Sunday, January 1, 2017

Dia Lelaki Tak Dijangka

Tajuk : Dia Lelaki Tak Dijangka
Penulis : Mynfamieza
Harga : RM25.00
ISBN : 9789673652877
Mukasurat :

Sinopsis
Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba tunang Iman Andrea mahu membatalkan perkahwinan mereka yang akan berlangsung lagi seminggu. Dek maruah dan ingin menutup malu, Qays Qayyum datang sebagai hero, menggantikan kekosongan yang ditinggalkan.

Bagi Iman Andrea, Qays Qayyum memang lelaki yang tidak dijangka akan menjadi suaminya. Qays Qayyum pula merasakan inilah peluang terbaik untuk dia memiliki gadis itu. Walaupun sedikit kekok pada awalnya, namun semua itu tidak menghalang mereka berjanji untuk cuba saling mencintai antara satu sama lain.

“Insya-Allah, Iman akan cuba untuk bahagiakan abang. Jangan takut untuk sayang Iman tau sebab Iman pun tengah cuba untuk sayang abang sepenuh hati Iman.”- Iman Andrea

Sedang mereka meniti bahagia, bekas tunang Iman tiba-tiba datang membongkarkan rahsia. Qays Qayyum rupanya dalang di sebalik cerita apa yang terjadi dulu. Rahsia itu sedikit pun tidak menjejaskan kebahagiaan mereka.

Namun, bahagia tidak lama. Semuanya mula gawat apabila Iman Andrea merancang untuk menyatukan kembali Qays Qayyum dengan ayah kandungnya yang dibenci. Qays Qayyum sudah memberi amaran, tapi langsung tidak diendahkan oleh Iman Andrea.

“Aku dah kata aku tak suka kau masuk campur urusan aku! Kenapa kau degil sangat? Kau tahu tak dia tu siapa? Dia tu pembunuh. Dia dah bunuh mama aku.” – Qays Qayyum

Mr. Singa Miss Selamba

Tajuk : Mr. Singa Miss Selamba
Penulis : Nurina Feeza
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-86-0728-5
Mukasurat : 612

Sinopsis
Maira Qaisarah - Cukup terkenal dengan gelaran Miss Selamba! Siapa sangka dialah manusia pertama yang berani lawan cakap bos! Berani disumbatnya bubur ayam Mc Donalds dalam mulut bos ketika sakit? Nampak tak, tahap keberanian dia? Muka selamba, siap tersengih macam kerang busuk lagi. Otak wayar putus pun ada!

Iqram Fattah - Digelar Mr Singa kerana muka ketat sepanjang masa. Satu pejabat takut dengan dia, kecuali Maira. Sebab itulah dia digelar Mr Singa. Tetapi dia ni baik orangnya, siap tolong Maira lagi. Sanggup menebus kereta Maira yang kena tarik dengan trak tunda DBKL.

Dalam sekelip mata, Iqram jatuh cinta pada Maira. Sampai sanggup buat kerja gila. Boleh dia pergi hantar rombongan meminang ke rumah Maira? Tak pasal-pasal kena tumbuk dengan Maira!

“Kenapa tiba-tiba aje bos hantar rombongan meminang saya?” - MairaQaisarah
“Sebab saya dah jatuh cinta pada awak, Maira Qaisarah.”- Iqram Fattah

Dah memang jodoh, mereka kahwin juga. Iqram terus berubah 360 darjah, sampai buat Maira jadi cair. Ting tong! Adat berumah tangga, yang indah tak semestinya selamanya. Tiba-tiba, Ain Suraya datang buat kacau, Aladdin Aimar pula tak habis-habis goda Maira. Rumah tangga mereka mula jadi huru-hara!

Awak Sungguh Perfect

Tajuk : Awak Sungguh Perfect
Penulis : Nurul Syahida
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-446-27-89
Mukasurat :

Sinopsis
Saya nak jadi macam kucing. Tahu makna setia, tapi cukup berdikari untuk buat keputusan sendiri.

Kucing ada banyak baka. Ada baka American Shorthair yang manja dan sukakan orang, ada baka Bombay yang lincah dan hebat berburu, ada juga baka Snowshoe yang lebih suka bersendiri tetapi amat setia.

Khadijah alias 'Kat' tahu semua itu. Sebagai seorang pencinta kucing, dia suka semua jenis kucing, kenal semua baka dan semua sifatnya. Tetapi apa yang Khadijah tidak tahu, manusia juga ada banyak 'baka'.

Ada baka lelaki perfect ten yang akhirnya turun gred zero disebabkan nafsu. Ada baka kawan sampai hujung nyawa yang boleh mengkhianati sesiapa sahaja demi kelangsungan hidup sendiri. Ada juga baka pemuda setia yang menantikan cinta hidupnya yang tidak kunjung tiba.

