Friday, December 2, 2016

Isteriku Si Kalut

Tajuk : Isteriku Si Kalut
Penulis : Arin Arida
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-0874-40-1
Mukasurat : 504
Berat :

Sinopsis
Ammar Adwan, duda hot yang menjadi kegilaan ramai itu sebenarnya seorang ‘ayah ekspres’ tanpa perkahwinan! Dia rela menelan segala tuduhan dan cemuhan masyarakat demi sebuah amanah. Nasha Athierah, gadis manis yang naif dan cemerkap. Naifnya Nasha Athierah sering menggugat kesabaran Ammar Adwan. Tetapi kerana naif dan polosnya Nasha Athierah, hati Ammar Adwan terpaut dengan cinta.

Kemunculan Megat Adney yang berkawan rapat dengan Nasha Athierah, menggugat hati Ammar Adwan. Apa yang Ammar Adwan tidak tahu, Megat Adney sebenarnya pengintip upahan! Apakah status sebenar Erina Casandra, anak si duda hot itu? Mampukah Megat Adney melupakan kasih yang telah bertunas untuk Nasha Athierah setelah misinya sebagai pengintip upahan selesai? Berjayakah Ammar Adwan memiliki Nasha Athierah, si naif dan cemerkap itu? “Si dia yang kucari untuk melengkapi diri, ruparupanya ada di depan mata!”

Aku Bukan Cipan

Tajuk : Aku Bukan Cipan
Penulis : Harith Hakeem
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-0874-41-8
Mukasurat : 400
Berat :

Sinopsis
AKU BUKAN CIPAN memaparkan kisah hidup Amit yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Berlatarbelakangkan era lapan puluhan dan muzik rock masih bermaharajalela di bumi Malaysia. Dilahirkan sebagai anak kepada seorang yang dituduh sebagai penagih dadah, hidupnya dipulaukan setelah kematian ibu, dan ‘hilangnya’ seorang ayah. Amit terpaksa berdikari dan hidup sendiri seawal umurnya lima belas tahun.

Sepanjang hidupnya, pelbagai ragam manusia yang dijumpainya. Daripada sejahat-jahat Parjo dan Cikgu Hamidon, sehinggalah sesengal Jimi and the gang yang sentiasa membuatnya tidak kering gusi. Kisah cintanya dengan Shima juga penuh dramatik. Daripada kekecewaan akibat Shima dinikahkan dengan lelaki lain, mereka bertemu dalam situasi yang tak disangkasangka. Satu per satu rahsia hidup Amit terungkai selepas pertemuannya dengan Papa Rock. Apakah rahsia hidup Amit itu? Apa kaitan Papa Rock dengan Amit?

“Weh, aku ni siapa?!”.”

*P/S : Kalau nak rasa sakit perut gelak bergolek-golek, cubalah baca AKU BUKAN CIPAN. Kelakar habis tau!

Thursday, December 1, 2016

Manuskrip Cinta

Tajuk : Manuskrip Cinta 
Penulis : Syamnuriezmil
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0992-45-7
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Aku, Dian Aryani binti Aryan, berusia 30 tahun dan merupakan penulis sepenuh masa. Aku suka bereksperimen dengan manuskrip aku. Aku cuba untuk mencari kelainan dalam setiap manuskrip yang aku tulis.

Termasuklah manuskrip keempat ini. Tapi... Kak Adibah, editor aku tak suka pula. Dia kata, manuskrip aku yang terbaru tu rasa cinta antara watak protagonis tak sampai!

“Nak tulis, kena tulis betul-betul. Kalau rasa tak boleh tulis cerita macam ni, jangan pandai-pandai tulis. Kalau nak cabar diri kau untuk tulis cerita macam ni... Kau kena cabar diri kau untuk jatuh cinta.” – KAK ADIBAH

Gara-gara Kak Adibah suruh aku bercinta, aku terpaksa cari boyfriend tikus putih untuk aku eksperimenkan cinta dalam manuskrip aku. Terpaksalah aku suruh kawan baik aku, Gee carikan. Tak sangka, lelaki yang bermulut loji yang aku jumpa dulu, adalah kawan baik kekasih Gee, Effan yang merupakan tikus putih itu. Jodoh atau bodoh?

“What a small world... Minah badan pendek!” – DR. IZAK ASHAAL

Dia, Dr. Izak Ashaal bin Dato Dr. Izam, berusia 36 tahun dan merupakan doktor pakar tulang,orthopedist. Masalah mula timbul setelah aku dapat tahu yang Izak ada agendanya tersendiri dengan Effan dan dia bukan seperti yang aku sangkakan. Kesilapan dia, membuatkan aku berpaling kepada watak asal yang aku ambil sebagai watak utama dalam manuskrip aku. Dia, Dr. Rian Akasyah bin Tan Sri Dr. Rasyid, berusia 36 tahun dan merupakan doktor pakar jantung, cardiologist. Dia telah dikecewakan oleh tunangnya sendiri dan aku menolongnyamembersihkan namanya.Dia baik, dia sweet dan dia selalu ada bila aku memerlukan dia.

