Monday, October 10, 2016

Serendipity

Tajuk : Serendipity 
Penulis : Sha Raina
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-0992-37-2 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Dari benci menjadi saying dan dari sayang menjadi cinta.

Kematian ibu bapanya menjadikan Fatin dan abangnya yatim piatu dalam sekelip mata. Dendam Fatin tersemat setelah mengetahui kematian ibu bapanya angkara khianat. Bertahun tinggal di Perancis, dia kembali ke tanah air kerana satu misi. Melalui Farah, sahabat baiknya, dia dipertemukan dengan Ian.

“Encik nak apa sebenarnya?”- Fatin

“Nak awak.”- Ian

“Maaf, kafe ni tak jual orang. Jual makanan dan minuman sahaja.”- Fatin

Daniel hadir setiap kali Ian ada. Daniel ibarat bayang-bayang Ian. Sikap Daniel yang prejudis terhadapnya membuatkan Fatin pelik. Apa kaitan antara Daniel dan Ian sehinggakan Daniel mengawasi Ian sebegitu rupa?

“Apa motif kau rapat dengan Ian?”- Daniel

“Tak perlu ada sebab untuk saya dekat dengan dia. Hanya sekadar kawan.”- Fatin

“Penipu.”- Daniel

Ditakdirkan, Fatin mendapat tawaran kerja di The RaRa Boutique milik Puan Sri Rafiqah, ibu Ian. Di sana, semakin mudah misinya dijalankan. Kepercayaan Puan Sri Rafiqah cuba diraih demi menjalankan rancangannya.Tanpa disangka, dia dilamar dari Ian dan lamaran itu diterima kerana satu alasan. Daniel pula tak habis-habis memberi amaran agar dia tidak mendekati Ian namun tidak diendahkannya. Tanpa sedar, semakin hari satu perasaan halus mula tumbuh dalam hatinya tapi pada siapa? Ian atau Daniel? Sampai satu tahap, semua rahsia terbongkar. Tentang siapa Fatin, apa hubungan Ian dengan Daniel dan siapa dalang di sebalik kebakaran The RaRa Boutique. Mampukah kekusutan lama dapat dileraikan atau masih adakah dendam tersisa dalam hati?

Bisik Pada Langit

Tajuk : Bisik Pada Langit
Penulis : Siti Khadijah
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0992-39-6 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
‘Kasih ayah lebih tinggi daripada gunung dan sayang ibu lebih dalam daripada dasar lautan.’

YA, itulah yang terjadi kepada WAK ROSLI. Menjadi seorang ayah begitu sukar buatnya apabila memiliki seorang anak gadis yang lincah seperti SITI HAJAR. Luaran nampak lembut tetapi jiwa Siti Hajar tiada sesiapa yang mampu mengawal termasuk Wak Rosli.

Bagi Siti Hajar jiwanya sudah sebati dengan motosikal, kelajuan dan perlumbaan sehingga dia memasang angan-angan untuk memiliki motosikal berkuasa tinggi suatu hari nanti meskipun perkara itu pasti mendapat tentangan daripada Wak Rosli.

“Aku rasa seronok bila bawak motor. Bila aku bawak laju, aku rasa aku makin ke depan. Aku rasa bebas. Bebas daripada semua masalah yang ada. Kau tahu tak, bagi aku dunia ni macam pentas perlumbaan, semua orang nak menang tapi akhirnya, hanya akan ada seorang aje yang pemenang. Orang yang berani menghadapi risiko, orang itulah yang akan berjaya.”- SITI HAJAR.

Segalanya berubah bagi Wak Rosli sebaik saja Siti Hajar dapat melanjutkan pelajaran ke Australia. Dia seperti kehilangan separuh jiwanya saat Siti Hajar melangkah pergi. Walaupun hatinya berat untuk merelakan Siti Hajar jauh daripada pandangan mata, namun dia terpaksa akur akan kehendak anak kesayangannya itu. Sikap sayangnya yang berlebihan pada Siti Hajar membuahkan cemburu dalam diri IQRAM selaku anak bongsu.

“Ayah selalu menangkan Kak Hajar. Kak Hajar seoranglah anak yang baik. Anak yang taat. Anak yang pandai. Habis tu Am dengan abang ni apa ayah? Ayah nampak kesalahan yang Am buat, baguslah. Sekurang-kurangnya Am sedar yang ayah masih anggap Am ni anak ayah!” – IQRAM.

Kemarahan dan dendam yang dipamerkan oleh Iqram langsung tidak menjejaskan ZAIDI. Demi kasih pada keluarga, dia sanggup mengorbankan masa depannya asalkan ayah tercinta bahagia meskipun kewujudannya jarang dipedulikan oleh Wak Rosli.Namun, malang tidak berbau, di saat Wak Rosli sedang gembira menanti kepulangan Siti Hajar, ada khabar duka menjengah telinga mereka sekeluarga. Hajar koma! Saat itu dunia Wak Rosli menjadi gelap-gelita. Hatinya hancur berkecai apabila segala rahsia sudah tersingkap. Rahsia yang akan membuatkan Wak Rosli kembali sedar akan kewujudan Iqram dan Zaidi.

