Wednesday, March 8, 2017

The EX

Tajuk : The EX
Penulis : Rin Ahmad
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-0874-46-3
Mukasurat : 480
Berat :

Sinopsis
Bellina dan Darren dijodohkan oleh kedua-dua orang tua mereka namun, dalam zaman serba moden ini mana mungkin kisah kahwin paksa relevan. Darren membuka langkah untuk menawan hati Bellina. Bellina pula menerima sementelah Darren cukup segala pakej yang diidamkan.

Salah mereka cuma satu, masing-masing berlagak baik apabila disogokkan oleh deskripsi watak oleh ibu bapa mereka sebelum dijodohkan. Hakikatnya Bellina dan Darren sama sahaja. Masing-masing panjang langkahnya. Masing-masing mempunyai teman yang silih berganti. Apabila sudah jatuh cinta bergolek-golek, tanpa disedari mereka mengikut arus dan terus menjadi ‘baik’. Sehinggalah peristiwa demi peristiwa tersingkap dan masing-masing merasakan diri sangat tertipu.

Mampukah Bellina untuk kekal taat kepada seorang suami yang telah melukakan hatinya setelah rahsianya terbongkar?

Mampukah Darren untuk kekal menyayangi seorang isteri yang tega mempermainkan hakikat kisah sebenar?

Mahkamah Hati

Tajuk : Mahkamah Hati
Penulis : Umie Liza
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-0874-47-0
Mukasurat : 648
Berat :

Sinopsis
Rafeq Iskandar tidak pernah ambil kisah tentang Zara… calon isteri pilihan keluarganya. Pertunangan diikat hanya kerana Chenta Malika perlukan seorang wanita bergelar ibu dalam hidupnya. Lagipun, dia selesa berdua sahaja dengan permata hatinya itu setelah pemergian Linda.

Tanpa sedar, dia jatuh cinta. Bukan dengan tunang sendiri tetapi, dengan gadis keras kepala yang membuatkan hatinya kembali berbunga. Terasa jiwanya kembali hidup dengan kemarahan gadis itu. Terasa bahagia dengan adanya Alyssa setiap hari di depan mata.

Namun… Alyssa dan Zara meninggalkannya kerana Sara yang berstatus teman tapi mesra. Pemergian Alyssa dan Zara membuatkan Rafeq Iskandar penasaran. Dia kecewa, marah dan dendam terus membara di hatinya.

Keputusan harus diambil. Siapakah pilihan Rafeq Iskandar? Hanya hati yang bisa menjadi mahkamah dalam pengadilan ini.

Setia

Tajuk : Setia
Penulis : Reen Syazreena 
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-5289-55-2
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
‘Mohon jangan jatuh hati pada I. I akan mati!’

DUA potong ayat itu membunuh rasa. Dua baris amaran itu pemusnah anganan impian. Dan kerana bait kata itu, enam tahun Rania menyimpan rahsia dan membungkam rasa. Enam tahun Rania cuba bangkit daripada kepalsuan. Sangkanya, kisah si palsu itu telah tamat dan tak akan pernah punya sambungan lagi di saat dia berpegang pada realiti. Namun, mereka bertemu…

“But life ain’t a fairy tale. Prince charming tak wujud,” ujar Rania dengan nada kecewa.
“Sebelah you ni bukan prince charming, ke?”
Rania mencebik. Tak kelakar langsung lawak Zafrill. “Perasannya.”
Zafrill ketawa lagi. “Well, except for status I yang bukan kerabat diraja, I rasa I seorang yang charming. Charming enough for you.”
“Mana-mana I pergi, you ada je. You tak ada kerja lain ke Rill?”
Zafrill ketawa. “I kan bayang-bayang you.”

APABILA realiti dan fantasi bergabung menjadi satu, dia keliru. Cuma yang pasti, dia tak akan biarkan dirinya tertipu lagi. Namun Rania tersepit jua…

“Nia, abang I sangat cintakan you.”
Rania angkat muka memandang Zafira. Lama dia memandang adik Zafrill ini sebelum dia bersuara. Teringatkan WhatsApp Iskandar, waktu sama teringatkan juga wajah sayu Zafrill yang pertama kali dimaklumkan berita tentang perkahwinannya.
“Iskandar juga sangat cintakan I.”
Zafira sedikit merengus. Geram sangat dia apabila asyik nama lelaki bermulut puaka itu yang disebut.
“Tapi you cintakan abang.”
“Bila masa I cakap I cintakan dia? Kalau you minta I kahwin dengan dia sekarang ini hanya disebabkan dia sakit nak mati, bukankah itu bermakna apa yang I lakukan hanyalah atas dasar simpati, bukan atas dasar cinta.”

