Sunday, July 17, 2016

Cinta 1000 Bunga

Tajuk : Cinta 1000 Bunga
Penulis : Aina Meira
Harga : RM30.00
ISBN : 9789675822414
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Maihanni, gadis cilik sering mencuri hati sesiapa yang mengenalinya. Namun cintanya setia pada Zafrul walaupun jarak dan masa memisahkan mereka.

“Bukan begitu Mai, Zaf terlalu sayangkan Mai sebab itu Zaf lakukan semua ini. Zaf tak sangka lain pula yang jadi,” katanya tulus dari lubuk hati.

Mak Ngah Ros, dendam yang tidak pernah padam pada ibu Maihanni telah mengheret beliau menjadi mangsa tohmahan.

“Orang buat salah mana nak mengaku! Saya bukan cakap kosong! Saya ada bukti! Dekat KL tu, dah bernanah telinga saya ni kak! Semua orang bercakap pasal Hanni. Malu saya kak! Nasib baik akak tak ada di KL, kalau tak akak lagi rasa malu! Kalau arwah ada, lagi bertambah malu sebab anak gadis yang disanjungnya sanggup menconteng arang di mukanya!”

Rezzal, berbekalkan pengalaman hidup yang lalu, cuba mencari suri hatinya. Perwatakan ‘Honey‘ begitu mengusik jiwa lelakinya.

“Jika Honey sudi menerima saya, seribu kali saya sudi menerimanya.” Rezzal meyakinkan Maihanni.

Chef Syamil, peminat misteri yang pemalu. Mencintai Maihanni dalam diam. Dia cuba memikat hati gadis ini dengan kepakaran memasaknya. Mungkinkah Maihanni terpikat dengannya?

Mahanni dalam dilema, di antara Zafrul, Rezzal dan Syamil, siapakah yang bertakhta di hatinya? Sesungguhnya, pilihan yang terbaik itu datangnya dari Yang Maha Esa. Cinta 1000 bunga, kasih itu mekar untuk siapa?

Kau Princess Aku Okay!

Tajuk : Kau Princess Aku Okay!
Penulis : Imani Hatta
Harga : RM29.00
ISBN : 978-967-0907-30-7
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Aku tak percaya pada cinta.” – Hakimy

“Me too…” -Raysha

Cinta bukan untuk memiliki. Jihan Raysha belajar daripada pengalaman hidup untuk tidak mempercayai cinta yang hadir. Dia takutkan kegagalan. Disebabkan cinta, dia berpisah dengan adik-beradik kembarnya. Cinta merapatkan dua hati, tetapi disebabkan dua cinta, hati menjadi rapuh. Siapa kata cinta boleh membahagiakan?

Iqram Zafriel membesar dalam limpahan kasih sayang oleh keluarganya. Namun itu bukan bermakna hatinya tidak pernah terluka. Baginya tanpa kepercayaan, cinta tidak akan terjalin. Disebabkan kepercayaan itulah, dia terluka. Hatinya dilukai.

“Esha Ebrahim?” – Puan Sri Tengku Zanariah

“Are you really our Jihan?” – Najmy

“Jelaskan dulu. Apa yang berlaku? Siapa kau? – Hakimy

Mereka bertemu bukan kebetulan. Mereka berpisah disebabkan suratan takdir. Pertemuan mereka bukan dirancang, menanam bibit-bibit rasa yang cuba diusir. Akhirnya mereka bersatu Siapakah mereka? Namun terlalu banyak rahsia yang cuba dirahsiakan daripada pengetahuan Jihan Raysha. Bagi Iqram Zafriel pula, rahsia itu dapat melindungi gadis itu

“Mulai hari ini saya akan belajar mencintai dan menyayangi Raysha. I’m serious about this. From now onwards, I’m going to take care of her.” – Iqram

Tetapi ada kenangan walaupun sepahit mana, harus perlahan-lahan dilupakan. Ada yang harus dilepaskan. Ibarat daun yang jatuh ditiup angin, tidak pernah membenci angin, untuk siapa harus dipersalahkan? Hidup ini satu ujian dan reda dengan apa yang berlaku. Adakah merahsiakan itu mampu melindungi? Adakah melindungi, dapat melindungi? Kerana cinta, manusia buta...

Kapcai Girl VS Encik Superbike

Tajuk : Kapcai Girl VS Encik Superbike
Penulis : Bunga Amani
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0907-31-4
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Pertemuan yang tidak diduga itu puncanya. Punca terjadi sebuah ikatan. Ikatan yang berbelit, berselirat dan sukar hendak dilerai hingga menjadi ikatan suci yang tersimpul rapi.

Pergaduhan antara Tiara dan Syed Wafi gara-gara salah faham itu makin berpanjangan. Bagi Syed Wafi, dia mahu mendengar permohonan maaf dari bibir Tiara kerana menumbuk dan menampar wajahnya. Sebaliknya Tiara, tak kuasa mahu melayan kehendak lelaki yang dikenali dengan kaki mabuk itu. Bukankah yang bersalah itu Syed Wafi?

“Aku benci kau, Tiara!”-Syed Wafi.”

