Monday, August 22, 2016

Head With Serban

Tajuk : Head With Serban
Penulis : Najmi Nawawi
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-13700-0-1
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
JANGAN SIBUK NAK 'BERGETAR TULANG RUSUK'

KALAU SUBUH PUN KENA KEJUT SAMPAI 'BERGEGAR TIANG RUMAH'

Mat Cleaner UK

Tajuk : Mat Cleaner UK
Penulis : Ahmad Affzan Abdullah
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-13700-7-0
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Ada orang yang jadi tukang cuci sebab pilihan sendiri. Ada orang memang tak ada pilihan, sekadar itu sahaja kebolehan mereka. Bukan semua orang boleh cuci najis dan kotoran orang lain, tapi tukang cuci dah lalui itu semua. Mereka dah mudahkan kerja kita. Mereka kotorkan tangan supaya tangan sendiri tak kotor.

Ini semua kita perlu hargai.

Kerja sebagai tukang cuci ini memang penat. Kotor. Busuk. Tapi apabila kami berjumpa dengan pelanggan dan tetamu yang melayan kami seperti manusia, penat lelah kami itu seolah-olah hilang ditiup angin.

Ya, kami tukang cuci ini juga manusia. Ada hati dan perasaan. Ada masa kami tertekan, ada masa kami sedih, ada masa kami terluka.

Sama seperti pekerja kolar putih. Kmai juga ada tugasan yang perlu disiapkan dalam masa tertentu. Jadi kami ada pelanggan yang baik hati membantu meudahkan kerja kami. Alangkah gembiranya kami.

Terima kasih pelanggan yang baik hati.

Terima kasih kerana melayan kami seperti manusia.

Mentaliti Jamban

Tajuk : Mentaliti Jamban
Penulis : Khairul Abdullah
Harga : RM25.00
ISBN :  978-967-13700-4-9
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Bacalah buku ini.
Orang yang tak baca,
Beraknya tak puas.

Serenity

Tajuk : Serenity
Penulis : Syira Lokman
Harga : RM20.00
ISBN :  978-967-13700-3-2
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Bisikan kepada mereka, bumi ini hanya lakonan, yang tersimpan rahsia akhirat.
Kupu-kupu tak pernah tahu warna sayapnya, tapi orang tahu betapa indahnya ia.
Seperti kamu, kamu tak pernah tahu betapa indahnya dirimu.
Tapi Allah tahu.

Ujian/Masharakat

Tajuk : Ujian/Masharakat
Penulis : Rafiuddin Rabu
Harga : RM20.00
ISBN :  978-967-13700-6-3
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
UJIAN : Merungut Takkan buat kau kuat.
MASHARAKAT : Diaorang sibuk sebarkan aib kau di media sosial. hati-hati

Sunday, August 21, 2016

Kau Yang Kunanti

Tajuk : Kau Yang Kunanti
Penulis : Ida Farisya
Harga : RM31.00
ISBN : 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Mira muak tahu tak dengan janji abang tu. Janji yang tak mungkin abang akan tunaikan kerana dalam hati abang hanya ada Sofiana. Mira ni cuma pengubat kesunyian abang aje. Atau mungkin sekadar pelepas nafsu abang di saat abang menginginkan Sofiana!” - Amirah

Hati yang terluka sukar untuk dipujuk hanya dengan kata-kata indah. Bagi Amirah kepercayaan yang diberikan buat suami hilang begitu sahaja tika cinta dan sayangnya diabaikan.

“Mira jangan lupa. Mira tu masih isteri abang yang sah!” - Hakim

Tidak pernah terniat dalam hati Hakim ingin melepaskan Amirah daripada hidupnya. Dia pernah melakukan kesilapan dan dia akan pastikan semua itu tidak akan berulang lagi. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan Amirah semula.

“Jangan ingat aku akan biarkan kau berdua bersama semula. Sampai ke mati aku takkan biarkan. Hakim milik aku seorang!!! Aku akan musnahkan satu-satunya jalan untuk Hakim kembali kepada Amirah! Kau memang silap Amirah kerana cari pasal dengan aku!!!” - Sofiana

Bagi Sofiana, Amirah perampas! Mereka berdua harus dipisahkan selama-lamanya. Lalu, pelbagai cara dilakukan untuk menjayakan rancangannya itu.
Demi membuktikan kata-katanya, Hakim berusaha keras untuk memenangi hati Amirah. Namun ia tidaklah semudah yang disangka. Hati Amirah terlalu keras untuk dicairkan.

Bagi Amirah pula, apa yang dilakukan adalah untuk menjaga hak anaknya sendiri. Biar apa orang kata, dia tidak peduli. Kerana mereka tidak akan faham nasib anak yatim piatu seperti dirinya. Lalu, dalam keterpaksaan, Amirah mempertaruhkan lagi kehidupannya dalam satu perjanjian. Perjanjian yang bakal merubah perasaan masing-masing. Apakah perjanjian yang telah dipersetujui oleh Amirah dan Hakim? Mampukah Amirah tetap dengan pendiriannya untuk tidak terbuai dengan godaan suami sendiri?

Menalar Makna Diri

Tajuk : Menalar Makna Diri
Penulis : Hasrizal Abdul Jamil
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-86-0441-3
Mukasurat : 432
Berat : 460g

Sinopsis
Naskhah travelog yang merakam perjalanan penulis sebagai murid sejarah, meneroka kajian perpustakaan membawa ke lapangan di lokasi sejarah. Pertemuan dengan ramai insan luar biasa yang memberikan inspirasi dan mencari aspirasi, berselisih dengan kehidupan dan kematian yang menjadikan sejarah bukan lagi satu disiplin yang membosankan.