Jadi, apabila tragedi itu berlaku, semua cintanya untuk manusia dan haiwan kesayangan nabi itu musnah. Dalam usahanya untuk kembali membina semula semangatnya, dengan sokongan doktor haiwan yang kacak lagi baik hati serta pemilik rumah perlindungan kucing yang sukar dimengerti, dia sekali lagi harus berdepan dengan masa silam dan persoalan utamanya.

Dia sendiri baka manusia jenis apa?

“No! Pakai baju terbalik, tu silap. Salah masuk lane bila memandu, tu silap. Eja perkataan government tanpa huruf N sebelum M, tu silap. Putuskan hubungan sembilan tahun sebab jatuh cinta dengan perempuan lain? Tu bukan kesilapan. Tu nafsu, tu betrayal.” - Khadijah

“Kadang-kadang orang tak faham, Kat. Orang tak faham yang haiwan peliharaan kita bukan sekadar haiwan peliharaan. It represents more than that." - Doktor Faiz

"Dia macam kucing Parsi, saya ni macam kucing tompok berkudis yang baring tepi jalan.” -FU 

Dia Gadis Idaman

Tajuk : Dia Gadis Idaman
Penulis : Ilyana Hani
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-86-0740-7
Mukasurat : 656

Sinopsis
Pertama kali bertemu Naufal Hadif, hati Arissa panas. Insiden pelanggaran dan berebut roti kopi membuatkan Naufal mula terpaut pada Arrisa. Pertemuan mereka berlanjutan sekali lagi dibakeri milik umi Arissa. Rupa-rupanya umi Arissa sukakan sikap dan peribadi Naufal yang menghormati orang tua.

Setiap kali Naufal ke bakeri, pasti pertengkaran bakal tercetus antara dia dan Arissa. Ada saja yang tidak kena. Namun, bila Naufal didekati gadis lain, hati Arissa dijentik rasa cemburu. Kenapa dengan hatinya? Terlebih garam atau terlebih gula. Tambah parah apabila melihat naufal melayan mesra seorang gadis yang cuba mendekatinya. Aduh, hatinya memang sudah tersasar jauh.

Arissa sedar, siapalah dirinya untuk digandingkan dengan Naufal yang serba sempurna? Dia hanyalah anak tidak sah taraf yang sering dipandang hina. Apatah lagi, geng ‘buat ketupat’ yang sering membuat hidupnya huru-hara. Mampukah Arissa membina bahagianya bersama Naufal?

Heroku Anak Emak

Tajuk : Heroku Anak Emak
Penulis : Iffa Zalia
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-86-0729-2
Mukasurat :

Sinopsis
Dhanial Syakim dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Muka tampan dan segak namun disebabkan lelaki itu ‘anak emak’ Qistina jadi tidak berselera.

“Oh, tidak! Rambut pun masih mama sikatkan! Dah besar panjang macam tu masih dihantar ke kampus? Eii… geli-geleman aku!” ~ QISTINA RAISYA

Perbuatan Qistina mengurat Dhanial tanpa segan silu di kampus menjadi tanda tanya. Dia jadi rimas bila ada orang mengganggunya. Sudahnya, takdir mengikat mereka di dalam satu ikatan perkahwinan yang sah namun tanpa rela.

“Hoi! Kau ni kenapa asyik nak ganggu aku aje hah? Siap bawa sepanduk, ‘I LOVE YOU’ keliling kampus?” ~ DHANIAL SYAKIM

Ibarat retak menanti belah apabila terlalu banyak campur tangan. Qistina dan Dhanial melancarkan perang hingga kemalangan besar menimpa Dhanial! Apalagi makin membukit kemarahan Puan Rita terhadap menantunya itu.

“Dari awal lagi hati aku dah kata yang kau memang tak layak untuk jadi menantu aku. Berambus kau, perempuan tak guna!” ~ PUAN RITA

Ketika Dhanial masih terlantar di hospital, Qistina dihalau pergi buat selamanya. Mampukah rumah tangga mereka kembali bersatu?

Papa Nak Menantu

Tajuk : Papa Nak Menantu
Penulis : Hasrudi Jawawi
Harga : RM22.90
ISBN : 978-967-0535-83-8

Sinopsis
~ Amboi, kau cakap senanglah. Kau ingat nak cari suami tu macam pilih jering kat pasar? Mana yang kau nampak besar, kau kaut?

BILA Pak Saad naik hantu, terus dia nak menantu! Walau apa pun yang terjadi, dia mahu satu-satu anak tunggalnya carikan dia menantu sebelum atau selewat-lewatnya pada hari lahirnya yang ke 50 tahun. Dia dah tak tahan dengan sikap anaknya yang kasar, keras kepala dan pemalas mengalahkan kambing gurun! Dia berharap, bila anaknya bersuami kelak, suaminya boleh mengubah sikapnya.