“It’s okay. You can always talk to me about whatever you want to. And you can do it as long as you like.” – DR. RIAN AKASYAH

Daripada tak ada calon, sekarang calon sudah jadi dua. Namun hati tidak pernah ada simpang. Hati aku sudah ada pilihan, tetapi masih degil untuk main permainan hati yang akhirnya menjerat hati aku sendiri. Betul lah kata ibu, hati dan perasaan tak boleh dibuat eksperimen! Akhirnya... Manuskrip terjun gaung, hati jadi rentung!

“Kalau kak salah pilih pun, ada tiga pilihan yang akan muncul dalam hidup kak. Sama ada pilihan itu akan menilai, merosak ataupun menguatkan kak. Satu pesanan ayah kat kak, kalau muncul tiga pilihan ni, pilihlah yang menguatkan kak. Orang yang kuat, tak mudah mengalah dan putus asa. Itu baru anak ayah!” – AYAH

Hmmm... Apakah pilihan yang menguatkan aku? Tulang atau jantung? Tulislah macam mana bagus pun fiksyen tu, tulisan Allah S.W.T adalah tulisan yang paling baik!

Tiada Arah Jodoh Kita

Tajuk : Tiada Arah Jodoh Kita
Penulis : Ezza Mysara
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0992-46-4
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Bila ‘orang tersayang’ belajar overseas lepas tu curang. Itu klise sangat. Tapi bila ‘orang tersayang’ balik dari overseas lepas tu tiba-tiba pinangkan kita untuk orang lain, itu kategori apa ya?

“Pia... Kalau betul kau sayangkan aku dan percayakan aku, tolong terima untuk jadi isteri Wakeel. I’m begging you.” Fayyad Syakir.

“Lulz… Kau ingat hati ni macam duit dalam bank boleh buat transaksi ikut suka hati kau?” Afia Awliya

“Dia sakit. Hidup dia tak lama...” Fayyad Syakir

“Kenapa? Bila lelaki tu kahwin dengan aku, dia akan hidup selamanya ke?”  Afia Awliya

Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.

“Awak tahu dia sakit? Awak tetap nak kahwin dengan dia? Ke awak rancang nak bolot semua harta dia selepas awak bergelar ‘janda’ nanti?” Megat Aathif.

“Hah, baguslah kalau awak dah tahu. So, jagalah harta tu elok-elok sebab nanti kurang pula duit nak beli tiket  ke syurga, kan?” Afia Awliya

Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan Tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka.

“Janji dengan saya, Liya. Walau apa pun yang jadi, jangan pernah berhenti cari bahagia awak. Jangan.Berhenti.” Megat Wakeel

Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Aathif pula... Kenapa tiba-tiba dia boleh ada dalam kisah hidup Afia?

“I’m back! Saya akan gantikan bahagia awak yang hilang, Pia.” Fayyad Syakir.

“Saya akui saya tak pandai jaga hati orang. Tapi... saya nak jaga hati awak!” Megat Aathif.

Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi? Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?

Si Baju Kurung Kasut Kanvas

Tajuk : Si Baju Kurung Kasut Kanvas
Penulis : Umie Nadzimah
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-469-033-5 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Kata emaknya, Cik Pah, Suria Rihana tak pandai melawa, sebab itu tak ada lelaki mahu mendekat. Dia cuma tahu pakai baju kurung, baju kurung dan baju kurung. Mahu runtuh langit kalau dapat tengok dia pakai skirt labuh macam anak-anak dara zaman sekarang. Lagi satu,dia tak reti pakai kasut gegirl, yang dia tahu hanyalah kasut kanvas tapak rata tu. Pergilah mana pun, fesyen dia itu, itulah juga. Buruk sangatkah berpenampilan begitu? Emak dia dan sepupunya, merangkap anak saudara kesayangan Cik Pah a.k.a musuh ketatnya selalu menghina pemakaiannya. Emak mentua dan bakal suami tak jadinya pun sama. Malah calon-calon menantu pilihan emaknya juga memandang dia sebelah mata. Sebab itulah emak dia sering menyalahkan Suria. Emak susah dapat menantu sebab Suria tak pandai bergaya. Tiada lelaki yang berkenan! Pada suatu petang yang sedih, dia telah ditakdirkan berjumpa dengan seorang pak cik sado yang tinggi kualitinya. Zaman sekarang susah nak jumpa mamat-mamat yang boleh bergantung harap. Yang dia jumpa sebelum ini semuanya hampas-hampas belaka. Persoalannya, nak ke pak cik berkualiti tu pada dia?Ada ke lelaki yang tidak pandang rupa paras si bakal isteri? Dia tidak cantik, pakai pun sempoi giler...

“Nak buat apa lawa?” - Gary Rahman

Suria membulatkan mata. Lelaki ini lagi mau tanya nak buat apa lawa? Bukankah dia sendiri pun nak cari isteri yang cantik, bergaya, vouge?

