Thursday, March 16, 2017

Kerana Indahnya Senyumanmu Sayang (KISS)

Tajuk : Kerana Indahnya Senyumanmu Sayang (KISS)
Penulis : Ailah Diela
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0870-16-8
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Aku pernah digelar pakar dalam soal wanita. Memang aku jahat tapi aku tidak pernah menjadi yang pertama memusnahkan maruah seorang wanita. Tapi apa aku harus buat jika ada yang masih terpelihara datang menyerah?

“Kahwin dengan saya.”- Maria Jane

“Kahwin? Kau ingat kahwin tu boleh selesaikan semua masalah ke?” – Zafrul Jafni

Kahwin? Itulah jalan penyelesaian? Memang dia boleh ikut semua kemahuan Maria sebab dia juga tak akan rugi apa-apa. Tapi, 10 syarat seorang Zafrul Jafni harus dipatuhi.

Antaranya…

“Kau mesti pergi bila aku kata pergi. Rasanya kau pun tahukan, aku memang tak akan simpan kau lama. Seorang Zafrul Jafni memang untuk susah setia.”- Zafrul Jafni

Wahai Maria, bertabahlah. Bertahanlah selagi mampu, walau akan digelar perempuan murahan sekalipun dia sanggup asalkan misinya berjaya. Tapi macam mana pula soal hati? Mampukah dia bertahan hanya semata-mata lelaki itu seorang suami.

“Ingat Maria, kalau lelaki tu sentuh diri kau tadi, aku memang tak akan kutip kau balik. Walaupun beribu kata maaf yang kau bagi…” – Zafrul Jafni

Maria… Jika senyuman yang Zafrul mahukan, senyumlah walau hati sendiri dirobek berkali-kali.

Dongeng Yang Sempurna

Tajuk : Dongeng Yang Sempurna
Penulis : Ayumi Syafiqah
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0870-24-3
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“I hate birthdays. They just remind me of how old I am and how long I’ve been alone in my whole life.” – Azy Rania.
Sejak bertemu Farish Luqman, Azy mula percaya dengan cinta pandang pertama. Kehadiran Farish memberi satu sebab untuk dia tidak berasa sunyi lagi seumur hidupnya. Namun, tidak semudah itu jalan untuknya mengejar bahagia. Azy pasrah apabila dia tahu lelaki yang dia cintai dalam diam itu rupa-rupanya lelaki yang telah lama bertakhta di hati kakaknya sendiri. Sedar diri hanyalah watak ketiga dalam kisah cinta Maiya dan Farish, dia nekad mengundur diri. Farish pula pasrah melupakan cinta yang kian mekar untuk Azy.

Namun begitu, wasiat arwah ibu yang tidak pernah dikenali selama ini mengubah segala-galanya. Hakikat yang jodoh antara dia dan Farish sudah ditentukan bertahun-tahun lalu mengikat Azy dalam dilema. Menerima bermaksud mengkhianati. Namun jika itu satu-satunya harapan yang ada untuk dia menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak dan mencari bahagia, Azy rela dibuang oleh keluarganya sendiri.
“Sebaik saja pernikahan itu sah, Azy bukan anak papa lagi.” – Aswad.

Mahligai yang dibina nyata penuh dengan keindahan, sehingga takdir yang tercorak memaksa Azy untuk berkorban sekali lagi. Dia rela pergi buat selamanya andai itu dapat membahagiakan insan-insan yang dia sayang, yang pernah dia lukai.
Farish terluka. Seolah-olah segala yang dia lakukan untuk Azy selama ini hanyalah sia-sia. Namun tiada apa yang mampu dia lakukan untuk membaiki semuanya.
Azy membawa diri, menjejaki sejarah yang ditinggalkan oleh arwah ibunya di bumi Australia. Mampukah pencariannya itu menemukannya dengan kebahagiaan? Atau bayang Farish akan tetap menghantui hati dan fikirannya buat selama-lamanya?

“Abang tunggu Azy kat luar,” – Farish.
“Luar? Luar mana?” – Azy
“Luar hati Azy, tunggu Azy jemput masuk.” – Farish

Cinta? Biar Betul

Tajuk : Cinta? Biar Betul
Penulis : Anna Milla
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0870-37-3
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Cepatlah. Kat luar ni dah panjang orang berbaris tunggu abang. Apesal lambat sangat ni? Tersangkut zip seluar ke?” – Aisya

Khaffy membuka pintu bilik. Terus tangan Aisya ditarik masuk ke dalam bilik kecil itu tanpa sempat dia mengelak. Aisya tergamam. Lelaki itu bukan abangnya. Hah?!!! Dia sudah tersalah bilik. Mereka saling memandang.

“Kenapa dengan awak ni? Saya baru masuk aje. Try baju pun belum. Yang awak ketuk pintu macam nak roboh kenapa? Awak ada masalah mental ke?” – Khaffy

Selepas kes terjah di fitting room, Aisya bertemu lagi dengan Khaffy. Setiap pertemuan mereka dirancang oleh Khaffy demi melunaskan dendam kepada Aisya yang pernah bergelar adik iparnya. Aisya perlu bertanggungjawab di atas kematian Danni.