Syahirah terkejut. Permintaan abahnya itu memang klise! Tapi, demi mengelak dia dikahwinkan dengan Pak Mat jual tempe yang sudah berusia 55 tahun itu, dia terpaksa mencari bakal suami pilihannya sendiri. Dia tak sanggup bersuamikan lelaki tua yang sudah ada cicit. Laman sosial Facebook menjadi tempat carian bakal suaminya.

Pelbagai lelaki dia temui, Tauke Belacan, lelaki berstatus Dato, Si Gigi Mancung, Si Ketiak Busuk, yang sudah beristeri tiga, budak 15 tahun dan, lelaki dua alam pun ada! Pening! Semuanya, rejected!
Dia hampir berputus asa. Namun, atas pujukan best friend forevernya, dia bertemu dengan lelaki kelapan, Azrin Aidil si badan ketak-ketak. Tatkala hati mula bergetar, muncul pula kekasih lama, Nazim. Serba salah dia dibuatnya. Siapa yang Syahirah akan pilih? Azrin Aidil atau Nazim si kekasih lamanya yang muncul semula selepas tujuh tahun menghilangkan diri itu?

“Memandangkan kau memang tahap malas nak kerja, abah nak kau cari suami. Kahwin! Biar suami kau ajar kau sikit erti sebuah kehidupan. Abah dah letih. Abah nak menantu sebelum usia abah 50 tahun!” – Pak Saad

“Aku ni kalau boleh, nak lelaki yang boleh terima aku seadanya. Sanggup terima aku yang kasar ni. Kau ingat tak penat, nak jadi lemah gemalai? Tu bukan diri aku. Aku tak suka hipokrit.’ – Syahirah

“Tengok situasi. Buat masa ni aku masih belum jumpa lagi wanita yang aku cari. Nak cari kekasih hati ni, mana boleh dalam sekelip mata. Kenalah perlahan-lahan. Biasanya, benda yang kita dapat dalam sekelip mata ni, boleh hilang dalam sekelip mata jugak.” – Aidil.

“Saya faham situasi awak. Dalam masa sejam, kita boleh jatuh cinta pada seseorang tu. Tapi, untuk melupakan orang yang kita jatuh cinta dalam masa sejam tu, memerlukan masa berbulan-bulan, bahkan ada yang memakan masa bertahun-tahun untuk kita lupakan dia.” – Nazim


Projek Seram : Kem

Tajuk : Projek Seram : Kem
Penulis : Maria Kajiwa, Zaifuzaman Ahmad, Aida Adia
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-446-290-1
Mukasurat : 352

Sinopsis
Kisah Latifah - Maria Kajiwa

Cerita ini mengisahkan ketabahan watak utamanya, Azim mencari adiknya, Bahiyah yang hilang sewaktu pergi ke sebuah kampung. Pencarian Azim membawa dia dan dua orang rakannya ke sebuah kem tahanan perang dunia ke 2 yang sudah ditinggalkan di atas sebuah bukit.
Di situ, Azim dan kawan-kawannya berhadapan dengan pelbagai rintangan untuk menyelamatkan Bahiyah dari puaka yang mengawal tempat itu. Akhirnya setelah berhempas pulas, mereka berempat berjaya keluar dari situ dengan selamat. Dan akhirnya membongkar misteri yang sudah bertahun-tahun dirahsiakan.

Kisah Malam Jumaat - Zaifuzaman Ahmad

Zamri hanya bekerja di sebuah medan selera. Ketika malam jumaat, tidak ramai pelanggan yang hadir. Di kesempatan itu dia dan dua lagi rakan sekerja menghabiskan masa berbual. Topik yang dipilihnya kisah seram. Hanafi menceritakan empat kisah seram kepada mereka. Gara-gara sundel bolong, misteri kepala anjing, pocong dalam kem dan cubaan melarikan diri dan diganggu Pontianak. Malangnya malam itu Zamri sendiri ketika pulang telah diganggu dengan hantu tanpa kepala. Terus dia pengsan dan sejak itu dia tidak berani lagi untuk bergebang tentang kisah seram.

Kem Rahsia - Aida Adia

Empat rakan baik, Zayeed, Afy, Ryan dan Vijay tidak menyangka bahawa tugas mereka di KEM RAHSIA bukan sekadar melaksanakan latihan ketenteraan dan tugas-tugas rahsia dari unit mereka malah telah mengalami suatu tragedi berdarah hingga membawa impak besar dalam hidup mereka. Atas satu kesilapan tanpa disengajakan kerana mengambil barang yang bukan miliknya serta menganggu ketenteraman si penunggu hutan, Vijay telah diserapi roh pahlawan Melayu lama yang telah bersumpah akan mengakhiri dendamnya walau dengan apa cara sekalipun. “GANGGU KETENANGANKU, PETAKA HIDUPMU!”