“Kalau awak nak tahu kebanyakan isteri yang diceraikan suami-suami kat Malaysia ni lawa-lawa tau! Jadi, apa jaminannya lawa tu boleh buat orang bahagia?” - Gary Rahman

Suria mencebir. Banyaklah cakap! Sendiri pun hampir mereput tak kahwin-kahwin sebab nak pilih perempuan lawa-lawa. Kata tak perlu cantik, lawa, seksi bagai. Tapi yang hadiahkan orang kasut tinggi melangit dan gincu bibir warna merah jambu tu apa kes? Apa tujuannya?

Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta dan konflik kekeluargaan si gadis sempoi berbaju kurung berkasut kanvas yang berjiwa cekal ini? Bacalah naskhah ini dari muka surat pertama sehingga perkataan tamat untuk cari jawapannya...

Lelaki Khas Untuk Hanis

Tajuk : Lelaki Khas Untuk Hanis
Penulis : Aimy Haniya
Harga : RM30.00
ISBN : 978-967-469-034-2 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Bagi Hanis Aaliyah, kerja sebagai jurugambar untuk surat khabar yang tidak sepopular mana bukan satu masalah. Dia gemarkan cabaran. Tak gentar langsung sekiranya kerja miliknya itu terpaksa berdepan dengan kemalangan ngeri atau kena tengok darah sebaldi. Nak hairan apa? Itulah pekerjaan yang Hanis pilih… Mohd Qarin, seorang lelaki yang aneh dan misteri. Matanya, unik! Boleh nampak apa yang orang lain tak nampak. Roh dan sesuatu… Namun, kerana kelebihan yang ada pada Qarin, hidupnya semakin tidak tenang apabila Hanis mula menjadi rakannya. Setiap kali Hanis menjalankan tugas, setiap kali itu akan ada roh yang mengekorinya. Tiba pada satu kes… Kematian beberapa orang gadis yang mati dibunuh, mula membuatkan hidup Hanis dan Qarin kucar-kacir. Dan dalam diam, kerana keakraban mereka, Hanis merasakan yang dia sudah jatuh cinta. Tetapi, Qarin tidak mahu memilih Hanis. Cinta Hanis ditolak.

“Aku suka dekat kau.” - Hanis Aaliyah

“Aku tak suka dekat kau.” - Mohd Qarin

“Itu pun aku tahu. Jangan risau, aku tak paksa kau. Perkara macam ni memang ambil masa.” - Hanis Aaliyah

Kerana penolakan Qarin, Hanis kecewa. Tiba-tiba muncul seorang lelaki misteri yang sebenarnya telah lama menyimpan perasaan terhadap Hanis. Lelaki yang mampu membuatkan hidup Hanis berubah.

“I want to cherish every moment with you. Remember?”

“Let’s make a bigger memory.”

Hanis keliru. Mampukah dia membuat keputusan yang bakal merubah hidupnya? Atau Hanis perlu menunggu dengan harapan? Mengharapkan hati Qarin tersentuh sepanjang dia membantu lelaki itu merungkai misteri atau menerima lelaki misteri yang tiba-tiba muncul itu? Siapakah lelaki khas untuk Hanis?

Bernafas Tanpamu

Tajuk : Bernafas Tanpamu
Penulis : Xuanza
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0718-68-2
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Bijaknya Aidan Dzakirin mengambil kesempatan. Mengenali Nadine Saffiyah melalui keluarga si gadis, menjadikan dia mendapat sokongan penuh. Dan apabila lamaran dihulur, Nadine tidak berupaya untuk menolak. “Kenapa pilih Fi?" “Because you’re too precious to lose.” Aku pandang ke sebelah kanan. Dia tengah santai baring mengiring menghadap aku. “Tadi suruh Fi tidur. Ini apa kes nak main pandang-pandang pulak?” “Kumpul pahala pun tak nak?” Ceh! Balik-balik modal tu juga yang dia guna. Dah tak ada ayat lain nak jual agaknya. Ya! Mereka hidup bahagia walau masih berstatus pelajar di bumi asing. Sebab perkahwinan mereka atas dasar restu keluarga. Tapi, bila tahun berganti, bila kejayaan sudah di dalam genggaman, bila gelaran doktor sudah disandang, mereka diuji dengan segala sifat ketahanan. “I am starting to feel insecure. Fi takut kehilangan abang.” “Selama ni Fi okey je. Kenapa perlu ada rasa tak selamat tu?” Dan kerana naluri seorang isteri melebihi apa yang tidak terfikir oleh suami, maka Aidan yang tak bersedia hampir jatuh tersungkur menyembah bumi bila ujian yang diturunkan untuk mereka benar-benar buat Nadine tiba-tiba berubah 360 darjah. “Aidan Dzakirin, tolong ingat yang sesuatu perhubugan ni ibarat kaca. Kadang-kadang ada baiknya biarkan ia pecah dari menyakitkan diri sendiri untuk cuba mencantumnya kembali.” Itu kata Nadine, jadi apa pula kata Aidan? Mampukah Aidan melepaskan ‘ventilator’ hidupnya pergi? Mampukah Nadine bernafas tanpa ‘my king’nya di sisi?