‘Andai aku tahu, hari yang paling gembira itu sebenarnya permulaan untuk sesuatu yang menyedihkan, takkan aku biarkan dia jauh daripada aku…’- WAK ROSLI.

Apakah rahsia yang cuba disembunyikan oleh Hajar sehingga mendatangkan kecelakaan kepada dirinya? Siapakah IRWAN yang hadir di saat kemelut keluarga mereka semakin memuncak? Akan bertahankah kepercayaan Wak Rosli terhadap anak kesayangannya itu atau kesabaran diri akan terus diuji?

Thursday, October 6, 2016

Sirah Nabawiyah : Insan Teladan Sepanjang Zaman

Tajuk : Sirah Nabawiyah : Insan Teladan Sepanjang Zaman
Penulis : Nik Abdul Aziz Nik Mat
Harga : RM60.00
ISBN : 1465265037290
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan pada tahun 571 Masehi melalui perkahwinan Aminah dengan Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hashim. Baginda adalah keturunan Nabi Ismail A.S bin Ibrahim A.S. Nabi Muhammad S.A.W adalah insan termulia melebihi tingkat dan darjat dari seluruh nabi-nabi dan umat manusia, bahkan seluruh makhluk-makhluk Allah SWT. Sebab itu Rasulullah (Nabi Muhammad S.A.W) bergelar "Rahmatan Lil'Alamin" ertinya "Rahmat bagi seluruh alam".

Rasulullah S.A.W diberi kitab Al-Quran, diutus oleh Allah SWT untuk seluruh bangsa di dunia ini. Seperti nabi-nabi atau rasul-rasul Allah terdahulu, baginda pun mengajar dan menyeru manusia supaya menyembah Allah SWT. Nabi Muhammad S.A.W adalah penutup dari sekalian nabi dan rasul. Agama Allah yang diwahyukan semenjak Nabi Adam secara bertahap-tahap lagi teratur dilengkapi dan disempurnakan Allah pada kenabian Muhammad S.A.W. Sebab itu tidak akan ada lagi nabi dan wahyu sesudah Baginda.

Buku ini cuba mengupas sirah hayat Rasulullah S.A.W bermula dari pelantikan Baginda sebagai rasul, mukjizat-mukjizat yang membuktikan kerasulan baginda serta penentangan terhadap dakwah Rasulullah S.A.W yang bertali arus sehingga dapat menubuhkan sebuah negara Madinah yang mementingkan hak muslim dan bukan muslim dijamin dalam sebuah perlembagaan.

Bahang Asmara

Tajuk : Bahang Asmara
Penulis : Jessy Mojuru
Harga : RM22.90
ISBN : 983-893-485-2
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Sukarnya membuat keputusan tatkala cinta berada di persimpangan... Cinta bertahun layu sebelum berkembang. Namun biarlah pilihan yang terakhir ini membuka ruang kebenaran... katamu aku permaisuri hidupmu... di mata dan di hati. Lalu kita meniti batas-batas harapan...namun impian kita relai jua sudahnya tatkala batas-batas harapan berderai dilambung ombak keegoan...

Tuesday, October 4, 2016

Tunang Tak Diundang

Tajuk: Tunang Tak Diundang
Penulis: Kat Mariam
Harga: RM41.00 SM dan RM44.00 SS

Sinopsis
" Aku nak kau pergi sebagai calon tunangan anak Tengku Ibrahim! Kau kena sedar yang aku ni jaga kau dari kecik. Beranak kan kau! Kau kena balas jasa aku! Aku nak kau pergi ke istana tu nanti. Pastikan kau menjadi calon tunangan anak Tengku Ibrahim. Tak kira dengan apa cara sekalipun... kau kena kalahkan semua gadis yang ada di situ!"-IBU DIAH
Atas desakan, dia datang juga. Dia sedar dia bukan rupawan... dia juga sedar dia bukan bangsawan... namun kaki itu nekad melangkah masuk ke dalam istana besar itu dengan cara paling kotor! Kerana dia adalah TUNANG TAK DIUNDANG!
"Aku tanya, kau datang sini nak jadi calon tunangan aku? Yes or no?"- TENGKU ZEN ZAFRIN
" Ya". Whoahhh! Ternganga semua yang ada. Semua mata sinis memerhatikannya. Tertanya-tanya mereka, siapakah gadis yang tidak semegah itu? Itulah Thia Alena... gadis yang berjaya menghuru-harakan istana!
Apakah yang bakal berlaku pada gadis bernama Thia Alena setelah hadir ke majlis mencari calon tunang putera diraja itu? A.k.a bos nya sendiri! Adakah dia diterima atau dimalukan pada malam itu di hadapan semua orang? Tersenyum atau menangis kah dia saat kaki melangkah keluar dari istana besar tersebut? Semuanya bakal terjawab dalam kisah TUNANG TAK DIUNDANG!

