Sunday, January 1, 2017

Bila Playboy Jatuh Cinta

Tajuk : Bila Playboy Jatuh Cinta
Penulis : Airus Nitra
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-0874-42-5
Mukasurat : 616

Sinopsis
Enggan dikahwinkan dengan Ziyad, Sarah lari mengikut Soffiya ke Kuala Lumpur. Di sana, dia dipertemukan dengan Fattah. Sarah cuba menjauh tapi, semakin dekat pula dia dengan playboy itu, yang juga merupakan teman lelaki Soffiya. Ditangkap berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan, Datin Mariam mendesak Fattah dan Sarah segera bernikah. Mahukah Sarah memegang gelaran perampas kekasih kawan baik sendiri? Atau sewajarnya kembali kepada Ziyad semula?

“Aku juga insan yang mendambakan bahagia, bukan derita hingga ke penghujung usia.”

Dia Lelaki Paling Ohsem!

Tajuk : Dia Lelaki Paling Ohsem!
Penulis : Waniey Zakaria
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0874-43-2
Mukasurat : 872

Sinopsis
Sofia Maisara yang merupakan pembantu peribadi kepada Tuan Ezmair menjadi ‘mak sanggup’ untuk berkahwin dengan lelaki itu atas alasan untuk menutup malu keluarga Tuan Ezmair apabila Lara Rania memutuskan pertunangan mereka pada saat-saat akhir. Namun, perkahwinan mereka itu sebenarnya bukanlah kerana terpaksa. Sofia Maisara sendiri sudah jatuh sayang pada bosnya itu walaupun Tuan Ezmair garang macam bapak singa! Pada awal perkahwinan, segala-galanya berjalan dengan lancar sehinggalah Lara Rania datang semula mendambakan kasih bekas tunangnya itu. Keadaan menjadi semakin rumit apabila seseorang dari masa lampau Tuan Ezmair muncul untuk melunaskan dendamnya terhadap lelaki itu.

“Walaupun awak garang macam bapak singa, awak tetap lelaki yang paling OHSEM di hati saya!”

#DudaJanda

Tajuk : #DudaJanda
Penulis : Nurfaza Alisya, Qhayra Qhayriesa, Zaza Qry, Nia Qurratun’aini, Aunie Ayunie
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-365-288-4
Mukasurat :

Sinopsis
#AdamWarda – Nurfaza Alisya
Duda Pujaan Hati
“Dah berapa lama abang tak senyum macam ni dengan perempuan? Atau dengan perempuan lain pun abang senyum macam ni?”
“Kalau abang senyum macam ni pada semua perempuan, habislah semua perempuan dalam dunia ni nak kahwin dengan abang. Kalau tak, Warda pun takkan nak teropong abang hari-hari, kan?”

#HayatAlia – Qhayra Qhayriesa
Dudaku Ajak Kahwin Lagi
“Jom kita kahwin sekali lagi Alia?”
“Betul awak nak kahwin semula dengan saya?”
“Yalah. Kalau tidak buat apa saya nak tunggu awak bertahun-tahun ni?”
Alia tersenyum.

#ShirazAqina – Zaza Qry
Duda Terlajak Jauh
Aku dah cakap jangan asyik tengok muka Mr. Frost tu.
Aqina Malisa. Meliarkan pandangannya.
Huh! Kau pakai bomoh ke?
Instinct. Kau kan dah nak jadi bini aku. Aku tahulah. Kau kalau duduk dalam bilik tu mesti tengah tengok Mr. Frost.

#IzharSukma – Nia Qurratun’aini
Awas! Duda Di Hadapan
“Bukan tak boleh. Hari pertama Encik…”
“Haip! Lagi sekali awak panggil saya encik, saya minta awak panggil saya Abang Izhar.”
Abang Izhar? Ini cadangan ke amaran? Bertenang. Mana perginya papan tanda Awas! Duda Di Hadapan ni?

#AdukaDewi – Aunie Ayunie
Duda Hot vs Janda Berhias
“Terima kasih tau abang, sebab sudi terima saya. Yalah, saya ni kan janda.”
“Okeylah sayang ni janda berhias. Untunglah abang dapat janda, tapi dara.”
“Tapi, abang duda hot.”
“Okeylah tu. Duda hot versus janda berhias. Sesuailah tu, kan?”

Dia Lelaki Tak Dijangka

Tajuk : Dia Lelaki Tak Dijangka
Penulis : Mynfamieza
Harga : RM25.00
ISBN : 9789673652877
Mukasurat :

Sinopsis
Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba tunang Iman Andrea mahu membatalkan perkahwinan mereka yang akan berlangsung lagi seminggu. Dek maruah dan ingin menutup malu, Qays Qayyum datang sebagai hero, menggantikan kekosongan yang ditinggalkan.

Bagi Iman Andrea, Qays Qayyum memang lelaki yang tidak dijangka akan menjadi suaminya. Qays Qayyum pula merasakan inilah peluang terbaik untuk dia memiliki gadis itu. Walaupun sedikit kekok pada awalnya, namun semua itu tidak menghalang mereka berjanji untuk cuba saling mencintai antara satu sama lain.

“Insya-Allah, Iman akan cuba untuk bahagiakan abang. Jangan takut untuk sayang Iman tau sebab Iman pun tengah cuba untuk sayang abang sepenuh hati Iman.”- Iman Andrea

Sedang mereka meniti bahagia, bekas tunang Iman tiba-tiba datang membongkarkan rahsia. Qays Qayyum rupanya dalang di sebalik cerita apa yang terjadi dulu. Rahsia itu sedikit pun tidak menjejaskan kebahagiaan mereka.

