Tuesday, March 7, 2017

Dia Jodohku Rupanya

Tajuk : Dia Jodohku Rupanya
Penulis : Amylie Haizanie
Harga : RM30.00
ISBN : 978-967-86-0752-0
Mukasurat : 592
Berat :

Sinopsis
Pertemuan antara Zyra Liyana dan Zariff Irfan tidak disengajakan. Apa yang menghairankan Zyra, mengapa lelaki itu begitu membenci dirinya? Malah, jejaka tampan itu sering digelar POYO. Berbagai cara yang dibuat oleh Zariff untuk menyakiti hati Zyra. Lebih merumitkan keadaan apabila Zyra dan Zariff bekerja satu syarikat yang dikendalikan oleh Azura. Dalam benci ada cemburu apabila Azura sering mengganggu Zariff. Dan akhirnya benci itu membuahkan bibit percintaan. Namun, satu rahsia membuatkan cinta mereka pudar dan tidak berseri. Rupa-rupanya bekas kekasih Zariff ialah Amelia, kembar kepada Zyra yang meninggalkan lelaki itu untuk berkahwin dengan lelaki lain. Dendam di hati Zariff membuatkan Zyra turut terluka. Bagaimana berakhirnya cinta mereka?

“Aku rasa dia tu kena tinggal dengan kekasih! Tu meroyan tak tentu pasal!” – Zyra Liyana

Bukan Teman Pengganti

Tajuk : Bukan Teman Pengganti
Penulis : Hanis Azla
Harga : RM30.00
ISBN : 978-967-86-0766-7
Mukasurat : 624
Berat :

Sinopsis
Kau beri cinta sejati, saat aku menolak teman pengganti...

Andai ada jodoh bersama Khalif Azhan, Naura Izdihar mahu bersama lelaki itu hingga ke syurga. Tidak disangka, janji yang terlahir secara spontan pada pertemuan pertama telah mengikat dirinya.

Darah yang sama mengalir dalam tubuh Khalif Azhan dan Izran Hilman tidak menjadikan kedua-duanya lelaki yang sama. Walaupun mempunyai raut wajah yang hampir seiras, namun karakter kedua-duanya cukup berbeza. Mencintai gadis yang sama tidak pernah menjadi impian mereka. Mereka juga tidak pernah berebutkan cinta dari gadis yang sama. Namun aturan takdir membuatkan kedua-duanya terikat dengan gadis yang serupa dalam waktu yang berbeza.

Cinta Naura Izdihar hanya untuk Khalif Azhan. Itu sesuatu yang dia amat pasti. Namun mampukah Naura mempertahankan kesetiaannya pada Khalif apabila Izran bersungguh-sungguh cuba menawan hatinya? Bagaimana harus dilawan perasaan sendiri dan aturan takdir yang telah tertulis? Tegarkah Naura meminggirkan janjinya untuk terus setia? Nak buang, hati rasa sayang. Nak terima, jiwa rasa tak tenteram.

“Saya tak pernah berniat untuk jadi pengganti dia. Tapi saya nak berada bersama Naura di waktu Naura sedih kerana dia. Juga di waktu Naura boleh kembali tersenyum kerana saya.” - Izran

Ketika Azazil Berputus Asa

Tajuk : Ketika Azazil Berputus Asa
Penulis : Hadi Fayyadh
Harga : RM29.90
ISBN : 9789671427613
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
KETIKA AZAZIL BERPUTUS ASA : Rungkai Misteri Dunia yang disembunyikan.

Kisahnya dibongkar di dalam kitab kuno lampau. Kebangkitannya disebut ribuan tahun lalu. Makhluk Purba yang hidup di dalam sangkar tahanan Tuhan.

Dia menggelarkan dirinya sebagai “Tuhan Abadi” lantas di dahinya terukir KA Fa Ra. Berita kemunculannya jadi amaran setiap Ummat. ‘The Power of God' bakal dinobat. Penakluk Jendela Timur dan Barat.

Tujuh Penjuru Pintu Dunia, bakal tertutup rapat. Dimensi MASA dan USIA terus berlari. Rotasinya berputar pantas, bagai bukan lagi sehari. Paksi, dan medan magnerik Bumi tidak selari. Matahari terbenam, terbit dari ufuk misteri.

Di sana, ada cahaya dari Ufuk Timur. Sinarannya mencetus ledakkan pertembungan. Al-Mahadi dan Isa Ibn Maryam, pemusnah dogengan kehebatan. Di belakangnya gah tentera pembawa panji destini ketauhidan dan keamanan.

Misi dominasi empayar Iblis bakal dihancurkan. Kembara ini, menembusi era dan zaman, jawaban kepada ummat penutup peradaban kehidupan.

Monday, March 6, 2017

Jeritan Puaka

Tajuk : Jeritan Puaka
Penulis : Ninie Othman
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-446-299-4
Mukasurat : 416
Berat :

Sinopsis
“Apabila dua dunia menjadi satu”

Sikap teruja mahu melihat sendiri dunia syaitan yang penuh kejahatan akhirnya membawa malapetaka kepada diri mereka. Di saat hijab mata terkunci kemas, mereka menempah musibah dengan membiarkannya terbuka luas sehingga akhirnya memakan diri mereka sendiri. Tatkala kaki melangkah masuk ke dunia itu, mereka tahu mereka telah membuat keputusan yang salah tetapi semuanya sudah terlambat. Apakah pengakhiran hidup mereka? Dapatkah mereka berpatah balik atau terus terkubur di alam sana?

