Sunday, November 6, 2016

Kek Tanpa Ketuhar

Tajuk : Kek Tanpa Ketuhar
Penulis : Tania Pawanteh
Harga : RM36.00
ISBN : 978-967-86-0721-6
Mukasurat : 
Berat : 650g

Sinopsis
Tidak perlu bakar dan tidak perlukan ketuhar. Setiap resipi mudah diikuti kerana semuanya ditunjukkan langkah demi langkah bergambar. Rasanya enak dan cita rasanya unik. Buat sekali, pasti nak cuba lagi.

Organ

Tajuk : Organ
Penulis : Sufi Abqari, Ebriza Aminnudin, Eqbal Mohaydeen, Ninie Othman
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-446-285-7
Mukasurat : 560
Berat :

Sinopsis
Definisi
Organ memiliki tujuan tertentu yang saling berkait rapat antara satu sama lain dalam proses kehidupan makhluk. Organ memiliki fungsi yang berbeza. Sebagai contoh jantung tersusun dari jaringan saraf, jaringan darah dan jaringan otot. Gabungan sekumpulan organ-organ ini membentuk suatu sistem organ dimana setiap makhluk hidup memiliki organ-organ di dalam tubuhnya.

1) Zombie Tit
“Aku selalu memukulmu, mengherdikmu, memakimu. Membunuh setiap impian dan cita-citamu. Malah meracuni keberanian yang cuba mekar di dalam hatimu. Hanya satu yang ingin aku ucapkan. Maafkan aku.” - Sufi Abqari.

2) Valentine Berdarah.
“Organ-organ ni akan aku abadikan sebaik yang mungkin. Bukan senang untuk memancing mereka semua ke sini. Aku harus mendapatkan lebih banyak lagi agar Bandar Fussia berpenghuni. Aku tidak akan keseorangan lagi. Ha... ha... ha...”
- Ebriza Aminnudin.

3) Pemangsa
“Sesiapa yang menjumpai rakaman ni tolong laporkan pada pihak berkuasa. Kawan-kawan saya dah mati. Dan saya tak tahu berapa lama lagi saya boleh bertahan. Ada sesuatu yang memburu dan membunuh mereka.”
- Eqbal Mohaydeen

4) Kejam
“Apabila lelaki itu tidak dapat mengawal dirinya, hanya membunuh menjadi hobinya.” - Ninie Othman

Pembantu Dari Neraka

Tajuk : Pembantu Dari Neraka
Penulis : NoorFadzillah
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-446-277-2
Mukasurat : 480
Berat :

Sinopsis
Bila Tok Pawang Itam kembali dari Kalimantan membawa sesuatu yang berpuaka. Ini soal 'benda' dalam guci itu. Ini tentang keharmonian Kampung Long Nira dan sekitarnya yang tidak lagi aman damai. Ini kisah pertemuan, misi Suraya dan Doktor Tengku Amir yang bukan satu kebetulan. Pertentangan pendapat apabila berdebat soal dunia perubatan moden dan kelebihan ayat-ayat suci al-Quran. Sehinggalah kedua-duanya terlibat dalam satu pertembungan berhadapan dengan sesuatu yang syirik dan angker di Kampung Long Nira, Sabah. Inilah pertarungan hitam putih tiada sempadannya. Keturunan Adam dan Hawa tidak akan tunduk pada sumpah dendam iblis selagi nyawa dikandung badan. Lalu, neraka apakah yang dipersembahkan oleh Tok Pawang Itam?

“Ingat! Setiap enam bulan purnama, bagi dia makan. Dia akan jadi pembantu terbaikmu. Perjanjian kita, bagi dia darah. Janin muda atau bayi baru lahir lagi menjadi kesukaannya.” - Nyai Dewor Lampor

“Kita bukan sendiri di dunia ni, doktor. Ada alam lain yang doktor kena tahu kewujudannya.” - Suraya

“Pak cik, tolong jangan lagi sebarkan cerita-cerita macam ni kepada petugas hospital ni. Lagipun ada pak cik nampak dengan mata kepala sendiri ke yang hantu itu wujud?”
- Doktor Tengku Amir

20 Sen Untuk Ke Syurga

Tajuk : 20 Sen Untuk Ke Syurga
Penulis : Ustaz Elias Ismail
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-86-0686-8
Mukasurat : 
Berat : 200g

Sinopsis
Buku ini menyentuh perkara-perkara yang kadang-kadang kita tak sedar pun kita buat. Lebih teruk lagi kalau kita sedar dan tahu, tapi sengaja buat. Dah namanya pun manusia. Tapi ini bukan alasan untuk terus ‘mengumpul harta’ yang tidak baik itu ya.

Kita carilah pahala, walaupun dari sekecil-kecil tindakan kita. Contoh? Kalau dalam poket kita ada RM50.20, mana yang kita bagi? Kita kata kita bagi 20 sen. Kalau kita bagi 20 sen, yang masih tinggal RM50. Agaknyalah mana satu milik kita? RM50 yang masih tinggal atau 20 sen yang diberi itu? 20 sen.

Ingat, kita adalah apa yang kita beri. Bukan apa yang kita miliki. Inilah pahala buat kita. Kita buang ‘harta yang tidak baik’ itu, gantikan dengan yang baik-baik sahaja. Okey?