“Kalau dah benci tu buat apa datang sini?”-Tiara.

Namun entah dimana silapnya. Entah bagaimana pula episod permusuhan mereka itu berakhir lalu bertukar menjadi satu bab lain yang sukar hendak difahami Tiara sendiri. Bagaimanakah Syed Wafi yang tidak habis-habis mengungkap kata-kata benci dan mencemuhnya itu boleh bertukar menjadi suaminya? Bila majlis tunangnya? Bila pula mereka bercinta? Dan bila pula dia mengangguk ya menerima lamaran Syed Wafi?

Bagi Syed Wafi, benar Tiara tidak pernah tahu akan isi hatinya. Dan dia juga tidak pernah meluahkannya secara terbuka. Namun tidak terlewat baginya untuk mengakui bahawa Tiara wanita yang diidamkan menjadi suri hidupnya selama ini. Sikap buruknya terhadap wanita itu selama ini sekadar mahukan perhatian.

“Saya suami awak sekarang ni, Tiara.”-Syed Wafi.

“Saya tak pernah anggap awak apa-apa pun. Awak yang buat keputusan nikah dengan saya. Jadi jangan pernah bermimpi saya akan akui status awak tu!”- Tiara.

Namun bukan mudah untuk membina sebuah mahligai jika tiada teras yang kukuh. Cinta Tiara yang diharapkan Syed Wafi bukan sesuatu yang mudah. Namun sejauh mana sabar Syed Wafi demi mendapatkan cinta wanita itu? Apakah rahsia yang Tiara simpan sehingga membuatkan dia menolak rasa cinta itu bersungguh-sungguh?

Janji Kita Bahagia

Tajuk : Janji Kita Bahagia
Penulis : Arsha
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-0874-32-6
Mukasurat : 416
Berat :

Sinopsis
Mat Kacang dan Senah berkawan sejak kecil lagi. Mereka dilanda gosip kerana Mat Kacang sering ke kedai runcit Senah untuk menghantar tempe. Sementelah Senah sekarang sudah bergelar janda. Untuk meredakan gosip, mereka bersetuju untuk disatukan tanpa cinta. Selepas keputusan dibuat dan segala

persiapan dilakukan, rasa yang mula memutik di hati masing-masing diuji dengan musibah yang tak terjangka. Timbul keraguan di hati masing-masing walaupun tarikh untuk mereka bersatu semakin hampir. Mat Kacang harus memilih. Persahabatan atau orang tersayang.

“Kalau suka, cakap suka. Tak ada orang terkata- kata.”

Kopiah Buat Zauji

Tajuk : Kopiah Buat Zauji
Penulis : Syima Syawal
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0992-30-3 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Bunga tahi ayam?!” -Ella.

“Cuba kau jangan lihat dari namanya, tapi kau pandang pada keindahannya. Biarpun baunya busuk, tapi ia tetap mampu menyerikan taman. Betul tak?” - Hakimi.

Bila aweks rock bertemu dengan mamat K-pop, hasilnya memang sangat mengujakan. Bukan sefahaman tetapi huru-hara jadinya.

Ella dan Hakimi berlainan minat, berlainan fesyen. Masing-masing sering mengutuk antara satu sama lain. Namun dalam diam, Ella suka mencuri-curi pandang. Gaya lelaki itu mampu buatkan jantungnya berdegup kencang.

Tanpa mereka duga, reunion orang tua mereka telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Jangan salah sangka, bukan terpaksa tetapi mereka sememangnya rela. Masing-masing punya agenda tersendiri. Mahu bebas dengan kehendak mereka tanpa sebarang halangan.

Rumah tangga mana yang tidak diduga, bukan kerana orang ketiga tetapi masalah-masalah kecil yang terbuku sehingga membawa kepincangan yang nyata.

“Benci sangat ke abang pada saya? Apa salah saya? Saya ke yang buat abang jadi macam ni? Saya ke yang aniaya abang? Saya ke yang cuba bunuh abang- Ella

Dia menangis teresak-esak. Sesekali dia menyedut udara agar oksigen yang segar dapat dibekal dalam paru-parunya. Dia seakan-akan sudah tidak berdaya, namun dia bulatkan tekad.

Mampukah mereka menyelamatkan mahligai yang baru dibina?

Permata Hati

Tajuk : Permata Hati
Penulis : Rehan Makhtar
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-469-019-9 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
PADA Sofia, Aizudin adalah lelaki sempurna.  Suami terbaik dan ayah penyayang.  Namun, dia telah lupa.  Yang sempurna itu hanyalah Tuhan.  Bukan manusia.    Kerana itu, bila terbukti Aizudin itu manusia yang khilaf, dia hampir terduduk. 

“Abang ada buat salah besar…” – Aizudin  

“Dengan siapa?”  - Sofia

Air mata Sofia jatuh tak terseka.  Untuk memaafkan Aizudin sudah cukup sukar, ini pula untuk tunaikan permintaan suaminya?  Dia sudah tiada kekuatan berbaki. 