Pakej Cepat Baca Bahasa Malaysia



















Tajuk : Pakej Cepat Baca Bahasa Malaysia
Penulis : Zairani A. Hamid
Harga : RM249.00
ISBN : PJCB001
Mukasurat :
Berat : 3kg

Sinopsis
Pakej ini mengandungi :

1 Buku Panduan Mengajar untuk ibubapa
3 Buku Teks Kaedah Kesedaran Fonemik – Anda akan menggunakan Buku ini untuk mengajar anak anda membaca.
8 Buku Bacaan Bertahap – Buku ini telah disusun untuk mengukuhkan lagi bacaan anak anda.
6 Buku Aktiviti Motoring Halus – Banyak aktiviti penulisan yang sesuai dengan psikologi anak anda.
3 DVD Nyanyikan Bunyinya – DVD ini telah disusun untuk menarik minat anak anda belajar membaca sambil bernyanyi.
1 CD Interaktif – Sesuai untuk anak anda belajar membaca dengan Komputer PC.
1 Kad Imbasan
1 Kad Abjad Rumi


Zairani A.Hamid
(B.Econ Flinders University of South Australia)

Pernah berkhidmat sebagai guru bahasa. Berpengalaman mengendalikan kursus-kursus peringkat prasekolah untuk ibu bapa dan guru di serata Malaysia. Kini bertugas sepenuh masa sebagai Pegawai penyelidik, penulis dan perunding di Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd. bagi kaedah Cepat Membaca ‘Cepat Baca’ , ‘I Can Read’ dan ‘Bacalah Jawi’. Pernah muncul dalam rancangan ‘Wanita Hari Ini’ TV3, Astro, Selamat Pagi Malaysia, Radio 24 dan IKIM.
Kaedah kami juga telah memenangi Hadiah Galakan Anugerah Buku Negara pada tahun 2005 untuk pembikinan buku terbaik kanak-kanak.

Membaca merupakan proses mentafsir bunyi yang dilambangkan oleh gabungan huruf dalam sesuatu perkataan. Kajian terkini menunjukkan bahawa kesedaran fonemik merupakan petanda asas keupayaan anak untuk dapat membaca. Kesedaran fonemik ini ialah kesedaran bahawa dalam sesuatu perkataan itu terdapat bunyi-bunyi asas yang bergabung untuk membentuk perkataan tersebut.
Puan Zairani A. Hamid Pengarang Utama Buku 'Cepat Baca'

Pakej Cepat Baca Bacalah Jawi



















Tajuk : Pakej Cepat Baca Bacalah Jawi
Penulis : Zairani A. Hamid
Harga : RM309.00
ISBN : PJBJ001
Mukasurat :
Berat : 3kg

Sinopsis
Pakej ini mengandungi :

1 set buku teks, lengkap dengan nota cara mengajar
8 siri bacaan bertahap, untuk mengukuhkan bacaan
6 siri cerita jawi. Tahap 1 & 2
3 DVD 'Nyanyikan Bunyinya Jawi' belajar membaca sambil bernyanyi
1 Kad imbasan, sebagai alat bantu mengajar
13 Kad imbasan boleh dipadam, sebagai alat bantu mengajar
1 CD interaktif


Zairani A.Hamid
(B.Econ Flinders University of South Australia)

Pernah berkhidmat sebagai guru bahasa. Berpengalaman mengendalikan kursus-kursus peringkat prasekolah untuk ibu bapa dan guru di serata Malaysia. Kini bertugas sepenuh masa sebagai Pegawai penyelidik, penulis dan perunding di Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd. bagi kaedah Cepat Membaca ‘Cepat Baca’ , ‘I Can Read’ dan ‘Bacalah Jawi’. Pernah muncul dalam rancangan ‘Wanita Hari Ini’ TV3, Astro, Selamat Pagi Malaysia, Radio 24 dan IKIM.

Kaedah kami juga telah memenangi Hadiah Galakan Anugerah Buku Negara pada tahun 2005 untuk pembikinan buku terbaik kanak-kanak.

Membaca merupakan proses mentafsir bunyi yang dilambangkan oleh gabungan huruf dalam sesuatu perkataan. Kajian terkini menunjukkan bahawa kesedaran fonemik merupakan petanda asas keupayaan anak untuk dapat membaca. Kesedaran fonemik ini ialah kesedaran bahawa dalam sesuatu perkataan itu terdapat bunyi-bunyi asas yang bergabung untuk membentuk perkataan tersebut.
Puan Zairani A. Hamid Pengarang Utama Buku 'Cepat Baca'