Namun semua rancangan yang diatur menjerat diri sendiri.

Khaffy cuba kenakan Aisya, namun dia yang terkena. Dia mahu menyakiti Aisya tapi dia pula yang sakit. Dia ingin melihat Aisya terseksa, sayangnya dia yang menderita. Dia semakin mengagumi wanita itu. Malangnya, rahsia yang disimpan selama ini terbongkar

Aisya kecewa.Tambah kecewa bila lelaki yang hatinya mengaku cinta adalah bekas abang iparnya sendiri. Kenapa Khaffy? Kenapa kau lukiskan warna pelangi tapi kau padamkannya sekelip mata?

Aisya mula undurkan langkah saat Khaffy hulurkan cinta.

Dapatkah Khaffy membasuh semua luka Aisya yang ditinggalkan oleh arwah Danni? Dan mampukah dia membeli jiwa Aisya dengan berbekalkan  ketulusan hatinya mencintai gadis itu?

Cinta? Biar betul.

Cinta Lelong

Tajuk : Cinta Lelong
Penulis : Sakura Ria
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0870-23-6
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Dia menawan. Dia hebat. Dia punya segala-galanya kecuali satu perkara…cinta! Ya,dia tidak punya itu kerana dia percaya cinta sejati sudah tidak wujud di muka bumi ini. Dialah Ammara Delisha, pemain cinta terulung abad ini.
Gelaran pemain cinta itu disandang penuh bangga demi sebuah dendam yang masih belum terlunas. Setiap sakit yang ditanggungnya perlu dibayar dengan harga yang sama kerana semuanya terlalu pahit untuk ditelan sendirian.
Ikhtar Wazien. Lelaki yang berani menyentap Ammara Delisha daripada dunia ciptaannya sendiri. Keberanian lelaki itu jugalah yang telah hadirkan pelbagai rasa dalam hati Ammara Delisha.
“Ara,jom kahwin?” – Ikhtar Wazien

“Ikhtar, janganlah main-main I tak suka ok. I datang jumpa you bukan sebab nadengar jenaka bodoh you ini.” – Ammara Delisha
“I nak you. Itu bukan perkara main-main Ara sebab I bukan pemain cinta seperti you.”– Ikhtar Wazien
Betapa banyak kali pun Ikhtar Wazien mencuba, Ammara Delisha tetap dengan pendiriannya. Janji lelaki tidak boleh dipercayai! Dia tidak mahu menyandarkan hatinya pada sembarangan lelaki kerana sejarah lampau banyak mengajarnya tentang hal yang satu itu.
“Katakan I beli cinta you, agak-agak berapa harganya?”- Ikhtar Wazien

Degilnya seorang Ammara Delisha hingga cintanya dilelong tanpa dia tahu berapa harganya.
Namun, apakah yang bakal terjadi bila cinta yang dilelong itu sebenarnya jauh lebih bernilai daripada apa yang disangkanya selama ini? Katanya, cinta sejati hanya wujud dalam kisah dongeng sahaja. Dia telah tersilap!

Cinta Han Dan Nad

Tajuk : Cinta Han Dan Nad
Penulis : Jaja Ahmad
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-0870-25-0
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Cinta pandang pertama. Ramai yang percayakan cinta pandang pertama tetapi tidak ramai yang mampu memilikinya.

Nadia Aliff, seorang gadis yang kuat dan cekal tetapi hidup di dalam bayangan cinta pandang pertama yang tidak pernah kunjung tiba.

Farhan Shah Umar. Saat terpandangkan wajah gadis yang kalut itu, jantungnya mula berdetak laju. Pertemuan demi pertemuan tetapi tidak juga mencambahkan sebarang ikatan.

Dua tahun berlalu, masing-masing masih mencari dalam bisu. Pertemuan yang tidak disengajakan berlaku lagi dan kali ini Farhan melangkah laju, mencari titik mula perhubungannya dengan Nadia.

“Balik lambat ni suami tak marah ke?” – Farhan

“Belum kahwin.” – Nadia

“Tunang tak jemput?” – Farhan

“Tak ada tunang.” – Farhan

“Boyfriend tak temankan ke?” – Nadia

“Doktor nak tahu saya dah berpunya atau belum sebenarnya kan?” – Nadia

Penantian yang lama walau dengan perkenalan yang singkat menyatukan mereka untuk menghalalkan segalanya.

“Jadi, jawapan untuk lamaran saya tu?” – Farhan

“The answer is yes.” – Nadia

Semuanya nampak indah di mata tetapi tiada yang tahu Nadia sedang berperang dengan perasaan duka.

“He’s the one whom I don’t want to talk about.. But now he just kept coming into my life just like a nightmare.” – Nadia

“He is a beast I bet.”- Farhan

“He is more than that.”- Nadia

Kemunculan Harlina yang tiba-tiba pula telah merubah Farhan daripada seorang lelaki yang budiman menjadi singa.