“Sofia nak cakap abang pentingkan diri sendiri.  Rosakkan bahagia keluarga kita selama ni.  Tapi, abang tak nak terus berdosa dengan sembunyikan semua ni daripada Sofia.  – Aizudin

“I trusted you for life time, abang and this is how you pay me…”  - Sofia                

Manusia, hanya mampu merancang tapi tiada upaya untuk kita tentukan segalanya.  Sofia tabah memujuk hati biarpun seringkali berperang dengan kebencian dalam hati sendiri.  Kerana cinta dan kasih pada Aizudin yang tak pernah terhakis seinci pun, dia terima segala ujian.  Dia tak akan biarkan Aizudin karam kerana kesilapan. 

“Apapun jadi, penceraian bukan pilihan…” – Sofia

“Terima kasih, sayang…” – Aizudin

Di saat hati menerima dan ujian itu berjaya ditepis, dugaan itu hadir lagi di depan mata.  Sofia terduduk dalam tangisan bisu.  Aizudin bagai mahu tersembam menahan beratnya ujian. 

“Dia hanya pinjaman.  Sofia relakan dia pergi, abang…”  - Sofia.

“Abang juga relakan dia pergi…”  - Aizudin. 

Tak ubah seperti telah jatuh tertimpa tangga.  Aizudin memejamkan mata.  Menyebut nama Tuhan berkali-kali.  Redha dengan segala ketentuan bila permata hatinya di bawa jauh pergi. 

Izinkan Aku Jadi Sayapmu

Tajuk : Izinkan Aku Jadi Sayapmu
Penulis : Lily Haslina Nasir
Harga : RM29.00
ISBN : 978-967-0890-92 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Sofeatululaishah a.k.a Pia Pemuk (Sofia Pendek Gemuk). Gadis yang digelar bendul dan jendul ini ialah staf baru di syarikat Menara Rumah Manis. Entah mana silapnya, dia selalu menjadi ‘mangsa’ Chairil Razlan. a.k.a Chairil Cougar, pewaris tunggal Menara Rumah Manis yang sangat anti dengan cara hidup orang perempuan ‘moden’. Buktinya, dia haramkan staf memiliki akaun Facebook, Twitter dan Instagram!

“Isu global dia orang ni tak habis-habis nak buang selulit. Pakai kasut baru beli pun nak tayang. Tak pasal-pasal tunjuk kuku kaki cagu, kulit kaki berkerak daki! Tolonglah... Paling tak tahan, IQ tahap tujuh kerak bumi bila selfie dalam jamban awam! Apa masalah ya??? Macam tu kau nak suruh aku berbini cepat! Boleh pupus baka cerdik aku di muka bumi ni!” – Chairil Razlan

Tapi Pia Pemuk, dia lain dari yang lain. Susah ‘dibeli’. Malah, mana nak cari perempuan yang cekal memandu kereta Fiat lama manual itu? Kereta yang lantainya nampak jalan tar! Sungguh Pia Pemuk sangat tabah orangnya.

Siapa kata kita menangis untuk Tuan Chairil? I won’t cry for you, my mascara is too expensive. Dulu kata I Pendek Gemuk, ni apa kes tiba-tiba nak kata I sweet and juicy?” - Sofeatulaishah

Namun perlahan-lahan dalam diam, ego dan keangkuhan Chairil terjentik dengan ketenangan Pia Pemuk @ Sofeatulaishah menghadapi masalah. Dibuli Effa, perempuan si muka ketat pun Sofeatulaishah masih mampu tersenyum. Hebat. Harus Chairil akui, Pia Pemuk ini istimewanya ibarat dinginnya air di pergunungan. Sejuk dan menenangkan.

Bagi Sofeatulaishah pula, dia sedar dirinya hanya kuli, masuk ke Menara Rumah Manis pun atas bantuan orang dalam. Jadi dia hanya bertahan dan bersabar walaupun sudah beberapa kali dia menaip surat berhenti kerja. Sifat garang Chairil di ofis seperti cougar kadang-kadang meresahkan Sofeatulaishah. Tapi Pia tahu, Chairil, jejaka yang pada awal difikirkannya abang jaga parking itu baik juga hatinya.

“Kalau aku kahwin, agak-agak anak aku comel tak macam sepupu kenit aku tu? Confirm comel kan kalau ikut muka aku? Tapi kalau bini macam kau, aku rasa rupa anak aku nanti macam ikan termenung, kut! – Chairil Razlan

Memikat tetapi kasar. Terpikat tetapi tidak mengakui. Masing-masing jual mahal. Dalam diam terpikat namun ketika hati Sofeatulaishah sudah terbeli, Chairil ditimpa musibah. Pada saat cinta mereka hampir bersatu, ujian menimpa. Keluarga Chairil sudah merisik Pia namun musibah yang menimpa memaksa Chairil untuk memutuskan ikatan yang bakal terbina.

“Abang tak akan mampu jadi tunang Pia yang menggembirakan Pia. Jauh sekali dari jadi suami Pia. Kalau Pia nak cari orang lain tak apa. Abang faham. Kita masih boleh berkawan, bukan? Abang doakan Pia jumpa lelaki yang lebih baik daripada abang.” – Chairil Razlan

Akan mampukah Pia untuk setia pada seseorang yang baru mulai dicintainya?