Namun, bahagia tidak lama. Semuanya mula gawat apabila Iman Andrea merancang untuk menyatukan kembali Qays Qayyum dengan ayah kandungnya yang dibenci. Qays Qayyum sudah memberi amaran, tapi langsung tidak diendahkan oleh Iman Andrea.

“Aku dah kata aku tak suka kau masuk campur urusan aku! Kenapa kau degil sangat? Kau tahu tak dia tu siapa? Dia tu pembunuh. Dia dah bunuh mama aku.” – Qays Qayyum

Mr. Singa Miss Selamba

Tajuk : Mr. Singa Miss Selamba
Penulis : Nurina Feeza
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-86-0728-5
Mukasurat : 612

Sinopsis
Maira Qaisarah - Cukup terkenal dengan gelaran Miss Selamba! Siapa sangka dialah manusia pertama yang berani lawan cakap bos! Berani disumbatnya bubur ayam Mc Donalds dalam mulut bos ketika sakit? Nampak tak, tahap keberanian dia? Muka selamba, siap tersengih macam kerang busuk lagi. Otak wayar putus pun ada!

Iqram Fattah - Digelar Mr Singa kerana muka ketat sepanjang masa. Satu pejabat takut dengan dia, kecuali Maira. Sebab itulah dia digelar Mr Singa. Tetapi dia ni baik orangnya, siap tolong Maira lagi. Sanggup menebus kereta Maira yang kena tarik dengan trak tunda DBKL.

Dalam sekelip mata, Iqram jatuh cinta pada Maira. Sampai sanggup buat kerja gila. Boleh dia pergi hantar rombongan meminang ke rumah Maira? Tak pasal-pasal kena tumbuk dengan Maira!

“Kenapa tiba-tiba aje bos hantar rombongan meminang saya?” - MairaQaisarah
“Sebab saya dah jatuh cinta pada awak, Maira Qaisarah.”- Iqram Fattah

Dah memang jodoh, mereka kahwin juga. Iqram terus berubah 360 darjah, sampai buat Maira jadi cair. Ting tong! Adat berumah tangga, yang indah tak semestinya selamanya. Tiba-tiba, Ain Suraya datang buat kacau, Aladdin Aimar pula tak habis-habis goda Maira. Rumah tangga mereka mula jadi huru-hara!

Awak Sungguh Perfect

Tajuk : Awak Sungguh Perfect
Penulis : Nurul Syahida
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-446-27-89
Mukasurat :

Sinopsis
Saya nak jadi macam kucing. Tahu makna setia, tapi cukup berdikari untuk buat keputusan sendiri.

Kucing ada banyak baka. Ada baka American Shorthair yang manja dan sukakan orang, ada baka Bombay yang lincah dan hebat berburu, ada juga baka Snowshoe yang lebih suka bersendiri tetapi amat setia.

Khadijah alias 'Kat' tahu semua itu. Sebagai seorang pencinta kucing, dia suka semua jenis kucing, kenal semua baka dan semua sifatnya. Tetapi apa yang Khadijah tidak tahu, manusia juga ada banyak 'baka'.

Ada baka lelaki perfect ten yang akhirnya turun gred zero disebabkan nafsu. Ada baka kawan sampai hujung nyawa yang boleh mengkhianati sesiapa sahaja demi kelangsungan hidup sendiri. Ada juga baka pemuda setia yang menantikan cinta hidupnya yang tidak kunjung tiba.

Jadi, apabila tragedi itu berlaku, semua cintanya untuk manusia dan haiwan kesayangan nabi itu musnah. Dalam usahanya untuk kembali membina semula semangatnya, dengan sokongan doktor haiwan yang kacak lagi baik hati serta pemilik rumah perlindungan kucing yang sukar dimengerti, dia sekali lagi harus berdepan dengan masa silam dan persoalan utamanya.

Dia sendiri baka manusia jenis apa?

“No! Pakai baju terbalik, tu silap. Salah masuk lane bila memandu, tu silap. Eja perkataan government tanpa huruf N sebelum M, tu silap. Putuskan hubungan sembilan tahun sebab jatuh cinta dengan perempuan lain? Tu bukan kesilapan. Tu nafsu, tu betrayal.” - Khadijah

“Kadang-kadang orang tak faham, Kat. Orang tak faham yang haiwan peliharaan kita bukan sekadar haiwan peliharaan. It represents more than that." - Doktor Faiz

"Dia macam kucing Parsi, saya ni macam kucing tompok berkudis yang baring tepi jalan.” -FU 

Dia Gadis Idaman

Tajuk : Dia Gadis Idaman
Penulis : Ilyana Hani
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-86-0740-7
Mukasurat : 656

Sinopsis
Pertama kali bertemu Naufal Hadif, hati Arissa panas. Insiden pelanggaran dan berebut roti kopi membuatkan Naufal mula terpaut pada Arrisa. Pertemuan mereka berlanjutan sekali lagi dibakeri milik umi Arissa. Rupa-rupanya umi Arissa sukakan sikap dan peribadi Naufal yang menghormati orang tua.

Setiap kali Naufal ke bakeri, pasti pertengkaran bakal tercetus antara dia dan Arissa. Ada saja yang tidak kena. Namun, bila Naufal didekati gadis lain, hati Arissa dijentik rasa cemburu. Kenapa dengan hatinya? Terlebih garam atau terlebih gula. Tambah parah apabila melihat naufal melayan mesra seorang gadis yang cuba mendekatinya. Aduh, hatinya memang sudah tersasar jauh.

Arissa sedar, siapalah dirinya untuk digandingkan dengan Naufal yang serba sempurna? Dia hanyalah anak tidak sah taraf yang sering dipandang hina. Apatah lagi, geng ‘buat ketupat’ yang sering membuat hidupnya huru-hara. Mampukah Arissa membina bahagianya bersama Naufal?