“Enough Harlina! Stop calling her sundal!”- Farhan

“No, I tak akan berhenti panggil dia sundal sebab dia memang perempuan sundal. Perempuan tak tahu malu. No! Dia bukan perempuan, dia betina. Betina tak sedar diri. Betina tak sedar diuntung. Betina tak ada maruah…”- Harlina

Dalam cintanya ada badai yang melanda. Ada ribut yang datang menerpa. Namun, teguhkah Farhan di kala Nadia dicemuh dan dihina? Dan kuatkah Nadia bila cinta dan kepercayaanya diuji?

Farhah berdiri sebagai suami…dan Nadia juga terus berdampingan sebagai isteri. Cinta Han dan Nad merungkai segalanya.

Cik House Keeping I Love You

Tajuk : Cik House Keeping I Love You
Penulis : Dilla Ahmad
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-0870-20-5
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Aina Humaira, Cik Housekeeping! Bekerja di hotel bukanlah mudah. Lebih-lebih lagi bila dapat bos macam Issac Daniel bin Datuk Iskandar. Oh, dia taklah cerewet. Tapi dia hanya mahu Aina Humaira untuk melakukan tugas di biliknya.

Hati Aina yang kecewa dengan perbuatan curang tunangnya, membuatkan dia serba salah untuk menerima lamaran Issac Daniel. Semakin bersalah bila mommy Issac Daniel adalah kawan baik kepada arwah mamanya. Janji lama cuba ditunaikan.

“Saya nak jumpa awak sekarang. Tolong datang ke ofis saya. Kalau kat bilik kita… err, maksud saya kalau kat bilik saya takut awak tak selesa…” – Issac Daniel
“Dari dulu saya memang tak selesa berdua dengan encik. Encik baru tahu ke?” – Aina Humaira
“Kalau tak selesa, jom kahwin dengan saya. Saya akan sahkan hubungan kita tu.”- Issac Daniel

Mana boleh dia berkahwin dengan pengurus hotel yang sudah bertunang!

Tapi atas beberapa perkara yang terjadi kepada Aina, Issac Daniel tetap mahu meneruskan hasratnya. Mentelah dalam hati sudah ada rasa sayang pada cik housekeepingnya.

“Kenapa? Masih ragu-ragu lagi yang saya bukan lelaki Melayu sejati?”-Issac Daniel

“Bukan macam tu, encik. Encik tak rasa ke kita ni tak sepadan? Encik orang ada-ada, saya pulak orang tak ada apa-apa. Encik bos, saya kuli. Encik hensem, saya..”- Aina Humaira

“Kalau awak teruskan encik-saya tu saya kiss awak jugak karang”- Issac Daniel sudah buat celang mata.

Memang benar dongeng Cinderella! Bukan kasut kaca yang tercicir di tangga, tapi nama Issac Daniel yang tertinggal di hatinya.

Calon Pengantin Untuk Dipilih

Tajuk : Calon Pengantin Untuk Dipilih
Penulis : Hannah Ezaty
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0870-27-4
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Lil, kau tahu tak kat mana nak cari perempuan serba sempurna yang menepati piawaian aku?” – Carl
“Tahu.” – Akalil
“Kat mana?” – Carl
“Dekat dalam mimpi!” – Akalil
Benarkah perempuan serba sempurna itu hanya wujud di dalam mimpi? Carl tidak percaya malah dia yakin yang cik serba sempurna itu benar-benar wujud dan dia akan meminang gadis tersebut sebaik mereka bertemu. Tetapi bila dia bertemu dengan Rara, hidupnya yang bagai berada di alam fantasi mula huru hara. Mimpi indah serta lenanya yang panjang terganggu gugat hanya kerana seorang Rara!
“Ceritakan pada aku siapa kau yang sebenarnya. Kenapa kau ekori aku selama beberapa minggu ni dan apa yang kau mahukan daripada aku?” – Carl

“Sia-sia saja kau buat macam ni. Kau tak akan dapat jawapan apa-apa pun daripada aku. Lepaskan aku. Itu saja yang kau perlu buat.” – Rara

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Rahsia yang selama ini disorokkan oleh Rara pecah. Kerana sebuah janji, Rara terjerat dalam permainan yang dicipta oleh Carl. Kerana sebuah budi, dia terperangkap dalam kemahuan gila Carl.

“Heh, pinang aku? In your dreams, Carliff Andre! Mati hidup semula pun aku tak akan terima kau jadi suami
aku. Tak akan! Faham?” – Rara

“Berkali-kali kau mati kemudian kau hidup semula pun aku tetap dengan pendirian aku. Aku takkan lepaskan
kau. Faham?” – Carl
Kenapa Carl begitu nekad untuk memilih Rara sebagai calon pengantinnya walaupun Rara bukanlah cik serba sempurna yang diimpikan? Apakah rahsia yang disorokkan oleh Rara sehingga dia terjerat dalam permainan ini?
Kau akan jadi calon pengantin yang aku pilih! Itu janji aku.