Siapakah pilihan Rania? Masihkah dia menjunjung ego kerana kisah silam keluarganya atau merealisasikan kesetiaan antaranya dengan Zafrill yang melukakannya dahulu?

Tuesday, March 7, 2017

Aku Nak Kaulah Cik Senget

Tajuk : Aku Nak Kaulah Cik Senget
Penulis : Kay Delaila
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-5289-53-8
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“T taqae fi alhubb... maeak,” ucap Ameer dengan harapan Reanna akan membalas bicaranya.
Tangan Reanna terhenti membasuh. Diam sejenak, kemudian disambung kembali kerja yang terhenti.
“Uhibbuki,” bicara Ameer lagi buatkan Reanna berpaling memandang padanya dengan pandangan mata yang bingung. Terkebil-kebil mata Reanna memandang pada Ameer.
“Nak bubur? Reen penatlah nak masak lagi. Esok-esok boleh?”
Ameer terbatuk menahan gelak. Ambik kau. Padan muka aku!
“Tazujini.”
“Malam ni? Tak bolehlah. Esok-esok ya,” selamba balas Reanna. Bukannya dia tak faham maksud ayat yang baru diucapkan oleh Ameer padanya tadi. Bahasa Arab, pilihan bahasa yang diambil ketika di universiti dulu.
Parah betul Abang Jambang ni. Ayat mula-mula dah buat aku cuak... i fall in love with you konon. Bila masa entah fall fall ni. Haish... tapi cara dia sebut uhibbuk tu best sangat... lagi sedap dari sebut i love you. Hmmmmm.... tapi betul ke katanya yang terakhir tu.... betul ke dia serius nak kahwin dengan aku? Reanna bersoal jawab di hati.

EMY Reanna sangat fobia dengan cinta apatah lagi mengikat diri dalam ikatan perkahwinan. Dilema bermula apabila kembarnya, Emy Elisa bakal berkahwin. Habis disogok mana-mana lelaki yang kononnya sesuai untuk dirinya oleh si kakak kembar supaya mereka boleh berkahwin sama-sama.

AMEER Zubair Khan pula, lelaki ala-ala imam muda yang tiba-tiba disogokkan gadis cantik yang selamba dan berusaha lari dari kehebatan keluarganya. Dia jatuh cinta akhirnya setelah penolakan demi penolakan dilakukan Reanna. Tanpa bercinta, dia terus mengajak kahwin!

“Kenapa Reen? Kenapa Reen pergi rumah tuk kadi tanpa pengetahuan papa?”
“Entah. Sekejap Reen rasa nak nikah awal. Sekejap rasa macam nakkan tambahan masa. Reen dah pesan kat tuk kadi tadi, selesaikan hal dia dulu kat kampung tu. Nikah Reen ni bila-bila pun boleh. Reen okey je,” jelas Reanna buatkan membulat mata Taufiq dan Adeeba.
“Reen call tuk kadi? Tadi papa dah call tuk kadi, kemudian Reen pulak call?” Adeeba masih tidak percaya memandang Reanna yang lengkap berpakaian nikah.
Reanna cuma angguk pada soalan Adeeba. Wajah mama dan papanya dipandang silih berganti.
“Salah ke? Kita jangan desak tuk kadi. Nanti dia terkejar-kejar nak ke sini, accident...siapa nak jawab? Biar je lah, tuk kadi tu habiskan kerja dia dulu di kampung tu.”
“Habis tu nak nikah jam berapa ni?” soal Taufiq. Astaghfirullahalazim... tak pernah dibuat orang, majlis nikah terhenti gara-gara pengantin perempuan ubah masa sesuka hati tanpa perbincangan bersama.

BAGAIMANALAH agaknya apabila Cik Senget aka Reanna ni setelah menjadi isteri Ameer?

Topeng Si Pemuja Hati

Tajuk : Topeng Si Pemuja Hati 
Penulis : Rass Lestari
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-5289-54-5
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Isteriku Fayruz Nur Khairani, La tahzan,” tubuh Fayruz, Thaqiff pusingkan semula.
“Saya pergi untuk empat hari tapi kunjungan malaikat Izrail kita tak tahu bila dan di mana. Sebagai manusia kita kena sentiasa bersedia. Manalah tahu kalau ditakdirkan umur saya tak panjang, sekurang-kurangnya saya sempat berpesan untuk isteri kesayangan saya ni.”
Dengar saja soal umur, air mata Fayruz semakin deras mengalir. Bibirnya bergetar menahan kesedihan yang kian mencengkam sanubari.
“Dah habis semua pesanan awak? Sekarang dengar pula pesanan saya,” Fayruz menyeka air matanya.
“Kat sana nanti, awak kena belikan saya coklat banyak-banyak. Lepas tu, awak kena janji bawa saya pergi honeymoon lepas awak balik dari sana dan satu lagi saya nak awak belikan saya rantai emas yang besar berliannya. Semua barang tu mesti dan wajib awak sendiri yang bawa, faham tak?”

