Thursday, November 3, 2016

Cinta Terlebih Saiz

Tajuk : Cinta Terlebih Saiz
Penulis : Reeani Annur
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-365-839
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Amell berharap jodohnya dengan perempuan cantik berbadan slim. Tapi, kenyataannya terbalik. Jodoh dia dengan perempuan yang berlawanan saiz. Aduh! Jatuhlah maruah sebagai lelaki handsome kalau macam ni. Lalu, macam-macam cara Amell buat untuk mengelak perkahwinannya dengan Orkid daripada berlaku.

“Aku tak peduli. Aku nak kau beritahu dekat bapak kau, suruh dia pergi jumpa mama dan abah aku, putuskan pertunangan kita. Aku tak nak jadi tunang kau.”
“Eleh, habis ingat saya nak sangat ke jadi tunang awak? Beri 10 ringgit pun saya tak ingin tau. Malang bertunang dengan lelaki macam awak ni.”

Bagi Orkid, dia pun tak nak kahwin dengan lelaki mulut jahat macam Amell. Justeru, apa yang Amell pinta, dia segera tunaikan. Pertunangan mereka akhirnya putus. Tapi, dia jadi tak faham pula apabila Amell tiba-tiba datang merapat semula dengannya selepas itu.

“Ada apa hal awak datang rumah saya?”
“Kenapa? Rumah kau ni termaktub dalam senarai kawasan larangan ke?”
“Ha’ah. Memang kawasan larangan untuk awak. Lain kali kalau saya tak jemput, jangan pandai-pandai datang.”
“Tak baik halang bakal suami nak jumpa bakal isteri. Kejam namanya tu.”

Dah pulak? Dulu benci gila-gila. Sekarang, apa kes pula nak tackle balik? Apa yang membuatkan Amell berubah fikiran nak berbaik-baik semula dengan bekas tunang terlebih saiz itu?

Klinik Hati

Tajuk : Klinik Hati
Penulis : Iman Nizrina
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-0874-38-8
Mukasurat : 504
Berat :

Sinopsis
Kerana inginkan anak daripada benihnya sendiri, tetapi tidak mahukan seorang isteri… Emir sanggup mengupah Khyla untuk mengandungkan anaknya. Tetapi, Khyla mungkir janji pada saat-saat akhir dan menyebabkan Afia terpaksa menggantikan tempatnya. Afia yang tidak tahu apa-apa itu tiba-tiba mendapati dirinya hamil.

Atas rasa tanggungjawab, mereka berdua bernikah. Namun, bahagia yang dirasakan hanya sebentar. Nyata pernikahan yang tidak disertai dengan kata- kata cinta itu menduga kesabaran dan ketabahan mereka. Pelbagai dugaan yang datang menguji kepercayaan antara mereka. Kisah lama pula sering mengganggu ketenteraman mereka.

Bertahankah hubungan mereka? Bolehkah mereka terus bersama tanpa ada kata-kata cinta? “Hubungan tanpa kata-kata cinta bagaikan mahkota tanpa permata…

Bisakah hubungan ini bertahan jika penuh rahsia?”

Hate You, Mr.K!

Tajuk : Hate You, Mr.K!
Penulis : Iera Mila
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-0874-39-5
Mukasurat : 600
Berat :

Sinopsis
Adakah Qyra benci Mr. K? Ye! Dia tak suka lelaki itu. Hanya berpura-pura baik tapi, hatinya busuk! Mr. K memang jahat! Kalau tak, dia tak akan buat benda terkutuk itu. Tapi… kenapa Mr. K baik sangat dengannya? Sampai keliru dibuatnya.

Nak benci ke tak? Nak benci ke tak?

Hesy… susah betul hendak buat keputusan. Sudahlah dirinya diselamatkan oleh lelaki itu. Hendak membenci lelaki itu? Memang taklah! Bila dia cuba melarikan diri, lelaki itu datang mengejar. Mr. K layan dia dengan baik. Siap bagi bunga. Yang paling dia tak jangka, lelaki itu ingin memperisterikannya. Makin sayang pula dibuatnya. Macam mana ni? Apa yang patut dia buat? Berdiam diri dan terus menyayangi lelaki itu? Atau sebaliknya?