“Abang harap tak ada di antara kita yang lemah semangat. Kalau ternampak, terdengar atau tercium apa-apa, jangan sesekali tegur.” – Abang Kipli

“Sal nampak perempuan mata putih masa abang Iman dibawa naik tadi,” – Salmi

“Memang sebiji suara kau. Lepas tu pintu terbuka. Mati-mati kita orang ingat kau yang buka pintu,” – Azrul

Fobia

Tajuk : Fobia
Penulis : Siti Rozilah
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-446-307-6
Mukasurat : 400
Berat :

Sinopsis
RAYU... rayulah lagi! Semakin mangsanya menangis dan merayu agar dia berhenti menyeksa mereka, semakin dia seronok. Rayuan mereka seolah-olah nyanyian merdu di telinganya.
Dia ketagih melihat darah. Lagi banyak darah, lagi dia seronok. Melihat mangsanya menggelepar kesakitan adalah satu kepuasan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Dia adalah seorang algojo yang ditugaskan untuk menghukum pesalah. Mangsanya bukan sebarang mangsa. Dia memilih perempuan seperti Sherry kerana Sherry adalah sasaran yang mudah dan paling penting, Sherry adalah seorang pendosa. Setiap pendosa harus dihukum. Di dalam kurungan, Sherry didera dan dibiarkan kebuluran.

Bagaimanakah nasib Sherry? Apakah dia harus mati di tangan algojo itu?
Kemudian, muncul pula Doktor Humaira, seorang doktor pakar psikiatri. Apakah seorang pakar psikiatri sepertinya dapat lari daripada digasak memori silam yang menakutkan?
Siapa pula lelaki bernama Luth, Hidayat serta Hakeem?
Awas, algojo itu masih bebas dan sedang mencari mangsa seterusnya!

“Cik, tolong saya, cik. Lepaskan saya dari sini, cik. Lelaki tu gila, cik.” - Sherry
“Bang, sorry, bang. Jangan tembak gua, tolonglah. Lu ambiklah balik perempuan ni. Gua sembah lu, bang, jangan bunuh gua... jangan bunuh gua!” - Ah Man
“Kau ingat aku tak tahu kau menyorok kat mana ya? Aku dapat hidu bau kau, Sherry. Sherry...” – Algojo

Kesumat


Tajuk : Kesumat
Penulis : Fitri Hussin
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-446-308-3
Mukasurat : 400
Berat :

Sinopsis
Beberapa tahun berlalu sejak hukuman gantung sampai mati ke atas Karim dilaksanakan. Lelaki misteri yang pernah mendatangi pendiri ajaran sesat Kumpulan Panji Hitam itu kini muncul pula kepada Soraya, satu-satunya waris Karim yang masih hidup. Soraya berdepan ujian sihir yang amat hebat oleh sekumpulan bekas orang kanan Karim. Lalu ia dihidupkan semula! Kali ini lebih hebat dan bernafsu besar!

Sejak itu, kegelapan mengganas lagi. Ia mara bagaikan api menjilat hutan kering. Dendam, tipu daya, darah dan rawan seolah-olah tidak mampu dibendung. Umpan-umpan ditabur dan pembunuhan demi pembunuhan dilaksanakan. Negara menjadi huru-hara.

Mampukah Azlan bertahan dengan ujian yang lebih runcing itu? Dapatkah Azlan dan ulamak-ulamak yang masih tinggal di tanah bertuah ini menghalang kemaraan kegelapan itu? Dapatkah mereka menyelamatkan negara ini dari dikuasai oleh hamba-hamba manusia syaitan itu?
Mungkinkah kali ini kebenaran akan ditewaskan oleh kebatilan?

“Datanglah padaku wahai roh yang tenang…” - Lelaki Misteri
“Tolong aku. Bebaskan aku daripada mereka. Buat seperti apa yang disuruh!” –Karim
“Tolong aku…” Soraya.
“Abang tak mahu hidup tanpa kepastian begini…” – Azlan.

Thursday, March 2, 2017

Kek Lapis Sarawak (Jilid 3)


Tajuk : Kek Lapis Sarawak (Jilid 3)
Penulis : Rabiah Amit
Harga : RM36.00
ISBN : 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Kek Lapis Sarawak Jilid 3 menghimpunkan 39 jenis kek yang enak dan pelbagai corak. Ia dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kek gulung, kek lapis biasa dan kek lapis bercorak. Ia mengandungi 39 corak kek terbaharu ciptaan Puan Rabiah Amit pakar dalam membuat kek lapis di Sarawak.

Resipi dalam buku ini dapat membantu anda menyediakan kek lapis yang enak dan unik untuk hidangan keluarga dan sahabat handai. Malah jika anda sudah berkemahiran ia boleh dijadikan sumber penadapatan yang menguntungkan.