BEGITULAH mereka. Seorang kaki penipu, seorang bak ustaz! Seorang materialistik, seorang lagi romantik! Kedua-duanya bertopeng tapi nawaitu mereka tetap satu, CINTA!

DISATUKAN atas ‘urusan perniagaan’, mereka menerima antara satu sama lain. Namun, kebahagiaan yang mula terasa kian rapuh bila kisah tujuh tahun lalu menghantui Puan Sri Sharum, ibu Thaqiff. Dia perlu korbankan salah seorang daripada mereka. Siapakah yang menjadi mangsa? Thaqiff atau Fayruz?

Cinta Boarding Pass

Tajuk : Cinta Boarding Pass
Penulis : Batiah Hadi
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-86-0782-7
Mukasurat : 400
Berat :

Sinopsis
Mereka tertukar laptop adakah mereka akan tertukar hati juga? Hanna Zaki gadis 26 tahun tidak menyangka lelaki yang buat dia menyampah semasa di dalam kapal terbang telah tertukar laptop dengannya. Selepas mendapat laptop masing-masing Hanna menyangka lelaki itu tidak akan ditemui lagi tetapi malangnya dia asyik terserempak dengan Thareq Zidan. Apabila dia menggoda, Hanna jadi cair secairnya. Pertemuan kali kedua mereka berdua di Perth buat Thareq Zidan sedar dia tidak boleh lepaskan Hanna. Hati Hanna harus terus ditakluki. Dia luahkan perasaannya tetapi malangnya Hanna sudah pun bertunang. Thareq: “Belum, mana tahu awak bukan budak perempuan yang duduk di tepi tingkap tu. Entah-entah awak tipu. Boleh tak awak snap gambar awak. Bersekali dengan laptop saya.” Hanna: “Saya tak ada perasaan pada awak. Awak faham tak? Awak salah. 

Tolong jauhkan diri awak daripada saya. Saya dah nak kahwin. Saya tak mahu jumpa awak lagi dalam hidup saya Thareq Zidan!” Antara tanggungjawab dan pilihan hati, Hanna terpaksa membuat pilihan sama ada untuk terus memilih Dr. Hariz Zakuan, tunang pilihan ibu bapanya atau Thareq Zidan yang sering saja buat hatinya berbolak-balik dan keluh-kesah? 

CAPTION: Biarkan aku jadi penakluk terulung hati dan jiwamu. Kupinta pada TUHAN moga kau jadi milikku.

Vape

Tajuk : Vape
Penulis : Zaifuzaman Ahmad, Helmi Effendy, S. Kausari, Syasya Bellyna
Harga : RM30.00
ISBN : 9789674462864
Mukasurat : 560
Berat :

Sinopsis
Rokok elektronik atau vape terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan penyedut serta e-liquid. Kemunculan semula vape menimbulkan satu fenomena baru dalam industri rokok. Wujud tanda tanya dalam kalangan masyarakat akan keselamatan, kesihatan seterusnya menyebabkan gejala sosial berleluasa tanpa sekatan. Namun begitu, kesahihan mengenai kesan vape ini masih lagi menjadi persoalan sehingga wujud pelbagai spekulasi di dunia vape itu sendiri.

-Nyamuk-
Seekor nyamuk ingin melawan seekor naga? Mampukah? Kata-kata itu terus berlegar dalam kotak fikirannya. Wirna menarik nafas panjang. Ya... tak mungkin seekor nyamuk mampu melawan seekor naga.- Zaifuzaman Ahmad

-Pendekar-
“Jadi, kau ialah pendekar yang cuba berlagak hero tu ya? Budak mentah yang fikir dengan kuasa dia seorang, boleh mengubah Rajawali jadi tempat yang dia impikan ya?” Lelaki yang berkot labuh dan bercerut itu melangkah sambil diapit dua orang lelaki bersenjata yang kelihatan seperti pegawal peribadinya.- Helmi Effendy


-Alfian dan Dunia Misterius-
"Dalam Venom ada bahan kimia yang telah ditemui oleh saintis Barat. Teknologi ini telah bocor dan dihasilkan secara lebih murah dan banyak di China." - S.Kausari

-Kod-
Dia hanya sebahagian dari ‘produk’ kami. Kod 1209 berdarah O. Kami dapat hasilkan banyak keluaran baru dengan hanya seorang manusia yang berdarah O. Budak-budak aku bawa dia ke sini semalam. Baru hari ni aku tengok dia.”- Syasya Bellyna