“I love you.” – Khairi

“But… I hate you, idiot!” – Qyra

Wednesday, November 2, 2016

Misi Memikat Cik Hitler

Tajuk : Misi Memikat Cik Hitler  
Penulis : Nojie
Harga : RM29.00
ISBN : 978-967-0992-43-3
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Sudi tak kahwin dengan saya?” - Naurah

Naurah buat kerja gila dengan melamar lelaki tidak dikenalinya hanya kerana mahu membalas balik permainan Umar terhadapnya. Cinta disangkakan ikhlas, rupanya hanyalah pertaruhan Umar dan rakan-rakannya. Sudahnya, diheret pula lelaki yang langsung tiada kaitan dalam hidupnya. Lelaki yang langsung tidak diketahui asal usulnya. Dan paling penting, lelaki tidak diketahui namanya.

“Nama bakal suami pun awak tak tahu, kan? Kalau awak tak ambil dadah, tak mabuk ketum, macam mana awak boleh buat kerja gila macam semalam?!” - Zhariff

Zhariff betul-betul marah dengan kerja gila dibuat oleh Naurah a.k.a Cik Hitler. Dia ingat kahwin ni senang? Boleh petik orang macam tu saja? Ingat lepas kahwin tu habis kat situ saja ke? Dan ia tak habis selepas ijab dan kabul tapi ia baru bermula!

Kata orang, bercinta bertahun pun belum tentu kenal hati budi pasangan, kan? Ini kan pula pasangan yang berkahwin tanpa sempat mengenali hati budi masing-masing. Huru-hara jadinya.

“Saya tak pernah lupa siapa saya pada awak. Saya suami awak. Dan awak isteri saya.” - Zhariff

“Tapi awak lupa, kita berkahwin sebab kepentingan sendiri.” - Naurah

Pada Zhariff, bila ijab dan kabul dilafazkan, Naurah sudah menjadi isterinya. Jadi, suka atau tidak Naurah itu sudah jadi tanggungjawabnya. Dia nekad, hati keras Naurah harus dilembutkan. Maka, bermulalah misi memikat Cik Hitler.

“Boleh tak awak cakap kat guard bawah tu.” - Zhariff

“Cakap apa?” - Naurah

“Cakap saya ni suami awak. Susah tau nak masuk sini. Sebab guard tu tak izinkan saya masuk.” - Zhariff

“Memanglah. Dah dia tak kenal awak.” - Naurah

“Jadi, awak cakaplah kat dia saya ni suami awak.” - Zhariff

“Nak buat apa?” - Naurah

“Senang nak lepaskan rindu pada awak.” - Zhariff

Bermacam cara sudah Zhariff lakukan untuk memikat hati si isteri a.k.a Cik Hitler termasuklah menghantar makanan untuk makan malam ke rumah isterinya, namun Cik Hitler tetap berhati batu. Mampukah Zhariff meneruskan misinya untuk memikat hati Cik Hitler sedangkan pada Naurah semua lelaki sama saja?

Cik Sederhana & Encik Segak

Tajuk : Cik Sederhana & Encik Segak 
Penulis : Airisz
Harga : RM21.00
ISBN : 978-967-0992-44-0 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
AKU? Anak yatim piatu. Kerja biasa saja pun. Kadang-kadang aku jadi tukang kebun, kadang-kadang aku kerja kemas bilik di homestay, kadang-kadang aku kerja hantar bunga. Suka hati akulah nak kerja apa. Janji, aku gembira.

Aku jumpa seorang jejaka ni. Bajet kacaklah. Mula-mula jumpa, dia serupa terkejut tengok aku. Macam tak pernah tengok perempuan. Tak tahulah muka aku macam Angelina Jolie atau muka isteri Shrek. Tapi aku target macam isteri Shrek.

Lepas tu mulalah dia cari pasal. Paling teruk, dia tuduh aku curi kemeja dia yang taraf buat kain buruk. Siap nak saman aku sehinggakan aku  buat-buat balik negeri, Sierra Leone.