Jom Solat Jom Sukses

Tajuk : Jom Solat Jom Sukses
Penulis : Afifi Ahmad
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-86-0682-0
Mukasurat : 
Berat : 300g

Sinopsis
Menghuraikan perihal orang beriman yang menyandarkan matlamat sukses adalah mengikut ukuran dan nilai yang ALLAH kehendaki. Solat adalah salah satu kejayaan yang menentukan seseorang itu sentiasa memperolehi petunjuk ALLAH. Dan petunjuk itu akan memberi panduan kepada orang beriman dalam menjalani kehidupan seharian.

ANTARA KANDUNGAN MENARIK
•    Jasad Di Bumi, Hati Di Langit
•    Bersih Hati Bersih Akhlak
•    Antara Fizik Dan Metafiziknya
•    Pengurusan Masa
•    Masjid Penyatuan Umat
•    Solat Menyelamatkan Kita
•    Pencegah Penyakit Hati
•    Mengapa Kita Diuji?
•    Hindari Tekanan Emosi
•    Komunikasi Langit Dan Bumi

Thursday, November 3, 2016

Sayang Awak, Encik Penganggur

Tajuk : Sayang Awak, Encik Penganggur
Penulis : Qhayra Qhayriesa
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-365-282-2
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Sejak Qaila ditugaskan untuk menyiasat kes pembunuhan Tan Sri Rashid, banyak perkara tak dijangka berlaku kepadanya. Paling tak sangka, dia diekori seorang lelaki yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Ray. Orangnya kacak seperti pelakon lelaki popular. Tubuhnya pun tegap lagi tinggi macam model. Tapi yang menghairankan Qaila, kenapa gadis kasar seperti dia pula yang dikejar lelaki hebat seperti Ray?

“Baik awak cakap. Kenapa awak ekori saya?”
“Sebab saya suka awaklah. Takkan itu pun awak tak faham.”

Hairan-hairan pun, Qaila terima juga lamaran Ray. Bukan kerana suka. Hanya kerana Ray berjanji akan jaga dia selama kes Tan Sri Rashid belum selesai. Tapi, ada syaratnya. Perkahwinan mereka haruslah dirahsiakan dan untuk satu tempoh tertentu saja.

Dah nama pun tinggal serumah, hari-hari pula bersua muka. Mustahil bagi Qaila kalau tak jatuh sayang kepada suaminya. Tambahan pula Ray tak lekang dengan perangai sasaunya. Semakin angaulah Qaila jadinya.

“Sasau tu maknanya gila, kurang siuman. Macam awaklah. Sasau tak kira masa.”
“Hmm, kalau betul abang sasau sekalipun, abang sasau kat sayang seorang aje. Sumpah!”

Tapi, bahagia jarang nak berlama-lama. Kemunculan Bella yang mendakwa dirinya tunang Ray telah mengubah segalanya. Sekali gus membongkar identiti Ray yang sebenar. Jadi bagaimana dengan Qaila? Mampukah dia terus menyayangi Ray dan mempertahankan rumah tangga mereka? Ray sendiri, apa kaitannya dia dengan pembunuh sebenar arwah Tan Sri Rashid?

Teka Hati Dia

Tajuk : Teka Hati Dia
Penulis : Emma Mariam
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-365-280-8
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Kerana takut kariernya sebagai wartawan musnah begitu sahaja, Yuhana tekad untuk menyamar sebagai orang gaji di rumah seorang lelaki misteri yang dia gelar Hakim di Bukit Impian.

Hari pertamanya di Bukit Impian tidak seindah yang dia sangkakan. Demi laporannya yang belum menemukan noktah, Yuhana turutkan juga sikap dan perangai jelik Hakim Bukit Impian. Misinya untuk mengorek rahsia lelaki itu semakin sukar apabila Hakim menyukarkan keadaannya di sana. Sekali Yuhana memulakan langkah, seribu kali langkah Hakim menghalangnya.

Bilik Encik Hakim? Aduh, aku ingatkan bilik rahsia!
“Keluar sekarang juga dan aku anggap tak ada apa-apa yang berlaku. Keluar!”

Hidupnya semakin kucar-kacir setelah Hakim mengisytiharkan dirinya sebagai bakal isteri. Yuhana hilang kata. Lelaki bernama Hakim itu sewenangnya bermain dengan hidupnya. Namun, kerana satu pengkhianatan, Yuhana relakan jua menerima lamaran lelaki misteri itu. Ya, Hakim lelaki misteri yang belum dia kenali sepenuhnya. Oleh kerana itu, Yuhana dan Hakim tetapkan satu syarat.

“Aku akan jawab semua soalan kau. Semua, semua yang kau nak tahu tentang aku. Satu soalan untuk satu hari. Aku akan jawab apa pun. Hanya satu soalan untuk satu hari. Setuju?”
“Okey. Deal.”

Siapakah Hakim sebenarnya? Mampukah Yuhana bersabar meladeni sikap seorang Hakim yang pernah rebah dalam suratan takdir? Bisakah bahagia itu dicapai andai tiada kejujuran dalam perhubungan?

Antara cinta dan setia, aku pilih memilikinya.