam. Anak kunci dimasukkan ke tempatnya. Enjin motosikal dihidupkan. Wajah Ithar langsung tidak dipandang.
“Kau dengar tak apa yang aku cakap ni!”
Masuk gear satu. “Alihkan basikal kau. Kalau tidak aku langgar.”
“Tiha…”
“Aku langgar.” Minyak dipulas. Motosikal YSMnya meluncur perlahan. Ada ruang untuk dia melepasi mountain bike Ithar. Saat melalui mountain bike Ithar, kaki kanan diangkat lalu menendang basikal itu sekuat hati. Puas hatinya apabila melihat basikal Ithar terbongkang di tepi jalan raya yang semak. Seperti terbalas sudah rasa sakit hatinya terhadap lelaki itu. Padan muka!

KAMI bertunang akhirnya. Ithar dan aku.
Sejambak carnation pink daripada dia. Hati… ternyata akhirnya kau mengkhianati aku. Berkali bibir meluahkan kata yang aku tak perlukan dia lagi. Tapi kenapa kau rasa bahagia setiap kali melihat dia, hati? Apatah lagi bila dia menghulur sejambak carnation pink. Seakan tidak mahu melepaskan dia pergi lagi.
Ithar…
Andai carnation pink yang kau beri bermakna kau tak akan pernah melupakan aku.
Carnation pink yang aku terima bermakna cinta, kasih, sayang aku tak pernah mati untuk kau.

“Awak cahaya hati saya Tiha, lari ke mana pun… awak tetap saya cari.” - Ithar
“Saya takut tak mampu jadi isteri yang baik sedangkan awak perlu jadi anak yang taat untuk mama.” – Tihani.

BAHAGIA milik merekakah akhirnya? Sukarnya apabila ibu mentua Tihani campur tangan, ditambah permasalahan abang Tihani, seorang penagih dadah.

My Dear Sayang

Tajuk : My Dear Sayang 
Penulis : Nur Razin
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-5289-46-0
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
AQIL MUFFID yang pernah dikecewakan terasa serik untuk bercinta lagi. Bukan memilih, namun dia mempunyai kriteria tersendiri untuk memilih calon isteri. Mana tahu dapat yang ekstra kebabom!

ADWA ADELIA pula berubah setelah ditinggalkan kekasih hati ketika zaman belajar. Dikatakan kolot dan kekampungan, Adelia terus mengubah penampilannya. Pakaiannya yang sendat, mampat, dan ketat mampu mancairkan otak yang beku, hati yang keras bagi lelaki yang melihatnya. Seksi habis!

NAMUN begitu, hati Adelia tetap tidak berubah. ‘Don’t judge book by the cover’ kata orang. Kerana hati itulah Aqil Muffid yang sarkastik tersungkur bila berhadapan dengan Adelia. Sungguh, Adelia telah menawan hati lelakinya.

“Err…encik!”
“Apa?” Aqil Muffid langsung tak faham dengan body language Adelia.
“Nak lalu…” ujar Adelia. Dia bulatkan matanya sambil tunjuk tangan ke arah laluan keluar.
“Ohhh…tak boleh eh?”
“Boleh!”
“So?”
“Takut bersentuhan, bergesel. Encik kan allergic?” Sindir Adelia. Lembut kata-katanya tetapi sinis.
“Dengan awak, allergic saya cepat hilang.”
Gulp! Adelia tersedak liur.
“Alamak!” Tiba-tiba Adelia bongkokkan tubuhnya. Mengutip sesuatu di atas lantai. Pelik Aqil Muffid melihatnya. Berkerut dahinya.
“Awak buat apa?”
“Kutip jantung jatuh berterabur,” seloroh Adelia. Lawak gila. Selamba menyakat Aqil Muffid. Sungguh, macam tak percaya dengan gurauan Aqil Muffid sebentar tadi. Boleh pun!

BAGI Adelia, dia tidak peduli kata orang. Dia tidak peduli dengan rintangan yang mendatang. Namun, penyakit trauma dan kemurungan Puan Halisa, ibu Aqil Muffid makin menjadi-jadi sejak kehadirannya. Apakah sebenarnya yang berlaku pada Puan Halisa? Mampukah Adelia menerima cabaran untuk terus mendampingi Aqil Muffid?

Friday, July 1, 2016

5 Kisah Seram Di Asrama

Tajuk : 5 Kisah Seram Di Asrama
Penulis : Olvidado Shakur
Harga : RM10.00
ISBN : 978-967-0411-89-7
Mukasurat : 140
Berat :

Sinopsis
Kalau  asrama  tak  ada  cerita  hantu,  memang  bukan  asramalah  namanya.  Sedangkan asrama  tahfiz  pun  ada  kisah  seramnya  yang  tersendiri.  Ini  kerana  asrama  adalah  antara  10 tempat  yang  paling  popular  dengan  cerita  hantu  dan  seram.  Yang  ada  cerita  cinta  tu  bukan asrama, dik! Itu asmara namanya. Jadi mohon jangan tersilap di situ.

Penulis buku ini cuba untuk menyampaikan 5 kisah seram di asrama dengan cara yang tidak  klise...  yang  mana  setiap  cerita  akan  berakhir  dengan  cara  yang  kau  susah  nak  agak. Setiap kisah dipilih dan diolah dengan bersungguh-sungguh oleh penulis, supaya kau tak rasa rugi beli buku ini.

Isi Kandungan
Di dalam buku  ini  kau  akan  melihat  dengan  jelas,  bagaimana  hantu  zaman  sekarang  sudah semakin kreatif nak menyakat manusia  sampai pengsan  atau terkencing dalam seluar. Hantu-hantu   di   dalam   buku   ini   mahir   dalam   menggunakan   barang-barang   popular   di kalangan pelajar asrama.

Namun selain dari semua kisah seram, terdapat juga pengajaran yang kau boleh ambil buat pedoman hidup. Jadi  kalau  kau  nak  tahu  cerita-cerita  baru  tentang  betapa  seramnya  tempat  yang dipanggil asrama, pecahkan duit tabung dan beli buku ini sekarang!