Rupa-rupanya, dia nak berkenalan dengan aku saja. Hampeh betul!

“Saya tanya, siapa nama awak?”

“Rissa…”

“Nama penuhlah!”

Eh, tak puas hati pula dia.

“Saadiah Za’azie Rissa.”

“Siapa?”

Aku dah agak. Siapa pun yang tanya nama aku, mesti tanya balik semula walau aku jawab dengan jelas.

“Saadiah Za’azie Rissa.”

“Apa pasal panjang sangat nama awak? Ayah awak memang nak dera bakal menantu dia ke?”

Saat dia bawa aku bertemu keluarganya, aku dah mula risau. Boleh ke keluarga dia terima aku? Kami bukankah dari darjat yang berbeza?

Dan inilah kisah kami berdua. Aku, cik yang serba serbi sederhana dan dia, encik segak yang sentiasa kelihatan sempurna. 

Dia Pilih Aku

Tajuk : Dia Pilih Aku
Penulis : Rissa Ahdiya
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967- 469-028-1  
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Auni Soraya dan Ahmad Fahim, dua insan yang tidak pernah saling mengenali. Namun, kedua- duanya reda menerima ketentuan jodoh yang telah ditetapkan. Auni Soraya, seorang yang nakal dan kelam-kabut, manakala Ahmad Fahim pula seorang yang tenang dan matang.

Mereka tidak pernah bertentang mata sepanjang pertunangan dek tuntutan tugas, namun hati mereka disatukan lewat panggilan telefon dan pesanan ringkas.

“Jangan awak tertinggal hati awak merata-rata sudahlah, payah saya nak cari nanti.” - Fahim

“Hati saya aje? Hati awak?” - Auni

“Hati saya dah lama saya tinggalkan pada awak. Sejak hari pertama awak menjadi tunang saya. Nanti saya balik, saya nak minta hati saya semula dan saya nak juga hati awak tu untuk saya simpan baik-baik sampai awak pun takkan jumpa.” - Fahim

Orang kata, disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitu juga dengan pasangan ini. Sedang mereka asyik melayari manisnya alam perkahwinan, datang pula badai yang melanda perhubungan mereka suami isteri.

Kemunculan Ezlynn yang pada mulanya diperkenalkan sebagai sahabat lama Fahim, akhirnya menjadi kaca yang menikam hati Auni sehingga berkecai.

“I datang nak minta tolong daripada you, Auni.” - Ezlynn

“Minta tolong daripada I?” - Auni

“I tak minta banyak, Auni. I bukannya minta you bercerai dengan Fahim. I cuma mahu minta sedikit ruang dalam hati dan hidup Fahim untuk I. I dah tak mampu untuk mencintai orang lain. Sejak kecil, hanya dia yang ada dalam hati I. Dah lebih 20 tahun I cintakan dia. I cuma dapat bayangkan dia yang menjadi suami I, bukan orang lain.” –Ezlynn

Mampukah Auni terus bertahan jika Ezlynn berterusan mendesak? Dan siapakah yang menjadi pilihan Fahim? Sahabat yang sudah dikenali sejak berpuluh tahun yang lalu atau si isteri yang dicintainya?

Mikayla

Tajuk : Mikayla
Penulis : Melur Jelita
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-469-020-5 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Dengan… Atau tanpamu… Aku tetap berlari!

Hardi-E. Ar Rahman
Produk muda dari Pusat Latihan Polis, Air Hitam (PULAPAH)
Gila-gila, ceria dan playboy ayam-ayaman.

Wan Adra Mikayla
Kononnya berdarah Bugis
Dicop keturunan Si Bongkok Tanjung Puteri!

Gadis lanun diusik jejaka Minangkabau
Jadilah asam pedas astaghfirullahalazim bertemu masok lomak cili padi Alhamdulillah.
Hati Jiran Jendela Sebelah sudah terpaut.

Jawapan Hardie: Saya main-main Aje.
Berani kau cuit-cuit gadis Johor Bahru?!
Cap mohor Mikayla jelas bertanda di dada Hardie!

Dengan…
Atau tanpamu…
Aku tetap tersenyum!